NAKEDCLIMATOLOGISTNAKEDCLIMATOLOGISTNAKED



Rem: brutal, but honest. Blogging PURELY for leisure. So, don't take me seriously.

A nice guy living in Kota Kinabalu. The capital city of Sabah (Malaysia), mainly populated by Pilak and Indon. A professional climatologist. A soft-core socialist (yes, I strongly disapprove capitalism!). A dedicated teacher, and a passionate researcher.

If you're new here, you may need to read this and this.

Kategori Entri Blog



My latest entry? Click Here!
SoPo Sentral of Malaysia (Katalog Blog Malaysiana)



Special
Smell of Childhood
My (long-lost) little star
No Wedding, and A Funeral

Most Read
"Jambatan Tamparuli"
Siti Nurhaliza in Concert (London)

Must Read
Jeff Ooi et al: shame on you!
ASTRO masih melacur?

Must Click (Poems)
Elegi Tentang Kelmarin (Prekuel)
Elegi Tentang Esok (Sekuel)


Orak Arik Pilihanraya 2008
Kapal Karam
Sabah Selepas Pilihanraya
Expectation & Perception
Sambal Gerhana
Cinta Monyet, Kahwin Koboi
Anak Kera Main Api
Perspektif: Makkal Shakti
Tragedi Susuk Pelir-Buaya
Pemimpin Teknokrat vs Karismatik
Sarkas Pilihanraya
Madah Berhelah Chegu Bard
Nasional vs Alternatif (Sentimen Awal)

Anwarisme
Munafiq Politik
Kebulur Kuasa
Anwar vs Shabery: Polisi BN vs Pelan PR
Anwar vs Shabery: Serangan Karektor Politik
Bapa Borek, Anak Rintik
Karma Politik Anwar
Anwar Main Belakang!
Panah Tikam Tuan (Anwar Hardtalk)
Anwar Tersungkur di Puncak

Kembara Norwich 2008
Pulang Kampung
Puisi: Paling Tadah
Puisi: Bulan Tak Terbit Tinggi
Hilang dalam Cahaya
Bollocks on the Ground
Norwich Selepas Winter
Snowy Spring
Melankolia
Resepi
Salju Pertama
Menunggu Cahaya
Selepas Deja Vu
Menunggu Salju
Salam Amsterdam


* * *

KadazanDusun
Kotobian Tadau Kaamatan 2008
Persona Unduk Ngadau
Mogumba
Jornah Mozihim: what's up Puan Menteri?
Kotobian Tadau Kaamatan 2007
Taragang Rasuk (Si Baju Merah)
Ririnait Kandawai
Shameless KDCA
Tadau Kaamatan II
Idola Tanak Dusun Totopot
Boros Tokou
Lonopot tulun dot Dusun
Kadus Mualaf: dilema nama?
Ritual Motudau
Dilema Tulun Dusun
Dusun-mania: Part II
Dusun-mania: Part I
ATAMA's Kadus first Hip-Hop
Di sebalik "Jambatan Tamparuli"
Tadau Kaamatan I
Sad Facts About Kadazandusun


Sabah Negeriku
Sabah dilanggar Gergasi!
Selamat Hari Malaysia
Lebuhraya Malaya vs Denai Borneo
Malam Berapi di Kampung Air
Name & Shame: Pizza Hut
Wahai KM, dengar KPD berteriak!
Kundasang: mitos atau realiti?
Name & Shame: Sri Sempelang
Sabah Masuk Malaya?
Gelang Manik Merah Seroja
KK: Yang Songsang & Telanjang
Pantai Manis: tidak semanis nama
Name & Shame: Sugarbun
Neon KK masih menyala
Monyet Sabah: realiti vs mentaliti?
Ambang Merdeka: Dilema anak Borneo
Dengarkan KK Berteriak!

Personal
The Missing Link
Idul Fitri 2007
Persona Grata II (di Kuala Lumpur)
Belasungkawa II (2007)
40 Hari
Belasungkawa I (2007)
Persona Grata I (di Kuala Lumpur)
Gama
Masa lalu
Goodbye: baby Amir...
Obsesi Wanita Gila
Pulanglah....
The Clan (Raya)
"Regret"
Trip to Norwich 2006 (Part 2)
Trip to Norwich 2006 (Part 1)
Permaisuri Sehari (Rina & Derek)
Refleksi Maulidur Rasul
Smokers, my mum died of cancer..
Welcome to Little Norwich
Hijrah rohani
Setahun perjalanan...
Broken promises...
The Clan (New Year)
The Day He Passed Away

Reflection
Refleksi Hijrah
Phsycologically Challenged
Kenapa Blogging?
Love Minus One
Masa Dulu Nan Kusam
Dahan Kering (Hilang Motivasi?)
Refleksi Ramadhan 2007
Sahabat II
Sahabat I
The Complete Fern Series
My Pakis I & II
Tikam Menikam
Onar Membakar
Imbauan Lama
Sedetik berhenti
Enigma
Aku Seorang Penagih
Naik angin?
Kembara England (2006) III
Kembara England (2006) II
Kembara England (2006) I
Catatan Pinggir
Poskad dari Negara Jauh

Melayu Sabah
Kumaus (Puisi)
Limpas-Limpas di Sabah (Pantun)
Minta Puji (Anekdot)
Bubut Sumandak (Pantun)
Kasih Ampai-Ampai (Puisi)

Ops Sikap!
Natasha Hudson Plagiat II
Natasha Hudson Plagiat I
Bahasa Jiwa Bangsa
Sumpah Ramadhan
Khinzir, Katak & Kertas
Fakta vs Interpretasi
Natural stupidity?
Gila handphone!
Badan bagak, hati kenit
The ill-mannered pilaks
Lembu Sabah: Part II
Lembu Sabah: Part I
Lembu di jeraya
Malaysia kasta rendah di London!
Prejudis orang Malaysia

Blogging on Blogging
Malaysian bloggers sued
4 Blogger Perogol
Kunjungan ke-100333
Shame on you, Blogdrive!
Faisal Peduli pada Palestin
A Tribute to Inspiring Entries
The day I go-blog!

