|
Friday, March 28, 2008
I Menulis puisi, tidak sukar. Tapi memanggil ilham datang, itu yang mencabar. Sama seperti makan aiskrim cincau. Mengulum dan mencicipnya sangat senang. Tapi mencari duit untuk membeli aiskrim, itu kerja yang maha susah. Sebab itu ramai kanak-kanak nakal suka cekup aiskrim (secara curi-curi!) di kedai runcit yang sibuk. Tapi itu boleh dimaafkan. Budak belum akil baligh. Lainlah kalau yang mencuri itu bini orang. Sudah besar panjang. Akal pun sudah cukup.
Butuh Dunia Oh sekalian rabbi, sekian banyak aqidah,
Begitu banyak titian berpusar dan berpusar,
Padahal hanyalah jauhari berjiwa besar
Dibutuhkan dunia yang gundah.
Jangan terpedaya dengan dengan puisi di atas. Ya, itu memang tulisan saya. Tapi bukan hasil asli ya! Ia diilhamkan oleh E. W Wilcox. Versi asal dalam Bahasa Inggerís, dijudulkan – "The Worlds Need".
Menyadur puisi jauh lebih mudah, kan? Sebab itu, jelitawan bimbo seperti Natasha Liyana Hudson boleh enteng-enteng menerbitkan antologi puisi sendiri. Perkembangan terbaru, sudah ada lima buah puisi dalam buku tersebut yang dikenalpasti sebagai karya ciplak.
Wow! Saya kagum dengan bakat ali-baba Natasha. Begitu mahir mencuri, dan pintar pula bersembunyi.
II
"I like to shower before sex!"
Begitu kata perempuan di depan saya. In a very telling manner. Sambil tergelak manja-manja. Gediknya agak melampaui tahap munasabah. Saya letak cawan kopi di atas meja. Kemudian berhenti membaca akhbar 'The Guardian'.
"Oh, yeah?" Balas saya. Bukannya teruja sangat pun dengan pengakuan berani itu. Layan sekadar layan. Sekurang-kurangnya dia tak fikir saya ini pokok Krismas. Yang bodoh pegun. Tak bertelinga dan tiada perasaan.
"Oh yes! Because Andy like to lick me all over. Especially my wet p***y!" And, she giggled again. This time, louder. And, even more telling. I smiled. That to acknowledge I heard her. My polite way to send this message: shall we move on now?
Saya angkat cawan. Menghirup air kopi yang suam-suam kuku. Sambil meneruskan bacaan pada mukasurat tengah. Yang terhenti tadi. Cit-cat panas itu sikitpun tidak sensasi. Kenapa? Kerana dia adalah Lucy McSweeny. Gadis Irish yang amat liberal. Seorang atheist. Juga penganut anarkis moral yang taat. Sangat.
So, I certainly expect something like that coming from her.
III
Kalau kata-kata yang sama dituturkan oleh Zalifah, kawan saya yang sedang buat MSc (botani) di Dublin, tentu saya terlompat katak. Barangkali akhbar The Guardian itu sudah kusam lencun. Disimbah kopi pekat. Mungkin juga saya akan sesak nafas sekejap. Kemudian mata akan pejam-katup berpinar-pinar. Sebab terlampau teruja!
Kenapa? Kerana dia adalah Zalifah. Gadis Melayu dari Kemaman. Sudah berkerudung sejak usia tigabelas tahun (Sesekali, ketika summer, dia suka pakai t'shirt lengan panjang. Corak jalur-jalur.) Kalau bercakap dengan lelaki, masih malu-malu. Tentu sekali saya tak pernah bermimpi akan dengar dia bercerita tentang aksi-aksi dalam kelambu!
That's the difference between expectation and reality. Most of the times, we perceive (and judge) thing based on expectation. Not the actual reality. Of the very 'thing'. Itself.
Cerita yang dibawa oleh Lucy memang penuh perisa. Tapi ia tiba-tiba jadi tawar, hanya kerana dia bukan Zalifah. Dia adalah Lucy: si gadis rambut perang, pelajar PhD sejarah. Tapi selalu merayap di jabatan saya. Sebab si boyfriend (ya, Andy yang suka menjilat itu!) adalah visiting scientist di sini. Sama macam saya.
