(i)
Telah tersebar serata negara. Diakui oleh sekalian warga. Bahawa si bapa itu adalah seorang peliwat tersohor.
Pun, siapa sangka. Rupanya, si anak yang masih mentah setahun jagung itu, dalam diam-diam turut mewarisi kemahiran meliwat si bapa. Memang tepat kata pepatah: bapa borek, anak rintik. Di mana tumpahnya taik, kalau bukan ke lubang jamban, kan?
Tapi apa yang mahu diherankan sangat. Kalau bapanya anjing, tentu anaknya pun anjing juga. Sekalipun anjing itu mengawan dengan kambing atau unta. Yang bakal lahir tetap anjing. Biar tak banyak ciri kehanjengannya, sikit-sikit tentu ada.
Jangan fahami ini secara literal, lalu melatah beruk tak tentu pasal. Ini hanya analogi, ok.
(ii)
Saya bukan bercakap tentang kes liwat di antara Saiful dan Anwar Ibrahim. Pada saya, itu adalah isu personal. Sekadar satu elemen kosmetik pada rupa sebenar politik negara. Hal seperibadi begini, biarlah pengadilan diserah kepada Tuhan. Kerana Dia-lah yang maha tahu segala-gala.
Pada lapis duniawi ini, hanya Saiful dan Anwar sendiri yang benar-benar tahu apa yang terjadi. So, it's none of our business. Let them do what they have to do. I neither want to speculate. Nor to assume. Unless I saw things. With my two naked eyes.
Which I didn't. Fortunately. Yes, fortunately – because I'm not interested in petty issues of this nature. I would rather just leave it, where it should be.
(iii)
Saya mahu bercakap isu liwat yang lebih besar. Yang sudah terbukti benar. Bukan tuduhan. Bukan spekulasi. Tapi kenyataan. Yang diakui oleh peliwat itu sendiri. Apa?
Saya mulakan begini. Soal meliwat sistem demokrasi negara, saya memang sangat peduli. Apatah lagi kalau ia berlaku terang-terang. Di depan mata kepala saya sendiri. Bukan dalam kelambu sebuah vila tersembunyi.
Dalam aspek kebebasan pilihan dan demokrasi, kita semua telah maklum. Anwar Ibrahim adalah pakar liwat misali. Paling mahsyur. Ketika Anwar sama-sama jadi kepala penjilat dalam kerajaan BN dulu, dia pernah meliwat demokrasi Malaysia. Dengan penuh rakus. Seperti seekor tenuk jantan yang sudah sepuluh tahun tidak berjimak.
Masihkah ingat? Dalam pilihanraya 1994, Anwar sekonyong-konyong telah menolak aspirasi demokratik rakyat Sabah. Bagaimana? Dengan cara menghalang proses pembentukan kerajaan menerusi kuasa undi. Sebaliknya, dengan naluri peliwat yang mencanak-canak, Anwar Ibrahim telah membentuk kerajaan Sabah dengan cara yang keji dan hina.
Dia mencabul keputusan pilihanraya. Dia memperkosa perundangan negeri. Bahkan, dia juga melacurkan kehormatan diri sendiri dengan cara merasuah wakil-wakil rakyat PBS. Bayangkan, mandat yang telah diberi oleh ribuan rakyat Sabah, terbatal dalam sekelip mata. Diganti dengan mandat dari seorang Anwar Ibrahim.
Hebat sungguh, kan?
Begitulah ketokohan Anwar dalam soal liwat-meliwat. Maksud saya, meliwat demokrasi dan keadilan politik.
(iv)
Nampaknya hukuman penjara tidak menjanjikan proses muhasabah kepada Anwar Ibrahim. Tidak seperti Lim Guang Eng, yang banyak belajar dari pengalaman penjara. Menjadi lebih sederhana dan rendah hati. Tidak lagi gila kuasa.