(Slightly) Political
Tun M: BBC HardTalk 2008
Ganyang Indon!
Kejatuhan Proton, Kebahagiaan-ku!
Jeff Ooi et. al: empat sekawan jadi perogol!
Logik ala Indonesia (jerebu ii)
Karma untuk Indonesia (jerebu i)
Bulan & Embun (Filsuf Sesat)
Neo-terrorism = Blairism = Bushism
Dewan Sastera: pencabul sastera Melayu?
Bila Proton menjadi anjing
Minyak naik, Naik minyak
Proton: perampok amanah rakyat
Sentimen Merdeka di Blogosfera
Tun M & Human Rights
Nisah pengkhianat sastera Melayu?
Jeff Ooi's hazy outlook on haze problem
Jerebu ASEAN: musibah politik regional?
Fantasia-mania ASTRO: neo-kolonialisme?
Emansipasi wanita satu mitos?
Racism: UK vs Malaysia
Kiri, Kanan atau Tengah?

Pop Culture
Majlis Sanding Ning
Arkib Entri AF
Akademi Pantat$i@l
Shanon: Dilanda Cinta (ada kelas!)
Gubra: filem biadap?
Telenovela Siti & Datuk K (Part II)
Telenovela Siti & Datuk K (Part I)
A Tribute to Superstar Siti
Fantasi ASTRO berterusan...
Konsert Pre-ludah AF4
Transkripsi CT: swadaya atau sumbel?
Lagi, lagi, lagi Siti....
Masuklah ke Pantat-Saya: seru ASTRO!
Tsu-Mawi: Sampah Pop
Imbasan 2005: Bizarre Moments!
Déjà vu Konsert Siti di London
Fuuyo Afdlin: Gaya, mutu & keunggulan!
Kemuncak Mania AF 2005
AF: Versatility vs Speciality?
AF: Krisis imej dan identiti?
AF: Taktik Terkutuk ASTRO!
Yes, Siti did it again!
Oops, Siti did it again?
Akademi Fantasia, sampah Malaya?
Konsert Siti di RAH: Post-mortem

Photo-Blog
Kundasang Ogos 2007
Me, at the tip of Borneo
Lensa Kembara (Norwich)
Haiku Kembara (Norwich)
Jentayu vs Gen2-ku
Surat Cinta Buat Malaysia
Nostalgia
Iftar
Along & Angah
Erti Merdeka
Summer Fruits Picking


Videography
Idul Adha 2007: Pengorbanan
Idul Fitri 2006/07: Kepulangan & Kehilangan
Lambaian Aidilfitri Norfolk
A Raya Tribute
Kesatuan Sekerja KPD: Piket
Islam & Science: the Festival
CRU: a Tribute for Lamb
UEA: The moslem community
Norwich: the Historic City
Trailer Teater Perdana 2006
The Neo Holocoust


Random
Lembab dan Semput di Sabandar
Expensive Dream
Wimby 2008: Malapetaka Sukan Tennis?
Minyak Naik, Naik Minyak II
Darah Tinggi Orang Malaysia
Novel Pop Cintan Cintun
Iklan TV Paling Jijik
Teach Them The Way They Learn
Hitam Putih Kehidupan (Videografi)
Menginamawisitikan aidilfitri Malaysia
Cit cat musim Raya: kad aidilfitri?
Bila Kemerdekaan Dilacurkan
Trilogi Mimpi Pasca Gubra
Oh, bayangkan?
World Cup: the climate factor
Mati yang tak relevan
Smokers: read this!
Babi Tembun Berketayap Putih
Drama Sebabak: Mimbar Fantasia
Sepet (Yasmin) vs Sepit (Rem)
Kasih Ayah Bukan Mudah
Pohon Jambu Tidak Berbuah
Rapsodi Musim Bunga di Norfolk

* * *

Puisi Marhaen
Rindu Diam-Diam
Mimpi Jatuh Ke Rumput
Pelangi Syawal
Badut Telanjang
Fatamorgana
Cerita Hujung Jalan
Bubut
Pulang Bertampuk
Hujan Pagi
Musim Semi
Cinta Ngam-Ngam
Kebebasan Yang Menipu
Masihkah?
Terbang Jauh
Kota Tamadun Lumpur
Syiar Cinta (Dedikasi Nurin)
Gerimis di Paris
Persona Grata di Kota Cinta
Sonata Tanjung Lipat
tak siap!
Retorik Merdeka
Nyawa
Cincin Hati
Pupus
Jelaga
Wulan Awantang
Mimpi Sang Tekukur
Pulang
Simbiosis
Beri Tanpa Bunuh
Cinta (Dengan Mata)
Wahyu Cinta
Liar
Lepas Bebas
Pulang
Pencinta Sunyi II (puisi reaksi)
Pesan Baru Sahabat Lama
Bulan Terbenam Di Tasik
Elegi Tentang Kelmarin
Mata untuk Mata?
Parodi Pasca Merdeka
Hilang (di Norwich)
Mati (sebelum) Mati
Tiga Warkah Sebelum Pergi
Hati Tinggal Separuh
Mimpi Anak Palestin III
Mimpi Anak Palestin II
Mimpi Anak Palestin I
Sudah Kubilang dari Dulu
Semalam Yang Indah
Rindu Separuh Nyawa
Bila Wulan Rondom
Tiga Surat Kepada Alam
Tiga Warkah Kasmaran
Si Pemetik Api
Pesan Pada Angin
Aku Mahu Pulang
Hidupkan Cinta
Elegi Hujan Malam
Sedetik Tafakur, Sejauh Perjalanan
Kasih Atas Mimpi
Puisi-Puisi Belasungkawa
Mari Berkasih (dengan nafsu)
Bintang (bukan binatang!)
Nostalgia Musim Luruh
Puisi Kemerdekaan 2005
Cinta adalah Api
Yang Kupinta (Puisi Meronta)
Bubut Sumandak (Pantun gaya Sabah)
Ying & Yang
Rambut Menari
Kasih Ibu (Pantun)
Finale Tentang Esok
Tentang Esok I & II
Bagai Titis Hujan
Mawar Untuk Siti
Elegi Musim Bunga
15 Tahun Usiamu, IPS
Rapsodi Musim Bunga
Miang Rebung, Sembilu Buluh
Pesan Rebung Kepada Buluh
Ini Sebuah Pelabuhan
Jiwang Jiwang (Pantun)
Mac, Bulan Teka-Teki
Dalam Terik Mentari, Cairkah Rindu?
Kasih Ampai-Ampai
Bulan Tidak Merajuk Lagi
Katakanlah Bulan Merajuk
Emansipasi Diri
Mencari Momentum Baru
Sesudah 46 Hari
Barangkali (i) - (iv)
Membaca Hikmah Tsunami
Aku, Ibu, Nenek dan Pohon Kemboja


