|
Friday, March 21, 2008
|
 Foto ini dicuri dari sini! Sorry ya...
|
Kek Coklat
saya mahu satu kehidupan kamu mahu sesuatu yang lain kita tidak dapat makan kek coklat jadi kita makan sesama diri.
Notakaki: Resepi Datin Natasha ini, khabarnya sudah jadi kegemaran Anwar Ibrahim sekarang. Tiap-tiap hari dia makan kek coklat! |
I
Kita semua tahu sejarah Anwar yang sangat gemar 'main belakang' (seriously, no pun intended!). Kalau mahu masuk, dia suka guna pintu belakang. Bukan pintu depan. Kalau mahu menikam, dia suka tikam belakang. Bukan tikam berdepan.
II
Dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO awal 1990-an, dia mati-mati menafikan keinginan untuk melawan (gemulah) Tun Ghafar Baba bagi jawatan Timbalan Presiden. Tapi kemudiannya, dia tiba-tiba menghunus keris tipumuslihat dan menikam TGB dari arah yang paling tidak disangka.
Pada tahun 1994, Anwar menawarkan diri jadi teraju operasi kempen BN bagi pilihanraya di negeri Sabah. Kononnya untuk menakluk Sabah dari tawanan PBS. Tugas yang gagal disempurnakan oleh TGB dalam pilihanraya sebelumnya.
Anwar menggunakan segala taktik yang ada dalam kitab politik iblis untuk mencapai matlamatnya. Dia memperalatkan media nasional untuk mencanang propaganda bahawa Kadazandusun = Kristian, dan PBS adalah parti berasaskan agama. Itulah pertama kali politik perkauman (yang sangat lazim di Malaya) diperkenalkan di Sabah.
Bila BN tewas (seperti yang diramal), Anwar gubra tak menentu. Janjinya pada BN untuk menawan Sabah lebur lenyap begitu saja. Bermakna, peluangnya untuk meyakinkan ahli-ahli BN bahawa dia sudah layak jadi PM menggantikan Tun Mahathir tidak kesampaian.
Kerana nafsu rakusnya tidak boleh dibendung lagi, maka Anwar buat strategi sendiri menerusi 'jalan belakang'. Biar kalah secara demokrasi, kalau pakai taktik anti-demokrasi mesti boleh menang. Begitu fikir Anwar, penuh takbur. Pairin masuk mengadap TYT menerusi pintu depan istana. Anwar pula menyusup masuk ikut pintu belakang. Dia minta paksa TYT pura-pura sakit dan lengahkan upacara angkat sumpah Pairin sebagai KM.
Untuk apa? Supaya Anwar boleh membeli wakil-wakil rakyat PBS. Anwar terlupa agaknya. Itu satu perbuatan yang sengaja mengkhianati aspirasi demokrasi lebih sejuta penduduk Sabah, yang sesetengahnya bersusah-payah merentas sungai-gunung-hutan semata-mata untuk sampai ke tempat pengundian.
Sumpah orang yang teraniaya memang selalu makbul. Kerana itu, Anwar dibaham karma politik paling sial pada tahun 1998. Tapi 'penganiayaan' terhadap Anwar pada tahun 1998 itu, sebenarnya terlalu kecil jika dibanding dengan pengkhianatan dia kepada lebih sejuta penduduk Sabah. Yang dinafikan kuasa Makkal Shakti mereka untuk memilih kerajaan secara demokratik.
III
Kini, sekali lagi Anwar Ibrahim mahu main belakang demi mencapai impian politiknya. Kickdefela, seorang blogger yang sangat politikal, menulis tentang itu di sini. Saya simpati kepada para penyokong Barisan Alternatif. Kasihan. Daripada kuasa Makkal Shakti, Anwar tukarkan jadi Makkal Sakit! J
Sebelum pilihanraya umum 2008, Anwar juga ada cuba taktik yang sama (nak masuk UMNO, I tell you!). Buat rundingan pakai pintu belakang, iaitu posisi kegemarannya sejak dulu, kini dan selama-lamanya. Tapi PEMUDA UMNO bingkas menolak. Rundingan pun gagal berkecai. Kemudian, dengan semangat talam seribu muka, Anwar pulang berpaut pada penyokong fanatiknya dari PKR. Oh, how convenient!
