NAKEDCLIMATOLOGISTNAKEDCLIMATOLOGISTNAKED



Rem: brutal, but honest. Blogging PURELY for leisure. So, don't take me seriously.

A nice guy living in Kota Kinabalu. The capital city of Sabah (Malaysia), mainly populated by Pilak and Indon. A professional climatologist. A soft-core socialist (yes, I strongly disapprove capitalism!). A dedicated teacher, and a passionate researcher.

If you're new here, you may need to read this and this.

Kategori Entri Blog



My latest entry? Click Here!
SoPo Sentral of Malaysia (Katalog Blog Malaysiana)



Special
Smell of Childhood
My (long-lost) little star
No Wedding, and A Funeral

Most Read
"Jambatan Tamparuli"
Siti Nurhaliza in Concert (London)

Must Read
Jeff Ooi et al: shame on you!
ASTRO masih melacur?

Must Click (Poems)
Elegi Tentang Kelmarin (Prekuel)
Elegi Tentang Esok (Sekuel)


Orak Arik Pilihanraya 2008
Kapal Karam
Sabah Selepas Pilihanraya
Expectation & Perception
Sambal Gerhana
Cinta Monyet, Kahwin Koboi
Anak Kera Main Api
Perspektif: Makkal Shakti
Tragedi Susuk Pelir-Buaya
Pemimpin Teknokrat vs Karismatik
Sarkas Pilihanraya
Madah Berhelah Chegu Bard
Nasional vs Alternatif (Sentimen Awal)

Anwarisme
Munafiq Politik
Kebulur Kuasa
Anwar vs Shabery: Polisi BN vs Pelan PR
Anwar vs Shabery: Serangan Karektor Politik
Bapa Borek, Anak Rintik
Karma Politik Anwar
Anwar Main Belakang!
Panah Tikam Tuan (Anwar Hardtalk)
Anwar Tersungkur di Puncak

Kembara Norwich 2008
Pulang Kampung
Puisi: Paling Tadah
Puisi: Bulan Tak Terbit Tinggi
Hilang dalam Cahaya
Bollocks on the Ground
Norwich Selepas Winter
Snowy Spring
Melankolia
Resepi
Salju Pertama
Menunggu Cahaya
Selepas Deja Vu
Menunggu Salju
Salam Amsterdam


* * *

KadazanDusun
Kotobian Tadau Kaamatan 2008
Persona Unduk Ngadau
Mogumba
Jornah Mozihim: what's up Puan Menteri?
Kotobian Tadau Kaamatan 2007
Taragang Rasuk (Si Baju Merah)
Ririnait Kandawai
Shameless KDCA
Tadau Kaamatan II
Idola Tanak Dusun Totopot
Boros Tokou
Lonopot tulun dot Dusun
Kadus Mualaf: dilema nama?
Ritual Motudau
Dilema Tulun Dusun
Dusun-mania: Part II
Dusun-mania: Part I
ATAMA's Kadus first Hip-Hop
Di sebalik "Jambatan Tamparuli"
Tadau Kaamatan I
Sad Facts About Kadazandusun


Sabah Negeriku
Sabah dilanggar Gergasi!
Selamat Hari Malaysia
Lebuhraya Malaya vs Denai Borneo
Malam Berapi di Kampung Air
Name & Shame: Pizza Hut
Wahai KM, dengar KPD berteriak!
Kundasang: mitos atau realiti?
Name & Shame: Sri Sempelang
Sabah Masuk Malaya?
Gelang Manik Merah Seroja
KK: Yang Songsang & Telanjang
Pantai Manis: tidak semanis nama
Name & Shame: Sugarbun
Neon KK masih menyala
Monyet Sabah: realiti vs mentaliti?
Ambang Merdeka: Dilema anak Borneo
Dengarkan KK Berteriak!

Personal
The Missing Link
Idul Fitri 2007
Persona Grata II (di Kuala Lumpur)
Belasungkawa II (2007)
40 Hari
Belasungkawa I (2007)
Persona Grata I (di Kuala Lumpur)
Gama
Masa lalu
Goodbye: baby Amir...
Obsesi Wanita Gila
Pulanglah....
The Clan (Raya)
"Regret"
Trip to Norwich 2006 (Part 2)
Trip to Norwich 2006 (Part 1)
Permaisuri Sehari (Rina & Derek)
Refleksi Maulidur Rasul
Smokers, my mum died of cancer..
Welcome to Little Norwich
Hijrah rohani
Setahun perjalanan...
Broken promises...
The Clan (New Year)
The Day He Passed Away

Reflection
Refleksi Hijrah
Phsycologically Challenged
Kenapa Blogging?
Love Minus One
Masa Dulu Nan Kusam
Dahan Kering (Hilang Motivasi?)
Refleksi Ramadhan 2007
Sahabat II
Sahabat I
The Complete Fern Series
My Pakis I & II
Tikam Menikam
Onar Membakar
Imbauan Lama
Sedetik berhenti
Enigma
Aku Seorang Penagih
Naik angin?
Kembara England (2006) III
Kembara England (2006) II
Kembara England (2006) I
Catatan Pinggir
Poskad dari Negara Jauh

Melayu Sabah
Kumaus (Puisi)
Limpas-Limpas di Sabah (Pantun)
Minta Puji (Anekdot)
Bubut Sumandak (Pantun)
Kasih Ampai-Ampai (Puisi)

Ops Sikap!
Natasha Hudson Plagiat II
Natasha Hudson Plagiat I
Bahasa Jiwa Bangsa
Sumpah Ramadhan
Khinzir, Katak & Kertas
Fakta vs Interpretasi
Natural stupidity?
Gila handphone!
Badan bagak, hati kenit
The ill-mannered pilaks
Lembu Sabah: Part II
Lembu Sabah: Part I
Lembu di jeraya
Malaysia kasta rendah di London!
Prejudis orang Malaysia

Blogging on Blogging
Malaysian bloggers sued
4 Blogger Perogol
Kunjungan ke-100333
Shame on you, Blogdrive!
Faisal Peduli pada Palestin
A Tribute to Inspiring Entries
The day I go-blog!

(Slightly) Political
Tun M: BBC HardTalk 2008
Ganyang Indon!
Kejatuhan Proton, Kebahagiaan-ku!
Jeff Ooi et. al: empat sekawan jadi perogol!
Logik ala Indonesia (jerebu ii)
Karma untuk Indonesia (jerebu i)
Bulan & Embun (Filsuf Sesat)
Neo-terrorism = Blairism = Bushism
Dewan Sastera: pencabul sastera Melayu?
Bila Proton menjadi anjing
Minyak naik, Naik minyak
Proton: perampok amanah rakyat
Sentimen Merdeka di Blogosfera
Tun M & Human Rights
Nisah pengkhianat sastera Melayu?
Jeff Ooi's hazy outlook on haze problem
Jerebu ASEAN: musibah politik regional?
Fantasia-mania ASTRO: neo-kolonialisme?
Emansipasi wanita satu mitos?
Racism: UK vs Malaysia
Kiri, Kanan atau Tengah?