Puisi Cinta
Warkah Cinta III
Cinta Nan Pergi
Warkah Cinta II
Warkah Cinta I
Bahasa Cinta (dari aksara tulip)
Menunggu Tulip Pertama
Buat Terakhir Kali

Puisi Frinjan
Be warned, these poems contain some elements of 18SX!!
Berahi Dalam Pondok
Lalat Pukimak
Berahi Pada Angin
Kamar Merah
Butuh oh Butuh!
October, Bulan Yang Basah
Kupu-Kupu Sundal Malam
Epilog Pencarian (Malam Berahi di London)


Puisi Protes
Burung Hilang Telur
Aku Serigala Liar
Si Kasanova Bahasa
Si Gubra
Kuku Biawak Remaja
Keris Menikam Bulan
Belacan Malaya
Bila api membakar api
Surat Cinta Kepada Tanahair
Mencari Erti Melayu?
Warkah Cinta Buat Negara Bersekutu
Tupai Pandir (Satirical Syair)
Ayam Reformasi Patah Taji
Mari Telanjangkan Bush!

Haiku Alternatif
Kundasang, Selepas Hujan
Peak Summer (Traditional)
Purnama (Traditional)
Rahsia Alam (Traditional)
Chilling Spring (Modern)
The Lazy Maples (Modern)
Gloomy Monday (Modern)
After The Tsunami (Traditional)
Canned Peaches (Traditional)


Discussing Literature
Sastera pop vs Sastera serius
Cinta Sangkuriang: menguja! (Nisah Haron)
Bid'ah Linguistik Dalam Puisi-Puisi Islam
Pencabulan Pantun Melayu! (Ahmad Sarju)
Puisi 'Dia': bercerai warna? (Mabul)
Bicara Haiku Hujan/Banjir (Hasyuda)
Tuntutan Haiku Yang Baik (Umum)
Fikrah Dari Setandan Pisang (ABM Fajeer)
Transilasi 'Cycling In London' (Anisah)
Menggali Falsafah Rindu (Hasyuda & Ony)
Kembara Seorang Penyair (Tiara)
Puisi Retorika vs Puisi Realistik (Umum)
Puisi Cinta Yang Bukan Biasa (Tiara)
Suara Tsunami Dua Wanita (Tiara & Ony)
Lima Puisi Pilihan KEMSAS 2004


My Kitchen
'Redefining the Art of Cooking'
Kari Daging ala Inggeris
Kari Ayam Avocado
Kerabu Perut (Salad Style)
Vegetarian Pasta Ala Malaysiana
Terung Panggang Berkuah Sardin
Kerabu Rampai Epal
Baked Potatoes with Flavoured Tuna



Selected Blogs

Friends
ABM Fajeer (Taman Siber)
Anisah (Spring Bud: English)
Asmiaty (Mengejar Matahari)
Barambang (Tanak Lohan)
Doc Rach (Metamorphosis)
Ezza (Warna-Warni Kehidupan)
Hana (Ocehan Orang Biasa)
Hasyuda Abadi (Kreatif)
Nurul (Kandawai Topurak)
Ony (Sumur Mahmudah)
Tiara (Kembara Rindu)

Celebrity Bloggers
Jeff Ooi (Screenshots)
Mack Zulkifli (Brand New Malaysian)
Sultan Muzaffar (Lensa Pemerhati)

Famous People
Faisal Tehrani (Self-titled)
Lim Kit Siang (For Malaysia)
Mawar Shafei (Self-titled)
MGG Pillai (Commentaries)
Nisah Haron (Lakaran Tinta)
Ruhayat X et.al. (Neohikayat)
Salina Ibrahim (Kata Penulis)
Sri Diah (Self-titled)

Pop Celebrity
Afdlin Shauki (Inside My Head)
Atama (My Tribal Root)
Dayang Nurfaizah (Self-titled)
Suhaimi Sulaiman (His World)
Yasmin (Story Teller)


Other Bloggers
AhsueZ (from the Blog!)
Aidid (Terkasimaaas)
Azhad (Nukilan Jejari)
Budiey (Formerly Malique)
Cik Zam (Sketch My Window)
Chomel (Chomel World)
Fadz (Tonton Wayang)
Fiqarash (Mandat Hati)
Hanifeeza (Bila Bulan Menyanyi)
Jiwa Rasa (Self-titled)
Joe (klubbkidd's rave)
Masali (Kaki Buku)
Moyank (Taman Cinta)
Mr. Manager (A day in A life)
PinkJambu (bLueBIrU)
Sumie (di Rumah)
Zack (Mama Ikmal)


