|
Sunday, August 17, 2008
 Sajian entri ini akan lebih enak dan menyelerakan, jika disantap bersama menu berikut: Anwar Ibrahim Dot Com Ayor Lemuju Pewaris Melayu Halwa Romantis
(i) Anwar telah mengisytiharkan kepada seluruh dunia: "I'm the voice of democracy". Dialah politikus pertama di Malaysia yang begitu berani mewartakan label sekudus, dan segah itu. Pada diri sendiri. Tapi pewartaan itu hanya satu permainan kata-kata. Ibarat ayam jantan megah berkokok, tapi ekor berlumur tahi. Kalau mahu jadi jaguh demokrasi Malaysia: kenapa beriya-iya ingin merampas kerajaan federal pada 16 September ini menerusi kuasa 'pujuk-beli wakil rakyat'? Bukankah suara demokrasi sewajibnya ditegakkan menerusi mandat 'undi rakyat'? Menggunakan saluran pilihanraya yang sah. Huh, nampaknya Anwar masih seperti dulu-dulu. Megah pada retorik, ironi pada tindakan. Impian kotor Anwar yang sudah diuar-uar serata Malaysia itu (turut didokong oleh anak pewaris kedajalan bapa, Puan Nurul Izzah Estrada) – merupakan déjà vu pada satu taktik paling siyal. Yang pernah Anwar pelopori dalam tragedi politik Sabah 1994. (ii) Barangkali si pemegang ijazah General Degree itu (ya, degree tercorot dalam pendidikan tertiari!) Anwar patut diberi kelas pemulihan bahasa. Kita ajari dia apa maksud sebenar 'demokrasi' dari segi hurufiah, semantik dan konsep. Supaya anak Pak Berahim ini tidak sewenang-wenang melacurkan makna dan semangat demokrasi yang sebenar. Memang benar. Anwar ini ada satu sifat yang sungguh menguja, serta mengagumkan. Iaitu, sifat 'tak reti malu'. Dia sendiri merajadewatakan dirinya sebagai hero segala hero. Hero demokrasi. Hero anti-rasuah. Hero anti-kronisme. Hero itu, hero ini. Ya, lelaki ini sungguh narsisis sekali. Tapi, Anwar secara terang-terang mengkhianti semua prinsip perjuangan yang digembar-gemburnya sendiri. Selain merancang mahu meliwat demokrasi pada hari suci pembentukan Malaysia (i.e. 16 Sept) – Anwar juga adalah penganut nepotisme/kronisme yang sangat taat. Tak perlu ungkit cerita lama. Sekarang ini pun, dia telah jadikan PKR sebagai parti laki-bini @ anak-beranak. [Nota: Saya selalu berfikir seribu kali bila bertemu dengan seseorang yang lidahnya terlalu lembut, yang suka sangat berjanji itu dan ini!] Dinasti Ibrahim juga jauh lebih kaya dari keluarga Tun Mahathir. Walau tiada seorang pun anak Anwar yang jadi usahawan. Bayangkan, dia sudah jadi penganggur selama 10 tahun – tapi Anwar masih miliki wang jutaan ringgit untuk membeli wakil-wakil rakyat Borneo. Di mana dia mengumpul kekayaan yang melimpah-ruah begini? Ada dua clue utama: USA dan kroni. Fikirkan sendiri, ok. (iii) I may not share the same political vision with either, Tuan Guru Hadi Awang (PAS) or YB Lim Guan Eng (DAP). But still, both of them deserve my highest respect. Paling tidak, mereka konsisten. Pada prinsip perjuangan. Pada implementasi agenda politik. PAS dan DAP (masih) percaya bahawa matlamat harus selari dengan cara. Proses harus betul. Bukan sekadar kemaruk pada hasil. Selama bertahun-tahun, kedua-dua parti ini tabah berjuang mengikut lunas-lunas politik yang demokratik. Walaupun kadang-kadang selalu sangat parti pemerintah meletak pelbagai duri dan onak. Yang merencat kebebasan dan ketelusan asasi. PKR pula parti jenis marchiavellianism. Umur baru setahun jagung dalam politik Malaysia. Tapi nafsunya bagak menggunung, mengalahkan parti-parti yang sudah berjuang bertahun-tahun. Bagi PKR, matlamat menghalalkan cara. Kerana itu mereka mahukan hasil segera pada 16 September ini. Enggan menunggu jalan yang sah. Bagi Anwar, proses tidak penting. Yang utama, mesti sampai ke destinasi dengan cepat. Bagaimana ia diperoleh, itu tidak relevan. Nampak tak? Anwar jelas memiliki ciri-ciri Robert Mugabe. Jikapun kamu benci pada kerajaan BN sekarang, berbaloikah Anwar dijadikan alternatif? Bolehkah PKR menawarkan sesuatu yang berbeza? Saya tak bilang tak boleh. Cuma saya fikir begini. Ia adalah satu pilihan yang (agak) meragukan. Baca betul-betul, MERAGUKAN. Kata Pendeta Za'ba (seorang ilmuwan Melayu tersohor): "Jangan sekali-kali bertaklik pada perkara yang ada unsur was-was". (iv) Ada sejenis binatang yang sanggup makan najisnya sendiri apabila terlalu lapar. Kamu tahu apa? Ba alif ba ya. Bukan. Jangan salah faham atau menuduh saya yang bukan-bukan. Heii, saya masih waras, ok. Saya tak sekali-kali menyamakan manusia dengan binatang. Tidak! Tapi saya tau, pada ketika ini – Anwar adalah seorang politikus yang sangat lapar. Kerana kelaparan itu, percayalah... dia sanggup buat apa saja. Baca baik-baik: SANGGUP BUAT APA SAJA. Termasuk memakan tahi sendiri. Maksud saya secara metaforik. Bukan literal ya. Contohnya apa? OK, biar saya buka perspektif. Dulu (tahun 1994) Anwar kata PBS harus ditolak kerana ia adalah parti Kristian. Anwar gembling semua media pemerintah untuk menobatkan imej Kadazandusun sebagai pendokong Kristianisasi. Inilah pertama kali dalam sejarah moden Sabah (pasca-1963), negeri harmoni ini dicemari dengan amalan siasah perkauman. Memperalatkan sentimen agama dan keturunan sebagai senjata politik. Itulah pendirian Anwar pada tahun 1994. Pada tahun 1998, bila digulingkan dari kerajaan, tiba-tiba Anwar menjadi ular. Yang bertukar-tukar sisik. Pemimpin pertama yang dia temui ialah Pairin Kitingan. Berdakap-dakapan lagi. Pada tahun 2008 pula, Anwar janjikan Jefrey Kitingan jawatan TPM. Kerana kepentingan diri, Anwar sanggup tebalkan muka. Menjilat tapak kaki pemimpin-pemimpin yang pernah dikencingnya. Suatu masa dulu.