Pop Culture
Majlis Sanding Ning
Arkib Entri AF
Akademi Pantat$i@l
Shanon: Dilanda Cinta (ada kelas!)
Gubra: filem biadap?
Telenovela Siti & Datuk K (Part II)
Telenovela Siti & Datuk K (Part I)
A Tribute to Superstar Siti
Fantasi ASTRO berterusan...
Konsert Pre-ludah AF4
Transkripsi CT: swadaya atau sumbel?
Lagi, lagi, lagi Siti....
Masuklah ke Pantat-Saya: seru ASTRO!
Tsu-Mawi: Sampah Pop
Imbasan 2005: Bizarre Moments!
Déjà vu Konsert Siti di London
Fuuyo Afdlin: Gaya, mutu & keunggulan!
Kemuncak Mania AF 2005
AF: Versatility vs Speciality?
AF: Krisis imej dan identiti?
AF: Taktik Terkutuk ASTRO!
Yes, Siti did it again!
Oops, Siti did it again?
Akademi Fantasia, sampah Malaya?
Konsert Siti di RAH: Post-mortem

Photo-Blog
Kundasang Ogos 2007
Me, at the tip of Borneo
Lensa Kembara (Norwich)
Haiku Kembara (Norwich)
Jentayu vs Gen2-ku
Surat Cinta Buat Malaysia
Nostalgia
Iftar
Along & Angah
Erti Merdeka
Summer Fruits Picking


Videography
Idul Adha 2007: Pengorbanan
Idul Fitri 2006/07: Kepulangan & Kehilangan
Lambaian Aidilfitri Norfolk
A Raya Tribute
Kesatuan Sekerja KPD: Piket
Islam & Science: the Festival
CRU: a Tribute for Lamb
UEA: The moslem community
Norwich: the Historic City
Trailer Teater Perdana 2006
The Neo Holocoust


Random
Lembab dan Semput di Sabandar
Expensive Dream
Wimby 2008: Malapetaka Sukan Tennis?
Minyak Naik, Naik Minyak II
Darah Tinggi Orang Malaysia
Novel Pop Cintan Cintun
Iklan TV Paling Jijik
Teach Them The Way They Learn
Hitam Putih Kehidupan (Videografi)
Menginamawisitikan aidilfitri Malaysia
Cit cat musim Raya: kad aidilfitri?
Bila Kemerdekaan Dilacurkan
Trilogi Mimpi Pasca Gubra
Oh, bayangkan?
World Cup: the climate factor
Mati yang tak relevan
Smokers: read this!
Babi Tembun Berketayap Putih
Drama Sebabak: Mimbar Fantasia
Sepet (Yasmin) vs Sepit (Rem)
Kasih Ayah Bukan Mudah
Pohon Jambu Tidak Berbuah
Rapsodi Musim Bunga di Norfolk

* * *

Puisi Marhaen
Rindu Diam-Diam
Mimpi Jatuh Ke Rumput
Pelangi Syawal
Badut Telanjang
Fatamorgana
Cerita Hujung Jalan
Bubut
Pulang Bertampuk
Hujan Pagi
Musim Semi
Cinta Ngam-Ngam
Kebebasan Yang Menipu
Masihkah?
Terbang Jauh
Kota Tamadun Lumpur
Syiar Cinta (Dedikasi Nurin)
Gerimis di Paris
Persona Grata di Kota Cinta
Sonata Tanjung Lipat
tak siap!
Retorik Merdeka
Nyawa
Cincin Hati
Pupus
Jelaga
Wulan Awantang
Mimpi Sang Tekukur
Pulang
Simbiosis
Beri Tanpa Bunuh
Cinta (Dengan Mata)
Wahyu Cinta
Liar
Lepas Bebas
Pulang
Pencinta Sunyi II (puisi reaksi)
Pesan Baru Sahabat Lama
Bulan Terbenam Di Tasik
Elegi Tentang Kelmarin
Mata untuk Mata?
Parodi Pasca Merdeka
Hilang (di Norwich)
Mati (sebelum) Mati
Tiga Warkah Sebelum Pergi
Hati Tinggal Separuh
Mimpi Anak Palestin III
Mimpi Anak Palestin II
Mimpi Anak Palestin I
Sudah Kubilang dari Dulu
Semalam Yang Indah
Rindu Separuh Nyawa
Bila Wulan Rondom
Tiga Surat Kepada Alam
Tiga Warkah Kasmaran
Si Pemetik Api
Pesan Pada Angin
Aku Mahu Pulang
Hidupkan Cinta
Elegi Hujan Malam
Sedetik Tafakur, Sejauh Perjalanan
Kasih Atas Mimpi
Puisi-Puisi Belasungkawa
Mari Berkasih (dengan nafsu)
Bintang (bukan binatang!)
Nostalgia Musim Luruh
Puisi Kemerdekaan 2005
Cinta adalah Api
Yang Kupinta (Puisi Meronta)
Bubut Sumandak (Pantun gaya Sabah)
Ying & Yang
Rambut Menari
Kasih Ibu (Pantun)
Finale Tentang Esok
Tentang Esok I & II
Bagai Titis Hujan
Mawar Untuk Siti
Elegi Musim Bunga
15 Tahun Usiamu, IPS
Rapsodi Musim Bunga
Miang Rebung, Sembilu Buluh
Pesan Rebung Kepada Buluh
Ini Sebuah Pelabuhan
Jiwang Jiwang (Pantun)
Mac, Bulan Teka-Teki
Dalam Terik Mentari, Cairkah Rindu?
Kasih Ampai-Ampai
Bulan Tidak Merajuk Lagi
Katakanlah Bulan Merajuk
Emansipasi Diri
Mencari Momentum Baru
Sesudah 46 Hari
Barangkali (i) - (iv)
Membaca Hikmah Tsunami
Aku, Ibu, Nenek dan Pohon Kemboja


Puisi Cinta
Warkah Cinta III
Cinta Nan Pergi
Warkah Cinta II
Warkah Cinta I
Bahasa Cinta (dari aksara tulip)
Menunggu Tulip Pertama
Buat Terakhir Kali

Puisi Frinjan
Be warned, these poems contain some elements of 18SX!!
Berahi Dalam Pondok
Lalat Pukimak
Berahi Pada Angin
Kamar Merah
Butuh oh Butuh!
October, Bulan Yang Basah
Kupu-Kupu Sundal Malam
Epilog Pencarian (Malam Berahi di London)


Puisi Protes
Burung Hilang Telur
Aku Serigala Liar
Si Kasanova Bahasa
Si Gubra
Kuku Biawak Remaja
Keris Menikam Bulan
Belacan Malaya
Bila api membakar api
Surat Cinta Kepada Tanahair
Mencari Erti Melayu?
Warkah Cinta Buat Negara Bersekutu
Tupai Pandir (Satirical Syair)
Ayam Reformasi Patah Taji
Mari Telanjangkan Bush!

Haiku Alternatif
Kundasang, Selepas Hujan
Peak Summer (Traditional)
Purnama (Traditional)
Rahsia Alam (Traditional)
Chilling Spring (Modern)
The Lazy Maples (Modern)
Gloomy Monday (Modern)
After The Tsunami (Traditional)
Canned Peaches (Traditional)


Discussing Literature
Sastera pop vs Sastera serius
Cinta Sangkuriang: menguja! (Nisah Haron)
Bid'ah Linguistik Dalam Puisi-Puisi Islam
Pencabulan Pantun Melayu! (Ahmad Sarju)
Puisi 'Dia': bercerai warna? (Mabul)
Bicara Haiku Hujan/Banjir (Hasyuda)
Tuntutan Haiku Yang Baik (Umum)
Fikrah Dari Setandan Pisang (ABM Fajeer)
Transilasi 'Cycling In London' (Anisah)
Menggali Falsafah Rindu (Hasyuda & Ony)
Kembara Seorang Penyair (Tiara)
Puisi Retorika vs Puisi Realistik (Umum)
Puisi Cinta Yang Bukan Biasa (Tiara)
Suara Tsunami Dua Wanita (Tiara & Ony)
Lima Puisi Pilihan KEMSAS 2004


My Kitchen
'Redefining the Art of Cooking'
Kari Daging ala Inggeris
Kari Ayam Avocado
Kerabu Perut (Salad Style)
Vegetarian Pasta Ala Malaysiana
Terung Panggang Berkuah Sardin
Kerabu Rampai Epal
Baked Potatoes with Flavoured Tuna



Selected Blogs

Friends
ABM Fajeer (Taman Siber)
Anisah (Spring Bud: English)
Asmiaty (Mengejar Matahari)
Barambang (Tanak Lohan)
Doc Rach (Metamorphosis)
Ezza (Warna-Warni Kehidupan)
Hana (Ocehan Orang Biasa)
Hasyuda Abadi (Kreatif)
Nurul (Kandawai Topurak)
Ony (Sumur Mahmudah)
Tiara (Kembara Rindu)