IV Ya, kita selalu mengukur sesuatu isu dan kejadian berdasarkan persepi. And this perception can be (quite) deceptive. Sebab expectation selalu akan mengaburi realiti. Tapi hakikatnya, begitulah.
Sebagai analogi. Katakan Malaysia berjaya layak ke pertandingan Piala Dunia. Tentu satu negara akan berarak gila-gila. Mengalahkan kegilaan HINDRAF dan BERSIH. Tak peduli, jikapun nanti kita tewas dalam semua perlawanan. Katakan pula Brazil berjaya muncul naib johan. Seluruh penduduknya pasti dirundung nestapa. Sama seperti gelodak jiwa Anwar selepas pilihanraya Malaysia ke-12. Yang sebu dan hiba, kerana buat kali yang ke-N, mimpinya mahu jadi PM terus kekal sebagai mimpi. ROFL!
Secara realiti, pencapaian Brazil jauh lebih baik. Tapi dari segi persepsi, Malaysia dianggap lebih unggul dan mengagumkan.
Why? The expectations are different. Brazil is always expected to win the cup. And for Malaysia, a tiny hope of making it to the final round: doesn't even exist. In the wildest dream.
V
Golongan hard-core reformasi sangat bengang bila media mempropagandakan kacau-bilau yang berlaku antara PKR-PAS-DAP. Dalam kes pembentukan kerajaan Perak. Mereka menempik marah-marah, seperti angsa liar yang baru dicubit dicuri telurnya. Macam-macam hujah defensif mereka:
- Media ini suka propaganda, langsung tak bagi peluang. Apa nih?
- Sikit-sikit nak cari kesalahan Barisan Alternatif. Apa nih?
- Kalau UMNO, kenapa semua boleh? Apa nih?
Saya malas nak bagi nasihat golongan 'apa-nih' ini. Kalau dah bebal tu, suruh imam masjid negara bagi tazkirah pun, darjah kebebalan tak akan berkurang. Masihkah tak faham konsep: expectation and perception? Dulu, PKR-PAS-DAP ini adalah pembangkang totok. Sekarang tidak lagi. Dengan kuasa pemerintahan yang diberi, tentulah harapan rakyat juga sudah meninggi.
Media buat propaganda? Lawak bengap. Media hanya akur pada fungsinya. Mensensasikan apa yang terjadi. Tak kira sama ada kamu berperangai anjing kecil, atau anjing besar. Anjing tetap anjing. As simple as that. Tak kiralah parti mana. Sama ada Barisan Nasional, mahupun Barisan Alternatif. Kalau sudah berperilaku anjing, maka bersedialah dihanjengkan oleh media.
Yang berbeza hanyalah penguasaan saluran media: sama ada percetakan, audio-visual atau siber. Kita semua maklum, BN dan BA masing-masing mendominasi nichenya sendiri. Satu media konvensional (the so-called mainstream). Satu lagi media alternatif (the so-called borderless-world cyber). Kekuatan pengaruh dan sebaran akses seimbang. So, kenapa melalak-lalak macam beruang kutub kurang siuman?
Dulu (ya, era pra-pilihanraya) memang Barisan Alternatif ini maha maksum. Sebab mereka tiada sebarang sandaran untuk diletak expectation. Kalau seseorang itu tak ada anak bini, memanglah kita tak boleh tuduh dia sebagai suami atau bapa yang tak bertanggungjawab. It's a simple logic.
Tapi tak bermakna, orang itu boleh jadi suami atau bapa yang lebih baik. Kadangkala, kita menyangka seseorang itu bagus kerana kita tak pernah melihat dia diuji. Selagi tidak teruji, memang orang selamanya boleh 'minta puji'.
VI
Sekarang BA sudah diberi status 'suami' dan 'bapa'. Ini adalah medan ujian. Tentu orang berminat mahu menilai macam mana mereka mengurus rumahtangga. Jangan asyik cari alasan: tunggulah dulu beberapa tahun. Ini baru nak bermula. Masih dalam proses belajar.
Heii, ini rumahtangga negara. Bukan macam main pondok-pondok. You will be judged, as soon as you step in. Itulah fitrahnya. So, learn to take it like a real man does. OK? Terutama kalau sebelum ini, mulut sebesar tempayan naga mencanang serata dunia bahawa rumahtangga orang lain penuh dengan tahi dan onar. Seluruhnya negatif. Negatif. Negatif. Tak ada yang positif langsung. Walau sebesar kontol hama.
