NAKEDCLIMATOLOGISTNAKEDCLIMATOLOGISTNAKED



Rem: brutal, but honest. Blogging PURELY for leisure. So, don't take me seriously.

A nice guy living in Kota Kinabalu. The capital city of Sabah (Malaysia), mainly populated by Pilak and Indon. A professional climatologist. A soft-core socialist (yes, I strongly disapprove capitalism!). A dedicated teacher, and a passionate researcher.

If you're new here, you may need to read this and this.

Kategori Entri Blog



My latest entry? Click Here!
SoPo Sentral of Malaysia (Katalog Blog Malaysiana)



Special
Smell of Childhood
My (long-lost) little star
No Wedding, and A Funeral

Most Read
"Jambatan Tamparuli"
Siti Nurhaliza in Concert (London)

Must Read
Jeff Ooi et al: shame on you!
ASTRO masih melacur?

Must Click (Poems)
Elegi Tentang Kelmarin (Prekuel)
Elegi Tentang Esok (Sekuel)


Orak Arik Pilihanraya 2008
Kapal Karam
Sabah Selepas Pilihanraya
Expectation & Perception
Sambal Gerhana
Cinta Monyet, Kahwin Koboi
Anak Kera Main Api
Perspektif: Makkal Shakti
Tragedi Susuk Pelir-Buaya
Pemimpin Teknokrat vs Karismatik
Sarkas Pilihanraya
Madah Berhelah Chegu Bard
Nasional vs Alternatif (Sentimen Awal)

Anwarisme
Munafiq Politik
Kebulur Kuasa
Anwar vs Shabery: Polisi BN vs Pelan PR
Anwar vs Shabery: Serangan Karektor Politik
Bapa Borek, Anak Rintik
Karma Politik Anwar
Anwar Main Belakang!
Panah Tikam Tuan (Anwar Hardtalk)
Anwar Tersungkur di Puncak

Kembara Norwich 2008
Pulang Kampung
Puisi: Paling Tadah
Puisi: Bulan Tak Terbit Tinggi
Hilang dalam Cahaya
Bollocks on the Ground
Norwich Selepas Winter
Snowy Spring
Melankolia
Resepi
Salju Pertama
Menunggu Cahaya
Selepas Deja Vu
Menunggu Salju
Salam Amsterdam


* * *

KadazanDusun
Kotobian Tadau Kaamatan 2008
Persona Unduk Ngadau
Mogumba
Jornah Mozihim: what's up Puan Menteri?
Kotobian Tadau Kaamatan 2007
Taragang Rasuk (Si Baju Merah)
Ririnait Kandawai
Shameless KDCA
Tadau Kaamatan II
Idola Tanak Dusun Totopot
Boros Tokou
Lonopot tulun dot Dusun
Kadus Mualaf: dilema nama?
Ritual Motudau
Dilema Tulun Dusun
Dusun-mania: Part II
Dusun-mania: Part I
ATAMA's Kadus first Hip-Hop
Di sebalik "Jambatan Tamparuli"
Tadau Kaamatan I
Sad Facts About Kadazandusun


Sabah Negeriku
Sabah dilanggar Gergasi!
Selamat Hari Malaysia
Lebuhraya Malaya vs Denai Borneo
Malam Berapi di Kampung Air
Name & Shame: Pizza Hut
Wahai KM, dengar KPD berteriak!
Kundasang: mitos atau realiti?
Name & Shame: Sri Sempelang
Sabah Masuk Malaya?
Gelang Manik Merah Seroja
KK: Yang Songsang & Telanjang
Pantai Manis: tidak semanis nama
Name & Shame: Sugarbun
Neon KK masih menyala
Monyet Sabah: realiti vs mentaliti?
Ambang Merdeka: Dilema anak Borneo
Dengarkan KK Berteriak!

Personal
The Missing Link
Idul Fitri 2007
Persona Grata II (di Kuala Lumpur)
Belasungkawa II (2007)
40 Hari
Belasungkawa I (2007)
Persona Grata I (di Kuala Lumpur)
Gama
Masa lalu
Goodbye: baby Amir...
Obsesi Wanita Gila
Pulanglah....
The Clan (Raya)
"Regret"
Trip to Norwich 2006 (Part 2)
Trip to Norwich 2006 (Part 1)
Permaisuri Sehari (Rina & Derek)
Refleksi Maulidur Rasul
Smokers, my mum died of cancer..
Welcome to Little Norwich
Hijrah rohani
Setahun perjalanan...
Broken promises...
The Clan (New Year)
The Day He Passed Away

Reflection
Refleksi Hijrah
Phsycologically Challenged
Kenapa Blogging?
Love Minus One
Masa Dulu Nan Kusam
Dahan Kering (Hilang Motivasi?)
Refleksi Ramadhan 2007
Sahabat II
Sahabat I
The Complete Fern Series
My Pakis I & II
Tikam Menikam
Onar Membakar
Imbauan Lama
Sedetik berhenti
Enigma
Aku Seorang Penagih
Naik angin?
Kembara England (2006) III
Kembara England (2006) II
Kembara England (2006) I
Catatan Pinggir
Poskad dari Negara Jauh

Melayu Sabah
Kumaus (Puisi)
Limpas-Limpas di Sabah (Pantun)
Minta Puji (Anekdot)
Bubut Sumandak (Pantun)
Kasih Ampai-Ampai (Puisi)

Ops Sikap!
Natasha Hudson Plagiat II
Natasha Hudson Plagiat I
Bahasa Jiwa Bangsa
Sumpah Ramadhan
Khinzir, Katak & Kertas
Fakta vs Interpretasi
Natural stupidity?
Gila handphone!
Badan bagak, hati kenit
The ill-mannered pilaks
Lembu Sabah: Part II
Lembu Sabah: Part I
Lembu di jeraya
Malaysia kasta rendah di London!
Prejudis orang Malaysia

Blogging on Blogging
Malaysian bloggers sued
4 Blogger Perogol
Kunjungan ke-100333
Shame on you, Blogdrive!
Faisal Peduli pada Palestin
A Tribute to Inspiring Entries
The day I go-blog!

(Slightly) Political
Tun M: BBC HardTalk 2008
Ganyang Indon!
Kejatuhan Proton, Kebahagiaan-ku!
Jeff Ooi et. al: empat sekawan jadi perogol!
Logik ala Indonesia (jerebu ii)
Karma untuk Indonesia (jerebu i)
Bulan & Embun (Filsuf Sesat)
Neo-terrorism = Blairism = Bushism
Dewan Sastera: pencabul sastera Melayu?
Bila Proton menjadi anjing
Minyak naik, Naik minyak
Proton: perampok amanah rakyat
Sentimen Merdeka di Blogosfera
Tun M & Human Rights
Nisah pengkhianat sastera Melayu?
Jeff Ooi's hazy outlook on haze problem
Jerebu ASEAN: musibah politik regional?
Fantasia-mania ASTRO: neo-kolonialisme?
Emansipasi wanita satu mitos?
Racism: UK vs Malaysia
Kiri, Kanan atau Tengah?