Celebrity Bloggers
Jeff Ooi (Screenshots)
Mack Zulkifli (Brand New Malaysian)
Sultan Muzaffar (Lensa Pemerhati)

Famous People
Faisal Tehrani (Self-titled)
Lim Kit Siang (For Malaysia)
Mawar Shafei (Self-titled)
MGG Pillai (Commentaries)
Nisah Haron (Lakaran Tinta)
Ruhayat X et.al. (Neohikayat)
Salina Ibrahim (Kata Penulis)
Sri Diah (Self-titled)

Pop Celebrity
Afdlin Shauki (Inside My Head)
Atama (My Tribal Root)
Dayang Nurfaizah (Self-titled)
Suhaimi Sulaiman (His World)
Yasmin (Story Teller)


Other Bloggers
AhsueZ (from the Blog!)
Aidid (Terkasimaaas)
Azhad (Nukilan Jejari)
Budiey (Formerly Malique)
Cik Zam (Sketch My Window)
Chomel (Chomel World)
Fadz (Tonton Wayang)
Fiqarash (Mandat Hati)
Hanifeeza (Bila Bulan Menyanyi)
Jiwa Rasa (Self-titled)
Joe (klubbkidd's rave)
Masali (Kaki Buku)
Moyank (Taman Cinta)
Mr. Manager (A day in A life)
PinkJambu (bLueBIrU)
Sumie (di Rumah)
Zack (Mama Ikmal)


Sabahan Bloggers
Alb Da Sabah (Self-titled)
Alvin (Soul Delite)
Davelynn (Being Sumandak)
Elmon (elmon's weblog)
Flocy (Mantad Inanam)
Havuk (si havuk bilang)
Jamiun (keningau avasi)
Jef (Agape Love Alpa)
Joyce (Get Personal)
Kathy Tati (Bunga Kasih)
Kim (Operating Instruction)
Lionel (goota do SOMETHING)
Markie (Dusun Entertainment)
Marvin (Mess Up Kaduz)
Mimi (The Voice Within)
Miss Deloris (LeDoris Rat)
Mr. Badak (Kadazan Sasat)
Ned (the chosen one)
Pai (PairacyDotCom)
Pinolobu (Pinolobu Mandarahus)
Ricardo (hushMONKEY)
Rick (Tanakwagu Mokirayou)
Sayur Peria (Pahit tapi Exotic)
Shelley (Puns & Roses)
Tanak Waguh KL (Self-titled)
Ulop97 (Tambalut Tosuau)
Zawawitj (Self-titled)


Sabah & Kadus Webpages
Tribal Root (Exclusive Forum)
KADUS Talk (Forum & Community)
Kelab Maya Sastera Sabah (Forum)
Pusakag (Kadus Singers)
Sabahan Bloggers (List of links)
Sabah Forum Online (Community)
Sumandak.Com (Forum & Community)
Tambalut (Forum & Community)




Moon Phase


Email Me
More about me?




Entry Archive
(Click on the date)

<< July 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31




rss feed



Sunday, July 20, 2008
Anwar vs Shabery: Part 2

 

(i)

Saya kata debat Anwar vs Shabery itu adalah debat bodoh. Ia tidak merungkai apa-apa. Sekadar menelanjangkan sikap bebal masing-masing.

 

Bila saya kata begitu, ramai yang marah-marah. Sampai menempik-nempik: "Heii, isu harga minyak bukan perkara picisan. Ia adalah masalah negara!"

 

Ya, saya faham. Isu ini penting. Saya bukan kata 'isu' itu bodoh. Tapi acara 'debat' itu yang bodoh. Faham?

 

Begnilah. Saya tak persoalkan kewajaran proses diskusi atau wacana bagi isu yang genting ini. Tapi saya pertikai bagaimana proses itu dijana oleh dua politikus pinggiran. Yang seorang itu, separuh ranum. Mentah gayanya bila bercakap. Masih 'berbuih-buih' seperti bayi. Literally, and figuratively speaking.

 

Yang seorang lagi tu, terlebih ranum. Semuanya boleh belaka. Seperti Malaysia ini sebuah persada utopia. Pengalaman bertahun-tahun sebagai tokoh pemimpin pun tak guna. Masih tak reti-reti berpijak di bumi realistik.

 

Itulah persepsi saya tentang debat itu.

 

Kalau kamu masih tidak faham apa yang saya maksudkan, barangkali kamu memang bodoh semulajadi. I rest my case. No more argument on that point.

 

 

(ii)

Ada juga mengasak saya: "Kenapa kamu pro sangat pada kerajaan? Kamu ini kaki jilat UMNO?"

 

Memang saya agak pro kerajaan. Tapi sokongan saya secara waras. Saya bukan sembah buta-tuli pada establishment. Pada UMNO, jauh sekali. Dalam blog ini, entri protes lebih banyak daripada entri puja-puji. Tak percaya, cubalah gali.

 

Bukan seperti kebanyakan blogger ber-idealisme pembangkang. Terutama sekali penyokong totok PKR. Tahap obsesi mereka pada pemimpin kadangkala menakutkan. Sampai daya logik dan mentaliti sudah tunggang terbalik.

 

Misalnya, kalau fitnah atau tuduhan itu kena pada pemimpin BN, cepat-cepat ia diangkat jadi fakta. Tak perlu lagi dipersoalkan. Tapi, kalau kena pada pemimpin mereka, serta-merta ia dianggap konspirasi. Oh, how convenient! Indahnya dunia mereka...

 

Tuduhan terhadap Najib (kes Antaltuya) menular kerana akuan bersumpah orang ketiga (i.e. Raja Petra). Tuduhan terhadap Anwar (kes Saiful) timbul kerana akuan bersumpah orang kedua (i.e. Saiful sendiri). Secara logik, kes mana yang lebih meyakinkan?

 

Kita tau Raja Petra memang penentang kerajaan nombor 1. So, of course he has every motive to do so. Saiful pula adalah pembantu peribadi Anwar. Sure, he could have a hidden motive too. But not as obvious as Raja Petra's, no? So, kes mana yang lebih meragukan?

 

Please, don't get me wrong here. Bukan saya mahu menganalisis mana satu antara dua tuduhan itu yang lebih berasas. Bukan. Secara peribadi, saya menganggap kedua-duanya sebagai 'spekulasi liar' dan 'khabar angin'. Selagi tidak dibuktikan sebaliknya. So, I'm not interested in pursuing those issues. Lagipun itu bukan masalah negara. Tak guna dicanang-canang.

 

But my issue here is the twisted mentality. The way the so-called Anwar apologists perceive things. It couldn't be more moronic ironic and double standard, could it? Di mana perginya daya logik mereka? Mungkin sudah dibancuh bersama dedak. Lalu dijadikan makanan ruji itik-itik liar di Tasik Chini.

 

 

(iii)

Ada juga yang marah-marah saya: "Kamu ini suka sangat harga minyak naik?"

 

Hell, no!

 

Siapa yang suka? Hanya orang gila saja. Kenaikan harga minyak ini telah memberi tekanan emosi dan runtunan jiwa yang hebat kepada saya. And seriously, this is still understated if you must know. Baca sini, untuk kisah pilu lanjut. J

 

Tapi kebimbangan saya bukan hanya pada harga minyak semata-mata. Sebagai seorang rakyat yang patriotik, saya menimbang semua aspek yang berkaitan. Terutama sekali implikasi jangkapanjang.

 

Atas pertimbangan begitu, saya memilih untuk menerima seadanya situasi semasa. Akur pada tuntutan pasaran dunia. Bukan cuba mengherotkannya. Itu lebih baik daripada mabuk mengejar seribu janji mulus. Yang mungkin "indah khabar dari rupa". Saya tidak boleh taksub hanya kepada perut sendiri. Tanpa memikirkan kepentingan negara.

 

Sebab itu, saya memilih untuk lebih menyokong polisi kerajaan BN. Saya tidak terbujuk dengan pelan yang ditawarkan oleh Anwar. Kenapa? Ada dua sebab utama:

 

Pertama, pelan itu adalah ciptaan peribadi Anwar dan PKR, bukan tawaran secara kolektif daripada Pakatan Rakyat.