Sabahan Bloggers
Alb Da Sabah (Self-titled)
Alvin (Soul Delite)
Davelynn (Being Sumandak)
Elmon (elmon's weblog)
Flocy (Mantad Inanam)
Havuk (si havuk bilang)
Jamiun (keningau avasi)
Jef (Agape Love Alpa)
Joyce (Get Personal)
Kathy Tati (Bunga Kasih)
Kim (Operating Instruction)
Lionel (goota do SOMETHING)
Markie (Dusun Entertainment)
Marvin (Mess Up Kaduz)
Mimi (The Voice Within)
Miss Deloris (LeDoris Rat)
Mr. Badak (Kadazan Sasat)
Ned (the chosen one)
Pai (PairacyDotCom)
Pinolobu (Pinolobu Mandarahus)
Ricardo (hushMONKEY)
Rick (Tanakwagu Mokirayou)
Sayur Peria (Pahit tapi Exotic)
Shelley (Puns & Roses)
Tanak Waguh KL (Self-titled)
Ulop97 (Tambalut Tosuau)
Zawawitj (Self-titled)


Sabah & Kadus Webpages
Tribal Root (Exclusive Forum)
KADUS Talk (Forum & Community)
Kelab Maya Sastera Sabah (Forum)
Pusakag (Kadus Singers)
Sabahan Bloggers (List of links)
Sabah Forum Online (Community)
Sumandak.Com (Forum & Community)
Tambalut (Forum & Community)




Moon Phase


Email Me
More about me?




Entry Archive
(Click on the date)

<< September 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30




rss feed



Tuesday, September 16, 2008
Munafiqin


Prelude
Pada hari ini, 16 September 2008, termeterai satu sejarah paling sensasi. Yang menggegarkan seantero Malaya, dan global.


Masyarakat dunia menyambut berita ini dengan reaksi yang pelbagai. Ada yang frust sampai tertonggeng-tonggeng. Ada yang happy sakan sampai terguling-guling.
Ada juga yang terkejut cipan, sampai tak terkata apa-apa. Ya, macam-macam ragam penerimaan.

 

Tapi yang nyata, berita ini sudah hangat merata-rata. Membakar minat setiap orang. Warga Malaysia, khususnya.


Episod I

Ceritanya bermula begini. Sejak beberapa bulan dulu, Sheikh Al-Jubri, tauke sodo mee mee sodo tersohor Asia Tenggara, telah mewar-warkan pada dunia bahawa dia akan berkahwin pada 16 September 2008.

 

Tauke super jutawan berusia 60 tahun ini telah menduda selama 10 tahun. Sepanjang tempoh tersebut, komuniti dunia kepoh membuat pelbagai spekulasi. Bila dia akan berkahwin lagi? Siapa gadis/wanita/janda yang bakal jadi pilihan? Macam-macam.

 

Kerana gossip sudah membiak dari mulut ke mulut; minat orang ramai untuk menjaga tepi kain tauke mee sodo ini semakin subur. Sebab itu, bila saja dia isytiharkan tarikh perkahwinan itu beberapa bulan dulu, seluruh dunia terpegun. Dan, teruja!

 

Skrip tauke mee sodo ini saling tak tumpah macam kisah cinta Siti dan Datuk K dahulu. Mula-mula dia biarkan spekulasi dan gossip bercambah merata-rata. Kemudian bila semua orang tengah teruja, tup-tup dia buat kejutan. Dia umumkan tarikh keramat itu.

 

Fuh, Sheikh Al-Jubri memang pandai mengumpan. Hingga semua orang terpesona dengan cerita kahwin dia.

 

 

Episod II

Jurucakap Sheikh Al-Jubri memberitahu yang tauke mee sodo ini memang kepingin sangat populariti perkahwinan ini dapat mengalahkan majlis kahwin Siti-Datuk K. Yang pernah dinobat sebagai 'Wedding of the Year'. Mungkin Sheikh Al-Jubri mahu digelar 'Wedding of the Century'? Barangkali. Sebab sheikh ini memang sangat gila kemaruk pada glamour. Sejak azali lagi.

 

Untuk majlis kahwin ini, Sheikh Al-Jubri telah menempah sebuah lokasi eksklusif di Putrajaya. Tempat spesifik sengaja dirahsiakan. Untuk menjaga eksklusiviti. Kononnya.

 

Al-Jubri juga telah mengundang khas beberapa tokoh dunia sebagai tamu istimewa. Ya, untuk memberi restu semasa majlis tepung tawar nanti. Antara tokoh-tokoh pilihan Sheikh Al-Jubri termasuklah Joseph Estrada (mantan presiden korup dari Filipina, merangkap playboy terkemuka Asia), Paul Wolfowitz (seorang penganut Zionis yang taat), dan beberapa orang lagi.

 

Robert Mugabe, yang merupakan rakan dagang mee sodo cawangan benua Afrika, khabarnya turut mendapat undangan. Tapi Mr. Mugabe mohon uzur kerana dia sedang sibuk dengan tugas-tugas asasinya, iaitu meliwat demokrasi di Zimbabwe.

 

 

Episod III

Kenapa majlis kahwin Sheikh Al-Jubri ini gamat satu dunia? Ada banyak sebab. Selain daripada perisa-perisa sensasi yang disebut sebelum ini, ada lagi perencah lain yang turut menguja selera.

Dikhabarkan kononnya, perempuan yang mahu dikahwini oleh tauke mee sodo ini bukan sebarangan. Ketika pengumuman kahwin itu dibuat berbulan-bulan dulu, perempuan itu masih lagi isteri orang. Tapi kata Al-Jubri, perempuan itu sudah berjanji akan bercerai dengan lakinya. Kemudian, menyerah diri pada tarikh keramat itu nanti.

 

Inilah yang membikin semua orang tambah kaget dan teruja. Hebat sungguh sheikh yang seorang ini. Ibaratnya, burung terbang dipipiskan lada. Lepas tu, berani pula dia berkompang kuat-kuat, minta seluruh kampung datang sama-sama menjamu selera.