Pop Culture
Majlis Sanding Ning
Arkib Entri AF
Akademi Pantat$i@l
Shanon: Dilanda Cinta (ada kelas!)
Gubra: filem biadap?
Telenovela Siti & Datuk K (Part II)
Telenovela Siti & Datuk K (Part I)
A Tribute to Superstar Siti
Fantasi ASTRO berterusan...
Konsert Pre-ludah AF4
Transkripsi CT: swadaya atau sumbel?
Lagi, lagi, lagi Siti....
Masuklah ke Pantat-Saya: seru ASTRO!
Tsu-Mawi: Sampah Pop
Imbasan 2005: Bizarre Moments!
Déjà vu Konsert Siti di London
Fuuyo Afdlin: Gaya, mutu & keunggulan!
Kemuncak Mania AF 2005
AF: Versatility vs Speciality?
AF: Krisis imej dan identiti?
AF: Taktik Terkutuk ASTRO!
Yes, Siti did it again!
Oops, Siti did it again?
Akademi Fantasia, sampah Malaya?
Konsert Siti di RAH: Post-mortem

Photo-Blog
Kundasang Ogos 2007
Me, at the tip of Borneo
Lensa Kembara (Norwich)
Haiku Kembara (Norwich)
Jentayu vs Gen2-ku
Surat Cinta Buat Malaysia
Nostalgia
Iftar
Along & Angah
Erti Merdeka
Summer Fruits Picking


Videography
Idul Adha 2007: Pengorbanan
Idul Fitri 2006/07: Kepulangan & Kehilangan
Lambaian Aidilfitri Norfolk
A Raya Tribute
Kesatuan Sekerja KPD: Piket
Islam & Science: the Festival
CRU: a Tribute for Lamb
UEA: The moslem community
Norwich: the Historic City
Trailer Teater Perdana 2006
The Neo Holocoust


Random
Lembab dan Semput di Sabandar
Expensive Dream
Wimby 2008: Malapetaka Sukan Tennis?
Minyak Naik, Naik Minyak II
Darah Tinggi Orang Malaysia
Novel Pop Cintan Cintun
Iklan TV Paling Jijik
Teach Them The Way They Learn
Hitam Putih Kehidupan (Videografi)
Menginamawisitikan aidilfitri Malaysia
Cit cat musim Raya: kad aidilfitri?
Bila Kemerdekaan Dilacurkan
Trilogi Mimpi Pasca Gubra
Oh, bayangkan?
World Cup: the climate factor
Mati yang tak relevan
Smokers: read this!
Babi Tembun Berketayap Putih
Drama Sebabak: Mimbar Fantasia
Sepet (Yasmin) vs Sepit (Rem)
Kasih Ayah Bukan Mudah
Pohon Jambu Tidak Berbuah
Rapsodi Musim Bunga di Norfolk

* * *

Puisi Marhaen
Rindu Diam-Diam
Mimpi Jatuh Ke Rumput
Pelangi Syawal
Badut Telanjang
Fatamorgana
Cerita Hujung Jalan
Bubut
Pulang Bertampuk
Hujan Pagi
Musim Semi
Cinta Ngam-Ngam
Kebebasan Yang Menipu
Masihkah?
Terbang Jauh
Kota Tamadun Lumpur
Syiar Cinta (Dedikasi Nurin)
Gerimis di Paris
Persona Grata di Kota Cinta
Sonata Tanjung Lipat
tak siap!
Retorik Merdeka
Nyawa
Cincin Hati
Pupus
Jelaga
Wulan Awantang
Mimpi Sang Tekukur
Pulang
Simbiosis
Beri Tanpa Bunuh
Cinta (Dengan Mata)
Wahyu Cinta
Liar
Lepas Bebas
Pulang
Pencinta Sunyi II (puisi reaksi)
Pesan Baru Sahabat Lama
Bulan Terbenam Di Tasik
Elegi Tentang Kelmarin
Mata untuk Mata?
Parodi Pasca Merdeka
Hilang (di Norwich)
Mati (sebelum) Mati
Tiga Warkah Sebelum Pergi
Hati Tinggal Separuh
Mimpi Anak Palestin III
Mimpi Anak Palestin II
Mimpi Anak Palestin I
Sudah Kubilang dari Dulu
Semalam Yang Indah
Rindu Separuh Nyawa
Bila Wulan Rondom
Tiga Surat Kepada Alam
Tiga Warkah Kasmaran
Si Pemetik Api
Pesan Pada Angin
Aku Mahu Pulang
Hidupkan Cinta
Elegi Hujan Malam
Sedetik Tafakur, Sejauh Perjalanan
Kasih Atas Mimpi
Puisi-Puisi Belasungkawa
Mari Berkasih (dengan nafsu)
Bintang (bukan binatang!)
Nostalgia Musim Luruh
Puisi Kemerdekaan 2005
Cinta adalah Api
Yang Kupinta (Puisi Meronta)
Bubut Sumandak (Pantun gaya Sabah)
Ying & Yang
Rambut Menari
Kasih Ibu (Pantun)
Finale Tentang Esok
Tentang Esok I & II
Bagai Titis Hujan
Mawar Untuk Siti
Elegi Musim Bunga
15 Tahun Usiamu, IPS
Rapsodi Musim Bunga
Miang Rebung, Sembilu Buluh
Pesan Rebung Kepada Buluh
Ini Sebuah Pelabuhan
Jiwang Jiwang (Pantun)
Mac, Bulan Teka-Teki
Dalam Terik Mentari, Cairkah Rindu?
Kasih Ampai-Ampai
Bulan Tidak Merajuk Lagi
Katakanlah Bulan Merajuk
Emansipasi Diri
Mencari Momentum Baru
Sesudah 46 Hari
Barangkali (i) - (iv)
Membaca Hikmah Tsunami
Aku, Ibu, Nenek dan Pohon Kemboja


Puisi Cinta
Warkah Cinta III
Cinta Nan Pergi
Warkah Cinta II
Warkah Cinta I
Bahasa Cinta (dari aksara tulip)
Menunggu Tulip Pertama
Buat Terakhir Kali

Puisi Frinjan
Be warned, these poems contain some elements of 18SX!!
Berahi Dalam Pondok
Lalat Pukimak
Berahi Pada Angin
Kamar Merah
Butuh oh Butuh!
October, Bulan Yang Basah
Kupu-Kupu Sundal Malam
Epilog Pencarian (Malam Berahi di London)


Puisi Protes
Burung Hilang Telur
Aku Serigala Liar
Si Kasanova Bahasa
Si Gubra
Kuku Biawak Remaja
Keris Menikam Bulan
Belacan Malaya
Bila api membakar api
Surat Cinta Kepada Tanahair
Mencari Erti Melayu?
Warkah Cinta Buat Negara Bersekutu
Tupai Pandir (Satirical Syair)
Ayam Reformasi Patah Taji
Mari Telanjangkan Bush!