 

Kedua, pelan subsidi RM635 setahun (oleh BN) lebih menguntungkan negara daripada pelan subsidi 50 sen per-liter (oleh Anwar).

 

Apa asas kepada dua alasan itu? Biar saya hujahkan satu-satu.

 

 

(iv)

Saya nyatakan tawaran subsidi 50 sen per-liter itu adalah ciptaan peribadi Anwar. Kenapa? Sebab dialah yang beriya-iya menjadikan isu minyak sebagai kempen propaganda pembangkang dalam pilihanraya 2008. Sebelum ini, pakatan pembangkang tidak pernah menawarkan sesuatu yang empirikal dan spesifik begitu.

 

Selepas Anwar keluar penjara, macam-macam pelan yang berbentuk `begitu' dijanjikan. Itu, ini, begitu dan begini. Jadi, apa masalahnya? Ya, masalahnya sebab polisi itu diasaskan dari agenda tersembunyi Anwar.

 

Sedikit sebanyak saya setuju dengan pendekatan Shabery dalam debat minyak tempoh hari. Shabery tidak hanya mendebatkan isu, tetapi juga membahaskan karektor. Apa yang saya nampak, Shabery sebenarnya bukan menyerang peribadi. Dia hanya menyerang personaliti politik Anwar.

 

Apa bezanya?

 

Dalam debat itu, Anwar dengan penuh dramatik memperbesar-besarkan isu penyelewangan dan rasuah. Dia juga tak habis-habis mengulang ayat-ayat tentang penderitaan rakyat. Bukankah ini satu percubaan untuk bermain propaganda? Nah, Anwar sendiri pun tidak fokus dalam membahaskan isu harga dan pengurusan khazanah minyak per se. Dia secara halus bergelumang api sentimen.

 

Sebab itu Shabery kata, kalau sibuk sangat dok ungkit soal rasuah (sesuatu yang spekulatif) bolehkah Anwar bagi jaminan kerajaan PR (yang bakal dipimpinnya) akan bebas rasuah? Sedangkan Anwar sendiri bergelumang dengan taik yang sama ketika dalam BN dulu. Lalu Shabery beri bukti dengan cara membongkar 'tingkah-laku politik' Anwar pada masa silam.

 

Maksudnya, katakan kita percaya pada teori Anwar bahawa kenaikan harga minyak ini mempunyai korelasi yang kuat dengan elemen rasuah dan kronisme. Maka, belum tentu ada gerenti harga minyak benar-benar akan turun bila Anwar naik jadi PM. Kenapa? Sebab Anwar sendiri tidak pernah bersih dari kronisme dan rasuah.

 

Lainlah kalau Nik Aziz, Hadi Awang atau Karpal Singh yang jadi PM. Kan?

 

 

(v)

Begitu juga dengan penderitaan rakyat Malaysia, khususnya 'penduduk miskin'. Yang dicanang berulang kali oleh si penagih populariti itu semasa debat. Wajar untuk Shabery mengungkit kealpaan Anwar pada masa lalu. Tentang bagaimana Anwar (semasa dia jadi mahasiswa UM) bertempik menggila seperti anak gorila kematian ibu. Konon mahu membela nasib para petani di Baling.

 

Selepas bergelar menteri, berapa kali Anwar meliwat melawat Baling? Atau lebih penting lagi, ke mana pergi semangatnya selaku seorang pejuang golongan marhaen? Yang vokal. Pernahkah dia peduli dengan nasib penduduk Sabah/Sarawak yang sekian lama terpinggir? Sebaliknya si lelaki gila kuasa itu (semasa memiliki kuasa dalam kerajaan BN) telah menentang habis-habisan usaha dua negeri Borneo ini untuk menuntut tambahan royalti minyak.

 

Itulah yang telah menyukarkan lagi aspirasi pembangunan di Sabah. Kerana kurangnya dana untuk kerajaan negeri. Sudah digulingkan dari jawatan TPM, barulah Anwar terhegeh-hegeh mahu menjanjikan royalti minyak sebanyak 20%. Ptuii! Bila terpijak taik ayam, baru pandai pandang bumi. Kalau tak, muka asyik tercangak ke langit.  Memanjang.

 

Anwar ini talam seribu muka. Bakat itu bakal diwarisi oleh anak perempuannya Puan Nurul Izzah Estrada-Ibrahim. Perempuan itu sudah mula menunjukkan ciri-ciri barua seperti bapanya.

Personaliti politik Anwar memang sukar diramal. Semasa jadi mahasiswa dulu, dialah pemimpin paling idealis. Lantang bersuara, aktif berdemonstrasi. Tapi bila dia jadi menteri pendidikan, dia serta-merta jadi Melayu mudah lupa. Yang sekonyong-konyong menikam perjuangan mahasiswa dan mahasiswi seMalaysia.
 

Saya masih ingat satu pertemuan di antara aktivis pelajar UM dan Anwar (yang ketika itu menyandang portfolio Menteri Pendidikan). Ia membincangkan hal-ehwal Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Si talam bermuka-muka itu dengan penuh selamba kodok berkhutbah: "Tak payah lantang sangat dan asyik berdemonstrasi. Sekarang zaman sudah berubah. Ada cara yang lebih baik." Not the exact quote. But it implied the meaning.

Barely 15 years ago, that was Anwar -- and where he stood as far as AUKU is concerned. 

 

Sekarang, Anwar pula yang kecoh-kecoh mengutuk AUKU. Sebab dia gilakan populariti, dan dahaga sokongan generasi muda. Dia juga ghairah menggalakkan kelantangan yang tidak munasabah, iaitu demonstrasi jalanan. Bukankah itu satu pendirian politik yang sungguh celaka? Seperti jilat ludah sendiri.

Mula-mula kaki demons. Kemudian, dia jadi anti demons. Lepas tu, kembali jadi kaki demons. Gila, kan? Seperti ular yang akan bertukar sisik, dari semusim ke semusim.

 

Alahai, macam juga anak khinzir yang sedang tumbesar. Mula-mula lahir warna pink. Lepas tu jadi kelabu tanah. Lepas tu membesar tembun jadi pink balik. Paling akhir, kena sembelih. Kwang, kwang, kwang!

 

Empat bulan lalu, Anwar kata harga minyak MESTI berada di bawah paras RM1.90. Semasa debat tiga hari dulu, dia kata harga minyak patut RM2.20. Empat bulan dari sekarang, berapa pula?

 

 

(vi)

Sebagai penutup entri ini, mari kita teliti dua pelan polisi yang ditawarkan oleh PR dan BN. Yang dikhususkan untuk membantu rakyat Malaysia (terutama kalangan berpendapatan rendah) menangani beban kenaikan harga minyak dunia. Kerajaan BN menawarkan subsidi tahunan RM635 (plus penghapusan cukai untuk golongan marhaen). Pakatan Rakyat mengusulkan subsidi 50 sen per-liter, sama rata seluruh negara.

 

Untuk mengkaji implikasi dua pelan polisi itu secara empirikal, mari paksikan perbincangan kepada situasi separa hipotetikal, iaitu melibatkan lima orang pengguna minyak di Sabah (dari pelbagai latarbelakang):

 

  1. Pn. Bedah Gebu, seorang ibu tungggal yang tinggal di Kg. Buang Sayang, Papar. Dia meniaga ikan di pasar besar Pekan Papar. Seorang anak perempuannya belajar di UMS. Dia memandu Kancil manual.

  1. En. Kosmos Hudiri, tinggal di Inanam Laut. Dia kerja macam-macam. Tukang hantar barang. Tukang buat rumah. Tukang jual rokok. Segala jenis kerja. Dia memandu van berkuasa 3.0cc. Dia pendatang haram dari Mindanao.