 

Tapi apa sudahnya? Burung entah ke mana, lada pula tercampak ke mana. Orang-orang kampung yang datang berduyun-duyun dengan air liur merembes-rembes (mengidam lauk burung berpipis lada!) akhirnya pulang kempunan.

 

Hah, begitulah tamsil permainan angan-angan si Al-Jubri ini.

 


Episod IV

Memang tak siapa sangka. Rancangan kahwin Sheikh Al-Jubri rupanya hanya fantasi belaka. Si wanita isteri orang, yang diidam-idam oleh Al-Jubri, entah betul-betul setuju mau bercerai atau tidak. Mungkin sekadar acah-acah. Test market, kata orang. Barangkali Al-Jubri yang gila meroyan ini terperasan lebih-lebih.

 

Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Atau, kata peribahasa versi baru: anu tak cukup panjang, punggung pula tersondol-sondol. Belum apa-apa, dia sudah pukul gendang satu dunia. Mabuk kepayang gamaknya.

 

Lebih lucu lagi, Al-Jubri juga telah berkunjung ke Taiwan bagi sesi pemulihan tenaga batin. Konon untuk persediaan malam pertama. Al-maklum saja, usia Al-Jubri kini mencecah 60 tahun. Sana-sini sudah longgar dan kendur.

 

Semasa di Taiwan, tauke mee sodo yang sangat kaya ini telah menghabiskan jutaan ringgit untuk regim rawatan tenaga lelaki. Macam-macam metod, termasuk sajian-sajian menu eksotik. Dikhabarkan orang semasa di Taiwan, Al-Jubri telah melahap sekurang-kurangnya tujuh puluh mangkuk sup konek buaya. Yang dicampur dengan ginseng dan bisa ular tedung.

 

Hingga sendawa Sheikh Al-Jubri pun sudah hamis dengan bau buaya. Manakala, organ cilik di bahagian bawah sentiasa tegak vertikal. Seperti kepala ular tedung yang siap siaga mahu mematuk. Fuh, sampai begitu sekali.

 

Inilah contoh kegigihan seorang lelaki kertu melendut, yang berkobar-kobar semangat mahu mengembalikan nafsu muda. Sanggup buat apa saja. Sayang sekali, kegigihan itu hanya sia-sia. Acara malam pertama yang dinanti-nanti, kini bertukar jadi drama air mata tak henti-henti.

 

Aduhai, si tauke mee sodo ini akhirnya menangis tak berlagu. Nafsu sudah mencanak-canak hasil penangan sup konek buaya. Tapi mahu dilampiaskan ke mana? Kepada tunggul pokok mangga di belakang rumah? Atau si kucing jantan di dalam rumah?

 

Pilihlah mana-mana suka. Aiman tak kesah.



Episod V

Ya, itulah bahananya. Kalau miang sangat mau kahwin. Kerana tuntutan nafsu serakah semata-mata. Bukan kerana cinta sejati. Muka macam tembikai terhempas ke lantai simen, tapi ada hati mau rampas bini orang. Lepas tu, belum apa-apa dia sudah bergendang satu dunia.

 

Nah, bila bulan yang diidam tak jatuh ke riba, tangan pula tak cukup panjang mau menggapai bintang di langit: di mana lagi sumber cahaya untuk menyuluh muka yang penuh tercoreng arang?

Atau, terpaksa diam-diam menapuk muka sendiri. Tapi di mana? Tapuk di celah-celah timbunan mee sodo? Atau menyorok di balik skirt
pencacai-pencacai totok Sheikh Al-Jubri?


Pilihlah mana-mana saja. Aiman tak kesah pun.



Epilog
16 September 2008: Selamat Hari Malaysia. Selamat Ulangtahun Kemerdekaan Sabah.

 

Wahai ribuan nasionalis yang gugur di medan tempur,

Terima kasih kerana berkorban jiwa-raga menghalau penjajah yang cuba memperkotak-katik watan ini. Terima kasih kerana memberi kami kebebasan dan kemerdekaan, dari sebarang pengaruh kuasa asing.

 

Pada-Mu Tuhan,

Kami panjatkan syukur kerana anugerah kestabilan dan keharmonian untuk tanah pertiwi tercinta. Mohon agar terus melindungi bumi Sabah dan Malaysia, yang permai serta makmur ini, daripada diperintah oleh keluarga dajal yang narsisis dan oportunis. Jangan sekali-kali izinkan kemerdekaan kami tergadai buat kesekian kali.

 

Kepada mereka yang masih terus taksub menyembah berhala itu, berikan mereka setitis cahaya hidayah. Agar mereka dapat dikembalikan ke pangkal yang benar.

 

Amin.

 

 

 

Glosari Melayu Sabah:
Tapuk = Sembunyi
Menapuk = Menyembunyikan

Posted at 9:29 am by Rem

mustika
September 22, 2008   08:02 PM PDT
 
tertawalah utk seketika. hahahaha
Rem
September 22, 2008   01:04 PM PDT
 
Tanakwagu,
Ada bah sia sana. Kau saja yang ndak nampak. :)

Ezza,
Sodo mee sedap bah. Lemak berkrim penuh perisa. Tak percaya? Tanyalah Anwar dan Saiful -- duta utama mee sodo Malaysia. Ha ha ha ha!