That was the impression. Semasa kempen pilihanraya.
Now, you get what you want. So, put the money where your big mouth is. And, stop making excuses. Ala-ala macam pendekar tak bertelur.
Wahai lalang-lalang reformasi
berhentilah bercanda bersama angin marilah menari dengan muzik aspirasi terkini kelak bila bergoyang, tidak canggung di mata orang.
Ya, ada masalah?
Posted at 1:01 am by Rem
 |  |  | paloma April 2, 2008 01:38 PM PDT
Hana, itula tu..Dr ni ckp ja pendinding kebal tapi bila "dilayan" kebal pun jadi kebab..lembut dikunyah..hahaha..
|  |
  |  |  | Rem April 2, 2008 04:03 AM PDT
Paloma,
Pendinding saya kebal. Ndak mudah lut bah! Ha ha ha..
Hana,
Wah... sedang buat intipan ya. Percayalah. Kelkatu hanya ada sepasang sayap. Tak cukup pandai bermain kayu tiga (Oooppss... ini kalau jadi dialog skrip drama, bagus nih!).
Aidid,
Wah.. senyum-senyum ini, ada mesej tersirat ka? :) |  |
  |  |  | KA April 2, 2008 12:03 AM PDT
:D |  |
  |  |  | Hana April 1, 2008 04:48 PM PDT
Paloma, kalau kedapatan si Abang ni melirik sama orang lain, JAGA LA BILA BALIK KK NANTI!!!! |  |
  |  |  | paloma April 1, 2008 02:57 PM PDT
ah..Dr ni pura2 sj konon tidak mau layan si gadis gedik tanpa manja itu..padahal dalam diam2 meng"order" ni..jgn terpedaya dgn jelingan manja gadis2 sana Dr, nanti lain yg Dr kaji lain resultnya..hehehe |  |
  |  |  | Rem April 1, 2008 02:41 PM PDT
Oren,
Ya, masih di UK. Berapa kali nak diulang jawab nih? Ni dah jadi macam iklan 'burung murai' pula. :)
Mardhiah,
Tak sempat lagi nak memeriahkan. Mungkin sat lagi.
That's exactly my point! BA kena akur pada hakikat bahawa mereka akan dinilai secara 'tak munsabah' dan dihakimi dengan menggunakan piawaian-piawaian yang melampau.
Sebabnya? Mudah saja. Kerana BA sendiri yang menguja mentaliti penilaian yang begitu. Barangkali BA tidak sedar (and, I guess... it would take some time before they finally realise it) -- bahawa gaya kempen mereka pra-pilihanraya begitu berciri 'utopia'. BN begitu, begini. Semuanya negatif. BA pula ini dan itu. Semuanya serba indah. And the way they fed the people with their ideas were strongly forceful. Bukan dalam bentuk paksaan, maksud saya. Tapi dari segi teknik propaganda.
Secara perlahan-lahan, kaedah kempen itu membina ilusi dan fantasi tahap melampau kalangan rakyat jelata. Bukanlah rakyat ini mahukan sangat hasil dalam sekelip mata. Tapi at least, BA boleh buktikan bahawa pakatan mereka kukuh dan memang 'genuine'. Bukan satu bentuk perkahwinan koboi, just for the sake of political convenience. At least, isu bersifat idealogikal dan prinsip yang begini -- boleh dibuktikan dengan segera. Tak payah tunggu 3-4 tahun. Sebab ini adalah asas bagi mana-mana kerajaan.
Inipun BA gagal buktikan. And they are OVERLY defensive (and, sometimes to the point of being hysterical) -- everytime people try to point this out. Terutama kalau dalam internet. Golongan reformis totok ni kadang-kadang lunatik sikit. Mereka anggap bahawa inetrnet (dan blogosfera khususnya) adalah domain milik Barisan Alternatif. Mereka tak boleh terima hakikat bahawa ada blogger yang mengkritik mereka secara terbuka. Pada pandangan bangkut mereka, itu tidak adil sebab media mainstream 24 jam mencacai BN dan menghentam mereka. Tak kan blogger (dalam internet) pun nak hentam diorang juga. :)
Kadang-kadang saya nampak penyokong BA ini sama mentaliti dengan para peminat fanatik Siti Lijah. Atau adakah mereka ini mantan-mantan peminat Siti Lijah yang tiba-tiba insaf bertaubat, kemudian meninggalkan dunia pop lalu menceburi alam politik?