  1. Datuk Lim Kok Kuang, seorang usahawan tempatan. Dia ada tiga kilang papan di sekitar Kota Kinabalu. Tapi dia tinggal di kawasan perumahan mewah Melinsung. Dia mempunyai dua kereta Mercedes.

  1. Mr. Peter Woods, seorang pengurus besar syarikat multinasional yang beribupejabat di pusat urban Kota Kinabalu. Dia tinggal di Beverly Hills, dan memandu kereta pacuan empat roda.

  1. En. Rem, seorang pensyarah muda di Institut Perguruan Gaya. Dia tinggal di Luyang, dan memandu kereta buatan Malaysia, Gen-2 1.6cc.

Berapakah kadar penggunaan minyak mereka dalam setahun?

 

Pn. Bedah selalu memandu hanya sekitar Papar. Ulang-alik dari rumah ke pasar. Dua minggu sekali dia datang ke UMS. Berjumpa anak perempuannya. Purata minyak seminggu adalah 25 liter.

 

En. Kosmos aktif ke sana-sini kerana tabii kerjanya yang begitu versatile. Satu minggu, minyaknya secara purata mencecah 60 liter.

 

Datuk Lim tidaklah rajin ke sana-sini. Tapi dua anak remajanya ligat merayap. Dengan kereta mewah berkuasa tinggi. Purata minyak seminggu ialah 90 liter.

 

Mr. Woods pula (yang gajinya dibayar dalam pounds sterling) memang sukakan adventure. Setiap hujung minggu dia menjelajah merata, menikmati alam semulajadi Sabah yang indah. Kadang-kadang sampai ke Ranau dan Kinabatangan. Secara purata, dia menggunakan 120 liter seminggu.

 

En. Rem berkereta ulang-alik dari rumah ke tempat kerja, enam hari seminggu (ya, termasuk Sabtu!). Dia juga akan ambil-hantar anak buahnya ke sekolah. Sesekali En. Rem bersiar-siar sekitar Kota Kinabalu pada hujung minggu. Purata minyak seminggu adalah 40 liter.

 

Jadi berapakah jumlah subsidi tahunan yang diperolehi oleh setiap individu mengikut perbandingan: skim BN sekarang vs pelan polisi cadangan Anwar?

 

Pengguna

Penggunaan Minyak Setahun (52 minggu)

Nilai Subsidi

(Pelan BN)

Nilai Subsidi

(Pelan Anwar)

Bedah Gebu

1300 liter

RM 635

RM 650

Kosmos Hudiri

3210 liter

RM 0

RM 1605

Lim Kok Kuang

4680 liter

RM 0

RM 2340

Peter Woods

6240 liter

RM 0

RM 3120

Rem

2080 liter

RM 635

RM 1040

 

Jumlah Subsidi Tanggungan Kerajaan

 

RM 1270

 

RM 8885

 

 

(vii)

Secara empirikal, pada pandangan tuan-puan, antara dua pelan tersebut, manakah yang lebih menjanjikan keadilan sosial? Meminjam kata-kata jargon Anwar, saya mahu bertanya lagi: pelan siapakah yang sebenarnya lebih tiris dan bocor (kepada pihak yang tidak berkenaan)?

 

Lupakan buat seketika kepentingan perut sendiri. Fikirkan tentang situasi keseluruhan negara kita. Lihat kiri-kanan, dan persoalkan: kemakmuran negara ini untuk siapa?

 

To give this a second thought: is it too much to ask?

 

 

 

 

Posted at 2:11 pm by Rem

heidi
August 12, 2008   02:05 PM PDT
 
of coz rem bkn pyokong anwar..neither r u pngampu krajaan..but why in the end y rem angkat mjadi persoalan hanya anwar semata-mata..?leave anwar aside for a while...the ruling govt pun hampeh gak...why not analyse their policies in the same way u do to anwars?i mean not only revolving this subsidy u noe..
heidi
August 12, 2008   01:58 PM PDT
 
itu hanya bkaitan subsidi...wat about malaysian fiscal policy that might have brought great impacts which eventually lead us to this situation?
irr
August 8, 2008   09:36 AM PDT
 
Setelah mengambil kira situasi ekonomi dunia sekarang, saya bersetuju dengan pendapat saudara.
mustika
July 29, 2008   02:44 AM PDT
 
utk tatapan bersama.......

The story about "apple subsidy"
A man called Maha owns a farm which can produce 10 apples every day.
He has 5 workers to operate the farm.
Each of them eats 1 apple daily and it is enough to keep them operating the farm normally.
The remaining 4 apples, the landlord sells them at RM10 each and he earns RM40.
He uses the RM25 to improve the farm operation and facilities.
He gives RM2.00 to each of his workers and he keeps the remaining RM5.00 as profit.
Day by day, the farm is well developed and all of the 5 workers are happy with the money they can save.
When Maha passed away and there is a new landlord, Abdul comes to continue the farm operation.
He says to the workers:" We need to improve the farm quality and redefine our way of thinking.From now on all of you only need to pay RM1.00 for each apple you eat. It is very cheap as the price is RM10 each outside the farm."
The workers have no choice but to pay RM1.00 for the apple they eat daily.
Their earning decrease from RM2.00 to RM1.00 per person.
As usual, Abdul sells the 4 apples and he gets RM40.
He uses RM25 for farm improvement and pays RM10 to his 5 workers.
He gets RM5.00 as profit. On top of that, he gets another RM5.00 from the apples that he sells to his workers.
In total, he gets RM10 as profit every day.
Soon, the apple price increases to RM20 each.
The new landlord gets a higher profit as he gets RM80 for the 4 apples he sells daily.
Then, he decides to give the farming improvement contract to one of his close friend, Samy.
Samy says:"Apple cost naik, improvement cost also misti naik."
So, the farm improvement cost increases from RM25 to RM50.
In actual, the improvement only cost RM30.
The remaining RM20, Abdul and Samy share evenly among themselves.
Let's calculate how much Abdul gets daily:
RM10 (from farm improvement cost)
RM20 (Net profit by selling 4 apples: [Gross profit, RM80] - [Improvement cost, RM50] - [Wages RM10] = RM20)
RM5 (from selling apples to his workers)
In total, Abdul gets RM35 daily compare to RM10 initially when he takes over the farm from Maha.
His profit increases RM25 and the workers are still getting RM1.00 daily per person.
The greedy Abdul does not want to stop there.
One day, he says to his fellow workers:" You see ah, the current market price for one apple is RM20 and you are only paying RM1. See how lucky you are! I have to SUBSIDY RM19.00 for each of the apple you buy and total I need to SUBSIDY RM95.00. This will greatly burden the farm and we might get bankrupt if we continue like this. In order to avoid bankruptcy, I need to increase the apple price that you buy from RM1.00 to RM1.50 and I will bear the remaining RM18.50 per apple as my subsidy to you all. "
So, greedy Abdul adds RM2.50 to his current profit and the number becomes RM37.50.
After you have read the story, I am sure you have already understood the meaning of "SUBSIDY" given by the government.
The RM95 subsidy never existed in the first place and so was the RM52 billion fuel subsidy generously "given" by the government
Cutting fuel subsidy is actually just a reason to steal money from your pocket.
Source: written by DJH, June 13, 2008
YB Ezza (Hikhik)
July 28, 2008   12:00 PM PDT
 
Salam.

Saya kecewa, kerana Shabery gagal menjelaskan hal yang sebenar (mengenai kenaikan harga minyak), sedangkan beliau amat arif tentang dasar-dasar negara, lebih-lebih lagi dengan kedudukannya sebagai Menteri bagi sebuah organisasi kerajaan yang berperanan menyebarkan dasar-dasar negara kepada masyarakat.

Tak mengapalah... saya boleh membantu Shabery menerangkan dengan terperinci mengapa 'Harga Minyak di Malaysia Naik Mendadak'. Saya ada penjelasan mengenainya. InsyaAllah, nanti saya e-melkan. Kalau sudi, paparkan di sini ya. Biar seluruh rakyat Malaysia (khususnya yang berpeluang berkunjung ke blog ini) mengerti. Biar tidak ada lagi yang merungut dan mengeluh. Kerajaan buat semua ini untuk kepentingan kita. Tidak ada sesuatu apa pun yang dilakukan kerajaan tanpa musabab yang konkrit.