Isu saya di sini, bukan Kristian vs Islam. Bukan juga saya marah sebab Anwar mahu berbaik-baik dengan pemimpin Kadazandusun. Tidak! Baguslah begitu. Sebagai bangsa Malaysia yang cintakan kestabilan, saya percaya kita semua mesti saling berganding dan menghormati. Tanpa mengira etnik, agama dan kebudayaan. Tapi kamu nampak apa isunya di sini? Ya, sikap Anwar yang sungguh manipulatif. Memang manusia jenis tak bermaruah. Sanggup meratah semula tahi yang diterannya dalam jamban politik oportunis pada tahun 1994. Asal saja ia menguntungkan agenda peribadi. Inilah kelicikan lelaki yang diagung-agungkan oleh golongan reformis. Bolehkah kita menyandarkan mencagarkan masa depan Malaysia pada seorang pemimpin narsisis yang oportunis? Pilihan di tangan anda kita. (v) Dalam ucapan pada satu acara kempen semasa Pilihanraya Umum Malaysia 2008, Anwar pernah merujuk TPM Najib Razak sebagai 'Najib Monggolia'. Disambut dengan ketawa mengilai-ngilai dari sekalian penjilat PKR. Huh, lawak bodoh pun boleh gelak. Anwar merujuk Najib begitu, tentulah atas dasar spekulasi dan serangan karektor politik. Kamu setuju? Dengan meminjam semangat yang sama, saya ingin merujuk Anwar sebagai: Sheikh Aj-Jubori Al-Liwati. Lucu? Ketawa mengilailah kalian semua.. wahai penjilat-penjilat PKR. Nota: Jika ada pertandingan olimpik kategori acara Meliwat Demokrasi, maka saya yakin Malaysia boleh mengutip sebutir pingat. Pingat Emas: Robert Mugabe, Pingat Perak: Anwar Ibrahim Sheikh Aj-Jubori, Pingat Gangsa: George Bush Jr. Mungkin Mugabe akan mati sebelum Olimpik London 2012. Jadi, peluang wakil Malaysia, Aj-Jubori, untuk mengutip Pingat Emas sangatlah cerah. Pesaing dia nanti hanya anaknya sendiri, Nurul Izzah Estrada. Wow, potensi dua pingat untuk Malaysia!
Posted at 3:55 pm by Rem
 |  |  | Hasan September 19, 2008 11:26 PM PDT
yang peliknya kenapa masih ramai menyokong DSAI...adakah mereka buta hati, buta minda & buta segala galanya...konfius lagi..
atau ada yang dah tak boleh menerima pejuang di zaman skrg..yang ada hanya mereka yang menjadi tukang angguk.. |  |
  |  |  | Notti September 2, 2008 08:14 PM PDT
Salam,
Mungkin sudah agak terlewat untuk menghantar komen dalam entry ni tapi who knows people might singgah & get some knowledge from reading the link below.
http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/08/dari-permatang-pauh-ke-putrajaya-anwar.html
http://www.shalattas.com/news.php?extend.73
Might be good to read for general knowledge & reading pleasure..dunno whether it is true or not though.. |  |
  |  |  | Rational August 30, 2008 02:11 AM PDT
Best entry ni. Tulah. DSAI ni bijak. Bijak mengelentong rakyat. Yang dikelentong mati mati men- support die. Mcm pengikut Hitler. Berjuta juta tabik salut. Agung agungkan Hitler padahal tak sedar kena tipu. Anugerah tuhan kepada dia dengan bakat dan karisma untuk menarik dan membakar semangat rakyat, lebih lebih orang muda yang secara amnya ada perangai rebellious. Biaselah, darah muda... panas cepat. Saya selalu perhati dan bace website dan blog, kalau orang yang pro kerajaan selalunya dapat menilai baik dan betul / salah dan buruk kerajaan. Bukannya support melulu. Sungguh lain dengan orang pro PKR. PKR ibarat satu parti yang perfect dan bebas dari segala benda salah. DSAI ibarat wira / nabi mereka... ikut melulu, tak pikir secara logic. Tak ubah mcm pengikut Hitler. Yang kelakarnya, mereka ingat DSAI akan menyelamat mereka. Sebab mereka telah di brain-wash sehabis habisnya dengan ceramah ceramah yang memang best di dengar. Padahal, semua kena guna supaya diri tu dapat jadi PM. Apa saja, asalkan dapat jadi PM. Tak apa. Kita buat kecoh kat jalan, laung laung reformasi.. kita jadi balik mcm typical negara dunia ketiga yang dok kena tayang kat CNN yang asyik portrait mcm lah negara dunia ketiga penuh ngan orang orang macam tak sekolah. Asalkan dapat jadi PM.. |  |
  |  |  | faizal kamal August 28, 2008 10:06 PM PDT
wah . . . . ada apa di Blog ini, kontroversi banget isi nya n komentnya . . .
keep Post, sir. . .
pro or kontra . . .