Haiku Alternatif
Kundasang, Selepas Hujan
Peak Summer (Traditional)
Purnama (Traditional)
Rahsia Alam (Traditional)
Chilling Spring (Modern)
The Lazy Maples (Modern)
Gloomy Monday (Modern)
After The Tsunami (Traditional)
Canned Peaches (Traditional)


Discussing Literature
Sastera pop vs Sastera serius
Cinta Sangkuriang: menguja! (Nisah Haron)
Bid'ah Linguistik Dalam Puisi-Puisi Islam
Pencabulan Pantun Melayu! (Ahmad Sarju)
Puisi 'Dia': bercerai warna? (Mabul)
Bicara Haiku Hujan/Banjir (Hasyuda)
Tuntutan Haiku Yang Baik (Umum)
Fikrah Dari Setandan Pisang (ABM Fajeer)
Transilasi 'Cycling In London' (Anisah)
Menggali Falsafah Rindu (Hasyuda & Ony)
Kembara Seorang Penyair (Tiara)
Puisi Retorika vs Puisi Realistik (Umum)
Puisi Cinta Yang Bukan Biasa (Tiara)
Suara Tsunami Dua Wanita (Tiara & Ony)
Lima Puisi Pilihan KEMSAS 2004


My Kitchen
'Redefining the Art of Cooking'
Kari Daging ala Inggeris
Kari Ayam Avocado
Kerabu Perut (Salad Style)
Vegetarian Pasta Ala Malaysiana
Terung Panggang Berkuah Sardin
Kerabu Rampai Epal
Baked Potatoes with Flavoured Tuna



Selected Blogs

Friends
ABM Fajeer (Taman Siber)
Anisah (Spring Bud: English)
Asmiaty (Mengejar Matahari)
Barambang (Tanak Lohan)
Doc Rach (Metamorphosis)
Ezza (Warna-Warni Kehidupan)
Hana (Ocehan Orang Biasa)
Hasyuda Abadi (Kreatif)
Nurul (Kandawai Topurak)
Ony (Sumur Mahmudah)
Tiara (Kembara Rindu)

Celebrity Bloggers
Jeff Ooi (Screenshots)
Mack Zulkifli (Brand New Malaysian)
Sultan Muzaffar (Lensa Pemerhati)

Famous People
Faisal Tehrani (Self-titled)
Lim Kit Siang (For Malaysia)
Mawar Shafei (Self-titled)
MGG Pillai (Commentaries)
Nisah Haron (Lakaran Tinta)
Ruhayat X et.al. (Neohikayat)
Salina Ibrahim (Kata Penulis)
Sri Diah (Self-titled)

Pop Celebrity
Afdlin Shauki (Inside My Head)
Atama (My Tribal Root)
Dayang Nurfaizah (Self-titled)
Suhaimi Sulaiman (His World)
Yasmin (Story Teller)


Other Bloggers
AhsueZ (from the Blog!)
Aidid (Terkasimaaas)
Azhad (Nukilan Jejari)
Budiey (Formerly Malique)
Cik Zam (Sketch My Window)
Chomel (Chomel World)
Fadz (Tonton Wayang)
Fiqarash (Mandat Hati)
Hanifeeza (Bila Bulan Menyanyi)
Jiwa Rasa (Self-titled)
Joe (klubbkidd's rave)
Masali (Kaki Buku)
Moyank (Taman Cinta)
Mr. Manager (A day in A life)
PinkJambu (bLueBIrU)
Sumie (di Rumah)
Zack (Mama Ikmal)


Sabahan Bloggers
Alb Da Sabah (Self-titled)
Alvin (Soul Delite)
Davelynn (Being Sumandak)
Elmon (elmon's weblog)
Flocy (Mantad Inanam)
Havuk (si havuk bilang)
Jamiun (keningau avasi)
Jef (Agape Love Alpa)
Joyce (Get Personal)
Kathy Tati (Bunga Kasih)
Kim (Operating Instruction)
Lionel (goota do SOMETHING)
Markie (Dusun Entertainment)
Marvin (Mess Up Kaduz)
Mimi (The Voice Within)
Miss Deloris (LeDoris Rat)
Mr. Badak (Kadazan Sasat)
Ned (the chosen one)
Pai (PairacyDotCom)
Pinolobu (Pinolobu Mandarahus)
Ricardo (hushMONKEY)
Rick (Tanakwagu Mokirayou)
Sayur Peria (Pahit tapi Exotic)
Shelley (Puns & Roses)
Tanak Waguh KL (Self-titled)
Ulop97 (Tambalut Tosuau)
Zawawitj (Self-titled)


Sabah & Kadus Webpages
Tribal Root (Exclusive Forum)
KADUS Talk (Forum & Community)
Kelab Maya Sastera Sabah (Forum)
Pusakag (Kadus Singers)
Sabahan Bloggers (List of links)
Sabah Forum Online (Community)
Sumandak.Com (Forum & Community)
Tambalut (Forum & Community)




Moon Phase


Email Me
More about me?




Entry Archive
(Click on the date)

<< June 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30




rss feed



Sunday, June 08, 2008
Persona Unduk Ngadau

 

[i]

Bila kita sebut 'kerajaan', fonetiknya ada bunyi 'kera' dan bunyi 'raja'. Barangkali itulah sebab utama. Kenapa ada banyak agensi kerajaan di Sabah sering betul bertukar jadi agensi 'kera' (bebal melulu), atau agensi 'raja' (perasan maha kuasa!).

 

Kes terbaru berlaku di Jabatan Penyiaran Sabah. Saya tidak tahu apa masalah si pegawai itu. Sama ada dia kurang pendidikan formal, bahlul semulajadi atau sengaja minta puji. Apa guna jadi orang kuat Jabatan Penyiaran kalau mata-jiwa tidak cukup terang? Kalau sekadar harapkan mata kepala, tapi mindanya buta kayu lebih baik jadi dedalu umping di tengah-tengah hutan belantara.

 

Jangan jadi manusia. Sia-sia saja, kan?

 

Pada 7 Jun 2008 (Sabtu) telah berlangsung pertandingan pengisahan kenegaraan peringkat Negeri Sabah di Nabawan. Bagi yang kurang tahu, program ini merupakan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia. Bertujuan meningkatan kesedaran tentang aspek tata-negara menerusi media pengisahan. Fokus (sewajarnya) diberi kepada citra tempatan. Sebab itu ada pertandingan peringkat negeri sebelum melangkah ke peringkat kebangsaan.

 

Hakim-hakim pertandingan pula tentunya kalangan pegawai kerajaan. Yang (dipercayai?) memahami konteks dan unsur kenegaraan Malaysia. Kononlah, begitu. Tapi, harapkan diorang jadi 'penerang', rupanya hanya pandai temberang. Sebab itu saya naik berang. Ha ha ha!

 

 

[ii]

Alkisahnya begini. Dalam pertandingan tersebut, ada satu pasukan telah dihukum sebagai 'keluar tajuk'. Sungguhpun panel hakim mengakui pasukan itu berjaya menampilkan persembahan dan naratif cerita paling kuat. Kenapa keluar tajuk? Alasan panel hakim (yang tiga-tiganya Sabahan itu!) cerita lagenda tidak menepati syarat yang digariskan.