Tapi Anwar tetap Anwar. Keangkuhan masih tebal seperti dulu. Ketamakan dan kegelojohan bertambah unggul, penuh perisa. Sekarang, kepimpinan gaya jahanam itu diwarisi pula oleh anak perempuan yang jelita. Si Izzah, yang suatu waktu dulu pernah disogok oleh bapanya kepada mantan Presiden Filipina, Joseph E Estrada. Ingat lagi taktik kotor Anwar ketika mula-mula digulingkan pada tahun 1998? Sanggup menggadai cerita 'dalam kain negara' untuk jadi bahan umpatan jiran tetangga. Seraya memperalatkan anak gadis sendiri yang masih naif di bangku pengajian. Funny thing was, of all the leaders in the universe -- why Joseph Estrada? WHY?
Apa jadah dan faedah menghantar seorang anak perempuan remaja totok (tanpa ditemani oleh ibubapa) – bertemu dengan seorang pemimpin tertinggi dari negara jiran? Yang sangat terkenal dengan sifat kasanova, korupsi dan kaki perempuan? I'm not implying anything illicit here. NO. Not even remotely.
But my issue is: what kind of parents would (so willingly) dare to expose their young daughter to such possible risks? Semata-mata untuk kepentingan politik? Seriously, hanya ibubapa yang rakus, tak bertanggungjawab, gelojoh pada kuasa politik dan cetek akal yang sanggup buat begitu.
Ini sebenarnya petanda awal ciri-ciri Machiavellianism gaya pimpinan dinasti Ibrahim. Yang gagal dibaca oleh PAS dan DAP. Hingga membenarkan si peliwat itu masuk di celah-celah pakatan mereka. Lantas tanpa disedari, dia meliwat rukun-rukun perjuangan yang termaktub sekian lama.
Kata Chandra Muzaffar, Anwar adalah malapetaka untuk Malaysia. Bukan itu saja, Anwar juga bakal menjadi petaka terbesar kepada survival politik Pakatan Rakyat.
Tidak percaya? Tunggu dan lihat.
(v)
Saya masih boleh bersabar bila Anwar Ibrahim berulang-ulang menyatakan keinginan mahu merampas kuasa kerajaan federal menerusi proses yang jijik dan hina. Dengan cara meliwat kesucian demokrasi Malaysia pada September ini. Sebab kita semua sudah lali dengan naluri peliwat lelaki ini.
Tapi saya sangat radang dan terbakar, bila anaknya yang baru setahun jagung itu – dengan nada keangkuhan yang serupa seperti bapanya – turut mencanang serata dunia (ya, di serata dunia you!). Kata si Izzah (sambil membayangkan igauan bapanya sebagai PM Malaysia dalam dua bulan lagi):
Namun begitu, bila tiba 16 September, kami dengan sukacitanya akan memberi mereka layanan sewajarnya dan jika beliau ingin membuat kunjungan hormat terhadap bakal ketua pembangkang (ketika itu) - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Datuk Seri Najib Tun Razak - kami dengan sukacitanya akan membantu.
Aikk, sekarang ini kita sudah ada dua tokoh peliwat dalam dunia politik Malaysia. Anak beranak pula tu. Sejak Malaysia dibentuk pada September 1963, inilah karma politik paling bangsat pernah terjadi. To deal with one, that's difficult enough. Now, we have two!
Kenapa kestabilan politik yang sedia ada sekarang sengaja mahu dibinasakan? Wrong timing! Fokus semua pihak (sama ada kerajaan mahupun pembangkang) sepatutnya dihalakan kepada proses mengukuhkan ekonomi negara. Yang ketika ini genting dan agak gawat.
Bukan mabuk kasmaran dengan kegelojohan kuasa yang jijik begitu. Pada Mac lalu, rakyat telah diberi peluang menentukan halatuju pimpinan negara. Jutaan orang telah laksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh taat. Hasilnya? Termeterailah angka keramat: 140-80.
Jadi, kenapa keputusan dan pilihan mereka tiba-tiba mahu dicabuli? Sudah diberi betis, tapi masih laparkan peha. Memang dasar perangai Zionis. Diberi tanah sekangkang, mahukan pula berkangkang-kangkang. Bila tidak dapat secara baik, sanggup merampas dan merampok.
Tak reti bersyukur dengan kemurahan hati orang.