Post jalan terusss. . .
terimakasih diizinkan comment |  |
  |  |  | mustika August 26, 2008 09:23 PM PDT
saudara yati,
kalau setakat jadi penyusun kerusi dlm bengkel tu.....takpayahler |  |
  |  |  | sofwah August 23, 2008 05:22 PM PDT
salam,
dr.rem, puisi ialah sesuatu yang indah yang lahir dari jiwa yang cintakan keindahan.
Mana mungkin orang ittew umpama puisi. Dia umpama KABUKI yang penuh tersurat dan tersirat XD
Wassalam. |  |
  |  |  | atokoi August 22, 2008 03:10 PM PDT
ok dr... saya pun bukanlah penyokong mana2 pihak cuma saya juga meluahkan dari pengamatan saya sendiri... bagi saya kita masing2 mempunyai pandangan sendiri and yes we should voice out jika tidak kita akan berada di takuk yang lama kerana kita hanya berdiam diri.... btw great blog dr... tq |  |
  |  |  | Faisal Tehrani August 22, 2008 03:07 PM PDT
Salam
Isu liwat kita semua tak pasti. Tapi keadilan mesti diberikan kepada kedua belah pihak.
Kata Anwar di P.Pauh dia akan membela hak Melayu.
Kata saya: Hak Rasulullah pun dia tak dapat bela bila Salman Rushdie caci dan hina hak Rasulullah, macam mana dia nak bela hak Melayu. Atau macam mana dia nk bela hak manusia keseluruhannya (kerana Nabi itu datang untuk seluruhnya rahmatan lil alamin)
Wassalam. |  |
  |  |  | Klik August 22, 2008 01:00 PM PDT
Memang Dr bincang pasal politik kotor DSAI,
TApi Kes Liwat ni mainkan peranan besar jugak pada kepercayaan rakyat,
Kenapa tak dari dulu, kenapa baru sekarang tampil...
Keputusan rakyat yang jadi lalang boleh berubah disebabkan akuan sumpah Si Saiful ni.
Saiful kata dia tak tau DSAI nak bertanding...
Tipu sangat...
Sebab Satu Malaysia dah boleh agak sejak awal tahun lagi DSAI akan bertanding.
Just my Opinion...
|  |
  |  |  | Rem August 22, 2008 09:35 AM PDT
Salam untuk atokoi dan semua,
Bah... nampaknya diskusi makin hangat di sini. Now, it's time for me to move on. Tuan-puan semua boleh terus perdebatkan isu ini. :)
Entri ini hanya pandangan peribadi saya. Dari kacamata seorang rakyat biasa. Saya bukan pakar penganalisis politik. Tilikan ini hanya berdasarkan pengamatan sendiri. So, kepada para penyokong PKR dan pemuja Anwar... janganlaha marah-marah ya. :) |  |
  |  |  | atokoi August 22, 2008 03:33 AM PDT
ya i agree with u neutral totally agree, because thats the fact that we can take as an option or in other word "maybe" right??.. its just that why things always hapened that makes dsai stronger from time to time?? as in the political carier, the party, and the fact that his wife and daugther both win in the recent election... it shows a sign that dsai is innocent... but like u said only god knows... allahuakbar.. |  |
  |  |  | Neutral August 22, 2008 03:01 AM PDT
atokoi,
this situation can be seen in two ways (to me). 1) this is seriously n truly UMNO's tactic to bring anwar down like in 1998.
2)it cud also be becoz anwar himself. maybe he bring up this speculation. (dun get mad dsai's die hard fans! this is juz my OPINION).
i'm not choosing any, but if u think about it, there is a possibility rite??
in the 1st option, the situation now proves that. saiful bring up the issue when the malaysian's politic quite "hot". he declared his "sumpah" when anwar during "penamaan calon"
but at the same time, 2nd option also cud happen rite?? when the liwat issue rises, no gov member no about it. (maybe they r acting? yup that cud be a possibility) but ths is totally diff from the 1998 situation. everyone in the gov (ministry) noe that anwar's liwat case n commented on it. but 2day, no! when this issue was hot, nobody said anything but they were shocked themselves. hmmm....
1st option or 2nd option, nobody noes. wallahualam |  |
  |  |  | atokoi August 22, 2008 01:50 AM PDT
helo dr im new here, so dari apa yg saya nampak memang ada salahnya jg dsai dr segi politiknya yang sedikit agresif.. kita tidak boleh menolak memang ada kesangsiannya mengapa dsai begitu agresif tentang kariernya... namun dari segi yg berbeza if dsai ni jahat bukan kah the table should turn??? i mean dia sepatutnya tidak sebegini kariernya kerana konspirasi tahun 1998 di mana mungkin jika dia benar2 bersalah jadi sedikit karma akan terjadi tapi sebaliknya dia muncul and the impact is on our country punya recent election... and what hapened to all the people who accused him in 1998??? ni just pandangan dari saya and saya ingin meminta maaf jika tidak rapi dari segi penyampainnya... |  |
  |  |  | Dr. cinta August 21, 2008 12:30 PM PDT
SDr Yati..
penjelasan yang mantap...
( terkedu c Mistika tu)
- jangan lah guna bahasa yang terlalu lancang... kita masi lagi sesama manusia,,, lau ya pun entri ni menyinggung perasaan mana-mana pihak kita bincang secara profesional... sec Akademik... bukan meluluh..pendapat anda akan di analisis juga tu oleh c empunya Entri ni...lau anda guna kekasaran ,, kekasaran lagi dahsyat anda akan dapat dari c empunya ENTRI ni..
jangan anggap diri terlalu banyak ilmu dan merendahkan org lain,
tu namanya anda sebenarnya yang :"bodoh:" Fikir-fikirkan...