 

OK, saya memang kurang faham dengan syarat pertandingan. Jadi saya pun buat sedikit rujukan di internet (sambil juga bertanya sana-sini dengan beberapa orang yang ada pengetahuan tentang acara ini). Apa yang saya dapat? Menurut Jabatan Penerangan Malaysia, konsep umum pertandingan pengisahan itu adalah:

 

  • Berlandaskan kisah yang berlatar-belakangkan peristiwa, tokoh ataupun sejarah
  • Keutamaan pemilihan adalah kisah yang berlatar-belakangkan tempatan mengikut negeri masing-masing

Elemen yang mahu diangkat dalam setiap pengisahan, secara logiknya, tentu aspek kenegaraan. Yang bersabit dengan semangat nasionalisme, jati diri dan identiti budaya. Itulah kriteria umum syarat pertandingan yang digariskan.

 

Tafsiran spesifik pula lebih subjektif, dan pasti berbeza-beza. Bergantung kepada tahap IQ dan kepintaran seseorang. Inilah isunya di sini. Tentang bagaimana bobrok bongok Panel Penilai Sabah menginterpretasi syarat pertandingan yang skopnya sangat luas itu!

 

 

[iii]

Pengisahan ini jelas mensyaratkan bahawa cerita boleh berpaksi sama ada: tentang peristiwa, tokoh atau sejarah. Mana-mana saja. Bagaimana latar-belakang itu dicitrakan tidak pula diperincikan. Tidak ada syarat eksplisit bahawa lagenda tidak dibenarkan. Yang ditekankan hanya aspek pemupukan nilai-nilai kenegaraan. Sebagai manusia munasabah, itu yang patut diangkat sebagai teras penghakiman. Bukan hal-hal kosmetik dan remeh (i.e. sama ada masuk atau keluar tema yang tafsirannya sendiri amat terbuka!).

 

Pasukan yang dilabel sebagai keluar tema itu telah membawa kisah berlandaskan 'peristiwa' (seperti dalam syarat), iaitu Persona Unduk Ngadau. Ini salah satu item budaya Negeri Sabah. Apa pula latarbelakang pengisahan tempatan bagi peristiwa ini? Tentulah lagenda Huminodun, yang terolah sekitar kosmologi budaya suku Kadazandusun.

 

Barangkali hakim-hakim buta kayu itu terlalu mekanik seperti robot. Menafsir syarat yang tertulis secara rigid. Atau kurang cerdik, mungkin? Tidak pandai bezakan antara yang tersurat dan tersirat. Satu bentuk pemikiran jumud yang lazim diamalkan oleh orang-orang yang malas membaca. Atau, yang daif daya ta'akulnya. Saya masih tertanya-tertanya (tapi bukan marah ya!):

 

  • Unduk Ngadau (satu persona budaya yang tidak difahami oleh majoriti penduduk Sabah sendiri) bukankah satu bentuk peristiwa maha penting di Sabah? Jadi kenapa ia tidak boleh dikisahkan dalam pertandingan kenegaraan ini?

  • Ya, kisah Huminodun (yang diangkat sebagai latarbelakang cerita, tapi sebenarnya bukan inti utama pun!) memang merupakan satu lagenda. Tapi, di manakah syarat eksplisit yang menyatakan bahawa lagenda tidak diterima?

  

[iv]

Saya setuju kalau cerita dongeng tidak dibenarkan. Nanti jadi pula macam ala-ala pertandingan penglipurlara, kan. Tapi, kalau sampai tidak membenarkan cerita lagenda itu satu tafsiran syarat yang maha sempit. Habis, tugas siapa mahu menggali dan memartabatkan ratusan lagenda setempat (yang merupakan khazanah kesusasteraan) di persada nasional? Saya rasa hakim dari Jabatan Penyiaran itu kurang reti membezakan antara 'lagenda' dan 'cerita dongeng'. Kerana kebodohan ini, maka dia terjerumus dengan keputusan yang kurang pintar.

 

Cerita dongeng adalah himpunan cerita-cerita fiksyen rakyat. Ia mempunyai unsur-unsur pengajaran tertentu. Tapi ia selalunya (hanya) dikisahkan untuk maksud hiburan, dan rekreasi minda. Dalam komuniti Kadazandusun, kategori cerita dongeng begini termasuklah kisah-kisah Rogon Gayo dan Yanak-Anak. Inilah bentuk fiskyen yang dikata cerita dongeng.

 

Lagenda pula ada karisma tersendiri. Ya betul, ia juga memang ada unsur-unsur 'cerita dongeng'. Tetapi, ada beza yang signifikan dengan cerita dongeng. Lagenda mempunyai status ikonik dalam susastera lisan satu-satu masyarakat. Maksudnya, ia bukan sekadar untuk hiburan atau menerapkan unsur-unsur didikan akhlak dan moral. Ia membawa mandat lebih besar. Ia satu khazanah klasik. Lebih dari itu, cerita lagenda menawarkan impak lebih mendalam: merangkumi nilai tatanegara, semangat nasionalisme dan jati-budaya.

 

Ada dua lagenda utama bagi masyarakat natif Kadazandusun yang mencapai status ini: Huminodun dan Monsopiad. Cerita ini mempunyai nilai ikonik (merujuk konteks tempatan) setaraf dengan lagenda Mahsyuri dan Hang Tuah. Persoalannya: kenapa Jabatan Penerangan Sabah menolak pengisahan yang berlandaskan latar-belakang begini? Bengapkah mereka? Atau, sengaja anti kepada emansipasi citra tempatan?

 

Bukankah kesusasteraan tradisional lisan serupa ini mempunyai hubungan yang sangat intim dengan aspek kenegaraan? Sebab itu Kaamatan (satu persitiwa yang diasaskan dari lagenda Huminodun) telah diangkat menjadi perayaan nasional. Bahkan, ia telah dimahsyurkan sebagai salah satu acara untuk memupuk semangat persaudaraan warga Malaysia berbilang etnik, agama dan budaya.

 

Sayangnya, Unduk Ngadau yang merupakan item kemuncak perayaan ini masih kurang difahami oleh kebanyakan orang. Termasuk orang Sabah sendiri. Ramai menyangka, Unduk Ngadau hanyalah satu bentuk peragaan fizikal semata. Acara untuk menayang sumandak-sumandak getek. Ini konsep yang salah. Malangnya percubaan sekumpulan anak Sabah mahu memperbaiki salahtanggap persepsi yang berlaku menerusi pengisahan sengaja ditolak oleh Jabatan Penerangan/Penyiaran. Ironik, bukankah?

 

Hakim-hakim pertandingan peringkat Sabah itu, dengan buta-totok dan suka-suka hati menghukum pengisahan yang begitu sebagai keluar tajuk. Huh? Ini bukan soal menang atau kalah. Tapi ini persoalan tentang mentaliti. Tidak pedulilah siapa wakilnya ke peringkat kebangsaan. Bukan itu yang mahu diriuhkan. Tapi, bagaimanakah cara kita mendekati pertandingan pengisahan ini supaya dapat mengangkat keunikan jati-budaya Sabah. Bukankah itu adalah aspek kenegaraan yang paling perdana?

