|
Saturday, January 10, 2009
Trilogi Mimpi: Anak-Anak Palestin
Prelude
Seperti anak-anak kita di Malaysia, anak-anak Palestin juga bermimpi setiap hari. Bezanya, mimpi anak-anak kita dan mimpi mereka tidak pernah serupa. Mari gembleng kekuatan, menterjemah mimpi-mimpi mereka di tanah berdarah itu, menjadi sejambak doa.

Mimpi I Terapung
Maka, dia bermimpi: rohnya terapung-apung di antara dua garis kelam.
Lembah sepi tiada rawan dan, langit api tiada berawan!

Mimpi II Amarah
Hari ini seluruh mimpi Maher Saleem, tergantung-gantung pada dua ruas tiada penghujung: - dendam yang tak akan usai - darah yang tak mahu kering.
Tujuh tahun nanti
dunia akan gubra dan marah-marah
bila kerabatnya bangkit mengganas
menjadi pengebom berani mati.
Salah siapa? Sedangkan peri manusia
sudah dibunuh berkali-kali dan, dunia hanya menutup mata.

Mimpi III Subahat
Di sini
kami meneguk luka
dalam gelas-gelas mimpi
yang retak menikam.
Di sana
kalian minum coca-cola
dalam gelas-gelas kemilau
yang berlumur darah.
Bagi kalian
mimpi-mimpi kami
lebih murah harganya
daripada sebotol coca-cola.
Ya, memang betul. Coca-Cola melabur untuk rejim Zionis. Coca-cola juga bercadang membuat kilangnya di atas tanah yang dirampas daripada Palestin. Klik sini!
Klik sini juga, Peduli Palestin
Posted at 5:43 am by Rem
 |  |  | Rem January 14, 2009 02:12 AM PST
S.K,
Silakan. Kongsi-kongsi itu bagus. :)
Intan,
Apa kata suruh pelajar Komunikasi buat program tentang isu ini. Public Speaking ka, pameran ka? :)
No Name,
Akan diusahakan. Paling tidak pun, mungkin bergabung dengan pihak-pihak lain yang sudah merancang pelbagai program tersendiri. Cara begitu mungkin lebih baik. Dari segi impak dan pengurusan logistik.
HDIN,
Perang yang sedang berlangsung sekarang -- menggunakan taktik perang saraf dan modus ekonomi. If we think about it, actually the main reasons why Zionism prevails are: (a) propaganda (melalui filem, dan budaya pop); (b) kuasa globalisasi ekonomi.
Nota: Blog ini BUKAN anti-semitik (bangsa/agama). Blog ini hanya anti-Zionis (political movement/idealogy). |  |
  |  |  | HDIN January 13, 2009 09:45 PM PST
Einstein said "I know not with what weapons World War III will be fought, but World War IV will be fought with sticks and stones." |  |
  |  |  | No Name January 13, 2009 05:31 PM PST
Bagus sangat kalau pihak SSS nak adakan tabung derma untuk Palestin tu.....kerja amal, dapat pahala.....terutamanya bagi segelintir manusia yang kerjanya suka menjatuhkan orang lain....kejam juga tu.... Tapi bukan awak la Dr Rem.....hanya segelintir manusia sahaja yang dimaksudkan |  |
  |  |  | S.K January 13, 2009 04:29 PM PST
Errr, tuan Dr.Rem, nak pinjam sampai ke Facebook, huhu... dikaitkan kembali ke blog ni, tentunya...
Time Kaceh atas ihsan tuan...
wassalam. |  |
  |  |  | Intan January 13, 2009 12:54 PM PST
Salam Dr,
kalau nak di kira2 dah 17 hari perang ke atas Palestin berlaku. sebanyak 905 yang terkorban. mulut kita hanya boleh kata kesian palestin..Kejamnya Zionis!!!
nasib baik saya bukan penggemar coca cola..hehehehe... |  |
  |  |  | S.K January 13, 2009 12:35 PM PST
salam,
dr.Rem, minta izin salin "Mimpi I: Terapung" untuk situs S.K :D Nak kumpulkan puisi-puisi hebat buat tambah kesedaran...
wassalam. |  |
  |  |  | Rem January 12, 2009 04:35 PM PST
KNB,
Saya ini pembaca tetap blog KNB. Tiap hari saya baca. :)
Ezza,
Bah, saya sokong sudah ni. Saya sudah register sebagai volunteer lagi tu.
Anisah,
Kalau media UK, diorang ada siar banyak artikel dari penduduk/bangsa Yahudi yang menentang kezaliman Zionis.
Sha,
Cadangan yang bagus. Boleh diusahakan oleh PERMASES atau Kelab Program. Kita bagi sokongan 100%. Ok? :)
aDeQ,
Itu baru kasut. Belum lagi peluru berpandu yang terbang. |  |
  |  |  | aDeq January 12, 2009 10:20 AM PST
hanya kerana sepasang kasut yg terbang tapi sipi2 lagi nak kena kat muka dia~~~ |  |
  |  |  | sha January 11, 2009 11:29 AM PST
salam dr...
just cadangan saja... apa kata kita sediakan tabung kutipan derma untuk membantu warga palestin di sss... rasanya students dan juga lecturers tak da masalah untuk beri sumbangan...(prepaid untuk telefon lagi kan boleh dibeli, inikan pula untuk buat amal jariah)... |  |
  |  |  | Ezza January 11, 2009 09:17 AM PST
Saya setuju dengan Anisah. Masih ada rakyat Israel dan orang-orang Yahudi yang tampil membantu rakyat di Semenanjung Gaza. |  |
  |  |  | Anisah January 10, 2009 09:44 PM PST
Kita akur, media berat sebelah dalam laporan. Tapi saya pernah tinggal dan menyaksikan cara sokongan dan penentangan orang Palestin yang menjadi pelarian di luar negara. Rata-ratanya, demonstrasi, hujah berapi-api dan suicide bombing. Palestin dan penyokongnya secara keseluruhan tidak kreatif dan pragmatik dalam perjuangan mereka berbanding Zionis dan penyokongnya. Dan paling menarik, yang tidak pernah dilaporkan di media Malaysia, adalah, biarpun kecil, ada rakyat Israel dan orang Yahudi yang bersimpati dengan Palestin dan membantu rakyat Palestin. Cuma sekarang, media Barat dan Malaysia kedua-duanya melaporkan serangan ganas Zionis ke atas Gaza sekarang menerima sokongan hebat dari rakyat Israel. |  |
  |  |  | Ezza January 10, 2009 08:37 PM PST
Sayu hati melihat penderitaan mereka di Palestin. Tidak sanggup melihat wajah-wajah korban yang dipaparkan di dada-dada akhbar mahupun di kaca-kaca TV.
Rem,
Jom beri sokongan kepada MERCY Malaysia. Info lanjut ada di blog Ezza. See you there kio... (Dah lama Rem ndak datang blog kan). |  |
  |  |  | KNB January 10, 2009 06:28 PM PST
It's an honor to have you commenting on my blog, Dr.
Thanks! |  |
|
|