Peace..salam penuh CINTA,,:-)
|  |
  |  |  | Mardhiah August 21, 2008 10:42 AM PDT
"kerosakkan yang akan di bawa oleh Anwar adalah sesuatu yang tersembunyi dan sukar di ramal"
Tapi I dah nampak SATU dah, iaitu orang anak dara dikata pelacur, orang teruna dikata gila seks. Bila tak masih tak gila-gila dan normal, tukar cerita pulak, konon dah masuk greja Kiristian. Paderi dah bagi tangkal besar, dalam baju ada salib besar agar hantu setan semua takut nak dekat.
Tunggu jelah 40 hari nak tengok sumpah laknat itu masak. Tukar topik lain la.
Chegu Rem,
Pompuan-pompuan ni semua, dah terlampau CINTA, mabuk kepayang. Tulislah hapa pun dia tetap kata abang Nuar dia gak yang number ONE.
Ntah saya ada terbaca lebih mudah mengobati manusia yang mabuk arak dari mengobati manusia yang mabuk CINTA, sesungguhnya hanya ORGASM sama yang di cintai itu saja yang bisa mengobati Sakit Mabuk Kepayangnya.
Itu kata Ibnu Qaiyim. Tapi mujur juga baru-baru ini saya terbaca dalam Mega (sisipan Utusan) ada ustaz tulis, ubat sakit RINDU mabuk kepayang ialah bernikah walau bukan dengan lelaki yang dikagumi.
Pada peminat-peminat fanatik Anwar:-
Abang Nuar tu dah ada Kak Zizah nak menjaga sakit peningnya. Biarlah mereka berbahagia bersama, janganlah nak dibebankan masalah korang pada mereka berdua. Letih aku nengok mereka anak-beranak berceramah sampai pukul 1, 2 pagi tau! :) |  |
  |  |  | Rem August 21, 2008 05:27 AM PDT
Sofwah,
Selamat bertamu lagi! Lama tidak nampak (ya, saya tau... ayat klise.. he he he). Seperti juga sebuah puisi, manusia ini ada elemen-elemen tersirat dan tersurat. :)
Yati,
Wow... semangat betul. :) |  |
  |  |  | Yati August 20, 2008 10:58 PM PDT
Kepada saudara/i Mustika,
Biar saya perjelaskan di sini.
1. 30 tahun dalam bidang perubatan tidak membuatkan dia pakar. Dia sendiri mengaku bahawa dia hanya GP. GP maknanya doktor am dan bukan pakar. Maknanya juga, dia tidak selalu mengendali kes-kes kecederaan seksual malah dia mengendalikan segala macam penyakit.
2. Kalau saudara/i perhatikan, dalam kes mahkamah, selalunya pakar yang dipanggil untuk memberi keterangan tentang kecederaan seksual dan bukan GP.
Ini kerana GP tidak terlatih untuk mengenalpasti dengan tepat akan kecederaan sebegini.
3. Beberapa tahun lepas, saya pernah menghadiri bengkel melatih para doktor hospital kerajaan untuk mengenalpasti kecederaan seksual. Dan ternyata ia memerlukan kepakaran yang khusus untuk mengecam kecederaan itu sama ada disebabkan oleh serangan seksual atau kecederaan biasa. Doktor yang mengendalikan bengkel itu didatangkan khas dari Amerika Syarikat kerana beliau merupakan orang yang pertama mempelopori bidang ini. Untuk pengetahuan Mustika, doktor-doktor sendiri perlu dilatih untuk mengenalpasti satu kecederaan itu disebabkan oleh serangan seksual atau tidak.
Seperkara lagi, menurut doktor itu lagi, adakalanya luka yang disebabkan oleh serangan seksual itu sudah sembuh tetapi pesakit masih merasa sakit. Ini mungkin disebabkan oleh trauma atau kesan sampingan daripada serangan seksual tersebut.
Jadi, Mustika, saya tidak "stupid" dalam hal ini. Saya tau apa yang cakapkan. Kalau boleh, Mustika isikan masa dengan banyak membaca supaya tidak terlalu menerima sesuatu itu daripada permukaan sahaja.
|  |
  |  |  | sofwah August 20, 2008 10:12 PM PDT
Salam,
Dr.Rem, terima kasih banyak-banyak-banyak-banyak-banyak kerana menulis entri-entri ini yang menyingkap pelbagai aspek mengenai orang ittew yang tidak saya maklumi sebelum ini... ada fakta yang saya tidak berapa tahu selama ini, cuma "suspek" atau "dengar-dengar" saja... alhamdulillah, didokong dengan kajian lain, saya kini lebih memahami isu yang berkenaan dengannya dan mereka yang sewaktu dengannya dengan lebih menyeluruh :)
Wassalam. |  |
  |  |  | Rem August 20, 2008 06:46 PM PDT
Dr. Cinta,
Kalau Anwar tak percaya pada sistem polis dan mahkamah -- diamkan saja la. Tak perlu dia sendiri buat 'report balik' pada polis. Lepas tu, buat sidang akhbar besar-besaran sebelum mahkamah keluarkan arahan penyiasatan. Taktik Anwar ini 'separuh-separuh'. Tidak tetap pendirian. Kalau tak percaya, tak percayalah. Kalau percaya, buat cara percaya. Jangan sekjap percaya, sekejap tidak. Yang ini percaya, yang itu tidak.
Saya setuju dengan Neutral -- yang mengatakan bahawa taktik Anwar ini sebenarnya sangat licik dan mengelirukan. Dia bukan mahukan keadilan. Tapi dia mahu memaksakan keadilan diberi pada dia.
UMNO tak pernah beli 'wakil rakyat' (MP). Kalau ada pun, hanya masa zaman Anwar jadi Ketua Kempen pilihanraya Sabah 1994. Ya, ketika itu UMNO (di bawah kuasa dan pengaruh Anwar) memang ada membeli wakil rakyat.
Selepas itu, UMNO tak pernah lagi beli 'Wakil Rakyat'. Definisi beli wakil rakyat ini ialah: "menerima seorang MP yang menang pilihanraya atas tiket 'Parti Lawan' (bukan calon bebas) masuk ke dalam parti sendiri".