Ustaz,
Selamat datang. Terima kasih kerana berkunjung. :)
ustazSAID
September 22, 2008   08:51 AM PDT
 
Salam Perkenalan,
Bagus, idea yg sungguh menarik & mberansangkan. Wa caya sama lu brader!
Ezza
September 21, 2008   08:10 PM PDT
 
Uwaaaaaa... Ndak mau la jadi orang PKR. Ndak best. Ndak mau jadi taukeh mee sodo. Haha.
Tanakwagu
September 21, 2008   05:49 PM PDT
 

rem, lama ndak nampak ko di sabahforum. datang la bah. kami merinduimu. kah kah kah kah!

mmg si anuar ni patut kana sulah sama buluh tajam. mengkucar-kacirkan negara saja. pelabur pun sudah takut mo datang malaysia!
Rem
September 21, 2008   11:01 AM PDT
 
Alb,
Agree on that point. UMNO/BN are not perfect. But at any given time, I would happily settle for something less perfect -- rather than grabbing something totally corrupted.

As for SAPP and Mr. Yong -- remember the incident in 1994? Yong adalah salah seekor katak yang melompat keluar dari PBS (purely a Sabahan party) -- menyebabkan Sabah jatuh ke tangan UMNO. Dan sejak itu, hegemoni politik federal mula bertapak di Sabah. Hingga hari ini.

So, kalau hari ini.. Yong and his fuck*ng SAPP minta puji mau jadi hero Sabah, konon-konon mau lawan hegemoni BN/UMNO -- maka saya kata... "Mr. Yong, go to hell and get rotten there! I don't care." If not because of Yong (dan semua pelompat katak itu dulu), we the Sabahan don't even have to fight this hegemony. In the first place.

Seriously, this is not the good time untuk parti macam SAPP mau tunjuk hero. Sebab ancaman Al-Jubur kepada Sabah jauh lebih bahaya dan besar daripada hagemoni BN!

Oppps, saya bukan marah. Geram saja. Ha ha ha ha ha!

Ezza,
Ala.. kalau orang PKR pun apa salahnya. I know how to appreciate differences. I respect/disrespect people for who they are, not because of their political choices in life.

Mr. V: "saya bukan orang anwar tapi bila lagi kita perlu orang seperti beliau yang berani bersuara?"

Masa Anwar bertahun-tahun dalam kerajaan dulu (dan ada kuasa mengubah polisi) -- apa bentuk suara Anwar? Tell me. Anwar tindas aspirasi orang Sabah. Anwar bina empayar kroni sendiri. Anwar kuasai media. Dan Anwar tikam perjuangan siswa-siswi universiti Malaysia dengan meneruskan (bahkan memperketatkan!) AUKU! Itu kamu panggil sebagai 'suara' yang patut disanjung?

Sofwah,
Sudah saya buat kategori entri di sebelah menus kiri. Tengok bahagian atas sekali. Tapi kategori ini baru diaplikasi kepada beberapa entri yang terbaru. Sedang dalam proses untuk mengkatalogkan netri-entri lama. Tapi di menu tepi juga, ada saya buat himpunan entri politik menerusi beberapa kompilasi. Just check it out, k. :)

Amiakimito & Cik Nurain,
Selamat datang ke Naked Climatologist! :)

Paloma,
Sabar saja. Suatu masa nanti, diorang semua akan tengok sendiri kebinasaan yang 'lelaki tak reti malu' itu buat. :)

Dr. Cinta,
Memang dia lelaki kaki liwat. Keselamatan negara dia mau liwat. Demokrasi dia mau liwat. Semuanya dia mau liwat. Kalau Anwar datang Sabah, pastikan kucing-kucing dan kambing-kambing korang semua dikurung dalam kandang. Sepanjang dia ada di sini.
Dr cinta
September 20, 2008   11:15 PM PDT
 
Dr.
isu terbaru anuar... nak meliwat keamanan negara..
kununya bekerja sama dengan taipei tuk wat rebutan kuasa seperti di Thailand..ok
cik nurain
September 19, 2008   04:45 PM PDT
 
ek elehhh..ingatkan sapa jubri ni..disebabkan xtau hujung pangkal..maka aku membacanya tanpa perasaan chenta..heheheh. ohh..bila tgk gmbr sebenar jubri..sakit perut macik ni ketawa nakkk.. ;)

btw..mat posa..isk..isk..
amiakimoto
September 19, 2008   04:05 PM PDT
 
syabas dr rem.. hahahahaha

entri fantasia raya yang sungguh menggoda jiwa!
paloma
September 19, 2008   02:16 PM PDT
 
Dr, kita tunggu dan lihat apa akan Anwar mau buat pada 23 sept pula..kalo btl dia bole jadi PM, silakan..biarla dia menjahanamkan orang dan bangsanya sendiri..jgn ja dia kacau tanah kita dan org kita..kalo dia berani ganggu kaum Dusun, sy umban tu kepala 'kerbau pendek' di kepala dia..hahaha..jgn marah..
MR.V
September 19, 2008   01:53 PM PDT
 
ok for ur info dr saya tahu tentang segala anwar punya perjalanan karier bukanlah tahu sepenuhnya tapi cukup ubtuk di dada yang sederhana ini tapi saya ingin menyatakan yang walaupun saya bukan orang anwar tapi bila lagi kita perlu orang seperti beliau yang berani bersuara?? jika dr ingat ada calon yang sesuai menjadi seorang yang vokal, berani n tidak takut dengan risiko silalah beritahu say... we need changes...
Sofwah
September 18, 2008   09:25 PM PDT
 
Salam,

Dr.Rem T_T
Ada sorang profesor tu kata saya cuma punya persepsi politik dan bukan kajian ilmiah, bila saya persoalkan beberapa perkara mengenai kepimpinan orang ittew...

Sesungguhnya, semua orang di sekeliling saya menyokong orang ittew, termasuk pelawat ahli akademik dari pengajian tinggi Mesia... Sesungguhnya, husnuzzhon (sangka baik) mereka sangat tinggi - dialah harapan masa hadapan nusa dan bangsa...

Ingat tak, mana entri dengan gambar pesta tarian joget Ijok tu? Ada, kan? Saya dah cari... Saya nak pautkan kat blog sorang kawan...

Dan. Boleh tak menyusahkan Dr.Rem? boleh tak satukan entri-entri politik ini di bawah satu kategori belah kiri tu?