(vi)
Ini bukan soal pro- atau anti-kerajaan. Ini juga bukan isu Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat. Itu semua hanya mainan politik. Sekadar persoalan kecil, tentang pendirian parti dan survival kepartian. Ia hak individu. Sukahatimakbapak sendirilah mahu memilih kecenderungan ke arah mana. Saya tidak peduli.
Tapi perkara yang diigau-igau oleh Nurul Izzah itu adalah isu nasional. Melangkaui batas politik totok. Aspek pembentukan kerajaan federal adalah soal kenegaraan. Bukan boleh main tukar-ganti, menggunakan modus operandi "kau lompat sini, aku lompat sana". Macam anak khinzir gemuk yang tersadung kakinya dengan tunggul inai. Terlompat-lompat tak keruan.
Heii, ini soal survival Malaysia. Ia melibatkan keadilan pilihan. Ia adalah soal maruah para pengundi!
Makkal Shakti harus dihormati. Prinsip demokrasi wajib ditegakkan. Mandat rakyat mesti dilunaskan. Mengikut tempoh yang telah tersurat. Ini satu kontrak sosio-politik yang tidak boleh dilanggar. PAS akur dengan hakikat ini. DAP juga setuju dengan lunas demikian. Tapi Anwar anak-beranak (yang menguasai PKR) begitu rakus haloba. Tergedik-gedik mahukan hasil, sebelum tiba musim menuai.
Ya, kita semua memang tau. Semasa dalam kerajaan BN dulu, Anwar Ibrahim telah berjaya mengumpul kekayaan juta-juta. Dikhabarkan orang, kononnya harta karun milik dinasti Ibrahim ini tak akan luak sehingga tujuh keturunan. Wow, begitu banyak sekali!
Tapi, kalau iyapun kaya-raya, tak perlu menunjuk-nunjuk. Janganlah guna duit juta-juta untuk mengumpan merasuah wakil-wakil rakyat supaya berpaling tadah. Kita tidak mahu menternak budaya 'politik wang' pada skala besar-besaran. Hingga merentas sektor, wilayah dan parti politik.
Yang sedang bermaharajalela dalam lingkungan intra-parti politik pun sudah cukup menyeksakan. Apatah lagi kalau sudah inter-parti. So, please -- don't start it!
(vii)
Wahai reformis-reformis lalang, dengarkan pesanan ini. Jangan sekadar menari dan bergoyang, mengikut arah tiupan angin yang ntah apa-apa.
Kalau mahu angin perubahan, ia harus dipuputkan dengan cara yang betul.
Membentuk dan meruntuhkan kerajaan harus berlandas pada proses demokratik yang serupa. Proses yang bagaimana? Menerusi mandat pilihanraya. Bukan menggunakan mandat pilihananwar, atau mandat godaanduitanwar.
Margin 140-80 itu bukanlah sipi-sipi. Ia amat signfikan. Sama ada diukur dari segi angka statistik, mahupun dari segi makna politik. Dah kalah tu, terimalah hakikat kalah. Kalau tak boleh terima kenyataan, pi naik jambatan Pulau Pinang. Lepas tu terjun bunuh diri. Senang, kan?
Kenapa tidak fokuskan persiapan untuk peluang yang bakal datang? Bersabarlah menunggu lima tahun lagi. Bukan lama pun. Susah sangat? Orang yang tak reti sabar mahu berkuasa ini memang bahaya. Kalau sudah dapat kuasa – personaliti gelojoh yang begini tak akan turun sampai mati.
Sama macam Robert Mugabe. Ya, si peliwat demokrasi dari Zimbabwe itu.
(viii)
Saya fikir, dua ekor anjing itu patut di-jejak-kasih-kan. Anjing Afrika bertemu Anjing Malaya. Biar mereka saling beradu, siapa yang lebih hanjeng. Kamu fikir siapa?
Saya fikir, tentulah si Anjing Malaya itu. Bukankah Malaysia Melayu memang selalu boleh?
Amaran: Sila fahami konteks bahasa retorik. Ia hanya satu personafikasi linguistik. Bukan deskripsi secara eksplisit.