Isu UMNO/BN beli undi rakyat, atau mengambil pengundi hantu -- ini adalah satu isu lain. Ini adalah penipuan berbentuk spekulasi. Kalaupun ia berlaku (KALAU -- belum tentu ia benar-benar berlaku): yang dibeli itu adalah pengundi. Bermakna pengundi itu memilih untuk mengundi mengikut motivasi material. Ia tetap PILIHAN INDIVIDU.
Apa yang Anwar dan PKR mahu lakukan ialah membeli 'WAKIL RAKYAT', iaitu MP yang telah diundi oleh rakyat. Ini adalah pencabulan demokrasi pada skala lebih besar. Kenapa?
Pertama, kalau 'beli undi rakyat' -- itu masih dalam kawalan individu rakyat. You have the choice to make up your mind. Kena beli atau tidak. Dan pembelian ini hanyalah berlaku pada peringkat individu.
Kedua, kalau beli 'wakil rakyat' -- ini di luar kawalan pengundi/rakyat individu. Rakyat tiada pilihan untuk menghalang proses ini. Dan setiap pembelian satu 'wakil rakyat' melibatkan pengkhianatan ribuan pengundi individu sekaligus.
Name: "demokrasi mana yang saudara belajar ni? atau saudara belajar demokrasi separuh jalan? sedar kah saudara yang Demokrasi lebih dari kehendak rakyat? "
Heiiiii!!! Demokrasi bermaksud 'dari rakyat, untuk rakyat'. Kalau demokrasi itu bukan dari kehendak rakyat -- habis ia kehendak siapa? Kehendak kambing di padang? Kehendak rusa di hutan? Kehendak bakteria dalam nasi basi? Kehendak lumut yang tumbuh di siring-siring parit yang lembab?
Mana bukti Anwar beli pengundi? Saya tiada bukti Anwar beli pengundi. Tapi saya ada bukti kamu ini lembab dan sengal. Saya tak kata Anwar beli pengundi. Saya kata Anwar beli 'wakil rakyat' (yang telah diundi oleh pengundi). Mana buktinya? Lihat kepada Pilihanraya Sabah 1994. Bagaimana Anwar mula-mula memansuhkan undang-undang anti-lompat. Selepas itu dia 'beli' wakil rakyat PBS masuk UMNO.
Sekarang ini, Anwar gunakan taktik yang sama untuk merampas kerajaan federal. Anwar tawarkan Ghapur (MP Sabah) sebanyak RM 2 juta. Anwarkan umpan Pairin dengan jumlah lebih tinggi. Ada juga yang cuba dibeli dengan janji-janji jawatan. Mana buktinya? Bukahkah wakil-wakil rakyat ini sudah buat pengakuan. :)
Neutral, I totally agree with you with the 'live telecast of the court proceeding'. Let the people judge it themselves.
Kiking,
Just because I blog about Anwar, doesn't mean I don't care about my own people -- and the local issues around me. And, just because some people don't talk about Anwar (or others' problems) -- doesn't mean they really do care about their own people and things around them. Some people are just ignorant about everything, you know. :)
Bodohnya: "Bodohnya entri ni. Orang yang mengaku sebagai "Parti Allah" (Hizbullah) dan perjuang Islam boleh pulak yer?"
Apa kena mengena dengan Parti Allah pula? Bila masa pula saya buat entri tentang Parti Allah? Saya tak faham dengan komen si Bodohnya ini. Tapi yang pasti -- si pengomen ini sangat pandai memilih nama untuk menggambarkan mentaliti dirinya. Tahniah! :)
|  |
  |  |  | Bodohnya August 20, 2008 03:57 PM PDT
Bodohnya entri ni. Orang yang mengaku sebagai "Parti Allah" (Hizbullah) dan perjuang Islam boleh pulak yer? |  |
  |  |  | kiking August 20, 2008 02:43 PM PDT
Hi Dr..lama tidak jumpa..apa mcm?
Dr ni tidak habis2 dgn anwar..biarla la ba dia dgn dunianya sendiri..jgn sampai Dr berpolitik terus..mesti mau jaga alam sekitar jg..sy rasa Dr lebih baik cari penyelesaian mcm mana mau jaga alam sekitar di kawasan di Sabah..jgn bilang Sabah la, kawasan UMS tu pun sdh ckp teruk..ini sibuk mau cari gaduh dgn Anwar..kalo berani jumpa dia terus la jgn main ckp dalam blog sj..buktikan kelelakian org 2 Dusun Sabah..ini sibuk ja pasal orang Melayu..biarla dorang berantam sendiri..biarkan mereka menghancurkan bangsa mereka sendiri.yg penting kita jaga bangsa kita sendiri sdh la..ini balik2 anwar..boring la..bgs pun dia tu hensem sgt.. |  |
  |  |  | Neutral August 20, 2008 02:41 PM PDT
my opinion, i agree wif Dr Cinta that umno also cheats during election. I dunno about buying MP's but they do use "pengundi hantu" and "sudden appearance" of ballot boxes from some places to make their MP win. ths act actually equals wif anwar's act of buying MP, isnt it? to me it is.