Walaupun, Pak Lah tu lembik... tapi saya tabik spring terhadap beliau, kerana berfikiran jauh ke hadapan.

Berbalik kepada isu debat Shabery -Anwar, bagi saya kedua-duanya GAGAL DENGAN CEMERLANG dalam berhujah.
Rem
July 24, 2008   04:44 PM PDT
 
Paloma,
Bikin panas ka diorang bilang? Ha ha ha! Itulah namanya blog personal. Memang bertujuan untuk kasi buang panas si penulis sendiri -- dan kasi pindah itu panas pigi tempat orang lain. :)

Dolphin tiada. Tapi itik ada la. :) Si Ana ada minta itik. Jadi saya pun terbeli beberapa ekor. Boleh la bah tu. Tidak dapat dolphin, dapat itik pun boleh la. Tapi itik-itik itu masih lagi dalam pelayaran. Belum sampai lagi saya punya kargo.
paloma
July 24, 2008   02:24 PM PDT
 
hi Dr..apa kabar?
Lama tidak menjenguk blog panas ini..mana Dolphin saya??
Sy bagi baca kawan2 sy blog Dr last few weeks..punyalah dorang marah2..dorang bilang blog Dr ni bikin panas..
by the way..saya ada menonton perdebatan anwar dgn shabery..well, memang ketara shabery bukanlah lawan anwar, tapi sy berpendapat anwar jg tidak menjawab dgn baik dan byk soalan yg dijawab beliau tidak begitu menepati soalan sebenar..
apapun yg anwar perkatakan pada orang lain mungkin betul dan sangat suka mendengarnya..tapi pada saya dia umpama sarang tebuan yang hanya menunggu menggigit orang..dia bukan saja akan menjadikan orang melayu sebagai mangsanya tetapi dia akan menjadikan orang malaysia sebagai hambanya yang tamak haloba..
saya tidak katakan pemimpin BN adalah yang terbaik tetapi saya lebih rela dipimpin oleh Pak Lah daripada anwar..belum pun dia sempat menjadi PM tetapi macam2 janji yang dia cuba berikan utk memikat hati rakyat..
come on la people..face the reality..sy betul2 tidak faham kenapa ada org begitu mengagung-agungkan anwar..jika masalah harga minyak dipertikaikan cuba la baca ekonomi global terlebih dahulu..sy tidak dapat menerima pendapat org yg mengatakan kerajaan sekarang tidak pandai merancang ekonomi negara.kerajaan pun tidak mahu membebankan rakyat cuma kerajaan tidak boleh memenuhi segala permintaan org Malaysia..jika susah sangat menerima kenyataan, apa kata ubah tabiat penggunaan harta benca. barangan dan sebagainya..pada saya, apapun yg berlaku dalam negara skrg adalah bergantung pada diri kita sendiri..samada org cuba mengubah kita atau kita yg perlu berubah untuk diri sendiri..KO FIKIR LA SENDIRI!!!
Rem
July 24, 2008   07:38 AM PDT
 
Sebelum apa-apa, saya harap semua orang faham. Saya tidak kata saya sokong totok-totok pelan kerajaan BN sekarang. TIDAK.

Kalau baca dua entri tentang debat Anwar vs Shabery itu -- pendirian saya jelas. Kalau boleh, saya tak mau pilih mana-mana polisi. Tapi sebab kita terpaksa pilih satu antara dua -- maka, saya kata saya "lebih menyokong" polisi BN. Dan, saya langsung TAK SETUJU dengan pelan Anwar.

Sdra. Mustika,
Saya suka dengan polisi BN sebab ia selektif. Subsidi minyak hanya diberi kepada warganegara Malaysia (bukan warga asing yang bekerja atau berkunjung ke Malaysia; dan tentu sekali bukan pendatang haram yang melimpah-ruah di Sabah). Tapi saya kurang setuju dengan polisi BN dari segi kadar subsidi. Saya fikir ia boleh dinaikkan sedikit -- dan perlu ada kadar istimewa untuk Sabah dan Sarawak. Kenapa?

Pertama, Sabah dan Sarawak adalah negeri pengeluar minyak -- dan dua negeri ini hanya dapat royalti 5% saja (ini semua gara-gara permainan Anwar semasa dia jadi Menteri Kewangan dan TPM dulu).

Kedua, sebab Sabah dan Sarawak tidak mempunyai lebuhraya macam di Malaya. Sabah/Sarawak juga tidak ada alternatif kemudahan pengangkutan semaju di Malaya. Jadi, tentulah usaha penjimatan minyak menerusi kaedah pengangkutan awam kurang efektif berbanding dengan yang tinggal di Malaya (terutama KL).

Subsidi itu barangkali bolehlah dijadikan begini (not the exact plan -- but it should reflect this spirit):

- Lembah Klang = RM800 setahun
- Kawasan Lain di Semenanjung Malaysia = RM1200
- Sabah/Sarawak = RM1500

Selektiviti dari segi kuasa kereta dikekalkan supaya pengguna kereta mewah tidak nikmati subsidi yang sama.

Kenapa saya MENOLAK MENTAH-MENTAH pelan Anwar?

Pertama, ia tidak selektif. Ia menggalakkan orang kaya untuk terus rajin merewang dan 'menyedut' sebahagian besar dari subsidi tersebut.

Kedua, pelan Anwar itu juga sangat tiris. Ia membazirkan wang subsidi negara kepada rakyat bukan Malaysia (termasuk pendatang haram, pekerja asing, serta pengunjung harian dari Thailand dan Singapura).

Ketiga, pelan Anwar itu lebih mahal untuk dioperasikan. Justeru, untuk ia sustainable dalam jangkamasa panjang -- itu lebih sukar untuk dijamin. Ntah-ntah belum sampai dua tahun, sudah kaput!

Kata Mustika lagi: "skrg, bayangkan kesukaran kpd mereka yg sudah berkeluarga..."

Bayangkan pula mereka yang tidak berkereta langsung (iaitu, separuh daripada penduduk pribumi Sabah tidak memiliki kereta personal). Maksudnya, sepanjang hayat mereka -- subsidi minyak itu tidak pernah dapat dinikmati. Walaupun satu sen. Sedangkan hidup mereka kais pagi makan pagi, dan mereka adalah penduduk Malaysia yang makmur ini.

Sedangkan, orang seperti Kosmos (pendatang haram) dan Mr. Woods (warga asing) -- boleh nikmati subsidi yang bernilai sehingga ribuan ringgit setahun. Lebih tinggi daripada apa yang diperoleh oleh SEBILANGAN penduduk tempatan sendiri!

Sekurang-kurangnya pelan yang diperkenalkan oleh kerajaan BN -- mengimbangi situasi-situasi yang ekstrim begitu. Sedangkan cadangan "pukul rata seluruh negara" gagasan Anwar -- sangat tiris dan bocor. Ia terus menggalakkan sistem ekonomi bourgeous. Bukankah?

Kenon,
Hah, tu dia! Saya suka dengan hujah bandingan pasal harga subsidi beras tu. Ya.. itulah masalahnya bila pelan polisi itu TIDAK SELEKTIF. Kita akan jadi kerajaan kapitalis yang tidak memikirkan tentang jurang sosio-ekonomi antara golongan sangat kaya, golongan kaya, golongan sederhana, golongan miskin dan sangat miskin!