|  |
  |  |  | Mardhiah April 1, 2008 10:57 AM PDT
Rem,
Tak nak meriahkan blog Nisah ka? Saya tak faham mereka dah berjanji tahap gaban, kenapa kita tak boleh expect tindakan dan perubahan sepantas kilat sepadanan dengan menifesto mereka? |  |
  |  |  | oren April 1, 2008 10:30 AM PDT
b4 masuk IPPP ni memang saya wat master kat USM..tapi tak sempat abis...ingat dah confirm jd cigu baru nak further master tu balik..encik stil kat UK ke? |  |
  |  |  | Rem April 1, 2008 01:40 AM PDT
Nana,
Lama tak menyinggah sini. Atau singgah diam-diam?
Hafizah,
Tak, saya tak marah pun. Geram pun tidak. Saja-saja nak provokasi... he he he..
Oren,
Jadi cikgu pula? Hari tu bukan main semangat nak buat master. Apa-apa pun, jadilah pendidik yang dedikasi. Macam pendidik wak kat UMS dulu.. yang itu... ha ha ha!
Hana,
Ha ha ha ha... tak payah kirim la. Sebulan lagi kat sini. Lepas tu... boleh.. for real. Opppsss! Ni dah cerita dalam kelambu, kan? Ha ha ha ha..
Neutral,
Yes, I'm willing to give them ample time to prove their worth. And I think, most people do. But they just need to be realistic -- that they will be judged. Now and then. Being overly defensive, in my opinion, wouldn't be appealing to the majority. They must learn how to take criticisms. Graciously -- and not giving the misleading impression of being arrogant.
|  |
  |  |  | Neutral April 1, 2008 12:47 AM PDT
dun expect a couple that marries today, get pregnant the next day and deliver a baby the day after. Patience! Yup, they do alot of shouting when the gov once rule. Like u said earlier, the gov is an expert in defending, but the opp is great at attacking. When the tables turn, they need to learn their defending techniques.
Media will report wat is true, true! But they dun do the same to the opp. small matters are make bug, juz becoz the media is in the gov hand.
Newly wed husband and wife also nid to learn how to adapt to a new environment.
plz, give them chance. they ask for 100 days. After 100 days, evaluate them. So far, they are doing a gud job.
Patience! |  |
  |  |  | Hana March 30, 2008 10:48 PM PDT
ehem! ehem!
tak nak pos ke KK ke?? yang hari tu dah hilang la |  |
  |  |  | oren March 30, 2008 03:09 PM PDT
akum...
lamanya tak belayar kat entri ni..encik pa habaq??
stil kat UK ke?
saya stil kat IPPP ni..nak jd cigu la kata kan... |  |
  |  |  | Hafizah March 30, 2008 03:26 AM PDT
Salam kembali,
Sdr Rem,
Saya gembira baca jawapan sdr, sbb inilah pertama kali saya hantar komen dlm blog ini. Cuma, saya ingin minta maaf tentang pertanyaan itu, saya kira dari jawapan saudara saya telah menyinggung sdr. Secara logiknya komen saya itu tak ada kaitan dengan keinginan merasa benda itu. Saya cuma lihat dari sudut gaya penulisan saudara. Dan moralnya, sebagai manusia, kita cuma meramal - di tangan Tuhan juga keputusannya.
Soal sdr buat atau tak yang ditulis itu, juga bukan isunya.
Sebab saya suka baca blog ini, kadang2 butirannya secara tak langsung diamati dalam2. Ini seni berbahasa, penggunaan retorik dan bahasa melampau. Tak ada kena mengena dengan politik, ia timbul hanya sebab entri sdr itu bertitik tolak tentangnya.
Saya pernah beritahu pada kakak saya yang saya ingin sangat tanyakan hal ini pada Rem. Kakak tak setuju. Tapi biasalah yang namanya manusia, yang tak disuruh itu yang nak dibuat, maka sayapun tertanya akhirnya.
Itu saja.