I ask Dr Cinta one question, according to u anwar didnt trust the gov, court n hospital bcoz he was tricked once. (nobody supported him n bla bla). ok! ve u eva wonder y he actually trust the court when he was announced not guilty?? it shows that he CHOOSE to side the court,hospital, police when they side him, n CHOOSE to object the court, police n hospital when they dun side him. hmm interesting.
meaning to say, he do not want justice , as long as the gov side him, he is ok wif it.
to me, i do not side anyone, saiful nor anwar. i neither wanna comment on the credibility n the validity of the oath they both take. but, if u thnk for a moment, ths oath issue wud not happen if :1) anwar trust the court for once! 2) the court lead a fair judgement n publish the proceeding in the papers.
when the proceeding is conducetd fairly, anwar will ve to listen to the court n by publishing the proceeding, the ppl ve the right to judge wether anwar is realy innocent or not.
if a debate on oil issue cud be telecast live, y not publish a fair proceeding for the ppl?
a neutral's opinion |  |
  |  |  | Min August 20, 2008 01:34 PM PDT
Dr Rem, satu je kita kene ingat "kita tak boleh nak ubah sejarah" orang akan ingat "sejarah" tu sampai bila2, termasuk juga la sejarah tok sheikh yang sorang ni. I nampak dia tak nak belajar dari sejarahnya sendiri, tu yang jadi masalah...... |  |
  |  |  | Name August 20, 2008 12:30 PM PDT
demokrasi mana yang saudara belajar ni? atau saudara belajar demokrasi separuh jalan? sedar kah saudara yang Demokrasi lebih dari kehendak rakyat?
jikalau setakat pemikiran corot begini sampai bila melayu tak kan maju.
Di manakah bukti yang membuktikan anwar beli pengundi?
saudara hanya pemikir yg berat sebelah. |  |
  |  |  | Dr. cinta August 20, 2008 09:47 AM PDT
ok...
ada boleh sy terima ngan pendapat tapi Dr. masih lagi meletakkan keburukan ngan Dr. anwar 100%.. mcm anwar tak da kebaikan langsung...
pasal beli wakil rakyat...
UMNO pun bli gak...
Ustz Nurbaya...di beli.. gak...banyak lagi...
nak bincang taktik kotor dalam politik.. dari dulu lagi..tapi kerana sekutu2nya pandai simpan rahsia .. satu lagi tak dalah jg penulis blog yg bias....( pendapat je) :o)
Saya fikir masalah terbesar Anwar dalam kes tuduhan liwat ini -- terletak pada sikap Anwar sendiri yang berdolak-dalih. Dia awal-awal lagi sudah mengisytiharkan ketidakpercayaan pada pihak polis, hospital kerajaan dan mahkamah. Anwar terang-terang meletakkan keraguan pada semua proses ini..
Anwar meletakkan ketidak percayan ini akibat dari pengalaman dia di penjarakan.. dah tanpa bicara.. tuduhan liwat lagi.. semua pihak polis ke, hospital ke,mahkama ke, semua tali barut kerajaan,, macm na nak percaya.. pengalaman dia dulu memberi pengajaran.. (org bodoh ialah org yang jatuh di tempat yang sama kali k'2).. takkan nak ulang lagi.. dah kes dia dulu tak de bukti,, laporan hospital mata dia lebam..dah di palsukan...pa lagi Anwar patut buat.. lau dia sungguh-sungguh pun mau melawan dakwaan ini ,, hanya buang masa ,,,, pengikut-pengikut kerajaan pasti akan memalsukan semua data, maklumat...
Pada saya, kalau betul Anwar meragui ketelusan sistem mahkamah dan organisasi polis Malaysia -- maka cara terbaik untuk meyakinkan rakyat bahawa dia tak bersalah ialah dengan bersumpah laknat. Itu saja alternatifnya.
Soalnya -- kalau Saiful sanggup buat begitu, kenapa Anwar tidak?
adakah Dr. fikir perbuatan saiful itu mulia??? saya malas nak cita pasal hukum ni.. bukan saya ahlinya...
walaupun Mufti kata angkat sumpah SAPOL tu SAH tapi tidak hairan Dia juga tali barit kerajaa,,,
|  |
  |  |  | Rem August 20, 2008 05:00 AM PDT
Dr. Cinta: "asyik-asyik anwar...
jangan kita fokus pada yang satu sehingga masalah yang lain yg lebih parah seperti...."
Masalah lain biarlah orang lain pula fokus. Anwar juga adalah satu masalah, kan? Ramai orang kurang prihatin pada aspek ketatanegaraan. Apa yang Anwar 'cita-citakan' ketika ini (merampas kuasa kerajaan -- secara non demokratik) adalah bahaya terbesar pada negara.
Ini belum terjadi dalam sejarah Malaysia. Jika ia berlaku -- apa natijahnya? Satu trend politik yang jijik yang bermula di Malaysia. Bahawa wakil rakyat boleh dibeli secara besar-besaran. So what? Bermakna undi rakyat bukan lagi penentu jatuh-bangun kerajaan. Tapi kuasa wang jadi pemacu siapa patut naik jadi pemerintah.
Katakan Anwar naik jadi PM menerusi taktik kotor ini. Apa jaminan bahawa Anwar tidak akan mengekalkan taktik yang sama untuk terus kekal berkuasa sampai mati (ala-ala Robert Mugabe)? Jika dia boleh begitu untuk mendapatkan apa yang dia mahu -- tidak mustahil dia akan buat perkara yang serupa untuk mengekalkan apa yang dia sudah dapat.
Hak untuk memilih adalah elemen nombor wahid dalam hal-ehwal kebajikan rakyat. Tiada guna kita mahu berdiskusi panjang tentang pelbagai masalah lain -- kalau hak kita yang asas ini sudah digadai.
bulan bintang: "tapi siapa yang akan bertangggungjawab terhadap kerosakan yang dibawa dan dibuat oleh umno?"
The problem with Anwar and PKR is the 'unpredictibility element'. Good thing about UMNO -- what you see is what you (will most likely) get. Kerosakan yang dibuat oleh UMNO sudah boleh dijangka (expected). Kerosakan yang akan dibuat oleh Anwar adalah sesuatu yang tersembunyi dan sukar diramal.