 

"Keluar tajuk atau tema" itu adalah alasan yang bukan saja palui, malah boleh dikata separuh gila. Sebab itu saya tak pernah suka dengan sistem penghakiman berasaskan markah. Ia memberi peluang kepada hakim memanipulasi sifat ekstrim personal untuk menentukan pertimbangan dan keputusan. Sistem juri lebih adil. Tapi ini satu isu lain yang tidak perlu saya perbesarkan di sini.

 

 

[v]

Apa cerita yang bakal membawa nama Sabah dalam pertandingan Pengisahan Peringkat Kebangsaan? Tidak lain, tidak bukan: 'cerita Tuanku Abdul Rahman'. Itulah pilihan hakim-hakim yang sedikit pandir bolong itu. Naib johan pula adalah cerita tentang P. Ramlee. Hah, adakah ini lawak kambing bulan Jun khas daripada pegawai-pegawai penerangan Sabah?

 

Saya tiada masalah dengan Tuanku Abdul Rahman atau P. Ramlee. Ya, kedua-dua mereka adalah tokoh negara yang sangat berjasa. Tapi, bukankah pilihan itu sangat ironik? Biar saya jelaskan kenapa.

 

Pertama, kisah-kisah begitu sudah terlalu klise. Malah, barangkali sudah passé. Kita selalu dengar tentang mereka di serata tempat. Di sekolah, di media, dalam wacana dan di mana-mana saja. Jadi, kenapa mahu membunuh kemanisan sejarah tokoh-tokoh ini dengan cara penceritaan berulang-ulang? Akhirnya pertandingan ini tidak akan dapat memupuk penonjolan kisah-kisah baru yang segar. Nanti asyik-asyik saja sejarah dan tokoh konvensional kerana mahu memenuhi citarasa panel hakim yang sempit.

 

Kedua, di manakah peranan Jabatan Penerangan Sabah dalam membantu mengetengahkan citra tempatan Sabah? Kalau Sarawak berani mengangkat kisah Santubong (juga sebuah lagenda!) sebagai wakil di peringkat kebangsaan: kenapa hakim-hakim tiga sekawan itu (yang mungkin kurang faham konteks adat Unduk Ngadau dan persona Huminodun) tidak mempunyai fikiran yang terbuka begitu?

 

Sengaja mau minta puji? Atau mereka itu memang ada prejudis pada tradisi Kadazandusun? Barangkali mereka tidak faham tentang status ikonik lagenda tersebut. Sama ada disebabkan kurang pembacaan, atau memang semulajadi dilahirkan malas membaca. Itu yang saya kata. Nama saja pegawai penerangan atau penyiaran. Tapi diri sendiri masih kabur (tidak terang!) dengan elemen-elemen kenegaraan tempatan!

 

 

[vi]

Tapi ahh, apa mau hairan.

 

Jabatan Penerangan Sabah ini memang sangat terkenal dengan pemikiran purba 50-tahun ke belakang. Dalam banyak hal, terutama bersabit dengan seni pengucapan. Saya teringat beberapa tahun dulu: ketika dunia pidato Malaysia sudah lama beralih kepada gaya yang lebih natural dan tenang, mereka masih mengagung-agungkan teknik konvensional. Yang menjerit merenyam seperti perempuan-perempuan kabaret berteriakan di kelab dangdut.

 

Tapi apa boleh kita buat? Pilihan hidup ada di tangan masing-masing. Dalam konteks pertandingan pengisahan ini, sesiapa saja boleh memilih untuk terus kekal dungu. Dangkal dalam mena'akul aspek-aspek kenegaraan. Menilik hanya pada permukaan, bukan pada dasar dan inti.

 

Kalau itulah yang jadi pilihan, maka biarlah si labu-labu masuk gaung. Siapalah kita mahu menghalang? Tak kuasa tau. Cuma, selaku pembayar cukai negara, saya merasa bimbang kalau-kalau duit kerajaan dibazirkan dengan pertandingan pengisahan yang tidak produktif. Asyik mengulang-tayang kisah dan tokoh yang itu-itu juga.

Tapi macam mana mau menggalakkan pertumbuhan sesuatu yang bugar, kalaulah mentaliti hakim sendiri dibatasi oleh tafsiran syarat yang begitu bangkut lagi terpesong?

 

 

 

Posted at 8:23 am by Rem

ANTANOM
May 8, 2009   05:03 PM PDT
 
sape minat sejarah add la aku kat myspace....
(rainishujan@yahoo.com)
Kengkaru
June 14, 2008   12:26 AM PDT
 
Hi tobpinai Rem,
Saya kurang setuju dengan pendirian hakim (local Sabahan) pertandingan Pengisahan peringkat negeri Sabah itu. Sangat tidak relevan untuk memantulkan hujah bahawa kumpulan "huminodun" keluar daripada tajuk asas pertandingan. Pejam celik, tajuk seperti Bapa Kemerdekaan, Bintang Filem Malaya saja yang diutamakan. Saya sebagai anak tempatan Sabah malu dengan perangai para judges yang tidak berotak dan memilih pengisahan yang benar-benar mengisahkan tentang kebudayaan dan keunikan Sabah. Hilang begitu saja. Pada pandangan saya, 'diorang' tu masih ditakuk lama. Takut untuk berhijrah dengan lebih jauh dan membuka pandangan minda dengan lebih luas. Anyway, senorok juga dapat baca kesinambungan bloh ko. Adios
pokok kelapa
June 13, 2008   12:56 PM PDT
 
memang ramai yang tak suka alternatif.

macam kera dengan raja, orang sabah dan sarawak mana suka tukar.

biarlah harga minyak naik sekalipun.

asalkan kera dan raja nya tetap sama.

macam zaman2 brooke dulu agaknya.
ReNo
June 12, 2008   06:47 PM PDT
 
secara sarkastiknya (kalu dibolehkan) saya mau nyatakan sebagaimana saudara katakan dari awal..Urang sabah ni bijak2 dan perasan bijak...di antara satu...kita di mana, mereka di mana? hmmm kera dapat bunga, ya biarkan si lunchai terjun dengan labunya...
Zul
June 12, 2008   10:27 AM PDT
 
tapi takkan nak peserta tu tayang betis la plak kan..stau aku dari tiga orang dalam kumpulan yg di tolak tu, sorang lelaki, n yg dua tu perempuan..pakai tudung lak tuh huhuhuhuhu....lagi hancur..knapa tak pihak jabatan penerangan gunakan hakim yg betul2 proesional..yg betul2 memahami konsep..guideline..dan yang tidak berat sebelah...aku rasa ada timbul kes berat sebelah gak nih
Rem
June 12, 2008   06:18 AM PDT
 
rpvb,
Ooooo.. patut la rasa macam ada 'terhidu' begitu. Rupanya inilah pasangan romantik yang keluar minum teh tarik sampai tengah malam ni. :) Anyway, welcome to blogging world!