IV
Cubaan Anwar pasca-pilihanraya untuk membeli 'wakil rakyat' BN (terutama dari Sabah dan Sarawak) juga kecundang. Once bitten, twice shy. Remember? Heii, dah kalah tu kalah-lah. Main beli-beli wakil rakyat pula. Muka tak malu. Alahai, ulama-ulama PAS yang jadi sekutu Anwar pun tak reti-reti nak bagi nasihat: bahawa politik wang itu haram di sisi agama. Atau pak-pak lebai PAS pun dah dijangkiti penyakit Anwar. Sanggup jual agama untuk politik?
Untuk cubaan terbaru ini, sama ada berjaya atau tidak, itu bukan lagi isu. Yang penting, sudah nyata terbukti kecenderungan dan ketagihan Anwar untuk 'main belakang'. Sebab itu, Dr. Chandra Muzaffar kata, Anwar ini adalah malapetaka untuk Malaysia. Ya, memang pun.
Sepatutnya, sekarang ini adalah situasi paling ideal untuk politik Malaysia. Barisan Alternatif menguasai 6 domain (termasuk WP KL), manakala Barisan Nasional masih ada 8 negeri. BN tetap kuasai kerajaan federal, tapi BA berjaya nafikan majoriti 2/3. Ini adalah era pencerahan politik Malaysia. Ia seimbang untuk kedua-dua pihak. BN diberi peluang untuk membuat reformasi dan pembersihan. BA pula mendapat ruang untuk buktikan kredibiliti dan keupayaan. Lima tahun dari sekarang, kita akan nilai siapakah yang terbaik.
Sayangnya, manusia tamak kuasa seperti Anwar sengaja mahu menghancurkan keseimbangan ini. Kerakusannya mau main belakang bukan saja akan mengucar-kacirkan Barisan Alternatif. Bahkan, ia juga akan menambah kegawatan kepada Barisan Nasional sendiri. Dua-dua pakatan ini boleh rebah tersungkur kerana permainan politik Anwar.
Yang rugi siapa? Kita. Malaysia. Negara. Bangsa.
Akhirnya, siapa yang untung? Hanya dinasti Ibrahim saja.
V
Seorang kawan saya, yang pernah jadi pencacai totok Anwar, bertanya dengan penuh geram dan radang: "Kenapa Anwar tak pernah berubah? Tak reti-reti nak bertaubat?"
Jawapan saya mudah saja. Itulah Anwar. Sampai matipun, Anwar tetap 'Anwar'.
Seekor anjing kalau diternak dalam masjid selama bertahun-tahun pun, bila ia dilepaskan ke tempat asal, anjing itu tetap akan mencari tahi. Kalaupun ia tak makan, paling kurang anjing itu akan mengulit-ulit tahi itu pada hidung dan mulut. Dengan penuh rasa teruja dan berahi.
Once a dog, always a dog.
VI
Percayalah, pakatan PKR-PAS hanya satu pakatan sia-sia. Sampai penghujung alaf ini, mereka itu kekal seperti anjing dan kucing. Kalau mengawan pun tak ada hasil. Genetik tak serasi.
Percayalah, Anwar tak akan jadi PM menerusi taktik 'main belakang'. Pernah dengar peribahasa ini, seperti anjing dengan bayang-bayang? Kerana terlalu tamak mahukan lebih, tulang yang dah ada dalam mulut pun terlepas. Akhirnya, habuk pun tarak.
Percayalah, Anwar tidak boleh disucikan lagi kepada fitrah seorang politikus yang munasabah. Biarpun disiram dengan air bunga 77 jenis, yang direndam dengan embun Sungai Ganges. He is a serial political offender. Menyokong dia, ibarat melepaskan anjing tersepit. Sudah lepas, ia gigit balik!
VII Saya rasa Anwar ini sungguh kelakar. Macam tak siuman.
PKR gagal memberi kemenangan yang cukup untuk dia jadi PM. Lalu, Anwar beriya-iya mau beli MP dari BN. Sebab dah kemaruk sangat nak jadi PM. Tak sabar nak tunggu pilihanraya lima tahun lagi. Bila cubaan tu gagal, Anwar pula yang sungguh-sungguh menjual dirinya kepada BN. Asalkan dapat jadi PM segera. Lucu, kan?
Apa yang lucu? OK, mari saya letak dalam bentuk analogi supaya senang difahami tang mana yang kelakar.
Andaikan (secara metafora) isteri yang sah gagal berikan kepuasan seks pada Anwar. Lalu, Anwar cuba merogol orang untuk dapat 'nikmat seks'. Bila tak berjaya merogol orang yang dia mahu, Anwar sanggup menawarkan diri untuk dirogol. Dia tak kisah, asalkan dapat 'nikmat seks'. Senarionya begitu. Sekejap nak jadi perogol, sekejap minta dirogol. Krisis identiti yang kritikal.