Saya lebih rela (dan bersedia!) turun ke gelanggang untuk bertarung dengan harimau (because you can prepare in advance) -- daripada turun untuk bertarung dengan lawan yang belum dikenalpasti: mungkin tikus, mungkin buaya, dan mungkin juga NAGA BESAR yang sangat ganas!
min: "tapi I sokong pandangan you sebab dah lama I baca taktik politik kotor tok sheikh"
Itulah pasal. Ramai pembaca sini kurang faham tentang isu yang saya mahu ketengahkan tentang Anwar. Bahaya sheikh yang seorang ini terletak pada permainan politik yang sungguh kotor! Ini boleh menghasilkan satu tindakbalas rantai kepada kekotoran-kekotoran lain yang tidak dijangka.
mustika: "pd saya, saudara Yati yg stupid dlm hai ini."
Saya fikir semua orang berhak untuk meletakkan pendirian mengikut tilikan sendiri. Terutama dalam hal yang sungguh spekulatif ini.
Saya fikir masalah terbesar Anwar dalam kes tuduhan liwat ini -- terletak pada sikap Anwar sendiri yang berdolak-dalih. Dia awal-awal lagi sudah mengisytiharkan ketidakpercayaan pada pihak polis, hospital kerajaan dan mahkamah. Anwar terang-terang meletakkan keraguan pada semua proses ini.
Soalnya sekarang -- kalau kamu tidak percaya pada semua proses ini -- bagaimana kebenaran dapat dibuktikan? Nanti kalau proses mahkamah mendapati (hypothetically speaking ok!) bahawa Anwar salah -- maka Anwar dan pencacainya akan cakap: "oooo... itu semua konspirasi kerajaan!" Tapi kalau Anwar dilepaskan oleh mahkamah, mereka akan bersorak girang dan mengatakan bahawa kebenaran akhirnya telah terbukti. Anwar sebenarnya meletakkan diri dia dalam keadaan yang 'paling selamat'. Ke kiri pun dia menang, ke kanan pun dia menang.
Pada saya, kalau betul Anwar meragui ketelusan sistem mahkamah dan organisasi polis Malaysia -- maka cara terbaik untuk meyakinkan rakyat bahawa dia tak bersalah ialah dengan bersumpah laknat. Itu saja alternatifnya.
Soalnya -- kalau Saiful sanggup buat begitu, kenapa Anwar tidak?
|  |
  |  |  | mustika August 19, 2008 06:08 PM PDT
2. The stupid Pusrawi doctor only say the boy is clean but is he skilled enough to detect sexual injuries.
saudara Yati,
dr pusrawi itu 30 tahun dlm bidang perubatan. dan dia bukan menggunakan pemerhatian luaran saja.
pd saya, saudara Yati yg stupid dlm hai ini. |  |
  |  |  | Min August 19, 2008 02:27 PM PDT
Walaupun you menggunakan bahasa yang kasar dan boleh buat orang terkejut sampai ke langit (pepatah my hubby) tapi I sokong pandangan you sebab dah lama I baca taktik politik kotor tok sheikh.......ni. |  |
  |  |  | Dr. cinta August 19, 2008 12:44 PM PDT
bulan bintang...
org dulu pendidikan kurang jadi bila seseorang atau mana2 parti menang mereka akan kata itu yang benar,,,
situasi sekarang beza....
dah buka mata besar...UMNO ni sebenarnya banyak salah dan apa yang berlaku selama ni mungkin lakonan Pengikut UMNO kepada rakyat...
Maksud sy... lau ada tak ngam dengan dasar kerajaan dorang2 UMno akan bincangkan... tapi sedar atau tidak benda tu tak da penyelesaian...
contoh M3 n sains di BI kan...
wakil rakyat JOHOR masa mesyuarat UMNO lantang.. berapi-api.. tak sokong tapi sampai sekarang masih gak.....
tu yang lakonan....
merepek kot...
;)peace |  |
  |  |  | bulan bintang August 19, 2008 09:46 AM PDT
ada satu teori;
teori umno betul
sebab itu kekotoran permainan politik ahli umno dan ketirisan wang rakyat oleh pemimpin dibenarkan atas alasan;
umno betul
dan yang lain salah
saya tidak peduli tentang saudara anwar
dia naik atau tidak, atau peribadi dia
tapi siapa yang akan bertangggungjawab terhadap kerosakan yang dibawa dan dibuat oleh umno?
jangan sebut kerosakan yang dibuat oleh anwar
lihat bagaimana umno merosakkan bahasa melayu
dasar ditukar sewaktu anwar tiada di dalam umno (sains & matematik dalam bahasa melayu)
dan pelbagai isu bahasa yang lain tidak mendapat perhatian umno lansung
sebab itu kata ayah saya, orang dulu-dulu, kalau umno letak batang pisang pun mereka akan pangkah
sebabnya
umno betul
maka wujudlah satu kumpulan elit yang akan memerintah selama-lamanya tanpa ada perimbangan kuasa
|  |
  |  |  | Dr. cinta August 19, 2008 09:43 AM PDT
Salam dr.
Dr. sangat benci ke kat Anwar ni??
semua artikel Anuar seolah-olah yang buruk jak.. tak da kebaikan langsung yg ada pada dia (Anwar)
Nampak sangat lah bias kan!!!
asyik-asyik anwar...
jangan kita fokus pada yang satu sehingga masalah yang lain yg lebih parah seperti (pemerkosa Hak orang melayu kita diam kan)...
cadangan usul:: Dr bincangkan tentang ( hak org melayu) yg semakin di persoalkan oleh insan yg tak kenal perlembagaan ni...
Cuma cadangan :-) Peace |  |
  |  |  | Rem August 19, 2008 05:40 AM PDT
bulan bintang: "perkara yang tidak diketahui betul atau tidak, tidak wajar dibincangkan"
Mungkin sdra membaca entri saya ini ketika bulan gerhana, atau ketika bintang tengah malap. Sebab itu sdra kurang nampak. Cuba baca betul-betul. Entri ini membincangkan tentang 'impian kotor' Anwar mahu merampas kerajaan federal dari BN pada 16 Sept ini (bukan melalui proses pilihanraya). Ini memang sudah diketahui MAHA BENAR kerana Anwar sendiri yang menguar-uarkan cita-citanya itu di seluruh media -- global dan tempatan.