Kenon,
Kepintaran minimum? Frasa yang menikam. :)

Kay,
Rupanya salah seorang hakim tu dari Malaya. Ini maklumat baru. Dan hakim yang seorang itulah (kononnya) yang getek sangat mau menolak Unduk Ngadau itu.

Mungkin macam kata si Zul, keluar tajuk sebab tidak tayang betis. Tahun depan bolehlahh suruh peserta buat tarian separa bog_l, biar hakim-hakim itu lebih teruja. Ha ha ha ha...

As,
Itulah bah masalahnya di Sabah ini. Terlalu terikat dengan 'elemen mekanik' satu-satu pertandingan. Kalau orang macam ni diberi peluang mengajar di universiti, habis semua pelajar gagal. Sebab dia mahukan sesuatu yang totok-totok masuk 'skima' dia. Tidak ada ruang untuk timbang-bicara berdasarkan kreativiti atau kelainan. Pemikiran robotik.

Saya sudah baca peraturan dan syarat. Sebenarnya apa yang disuratkan secara eksplisit dalam syarat pertandingan itu: boleh diinterpretasi dengan perspektif yang sangat luas. Terpulang kepada hakim saja. Mahu atau tidak mahu. Sama ada hakim ini jenis 'manusia insani' (yang boleh buat pertimbangan non-konvensional) atau sekadar satu 'organisma mekanik' (yang hanya tau menafsir secara lurus bendul).
as
June 11, 2008   08:58 AM PDT
 
hai rem..lama tak masuk rumah ko ni...hmm biasala tu adat pertandingan. ada kalah, ada menang, ada tepelanting ada gumbira..kalu tak, tak kontroversi pula pertandingan yang aku ingatkan dah berkubur ni...sebenarnya aku pernah menyaksikan pertandingan ni hampir 5 tahun yang lalu (kalu tak silap). Memang kelakarla pertandigan ni dan sebenarnya lebih sesuai diikuti oleh budak2 sekolah rendah (kalau syarat dan bentuknya masih sama seperti yang aku lihat dolu tu)..sebenarnya tak boleh juga nak salahkan hakim sebab hakim tu terikat kepada syarat yang telah ditetapkan oleh jabatan penerangan sebagai penganjur. kamu tengok la bah jabatan penerangan..bak kata nabil 'lu pikiq la sendiri'..sebenarnya bukan jabatan penerangan je macam tu, rasanya kebanyakan jabatan2 kerajaan macam tu..hehehe..aku teringat aku pernah jadi hakim nasyid peringkat negeri..jadi hakim bahagian persembahan. tetiba keputusan yang aku buat memilih pasukan yang paling pelik dan ganjil dari pasukan2 yang lain ketika membuat persembahan, menimbulkan perasaan pelik dalam kalangan hakim yang lain..akhirnya, aku tidak dijemput lagi..kerana telah terkeluar dari tema yang telah ditetapkan oleh penganjur..hahahaha..jadi, kalu mau dijemput lagi, ikut jak kata penganjur..itu moral ceritanya dan aku rasa, hakim2 itu telah ditarbiah sebelum menjadi hakim hehehe......
kay
June 11, 2008   02:08 AM PDT
 
”Kay,
Hakim-hakim tiga orang itu, satu pun bukan dari Kadazan-Dusun. Tapi saya rasa, itu tidak patut jadi isu. Tradisi Kaamatan dan Unduk Ngadau sudah dimahsyurkan sebagai peristiwa budaya milik Sabah. Keterbukaan harus ada, saya fikir.”

Sdra Rem,
Betulkan bukan satu isu? Tapi bagi saya ianya jadi satu isu dan beri impak besar. Bagi saya, bukan semua org sabah faham budaya orang sabah. Hanya org KDM lebih faham apa erti dan nilai dalam Unduk Ngadau. Hakim (lepas ini perlu dihakimi..haha), walau mereka membaca berrak-rak buku pasal Unduk Ngadau dan menonton berjuta kali pertandingan unduk ngadau, mereka tidak akan faham nilai dan simbolik di sebaliknya. Mereka tidak akan faham punya..sebab itu senang2 saja diaorang mengklasifikasikan tajuk Pesona Unduk Ngadau tu keluar tajuk. Dan rasanya keterbukaan mereka masih dalam kotak yang sempit.

Bie,
Tq

Mardhiah,
Perempuan durian merah? ..tidak pernah dengarlah..mmm rasanya lepas ini saya perlu cari pasal itu.
Zul
June 10, 2008   06:32 PM PDT
 
Erk...mungkin yg dikatakan kluar tajuk tu tak tayang betis kot? OK jugak cadangan kenon tuh..aku nak gak tengok rakaman pertandingan tu
Bie
June 10, 2008   06:30 PM PDT
 
Kenon...u noe, i da risik2 among d 3 judges 2 ada 1 urang west...mgkn dia tuh yang tia mau ksi tonjol Sabah punya warisan agung...takut bah kali dia tuh di kac kalah urang Sabah........Kan itu caritak Huminodun syioooooook bah di tenguk n dibaca.Betul juak ba bilang c REM kalau x di tunjul tu ceritak Huminodun, ndak diaurang tau tuh dari mana asal Unduk Ngadau..Diaurang cuma pikir tuh Kaamatan mau tayang betis bunting padi n kecantikan sumandak2 (yang memang cantik2 bah!).....Hidup Sabah!
kenon
June 10, 2008   05:32 PM PDT
 
Ups baru saya sedar. Yang tiga orang dimaksudkan tu hakim k? Bukan jumlah peserta (I mean kumpulan yang kalah tu)? Hakim peringkat negeri 3 orang je k? Bukan 5 orang k? Wah! Kalau 3 orang je, memanglah susah. Ia akan jadi samada kepintaran minimum atau kedangkalan maksimium dalam membuat keputusan. Tapi ada beza k? Takde beza kan? Patutlah penghakiman terpesong!!!
rpvb
June 10, 2008   05:18 PM PDT
 
Quoting REM: rpvb,
Ya, memang sungguh tepat. :) Saya tertanya-tanya juga -- what is behind the R P V and B. Reading your enigmatic blog.. really making me more curious. I have this weird feeling that I may know you.. in person. Betul? :)

----

Yup. You got that right. Bull's eye! Was your super junior at 7th RC UM (best bah kolej Za'ba tu...) and if you know my significant other that stay up late almost every night and go out to kedai keling at 3am for teh tarik with me then the puzzle will decrypted by itself. RPVB is a glimpse of my (limited?) perspective of what's left to digest and chew along the way.
SI DUGONG
June 10, 2008   05:10 PM PDT
 
Nice blog :-)
Mardhiah
June 10, 2008   04:46 PM PDT
 
Saya banyak belajar tentang masyarakat Dusun melalui blog ini dan juga wikipedia. "Blook"kan saja ntri yang berkaitan sebagai permulaannya.