Masalahnya, ada tak orang yang sudi nak rogol dia? Kalau saya, bagus disula dengan lembing sebesar buluh betung. Biar dia puas tahap maksimum, dan tidak meminta-minta lagi.
Posted at 8:01 pm by Rem
 |  |  | LABUAN.. February 3, 2009 01:55 PM PST
aku stju sangat ngn rejam,nape ko nyer cter cam pelik jer...ko x pnah bca surat kbr utusan n tgk tv3 ker, tiap2 ari mesti tunjuk yg bn ni bgus,kalo waktu plihanraya msti de gmbar wakil rkyat bn dukung orang skt,da naik meluat aku tgk cara bn gunakan media untuk bodoh2 kan orang cam ko ni..tp ko ni x paham2 lae, ko pnah kaji CIMB bank sper punyer, value capes syarikat per? ape da jdi ngn duit pencen rakyat pda thun 2003...ko pnah x selidik?
berani la ckit pi siasat,bkn xde sumber,nak atau x nak jer cari. |  |
  |  |  | Rejam February 3, 2009 01:46 PM PST
saya tertarik dengan artikel dari rem yang bertajuk main belakang,tetapi setelah dirumus dengan teliti,artikel rem sudah lari dari tajuk yang sebenar iaitu main belakang,cuma peringkat awal artikel rem yang mendedahkan konsep main belakang oleh anuar...berani saya katakan artikel rem lintang pukang dan rem sendiri tiada ilmu dlm politik,kerna trend malaysia kini, khabar angin lebih mudah di percayai dari berita terkini... amar makhruf nahi mungkar.. |  |
  |  |  | haizum November 24, 2008 04:31 PM PST
ya..saya sokong tu. nda guna cakap ja.hasil mesti ada br leh pakai. modal air liur, sy pun leh wat. anwar tu air liur ja lbh..hasil tarak. |  |
  |  |  | pure sabah October 5, 2008 06:58 PM PDT
jangan takut...teruskkan saja memperjuangkan tuk sabah....kita ni orang sabah di era 20....dulu datuk moyang kita buli lah kena pijak2 kepala....teda sekolah...double 6 tragedy memang sabotaj...tu rancangan awal pembetukkan malaysia...kaji balik sejarah kenapa brunei keluar dari pembetukkan malaysia...ni la kalu orang melayu perintah...
dari zaman hang tuah dan hang jebat orang melayu ni adalah berperangai hasad dengki...iri hati...mulut manis...gila kuasa...gila pangkat.....kalu bangsa lain naik sikit berbunuh...x sedar bangsa sendiri malas...minta suap..tengoklah peristiwa 13 mei...rusuhan kaum sehingga darurat...tu kalah politik la cerita dia...haasrat melayu era 2020 adalah sudah terlalu maju dengan kemodenan dan kecanggihan...untuk merialisasikan hasrat itu apa jugak cara digunakkan dengan bertemakan "siapa berkuasa dia atur semua"....x kiralah dari segi sosial,politik mahupun ekonomi...
negeri sabah yang kita cinta ni sangat kaya ngan hasil bumi seperti balak ngan minyak...tapi pegi mana semua tu..????sudahlah kena ambil...yang datang mengambil pun dari sana...jadi apa orang untuk sabahan......??royaliti sikit...kerja pun susah dapat....ni mainan siapa???mau berkuasa lebih lama kasi i.c sama pilak pigi undi BN...tubuh ISA...
Ni taktik yahudi...Guru si Mahathir Mohammmad...Pasal tu aku x pernah bangga ngan pemimpin melayu...orang2 melayu...sudah namanya melayu...bukan mengembang.....dan itulah UMNO...yang bangunan dia besar dekat BSN kk tu....