Fiza,
Itulah pasal. Benda kecil macam tu pun nak heboh. Memang lelaki gila kontroversi dan populariti. Itu saja caranya dia boleh menarik simpati orang supaya dia terus dipuja dan disembah. Ooopss! Emosilah pula.. kan. :)

Anakwagu,
Osonong boh. Saira muli? Bah, osibuk noh dot baino tii. :)

mustika
July 23, 2008   10:33 PM PDT
 
dulu saudara Rem peruntukkan rm3993.60 setahun utk petrol. sekarang saudara Rem peruntukkan rm5616 setahun.

peruntukan petrol saudara meningkat rm1622 setahun. ditolak rebat (gula2 kerajaan BN) rm635, saudara Rem masih menanggung peningkatan rm987.40 setahun.
ini bermakna kos sara hidup saudara telah meningkat agak tinggi.

skrg, bayangkan kesukaran kpd mereka yg sudah berkeluarga...
kenon
July 23, 2008   02:40 PM PDT
 
Semalam saya pergi rumah saudara (keluarga sebelah emak). Keluarga yang saya pergi ni agak kaya (bukan sederhana ekonominya). Selesai makan malam, emak tanya mereka "masak beras apa?" sedap katanya (Dalam hati saya akui juga). Jawapan mereka adalah "Beras subsidi". Saya agak terkejut (tapi diam saja). Emak saya tanya lagi "Beras subsisi apa? tak pernah dengar pun? berapa harganya"? Jawapan mereka "Beras subsidilah, untuk orang berpendapatan rendah. Murah saja. Baru RM 18, 10kg". Pagi ni, bila masuk ofis, ada akhbar laporkan "Peniaga restoran borong beras subsidi". idi berita lebih kurang "Orang sepatutnya tidak terima beras subsidi kerana orang yang tidak sepatutnya yang dapat" So, apa guna subsidi tu? Kesimpulannya, subsidi (yang walaupun tujuan asalnya baik, tidak akan mencapai objektif yang disasarkan (iaitu membantu golongan berpendapatan rendah) kerana masalah tadi. Situasi yang sama berlaku sebelum ini iaitu apabila kerajaan memberi subsidi minyak dan semua rakyat (samada kaya @ miskin, tempatan @ asing) menikmatinya. Sebab itulah, pendekatan baru ini lebih praktikal! Faham tak sahabat sekalian? Mmm.. kalau tak faham juga, saya rasa daya sampai saya kurang baik. Atau daya faham anda yang kurang?
Fiza
July 23, 2008   11:35 AM PDT
 

Wah... entry yg penuh fakta cik rem! Kalau ada yg gila meroyan lagi tak tau lah... hahahahaha
ANyway, saya tidak habis ketawa memikirkan kes anwar & isu telanjang...
emm.. bayangkan bagaimana hendak ambil sampel DNA kes liwat/rogol kalau perlu tutup mata atau oh.. kita mungkin perlu buat dlm kain saja.. hahahaa
Apakah mereka fikir doktor di Msia ini tidak beretika? Ia sungguh menghina!
Oppsss.. off topic pula.. sengaja!
Anakwagu
July 23, 2008   07:53 AM PDT
 


Rem..

Okuro abal nu? Osiok noh gia sorita pasal doh tumau tii. Soiro doh muli kampung?
Rem
July 22, 2008   08:49 PM PDT
 
Mustika: "saya agak terkejut apabila dr.rem turut terpedaya dgn retorik2 kerajaan BN tentang subsidi petrol ini."

Saya tak terpedaya dengan retorik kerajaan BN. Tapi antara retorik BN dan retorik Anwar -- saya memilih retorik BN. Kalau ada pilihan ke-3, mungkin dua-dua retorik itu saya tak pilih. :)

Mustika: "namun perlu diberitahu, golongan pendapatan tinggi membayar cukai yg tinggi berbanding kak bedah gebu."

Ya, saya setuju. Tapi premis asas Anwar dalam konteks pemberian subsidi minyak ialah -- "membantu golongan marhaen". Kata Anwar: "Kita tak mahu yang kaya terus kaya, yang miskin tambah miskin!" Saya setuju. Sebab itu saya kata, subsidi ini harus difokus kepada golongan berpendapatan rendah. Bukan pukul rata semua orang.

Kita boleh berhujah, kami orang kaya bayar cukai tinggi. So, kami layak dapat subsidi minyak lebih banyak. Habis, kalau kapitalisme sudah dijadikan agama ekonomi -- apa guna orang macam Anwar melalak-lalak memanipulasi sentimen 'penduduk miskin'?

Lagipun, selain minyak -- golongan kaya ini telah mendapat SUBSIDI dan KELEBIHAN dari kerajaan yang cukup banyak. Setara dengan cukai tinggi yang mereka bayar. Misalnya, kemudahan lebuhraya. Kemudahan hospital nan canggih. Kemudahan tarif cukai perniagaan. Kemudahan infrastruktur komersial. Bukan saya kata Bedah Gebu tak boleh menikmati semua ini. Tapi antara Bedah Gebu dan Datuk Sanuar, seorang usahawan yang kaya-raya: siapa pengguna lebuhraya dan tarif perniagaan yang lebih aktif?

Mustika: "dan kesan kenaikan harga bahan bakar mempunyai kesan rantaian kpd kenaikan harga barang2, perkhidmatan, yg sgt menekan golongan2 sederhana dan miskin."

Tapi Mustika terlupa. Penurunan harga minyak rendah dari pasaran global juga boleh membawa kepada inflasi. Dalam konteks ekonomi makro negara, secara keseluruhan.

Takrif sebenar inflasi ialah: "The rise in price of goods and services, or Consumer Price Index (CPI), when too much money chases too few goods on the market". Kita mesti ingat, kebanyakan nilai matawang dunia dipacang pada dollar US. Manakala dollar US pula dipacang pada nilai pasaran minyak. Bila kita 'mengherotkan' harga minyak supaya tidak selaras dengan 'harga pasaran'; maka berlakulah situasi di mana "too much money chases too few goods on the market". Itu yang jadi pada Saudi Arabia dan Venezuela. Harga barang rendah, tapi 'kuasa beli' matawang jatuh. So, pi mai, pi mai... nak beli barang pun tetap terasa sangat mahal.

You get the picture, Mustika? Yes, harga minyak naik -- harga barangan juga naik. Tapi kuasa beli matawang tak jatuh. So, ini bukan satu bentuk 'inflasi mutlak'.

Harga minyak diturunkan (jauh rendah daripada pasaran sebenar) -- maka, harga barang mungkin tak naik. Tapi 'buying power' matawang akan jatuh. Ini yang dikata inflasi mutlak. Yang lebih berbahaya!


Calon Bebas,
Itu bukan serangan peribadi. Itu adalah karektor politik Anwar. ia tak boleh dipisahkan dengan janji-janji politik yang Anwar tawarkan. Mesti dilihat secara berintegrasi. Kalau serangan peribadi... ia mestilah sesuatu yang tiada kaitan dengan tingkah-laku kepimpinan Anwar. Misalnya.. kalau Shabery bagitau yang Anwar ni gagal di Fakulti Ekonomi UM, kemudian masuk Fakulti Sastera dan dapat General Degree. So, buat apa mau dengar cakap tentang ekonomi dari seorang yang pernah gagal kecundang dalam pengajian ekonomi?

Hah.. perkara seperti ini yang boleh dianggap sebagai serangan peribadi. [Saya bukan serang Anwar, itu hanya contoh -- ok! Supaya para pembaca faham beza antara serangan peribadi dan serangan karektor politik].

Mel,
Ya, saya setuju dengan cadangan begitu. Kalau mau beri subsidi, pastikan ia spesifik kepada rakyat Malaysia. Kerajaan juga boleh tingkatkan subsidi RM635 itu kepada nilai yang lebih tinggi. Misalnya, hingga ke RM1000. Ini pun masih sangat jimat, dibanding dengan subsidi pukul-rata ciptaan Anwar -- yang boleh menyebabkan ketirisan kepada pendatang haram, penduduk bukan warganegara, dan orang-orang yang SANGAT KAYA.

Bedah Gebu,
Saya setuju dengan formula Kak Bedah. Memang pelan kerajaan BN secara tak langsung menggalakkan kita mengubah gaya hidup. Alam sekitar lebih terjaga, perbelanjaan pun tambah hemah. Beban kerajaan juga berkurang sebab tak perlu pakai subsidi banyak-banyak.