2 Lagenda Sabah yang paling saya suka ialah Perempuan Durian Merah dan Unduk Ngadau. Tapi memandangkan saya different to public opinion, saya asked 4 second opinion yang mewakili majoritilah.

Let me be honest, walau saya bimbang nanti awak nangis guling-guling tapi sebab dah nabi cakap katakanlah sesuatu yang benar walau pedih terpaksa tulislah kan.

Saya tanyakan pada rakan-rakan yang normal apa pandangan mereka tentang Unduk Ngadau. Dia kata scary dan barbaric. Well saya tidak mau menyinggung sensitiviti dengan kisah nabi Ismail dan Nabi Ibrahim, nanti lagi keruh lagi teganglah perhubungan kami.

Manakala dalam buku Lagenda Masyarakat Sabah Laut pula, memang terang-terang lagi pengarang yang mengusahakan buku tersebut mengatakan yang Anak kepada perempuan Durian Merah sebagai lelaki yang tidak bertanggungjawab kerana suka mengembara dan nikah cerai-nikah cerai. Tapi saya tau fitrahnya berangan nak jadi James Bond bukan. ha ha ha, manakala perempuan pula bermimpi, bercita-cita mau jinakkan James Bond dan Don Juan de Marco :)

We're talking about perception here dan saya rasa Sabahan tidak perlu bimbang apa orang nak kata, sehingga segan mau mempertahankan 2 tokoh Lagenda yang saya sebutkan tadi.

Maksud saya, kenapa kawan saya boleh menganggap kisah korban Nabi Ibrahim terhadap Nabi Ismail sesuatu yang suci, tetapi tidak dalam Lagenda Unduk Ngadau.

Adakah prejudis atau publisiti yang silap. Bila sebut Unduk Ngadau maka terbayangkan gadis-gadis getek yang berlumba-lumba pakai mekap tebal bersanggul terlebih gel.

Sama bukan mau menyamatarafkan 2 kisah pengorbanan ini. Tapi sekadar mengajak agar kita lebih terbuka.

kenon
June 10, 2008   04:45 PM PDT
 
Wah! semangat betul komen2 pasala isu 'temberang kampung' ni. Nak jugak tau siapa 3 orang tu? kalau dapat tengok persembahan mereka mlm tu mesti best. Oh ya! Mr Rem takde cd@ apa2 je tentang persembahan mereka? Kalau ada kac la kami tengok. Baru real kan? Lebih bagus kalau persembahan mereka tu kita forward kepada badan2 yang sepatutnya yang mungkin lebih menghargai hasil seni citra tempatan. Macam KEKWA ke?
zul
June 10, 2008   02:12 PM PDT
 
betul apa yg si kay cakap tuh..

memang sudah menjadi kebiasaan hampir semua acara yangg memerlukan pengadilan di Sabah..pengadil yg dilantik main tunjuk jak..petik, kutip dari mana2 yg boleh..asal ada, asal jadi. skarang ini yang jadi..aku simpati tapi bangga pada 3 anak muda itu..tahun depan aku sangat ingin melihat mereka berjuang lagi...tegakkan, naikkan,kenalkan kebanggaan negeri kita..betullah kata penulis, kalau Sarawak berani membawa Lagenda Santubong ke peringkat Kebangsaan, kenapa tidak kita?
Bie
June 10, 2008   02:01 PM PDT
 
rpvb, kay

I'm with you guys.. ;)
Rem
June 10, 2008   01:36 PM PDT
 
Kay,
Hakim-hakim tiga orang itu, satu pun bukan dari Kadazan-Dusun. Tapi saya rasa, itu tidak patut jadi isu. Tradisi Kaamatan dan Unduk Ngadau sudah dimahsyurkan sebagai peristiwa budaya milik Sabah. Keterbukaan harus ada, saya fikir.

rpvb,
Ya, memang sungguh tepat. :) Saya tertanya-tanya juga -- what is behind the R P V and B. Reading your enigmatic blog.. really making me more curious. I have this weird feeling that I may know you.. in person. Betul? :)
rpvb
June 10, 2008   03:17 AM PDT
 
"Yang menjerit merenyam seperti perempuan-perempuan kabaret berteriakan di kelab dangdut." Satu analogi yang sangat tepat untuk proksi kedangkalan perspektif panel hakim.
kay
June 10, 2008   02:45 AM PDT
 
best article ni..at least saya tahu serba sedikit apa yang berlaku di sabah.

Saudara REm, nak tanya saja, pengadil tu orang sabahan dari kalangan kadazan dusun ka?

mikirayow betul tu pengadil tu..tapi standard la di sabah tu..selalu, orang yang tidak bertauliah jadi pengadil, kalau orang yang ada jawatan tinggi or jemputan khas, senang2 saja kena jadi pengadil..konon2 mau bagi penghormatan..mulau n buduh..
Rem
June 9, 2008   05:44 PM PDT
 
Jangan kaget tuan-puan semua. Tulisan saya memang penuh berapi, tapi penulisnya masih
waras. :)

Luahan tidak puas hati ini bukan sebab saya terlibat sikit-sikit
(bukan banyak ya!) dengan pasukan yang dilabel 'keluar tajuk' itu. Bukan. Sebenarnya soal kalah-menang bukan satu isu. Itu tak
penting.

Tapi acuan mentaliti itu yang amat menjengkelkan. Sebagai
seorang pencinta budaya dan warisan Sabah, saya sungguh terpukul dengan penolakan hakim pada citra tempatan. Mentah-mentah pula.

Panel hakim itu JELAS menyatakan: persembahan tiada masalah. Bahkan, diakui pula persembahan pasukan itu membujuk. Naratif ceritanya kuat. Bahkan skrip juga dikata agak kuat atas kapasiti sebagai 'skrip'. Tapi 'tema cerita' itu sendiri dikata keluar tajuk
sebab ia adalah lagenda. Jadi, mereka tidak layak dinilai.

Inilah masalahnya. Jika alasan kenapa kalah itu disebabkan
interpretasi cerita tidak kuat atau daya persembahan 'tidak sampai' -
- itu boleh diterima dengan baik. Sebab itu adalah perkara-perkara
yang boleh dipelajari lagi. Kelemahan yang boleh diperbaiki.

Tetapi menolak secara mentah-mentah penyampaian kisah lagenda tempatan -- itu menghantar mesej yang salah. Itu akan membuat semua orang fobia pada masa akan datang.

Jadi, masing-masing akan memilih jalan selamat dengan membawa tokoh-tokoh atau sejarah-sejarah konvensional. Maka jadilah ia satu acara yang hanya buang duit. Kenapa? Sebab ia tak akan menggali sesuatu yang baru. Sebaliknya, sekadar menempelkan semula bahan-bahan lama dengan rupa yang (kononnya) baru.

Saya percaya Sabah ini makmur dengan puluhan kisah lagenda yang
sangat signifikan untuk membina unsur-unsur kenegaraan. Bukan saja dari kaum Kadazandusun, tapi juga dari 30 suku lain yang begitu kaya dengan kepelbagaian di negeri ini.