Come on lah kawan2....bangunlah dari mimpi...gunakan apa juga saluran tuk kita sebarkan kepada yang lain yang masih tidur....mudahan ada lagi orang macam Tun Fuad stephen lepas ni.....
|  |
  |  |  | pure sabah October 5, 2008 05:56 PM PDT
"sabah tanah airku...negeri kita yang tercinta..."jom lah kita tengok hasil sembang2 politik kita ni...sedar ka kita banyak hasil bumi kena suda kena ambil...tengoklah macam petronas...kontraktor2 yang datang semua orang sebelah sana...yang kerja di petronas kebanyakkan orang sebelah sana...tu baru dari segi minyak...belum lagi dari segi pembalakkan..pergilah tengok di sabah forest industri bahagian plywood....rata2 pekerja dari indonesia yang jadi orang atasan...orang tempatan...???..kalu x percaya pergilah jenguk2 dia sabah forest industri di sipitang bahagian intergrated timber complex...bayangkan jabatan buruh dan imigresen pun boleh kena main..lepas tu pegi lagi tengok bahagian telecomunication yang skang ni buat macam stail petronas bagi project sama kontraktor...tengok la siapa kepala kontrak dia...dan siapa plak kuli2 batak...haiiii...masalah PTI lagi...undang2 perhakiman pun boleh kena main2 ni lagi perjanjian sabah ngan malaysia masa mula2 ditubuhkan.....aku harap betul lah ada lagi orang macam donald stephen sekarang...kejadian double 6 tu sebenarnya rancangan pembentukkan awal malaysia....tu memang sabotaj...teruskanlah sembang politik kamu...mungkin ada perubahan tu nanti |  |
  |  |  | robert rahim October 5, 2008 05:18 PM PDT
apa-apa hal tu musa aman(banggali kain)dulu kasi singkir...kita sibuk pikir pasal pilak sama indon yang datang...jangan lupa banggali pun makin ramai ada i.c di sabah... |  |
  |  |  | Mardhiah Bte Mohd Yusoff August 11, 2008 08:45 PM PDT
Orang dah anggap Anwar umpama DEWA penyelamat umat. Saya dah lama fikir dan saya simpulkan tak semua orang mau bebas, mereka mau dipimpin. Mereka telah meletakkan harapan yang sangat besar terhadap Anwar, kalau kita speak our mind aloud, jadi macam inilah.
I don't think sebab penyakit, saya rasa ada kait mengait dengan manipulasi harga minyak dunia dan harga komoditi bijirin. Saya melihat drama 10 tahun lalu berulang kembali. Kali ini George Soros diganti oleh Morgan Stanley. As a geographer saya pasti mesti cikgu lagi tahu bentuk peta dunia baru yang telah lama ada perancangan think-thank Neo-conservertive dalam mencari kesimbangan KOSMOs, some says sejak awal 70'an lagi mereka telah melakar peta itu apabila mereka berjaya memetrai perjanjian Brethenwood yang mengakibatkan semua matawang dunia disandarkan pada Dollar Amerika instead of real gold seperti yang sebelumnya.
If we go against Anwar, crit him, say something bad about him bererti kita menganggu perancang rapi mereka.
|  |
  |  |  | soul.bro.number.two July 17, 2008 02:31 PM PDT
salam, dr. rem...
dah lama juga saya tak jenguk ke blog yang hangat ini & nak tinggalkan komen pun jadi segan pula.
moga rem sentiasa aman bahagia di samping keluarga tercinta.
for me, kebebasan itu adalah hak individu. tetapi kebebasan bukanlah sumber untuk kita memaksakan konsep yang sama ke atas pihak yang tidak mahu bebas.
keseimbangan kosmos atau hukum karma akan menimbang sama berat sama ringan untuk apa jua yang kita lakukan pada masa dulu, kini & selamanya.
sesiapa yang tulen kebatilannya & sesiapa yang palsu kebenarannya akan terbungkam jua nanti. harapan saya moga kita semua sabarlah menunggu. saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri agar jangan mudah melenting.
sisi kiri atau kanan bukan jawapan tetapi haruskah tengah jadi pilihan? pada saya, saya hanya seorang yang jelas mahukan kemakmuran di semua sisi agar rumah besar yang kita diami bersama ini tidak roboh oleh kecelaruan beberapa ekor insan yang sudah tercalar maruahnya dengan kebatilan & maksiat.
sekian, terima kasihan.
p/s: nihilis memang begini. |  |
  |  |  | selasih July 14, 2008 09:41 PM PDT
salam rem..
secara x sengaja terjumpa blog saudara ni..terasa seronok membaca entry dan juga komen2 dr para ahli blog..wahhh panasss2..semoga suksess selalu |  |
  |  |  | Rem June 26, 2008 08:26 PM PDT
Saya tidak faham kenapa ramai betul yang sensitif bila saya menulis tentang Anwar.
Itu pendapat peribadi saya. Tidak juga saya paksa satu dunia untuk membontoti saranan saya. Masing-masing ada hak untuk bersuara, maka bersuara sajalah.