Trime kaseh...

Wassalam.
Ezza
September 18, 2008   07:13 PM PDT
 
Kawan? Hikhik. Iyalah tu kali. Tapi Ezza bukan orang PKR ya. Tidak sama sekali. Huhuhu.
Alb
September 18, 2008   06:34 PM PDT
 
Topik ini bukan pasal SAPP kluar BN, tapi ada komen yang sentuh pasal hal ini.

Jadi sa ingin sentuh jugalah sikit pasal SAPP kluar BN ni. Ini pendapat peribadi saya... MUNGKIN... SAPP coba mengimbangkan KUASA UMNO di Sabah, yang nampak gaya... MUNGKIN ... MUNGKIN JUGA... banyak bahagian 'piza' di Sabah dimomom banyak orang UMNO.

Skarang SAPP jadi pembangkang, konon nda mau join mana-mana parti pembangkang lain la.

Tapi... sa rasa... perasaan sia ja la... SAPP akan berkolaborasi dengan DAP nanti.

Kalau dorang bleh sampaikan kebaikan(apa-apa ja) kepada rakyat Sabah, nda mustahil SAPP akan memerintah Sabah, macam DAP perintah Penang.. MUNGKIN...

Ini tilikan Pa'men Belalang (bukan Pa'men Belakang ) ;-)
Rem
September 18, 2008   06:14 PM PDT
 
Kepada semua rakan-rakan muslim yang mengunjungi blog ini,
salam ramadhan.

Name,
Sabar. Jangan terlalu banyak menyumpah. Takut nanti masin mulut, dan petualang itu tiba-tiba mati awal. Seriously, I want him to live long enough to see the damages he did to Malaysia. :)

Molongkolong,
Itulah pasal bah. Saya pun dari awal pagi.. tertunggu-tunggu kalau-kalau ada berita baik penurunan harga minyak. Syukurlah... tiada. Ha ha ha ha!

Siddiq,
TK kerana berkunjung. Salam ramadhan.

Qisti Zahra,
Ooo.. saya tidak pula perasan nama pilih ja ba ra tu ada kaitan dengan seseorang yang lain. Tembakan yang tepat? :)

FT,
Ha ha ha ha.. boleh dipentaskan jadi drama 'orang-orang yang menindas'. :)

Neutral,
Anwar has the ability to turn everything into his advantage. The biggest opportunist, I may say. Tapi palis-palis la. Janganlah dia jadi PM. Oppps! :)

Mardhiah,
Aikk.. orang pejabat awak pun pandai bergossip? Ingatkan cikgu-cikgi tak reti... ha ha ha..

aDeq,
Lama tak menyinggah sini!

Kenon,
Wah.. sampai teruja begitu. Kalau gitu, boleh kasi jadi skrip drama la.. ha ha ha ha!

Dr. Cinta,
Tapi masa kamu semua ada di hutan Penangah, Kota Kinabalu sangat aman dan permai. Kenapa ya? ha ha ha ha..

Ezzah & Lady Mariah,
Wah.... you all ni kawan ka? Oooopss!

Paloma,
Itulah pasal... hanya orang yang tidak tahu sejarah politik Anwar yang akan tterpedaya. Tapi biarkan mereka. Kononlah Anwar ini bakal selamatkan Sabah. Tapi si barua ini jugalah yang menindas Sabah. Dia yang dulu telah menolak MENTAH-MENTAH hasrat Sabah untuk mendapatkan 10% royalti minyak dan balak. Masa dia jadi Menteri Kewangan dulu. Tapi sekarang.. dia pula konon mau kasi 20%. WTF?? Dulu Anwar menghina komuniti Kadazandusun sebagai fascist dan anti-Islam. Sekarang dia pula yang terhegeh-hegeh mau berbaik dengan pemimpin Kadazandusun. Hmmm..

Mr. V,
Tak payahlah minta-minta bukti bah. Perbuatan licik politik Anwar sudah lama terbukti di seantero Malaya dan Borneo. Meliwat demokrasi dan menolak mandat rakyat (yang diberi menerusi pilihanraya) -- itulah kegemaran Anwar sejak dulu. Memang Anwar kaki main belakang. Yes, pun intended! :)
MR.V
September 18, 2008   01:21 PM PDT
 
sapp keluar dengan kerelaan sendiri dan bukan lah kerana anwar yang suruh... saya bukanlah penyokong mana2 pihak tapi saya cuma menyatakan yang rakyat malaysia dahagakan perubahan... wahai paloma harus diingat yang sapp telah membuat undi tidak percaya pada pm kira2 3 bulan lalu jadi bukanlah anwar yang menyuruh sapp membuat demikian... saya pun ingin tahulah dari mana paloma dapat sumber yang menyatakan anwar yang menyuruh sapp keluar? sedangkan sapp sekarang bukan sebahagian daripada pakatan rakyat dan sapp keluar kerana ingin menjadi pembangkang di sabah... mereka ingin menjadi pembangkang yang kuat dan tidak menumpukan pada paktan rakyat... jadi jika saya ada silap silalah paloma tunjuk ajar pada saya kerana saya takut mana tahu apa yang saya cakap salah dan nanti orang akan cakap saya tin kosong jadi paloma tolonglah beritahu d mana anda dapat sumber2 yang anwar menyuruh sapp keluar...
paloma
September 18, 2008   10:59 AM PDT
 