Entri ini bukan berdiskusi tentang tuduhan liwat terhadap Anwar.
Bulan bintang: "bala juga akan menimpa kepada orang yang suka bersangka / menyangka dan yang suka mempengaruhi orang lain untuk terus syak dan wasangka."
Pesanan ini patut disampaikan kepada Anwar dan kaum keluarganya, serta seluruh warga pendokong PKR. Mereka semualah manusia paling skeptik dan berwasangka di Malaysia. Orang lain semua tak betul. Kecuali mereka.
Bulan bintang: "sebagai seorang doktor, bukankah lebih baik menggunapakai ilmu psikologi daripada terheret sama dalam kancah emosi yang tak keruan ini."
Saya tak ada ilmu psikologi. Cam mana saya nak menggunapakai ilmu yang saya tak ada?
Bulan bintang: "lebih ilmiah dan lebih sesuai jika penulis mengemukakan cadangan/usul. daripada asyik menghasut."
Orang tak guna blog untuk menulis secara ilmiah. At least not in the world where I come from. I don't know about your world. But if you think that suits your world -- then please go ahead. Good luck!
Cadangan atau usul atau hasutan adalah perkara subjektif. Everything can be taken as cadangan, usul or hasutan -- depending on how you look at it. It's all about perception. Kalau sdra rasa tulisan saya ini hanya hasutan dan bukan cadangan/usul -- then that's your personal opinion. But it's not my obligation (trying) to change what you think of this blog. You have every right to believe what you want to.
Yati: "Personally, I think the sodomy case is true. One, the boy dare to Swear upon the Quran, regardless what PAS thinks that it is unIslamic or not. And he knows the consequences, if he lied."
Spot on! As far as logic is concerned, I certainly agree with you on 'that point'. I mean the argument, and the logical basis underlying it. :) |  |
  |  |  | bulan bintang August 19, 2008 01:01 AM PDT
perkara yang tidak diketahui betul atau tidak, tidak wajar dibincangkan
bala juga akan menimpa kepada orang yang suka bersangka / menyangka dan yang suka mempengaruhi orang lain untuk terus syak dan wasangka
sebagai seorang doktor, bukankah lebih baik menggunapakai ilmu psikologi daripada terheret sama dalam kancah emosi yang tak keruan ini
lebih ilmiah dan lebih sesuai jika penulis mengemukakan cadangan / usul
daripada asyik menghasut |  |
  |  |  | Yati August 18, 2008 09:47 PM PDT
Personally, I think the sodomy case is true. One, the boy dare to Swear upon the Quran, regardless what PAS thinks that it is unIslamic or not. And he knows the consequences, if he lied.
2. The stupid Pusrawi doctor only say the boy is clean but is he skilled enough to detect sexual injuries. I know for a fact, there are specialist in among the medical fraternity, who are specially trained to detect sexual injuries. So, the medical report is inconclusive.
|  |
  |  |  | Rem August 18, 2008 03:36 PM PDT
Pemerhati: "saya juga ingin bertanya dengan jujur. sdra rem percaya atau tidak dengan tuduhan liwat dsai? jawab dengan jujur."
Secara jujur -- I don't know. And honestly, that doesn't bother me. Entri ini tidak membahaskan tentang kehidupan personal Anwar. Saya sekadar menulis tentang personaliti politik dia. Whether he really did it, or didn't -- only God, Saiful and Anwar himself know. So, I leave it there.
My problem with Anwar has nothing to do with his sexual preference. No. My problem is his (extremely) inconsistent political character. I don't care who he chooses to sleep with. But I do care -- the way(s) he politically manipulates/ed people.
I hope I have made myself clear enough. :)
Neutral: "someone who is so close to anwar can say that, i start to doubt."
If people really insist to know whether I believe 'it happens or not' -- yes, I share the same sentiment with Neutral. But this has nothing to do with my dislikeness of Anwar. :)
mustika,
Ha ha ha! No comment. I leave it to everyone's imagination.
Name,
Tu la bah. Muka macam pecah rumah kan... ha ha ha ha!
|  |
  |  |  | Name August 18, 2008 02:03 PM PDT
MUKA ANWAR MACAM SAMSENG JALANAN... MACAM MAU BERTUMBUK PULA TAU.. HEHHEHEHEH |  |
  |  |  | mustika August 18, 2008 09:05 AM PDT
mcm mana dr. rem nak percaya, kalau dr dari pusrawi dah beritahu (laporan)tidak ada sebarang kecederaan pd dubur saipol...
ini bermakna tiada sebarang aktiviti liwat berlaku, sama ada dgn anwar atau mana2 pihak yg lain |  |
  |  |  | Neutral August 18, 2008 03:36 AM PDT
let me answer this question. to me, at first, i almost agree that he didnt sodomize. then, things change when saiful took the courage to bersumpah. well, u might say, he bersumpah as a political speculation. ok, fine. but then think again. when anwar was charged wif a sodomized case, none of the "victims" wanna bersumpah. so, i was convinced anwar was on the right side. now, i start to doubt. i doubt more when ezam mohd noor, the anwar's ex-right hand said "i'm not shocked if anwar realy sodomize that boy". someone who is so close to anwar can say that, i start to doubt.
another interesting thing is, when saiful make a police report, the next instant we ve the PKR ppl making a press conference denying the case by showing pictures of saiful in azizah's handset! as if they noe this moment is gonna come that she saved those pics in her handset. hmmm... isnt it weird??
anyway, lets hear wat rymza has to say bout it. |  |
  |  |  | pemerhati August 17, 2008 11:06 PM PDT
sdra rem, kenapa banyak sangat entri tentang dsai? pemimpin lain semua bersih?
saya juga ingin bertanya dengan jujur. sdra rem percaya atau tidak dengan tuduhan liwat dsai? jawab dengan jujur. |  |
|
|