Kamu suka Anwar Ibrahim, saya tiada masalah. Itu pilihan kamu. Kamu tak suka Tun M, saya tiada masalah. Itu pilihan kamu.
Masalahnya, ramai orang tak faham konsep dan konteks kebebasan. Ya, kebebasan untuk berfikir, dan meletakkan pendirian.
Just imagine, how depressing this world can be.. if everyone thinks alike. Tiadalah variasi, kan? |  |
  |  |  | abu May 11, 2008 08:01 PM PDT
ni coment2 org yg msh bute2...slgi korg skg bn slgi 2 brg trs naik..bdh pnye olang...anwar bkl jdi pm..korg dok ngange jela...insyaallah.. |  |
  |  |  | ezra April 15, 2008 11:59 AM PDT
soal tikam belakang sebenarnya bukan suatu perkara yang jijik dan kotor di dalam politik. Tiada soal tikam belakang di dalam politik kerana Anwar Ibrahim berhak bertanding jika dia rasa layak untuk memegang jawatan tersebut. Jangan jadi terlalu NAIF kerana politik itu kotor, jangan semai pemikiran kebudakan ini dan mengggap apabila Anwar bertanding menggantikan Allahyarham Tun Ghafar Baba maknanya Anwar telah menikam T.G.B. Tidak perlu untuk mengaibkan orang yang sudah pergi, tetapi kita sendiri tahu isu seks Tun pada masa itu, secara logiknya beliau tidak layak memimpin sebuah negara Islam.. Dan Anwar layak untuk bertanding merebut jawatan itu sebagai ahli UMNO pada masa itu. Jika kamu mempunyai sebuah organisasi atau syarikat, saya percaya dengan pemikiran kolot kamu ini, organisasi kamu akan hancur. buka minda dengan skop yang lebih luas, kita bukan sahaja ahli akademik tetapi PEMIKIR. kamu sepatutnya merasa malu dengan post yang ke-anak-kan kamu ini |  |
  |  |  | Name March 30, 2008 08:58 PM PDT
pitt aku sokong ko punya komen. mmg anwar ibrahim suka jual rahsia negara. sbb tu tun m buang dia dari jawatan tpm.
skrg anwar ibrahim nak bermuka-muka pula. sekejap nak jadi umno. sekejap jadi pembangkang. tak ada pendirian. mcm mana rakyat nak percaya?
lebih baik karpal singh jadi pm dari dia... hahahahhahahahahha.. |  |
  |  |  | pitt March 28, 2008 12:54 AM PDT
saya setuju, dari dulu kini dan selamanya orang seperti anwar ibrahim tidak boleh menjadi pm kerana orang yg mendedahkan rahsia kerajaan adalah orang yg paling tidak boleh dipercayai.. kerana semasa mereka menjadi wakil kepada rakyat dan kerajaan mereka telah mengangkat sumpah untuk menyimpan segalanya dalam kepada mereka.. tapi bila mereka keluar dari kerajaan mereka mengeluarkan segala2nya dari kepala mereka tanpa sgan silu.. keadaan ini sangat merbahaya kepada kerajaan yang ada dan juga kerajaan yang akan ada... saya tidak akan respect orang yang seperti ini dan tidak akan mengangkat orang seperti ini menajdi wakil kepada rakyat.. orang2 sebegini biarlah terkurung dalam mimpi2 manis sendiri...
|  |
  |  |  | Rem March 27, 2008 06:39 PM PDT
Peace,
Ya, memang... sejak zaman Tun Mustapa sudah ada lompat-lompat parti. Tapi itu semua adalah 'lompat tak sistematik'. Ia tidak mengubah apa-apa -- dari segi kerajaan negeri. Lompat yang dipelopori oleh Anwar adalah lompat sistematik. Dan pada skala lebih besar! Yang bertujuan untuk 'MENUKAR KERAJAAN' dan menafikan hak rakyat Sabah SECARA KOLEKTIF untuk memilih kerajaan secara demokratik. Itulah bezanya budaya lompat ala Anwar Ibrahim -- dengan perbuat lompat-lompat sebelum itu.
Ya, saya setuju ahli politik ini mudah dibeli. Tidak tetap pendirian. Bukan saja politikus Sabah, tapi juga di mana-mana. Termasuk di Malaya. Sebab itu kita mesti wujudkan 'mekanisme penebat' -- demi mempertahankan kesucian prinsip demokrasi. Itu yang dibuat oleh PBS di Sabah pada tahun 1986.