Bila SAPP menceraikan BN memang ramai sangatlah yang buat andaian sana sini..tapi org tidak sedar, terutama orang Melayu..masih tidak membuka mata..Anwar hanya menggunakan orang Cina dan kaum lain untuk menjatuhkan bangsanya sendiri..sungguh bebal sekali..wpun sy bukan orang Melayu tetapi sy tidak la sanggup melihat tanah milik bumiputera akan menjadi milik org yg asal usulnya bkn daripada Tanah Malaysia..
Sy mau tgk sejauhmana Anwar akan menjaga kepentingan orang Melayu dan bumiputera yg lain selepas dia mengabulkan niatnya untuk menjadi PM..alamatnya kita akan dipimpin oleh seorang lelaki bersongkok dengan fahaman Yahudi..
MR.V
September 18, 2008   03:05 AM PDT
 
but how now sapp pulling out from bn... eventhough tak jadi kahwin 16 september tapi hari kahwin boleh ditunda...hehehe dengar cerita banyak lagi gadis2 yg akan menerima pinangan sheikh ni jadi kita tungu dan lihat je... manalatau nanti jadi kahwin nanti kita yang melopong kerna terlampau mengharap tak jadi...
Ezza
September 17, 2008   10:47 PM PDT
 
Hikhik. **Gelak gelak guling guling**

Steady ko Mariah ;-) Dia memang macam ni **sambil jentik jari orang yang taip entri ini**
kenon
September 17, 2008   05:10 PM PDT
 
Salam..
Hebat betul cerita analogi ni... Syabas! Puas hati sangat bila baca entry ni [menarik, menguja dan.....]. Inilah jadinya bila kita cuba merubah fitrah alam. Orang tamak dan gelojoh memang selalu lupa dengan ketentuan Tuhan. Macam kes meliwat 'demokrasi' dengan 'beli dan lompat parti'..memang takkan jadi punyer...
Dr cinta
September 17, 2008   01:12 PM PDT
 
alahai cerita ni pun nak heboh satu malaya... tak de kerja lainkah..

aku ingat sabah ni dan jatuh tangan pembangkang..

maklumlah time 16 september aku kat Penangah.. kawasan yang terletak di tengah-tengah SABAH..
tak de line..
alhamdulillah.. bila kami keluar masi aman lagi lah malaysia ni..

aDeq
September 17, 2008   12:15 PM PDT
 
;-)
Lady Mariah
September 17, 2008   10:08 AM PDT
 
Terima Kasih :-)
Mardhiah
September 17, 2008   09:24 AM PDT
 
Orang kat pejabat saya ni pong ada yang masih teruja mau lihat "that wedding of the century?" Soalannya sekarang adakah Syeikh akan berhenti memainkan cerita selepas 16 September? Saya baca ta'di kunun bini orang tu dah setuju dah, la ni tinggal, nak minta izin ex-hubby pompuan tu jah.

Lagi satu sebab ini kan bulan posa, ada tuk kadi tu nasihatkan tak eloklah kalu nak merenyam waktu ini, takut kena bayar apa tu eh, yang 2 bulan posa berturut-turut tuh, takut nanti tak terbayarle pula, almaklum dah tetua, pakar diet pun tak setuju incase terbabas dan terkena denda berat tuh.

Apapun kita tunggu jelah eh lepas raya nih...kut-kutla ada wedding, manala tau ada, dapat kontrak bikin khemah, main kompang pun jadilah. rezeki tuh jangan ditolak.
Neutral
September 17, 2008   06:32 AM PDT
 
i agree wif tehrani. u ve the ability to rephrase the current scenario in a way that is interesting (hehehe VERY interesting). neway, i still feel that he will do something. now he cant do anything as all the MPs are "outstation". i'm guessing a riot will happen.
not becoz of anwar, but bcoz of bn itself n the UMNO component itself. mahathir is back. n there is possibility he will repeat wat he did to tun abd razak n husin onn. (pressure them!).
the umno component itself is enough to gv full victory to anwar. if there is another issue of any mp talking about racism, hehehe i guess anwar will use that as a ticket to conquer malaysia.
this is juz my point of view.
he gave a few dates for him to "conquer" malaysia. 16, 17, 18, 19 n 20th sept.
i dun want him to win(unless he win the legal way, i cant say nothing). but, if he is destined to be our PM (palis..palis...), kene redha je le.
wallahu alam
faisaltehrani
September 17, 2008   04:08 AM PDT
 
Salam,Dr Ram,
Entri ini boleh diadaptasi jadi drama pentas paling sensasi abad ini.
Wassalam.
qisti zahra'
September 17, 2008   03:43 AM PDT
 
Salam Dr dan pencinta kebenaran,

Bila Dr bagi gelaran macam tu kat dia, teringat ulamak yang menyokong dia sangat. Sampai keluarkan fatwa. Sedangkan fatwa tak boleh dikeluarkan dalam kes mahkamah yang sedang berjalan untuk menyokong mana-mana pihak. Dicanang pulak dia sebagai pakar Usul Fiqh. Ada PhD. Nama dia Sheikh Dr Jabir Ulwani. Kenapalah sampai pilih ulamak pun yang namanya ada bunyi jim ba dan ra.

Walau di Sabah, maupun Sarawak, atau di mana sekali, pejuang kemerdekaan adalah saudara dan anak-anak Muhammad saaw. Kerana Muhammad mendapat wahyu pertama di gua hira'. Bukankah hira' itu maknanya kemerdekaan dan semarak kehangatan. Siapa yang ikut Muhammad saaw, dia adalah anak-anaknya. Dan kita adalah musuh firaun kuno dan firaun moden.

Selamat Nuzul Quran dan memperingati Perang Badar

Selamat Hari Malaysia

Salawat
siddiq azani
September 17, 2008   02:34 AM PDT
 
sebuah hikayat yang hebat!!!saya tabik saudara!!!
Molongkolong
September 16, 2008   05:12 PM PDT
 
Habis angan-anganku nak dapat minyak free esok.... hehehehe
Name
September 16, 2008   12:47 PM PDT
 
SI JUBUR INI MEMANG PENIPU, PEMBOHONG DAN PENDUSTA! APA... DIA INGAT MP MALAYSIA NI MACAM MONEYT. SUKA LOMPAT-LOMPAT????
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry






Rem’s ©®

Free Website Counters