PERSOALANNYA: tugas siapa mahu mengangkat citra tempatan ini -- kalau bukan kita anak-anak jati Sabah sendiri? Kenapa masih terkinja-kinja mahu berkisah tentang Tunku Abdul Rahman -- sedangkan sudah ada puluhan buku ditulis tentang beliau. Kita juga sudah diperkenalkan dengan sejarah beliau sejak bangku sekolah lagi. Dokumentari di tv dan rencana di media cetak pun ada banyak berlambak-lambak. Bukan tidak boleh -- tapi perlukah? Kenapa tak bercerita tentang Tun Fuad, tentang Gerila Kinabalu atau tentang Antanom (kalau gian sangat mau pilih tokoh lah!)?

Malaysia telah memahsyurkan banyak lagenda dari bumi Malaya: seperti Hang Tuah lima sekawan, Puteri Gunung Ledang, Walinong Sari, Tun Teja, Merong Mahawangsa -- dan pelbagai lagi. Semua lagenda ini telah diangkat secara formal sebagai khazanah kesusasteraan tradisional negara. Yang mempunyai kaitan sangat intim dengan pembentukan jadi-budaya dan elemen tata-negara.

Persoalannya: sampai bila kita hanya didedahkan secara formal dengan lagenda-lagenda orang lain? Lagenda kita, orang Sabah, tidak pentingkah? Tidak
baguskah? Tiada nilai kenegaraankah?

Salam budaya.
kenon
June 9, 2008   05:21 PM PDT
 
Aku rasa terpanggil untuk beri komen membina pasal isu 'temberang kampung' ni. Teringat pula dulu masa belajar..adalah jugak ikut pertandingan 'bercakap-cakap ni'. Di sebalik tirai pertandingan ni ada mulut-mulut busuk yang suka bercakap dan berbau kenegerian. Salah satunya ialah...orang Sabah ketinggalan. Masa tu tak tahu plak 'ketinggalan dari segi apa? pembangunan ka? atau apa? sekarang baru saya faham. Betullah kata saudara Zul, "orang Sabah semua nak canggih, nak maju teknologi konon" tapi otak Bediul [Bukan semua]. Tapi yang sakit hati tu bila yang sepatutnya arif dan bijaksana tu [hakimla] yang bediul, bengong dan sewaktu dengannya. Kalau orang yang xda sekolah tu boleh juga diterima akal. Kadang-kadang kita ni nak tolong bangsa sendiri tapi...kalau kita tak cuba tingkatkan pengetahuan sendiri, jadilah macam yang saudara rymza cakap tu "macam mana nak tolong kalau mentaliti hakim tu bangkut lagi terpesong?
Bie
June 9, 2008   04:42 PM PDT
 
Sia macam tekedu membaca segala kebodohan yang di dalangi dalam jabatan yang dimaksudkan. Kalau begitu keputusan yang diambil bagaikan membuta tuli syok sendiri bagus la diaorang tukar tajuk pertandingan tu jadi PERTANDINGAN SKETSA KENEGARAAN. mungkin apa yang ingin dicungkil bukan isi cerita yang dingin disampaikan tapi yang ingin dicari cuma bakat lawak terpendam sebagi pelapis menggantikan saiful apek.Huwahhh,hah,hah,hah,hah.........
Zul
June 9, 2008   04:36 PM PDT
 
sori la geng..bukan ku maksudkan suma orang Sabah tapi sebilangan...
BudakHutaN
June 9, 2008   02:52 PM PDT
 
ayakz... tia best oo ko ckp gitu Zul..

Masalahnya pada Tajuk / Topik yang subjektif... Panel tidak punya latar belakang yang baik untuk menghakimi persembahan. Sejarawan / Pengkaji Sejarah atau mereka yang terlibat secara langsung dan punya pengetahuan serta pengalaman mengenai tajuk / topik adalah lebih layak untuk menjadi pemutus kata...

macam kalu kita wat pertandingan memasak tapi panggil panel dan hakim dari pengadil bola sepak... mana ngam...

urang Sabah bilang.. kasi ngam ngam la bah!
Zul
June 9, 2008   11:07 AM PDT
 
Sdari Mardiah..

ini bukan lagi soal itu. ini dah masuk soal siapa yang mereka suka tengok. Bukan penyampain siapa yang lebih baik tapi yang siapa yang lebih gedik! Saya akui orang Sabah memang masih banyak yang macam nih..tidak mau menerima perubahan, kelainan dan pembaharuan. Nak yang sedap dimata mereka saja. Teknologi nak maju...Handset nak maju.Fikiran masih macam sial!!!! Inilah pemikiran orang Sabah yang sebenarnya......
Mardhiah
June 9, 2008   10:55 AM PDT
 
Eh Rem,

You can't be serious! Masih ada orang berpidato guna teknik konvensional ka?

"Prejudis pada tradisi Kadazandusun?" Orang kata tak kenal maka tak cinta. Macamlah ada orang yang prejudis pada masyarakat orang asli di semenanjung ni. Saya tak pernah masuk ke perkampungan mereka, tapi ketika saya berkurus Protokol, penceramah itu bercakap dengan sangat berghairah sekali tentang protokol orang pendalaman atau yang nenek selalu sebut sebagai orang bukit.

Kerana kecintaan pencermah tadi, sehingga kita rasa macam nak masuk jah kampung mereka. Nenek pun selalu cerita pasal orang pendalam, padi bukit, tugal dan sebagainya. Sememangnya tugas itu terpikul pada Jabatan peneranganlah. Kalu ambil nenek saya kerja dengan Jabatan Penerangan Sabah ok kut ha ha ha.

Kalau bukan kerana nenek dan ceramah protokol itu, mungkin saya pun memandang masyarakat pendalaman sebagai second class citizen atau lesser mortal.
Zul
June 9, 2008   10:42 AM PDT
 
Haiiii....sudah ku duga semua ini akan terjadi berdasarkan pertandingan yg lalu....yg terlompat terkinja yang menjadi pilihan mereka. Itu yang cantik dimata dmereka.Itu yg dorang pilih untuk mewakili negeri mereka. Yang mereka pilih untuk menaikkan nama SABAH!! Ya nama Sabah memang akan naik hasil dari persembahan mereka pada peringkat kebangsaan nanti. Sebagai pasukan yang akan diketawakan oleh pengadil dan penonton profesional disana..syabas JABATAN PENERANGAN SABAH!!!!
Anisah
June 8, 2008   04:10 PM PDT
 
All is not lost. Kain Rungus dipasang cantik pada bingkai, dan dijadikan tanda mata untuk Menteri semasa majlis pecah tanah tadi. Sesuai! Daripada disaratkan lagi dengan logam/plastik klise.
Anisah
June 8, 2008   04:08 PM PDT
 
Saya ada beberapa cadangan. Hantar pegi penulisan dokumentari National Geographics, atau pertandingan seumpamanya. Tapi sebelum itu, saya perlu tidur, penat membaca artikel ini, dan geram dengan kebejatan hakim.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry






Rem’s ©®

Free Website Counters