Selamat menulis lagi, saya doakan saudara selamat dilindungiNya sentiasa.
|  |
  |  |  | Name Nana (KL) March 30, 2008 01:22 AM PDT
hihihihihik... sabar saja ler! hafizah tanya baik-baik, apasal abg rem marah-marah.. :_)
datin natasha skrg mengandung. mungkin sbb tu dia tak peduli sgt dengan buku ciplak dia... hihihihihik.. |  |
  |  |  | Rem March 29, 2008 08:40 PM PDT
Mardhiah,
Tak payahlah buat follow-up lagi. Memang tak boleh diselamatkan. Lagipun, saya ni apalah sangat untuk Tn. Haji Rosti tu nak dengar. :)
Hafizah,
"Tapi saya tentu tak lena tidur kalau tak bertanyakan hal ini"
Ini adalah pertanyaan sdri tentang perkara yang sama buat kali yang ke-N. Termasuk juga menerusi email. Saya juga sudah jawab berkali-kali. Masih tak lena tidur? Are you really interested in the issue; or you're actually obsessed with my pubic hair? Either one, I don't mind. Tell me the truth, I won't judge you. :)
"Pakatan pembangkang menang besar."
Memenangi hanya 5 dari 13 negeri; hanya 1 dari 3 wilayah persekutuan; dan hanya 82 dari 224 kerusi parlimen -- saya tak fikir itu MENANG BESAR. Sama ada diukur secara linguistik, mahupun matematik. Atau mungkin sdri ini tak pernah sekolah, dan hanya mengukur ikut 'rasa-rasa' saja? Cukuplah sebut kalah tipis. Kalau nak juga menang, sebutlah 'menang' saja. Tak payah besar-besar.
"Dan tentang pubic hair. Menarik."
Ya, memang menarik. Tapi saya rasa pelik bila seorang perempuan Melayu begitu tertarik dan teruja dengan cerita pubic hair seorang lelaki. Sampai tak boleh lena. Wow, hebat! :-)
"Jadi, terima kasih atas entri ini, tentang expectation, kemeluatan saudara terhadap politik pembangkang."
Saya tidak meluat dengan politik pembangkang. Saya tidak teruja dengan politik kerajaan. Saya sekadar menulis apa yang saya rasa secara peribadi. Tentang politik Malaysia. Sdri. ada apa-apa masalah tentang itu? Atau barangkali tindakan saya itu telah menyalahi mana-mana prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia?
"Hmm, apakah jadi? Jika ya, apakah rasanya? Bukan ia patut dibuat hadapan publik?"
Yang, janji itu sudah menjadi. Remember, I said 'in public' -- not infront of the public. Kalau saya berdiri di Bus Stop seorang diri pada jam 2am, saya tetap dianggap 'in public', kan? Because it's a public domain.
Bagaimana rasanya? Er, kenapa berminat sangat? Ok, rasanya TAWAR. Tapi bagaimana darjah tawarnya, saya tak boleh explain dengan kata-kata. Kalau Sdri Hafizah bagi alamat surat menyurat, saya akan kirimkan barang sehelai dua. You can taste them yourself. For real. Kalau tak, takut pula tak boleh tidur lena sebab asyik teringat 'apakah rasa' bulu ari Rem. :)
|  |
  |  |  | Hafizah March 29, 2008 03:58 PM PDT
Saudara Rem,
Salam.
Mungkin saja saya ini jahat, ketinggalan atau apa sajalah. Tapi saya tentu tak lena tidur kalau tak bertanyakan hal ini.
Sejak PRU 12, sesuatu yang tak berapa magis berlaku. Pakatan pembangkang menang besar.
Sebab saya minat baca blog saudara, saya ingat saudara pernah menulis sesuatu tentangnya. dan tentang pubic hair. Menarik.
Jadi, terima kasih atas entri ini, tentang expectatation, kemeluatan saudara terhadap politik pembangkang. Saya langsung ingat pada entri ramalan saudara itu.
Hmm, apakah jadi? Jika ya, apakah rasanya? Bukan ia patut dibuat hadapan publik?
|  |
  |  |  | Mardhiah March 28, 2008 11:43 AM PDT
Ta'di bikin "follow-up" pasal KOMSAS tu, Pengarah sudah minitkan pada Ketua Sektor Pengurusan Akademik.
Kalau bersungguh tidak mau KOMSAS jatuh ke tangan Ratu-Raja Pop cintan-cintun, contactlah Pejabat Pelajaran Negeri Melaka 06 2323777, Hj Rosti Bin Mistam. |  |
|
|