Tapi pelan cadangan Anwar memang jenis yang memanjakan nafsu konsumerisme manusia supaya terus gelojoh dan rakus. Iya la.. kalau minyak murah, maka, kita akan teruskan gaya hidup yang mewah tak menentu. Alam sekitar lebih tercemar. Sumber asli negara akan terhakis dengan lebih cepat. Dan global warming pun akan tambah kronik.

Itu yang kita mahu? :)


BEDAH GEBU
July 22, 2008   02:22 PM PDT
 
Pada akak, sesuai la golongan berpendapatan tinggi bayar cukai tinggi, dah semag lenang,nak mengeluh.Jgn la pakai kereta pergi dan balik kerja.Akak dulu RM400 sebulan utk duit petrol, sekarang naik bas RM2 boleh guna tiket pergi balik kerja...sebulan baru RM52, jalan raya pun X sesak. Itu lah cara penyelesaiannya utk minyak utk kurangkan permintaan dunia, ambil bas dan LRT sahaja. Kalau nak turunkan harga beras pula ...kurangkan makan nasi...bukan hanya harga beras akan turun sebab kurang permintaan...malah boleh kurangkan berat badan, jgn asyik menyalak...guna otak utk selesaikan atau kurangkan beban
mustika
July 22, 2008   01:21 PM PDT
 
saya agak terkejut apabila dr.rem turut terpedaya dgn retorik2 kerajaan BN tentang subsidi petrol ini.

namun perlu diberitahu, golongan pendapatan tinggi membayar cukai yg tinggi berbanding kak bedah gebu.

dan kesan kenaikan harga bahan bakar mempunyai kesan rantaian kpd kenaikan harga barang2, perkhidmatan, yg sgt menekan golongan2 sederhana dan miskin
calon bebas
July 22, 2008   08:53 AM PDT
 
tapi shabery mmg pun menyerang peribadi anwar. tak sesuai untuk debat siaran langsung dalam tv. tapi saya setuju yang dua-dua pihak gagal menarik perhatian.
BEDAH GEBU
July 22, 2008   06:29 AM PDT
 
Wah...keles,siap guna nama kak Bedah lagi dan sepupu kak bedah Si Kosmos dlm pelan carta tu. memang itu lah yg jelas dimata kak Bedah, tapi pembangkang hanya tengok yg 50sen yg bakal membawa lebih kesenangan pada yg kaya terutama yg suka makan angin keliling kota/bandar. Golongan marhaen mcm kak Bedah ni atau rakyat yg langsung xde kereta yg majoriti naik bas X ada keuntungan apa2 dlm penurunan 50sen tu. Ya tuhanku...selamatkan la Malaysia dari demontrasi jalanan yg kelak org luar, pelancong dan pelabur takut nak ke malaysia. Ini lah yg kamu tuntut? dah nampak bukti bila Bursa Saham pun merundun jatuh. Inikah cara kamu nak selamatkan masa depan anak cucu kemudian hari? Sebelum ni dan waktu ini adakah kita kebuluran atau kelaparan di rumah? tapi mungkin sedikit masa lagi jika protes berterusan.
Mel
July 22, 2008   12:52 AM PDT
 
Salam

Overall, saya bersetuju dgn pandangan en Rem. Saya ingin menambah, walaupun kerajaan telah ada memberi rebet kepada rakyat, tetapi sebenarnya kerajaan masih lagi menanggung beban subsidi di mana harga minyak kita masih murah dari harga sebenar pasaran & negara2 jiran kita.
Saya masih tak berpuas hari kerana rakyat asing masih boleh menerima subsidi ini walaupun tidak menerima rebet. Di sini saya cadangkan agar kita meluaskan utilization MyKad kita semasa membeli minyak. Hanya warga negara Malaysia yang sah sahaja dapat menikmati harga minyak yg dijual, warga asing termasuklah pendatang asing (eg En. Kosmos Hudiri) kena membeli ikut harga pasaran dunia/ semasa. Dengan ini penjimatan oleh kerajaan utk memberi sunsidi dapat dikurangkan. Sebagai cth warga Singapura dgn bebas & sukahati mengisi minyak tangki pemuh sebelum menyeberang tambak kerana harga minyak di Malaysia masih lagi murah (2 kali ganda dari harga minyak di Singapura).
Jika langkah ini diambil saya yakin akan dapat sokongan penuh dari rakyat.

Wassalam.
Rem
July 21, 2008   06:56 PM PDT
 
FT,
Ha ha ha ha! Saya sedang membayangkan Cik Jas lawan debat dengan Anwar. Hmm, lamanya tak dengar khabar Cik Jas. :)

Azrul,
TK kerana sudi berkunjung ke sini. *tersenyum kembang semangkuk* :)

Kenon,
Saya setuju dengan pandangan begitu. Sebenarnya memang ideal sangat situasi kita sekarang. BN hilang 2/3. Dan pakatan pembangkang mempunyai suara yang lebih kuat di parlimen. Ini memberikan elemen 'check and balance' yang mantap. Tapi masalahnya -- PKR ini tak reti bersyukur. Bukan macam PAS dan DAP. Yang merupakan pembangkang yang 'lebih baik' sejak dahulu. PKR ini rakus haloba. Tak boleh terima hakikat bahawa BN telah diberi mandat untuk memerintah bagi 4 tahun lagi. Mereka tetap beriya-iya mahu merampas kuasa kerajaan secara bukan demokratik pada 16 September ini. Hmm..

Rebecca,
Itulah pasal. Penyokong fanatik PKR kata: Anwar knows his numbers and figures. Sebab itu dia pemimpin yang berwibawa. But unfortunately, Anwar doesn't know how to put the numbers into context. :)

Aidid@KA, Dillema & Stella,
Thank you for visiting. :)
Stella
July 21, 2008   04:57 PM PDT
 
so Dr. Rem, nda mahu try re-debat dengan DSAI hehehe...
KA
July 21, 2008   01:25 PM PDT
 
idup encik Rem. ;)
dillema
July 21, 2008   11:26 AM PDT
 
Wow, very good entry Sdr Rem....
Rebecca Ilham
July 21, 2008   11:25 AM PDT
 
Salam Dr Rem,

wah, siap dengan spreeadsheet yang tak tahan tuuuu!
Anyway, if some people can't read between the lines, hopefully they can read numbers!
kenon
July 21, 2008   10:15 AM PDT
 
Sebenarnya, 'inilah' yang cuba disampaikan oleh kerajaan berhubung isu kenaikan harga minyak dan pendekatan untuk menanganinya. Cuma penjelasan pihak kerajaan sebelum ini agak pudar hinggakan ramai yang kurang faham. 'Cakap-cakap' kotor pihak lain pula mengusutkan lagi kedaan hinggakan ada orang yang mulanya faham sedikit pendekatan ini menjadi keliru plak. kajian kes yang Dr. Rem buat tu, sangat clear!! kalau pihak yang mengagung-agungkan manifesto PKR melalui DSAI masih lagi tak faham, saya rasa mereka bukan takfaham, tapi semangat fanatik mereka membuatkan mereka tak faham dan buta. Saya pun bukan pro kerajaan, malah saya gembira sangat masa PRU12 kerajaan tercabar jua akhirnya sejak sekian lama (wujud cabaran dan pentadbiran akan lebih matang). Namun sokongan membabi buta dan secara totok tanpa pertimbangan saya kira tidak patut buat kita yang ada kewarasan.
azrul
July 21, 2008   02:46 AM PDT
 
salam

ulasan yang baik..bgs, dah muak baca ulasan yg hanya mengampu.
Faisal Tehrani
July 21, 2008   12:49 AM PDT
 
Salam
Ulasan terbaik yang pernah saya baca. CNN should hire you hahaha. Kelmarin saya bercakap dengan Papa, kami sepakat kalau ada orang yang boleh lawan debat dengan Anwar, orangnya ialah en Ram, atau cik Jas!
Huhuhuhu.
Wassalam.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry






Rem’s ©®

Free Website Counters