Harus diingat juga, bila PBS mengambil-alih kerajaan Sabah pada pertengahan tahun 1980-an, PBS memperkenalkan undang-undang ANTI-LOMPAT. Ia telah dibahas dan diperakukan dalam Dewan Undangan Negeri. So, sejak PBS memerintah... tiada sebarang kejadian lompat berlaku. Jika ada yang lompat, secara automatik... ADUN atau Ahli Parlimen itu akan terbatal statusnya. Dan pilihanraya kecil akan diadakan untuk mencari ADUN (atau Wakil Parlimen) yang baru.
Bila Anwar gagal menawan Sabah pada tahun 1994, Anwar telah memanipulasi semua kuasa politik iblisnya untuk MEMBATALKAN UNDANG-UNDANG LOMPAT tersebut. Lebih jijik lagi, selepas undang-undang itu dibatalkan dengan cara yang tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan, Anwar mempelopori pula satu gerakan lompat secara besar-besaran -- yang sekaligus mencatat sejarah pertama dalam politik Malaysia -- iaitu sebuah kerajaan ditubuhkan BUKAN SECARA demokratik. Tetapi dengan cara permainan politik pintu belakang.
Saya bukan anti Anwar. I have nothing against him -- as a person. Seriously, masa dia datang Sabah pada tahun 1998 (sejurus selepas dia digulingkan dari jawatan TPM) -- saya ada bertemu dengan dalam satu majlis pertemuan Anwar dengan Pairin dan ahli-ahli PBS. Saya bukan pro-parti PBS atau seorang yang sangat politikal. Tapi sebagai anak muda masa itu, saya memang berminat untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Secara first-hand.
Masa jumpa tu, saya ada bersalam dengan Anwar. Tanda hormat kepada seorang yang lebih tua, dan pernah memberi sumbangan kepimpinan kepada negara. Tapi rasa hormat saya pada Anwar selaku seorang manusia biasa -- bukan bermakna saya harus menghormati karektor politiknya yang jijik dan sangat oportunis. Tiada sebab personal kenapa saya mesti anti Anwar (saya tiada kepentingan peribadi dengan Anwar, dan dia juga tiada kepentingan peribadi dengan saya!). Sentimen saya pada dia purely atas sebab-sebab yang berlandaskan semangat demokrasi dan amalan politik sihat. Khususnya untuk negeri Sabah. |  |
  |  |  | Peace March 27, 2008 01:55 AM PDT
Salam..
Tun Mustapha Harun menyimpan ADUN USNO di Sabah, di Kuala Lumpur 32 tahun dahulu yang berkesudahan akhirnya setengahnya lompat juga ke Berjaya.
So, tak payah la rem nk salah kan anuar..coz dari sudut sejarah..lompat melompat parti ni memang la dh dipelopori oleh org sabah sendiri dari dulu..cuma sbb rem ni anti sgt dgn anwar..nmpak la artikel dia mcm anwar la pelopor budaya lompat si katak lompat..dan ape buktinya anwar yg lakukan semua itu..tuduhan perlu berlandaskan bukti..bukan omong kosong semata-mata..yg pentingnya org sabah mudah dibeli..tiada tetap pendirian.. |  |
  |  |  | AyAres151 March 26, 2008 04:24 AM PDT
best..best..aku suka baca dan menilaikannya.. |  |
  |  |  | Rem March 24, 2008 09:37 PM PDT
Anisah,
Itulah pasal. Sentimen tidak menentu sesetengah orang.
Paloma,
Ha ha ha.. lama ndak dengar perkataan 'sasau'. Dia tu bukan lagi sanggup makan sasau, barangkali jadi sasau pun sanggup. Kalau tamaha, begitulah bah. :) |  |
  |  |  | paloma March 24, 2008 02:57 PM PDT
Dr, genetik anjing dan kucing bole kadi ba tu tapi badan dan kepalanya anjing tapi ekornya ekor kucing..PAS tu jadi ekor2 ja ba tu dalam pakatan ni..Anuar tidak mungkin menyerah begitu sj..percaya ka kalo dia tu sanggup mkn sasau untuk mengambil hati org Cina.. |  |
  |  |  | Anisah March 23, 2008 10:13 PM PDT
jeprohansan,
Bagi saya, mengaitkan anjing dan masjid tidak menghina Islam. Bagi saya, yang bahayanya adalah berfikir perkaitan itu menghina. Rasulullah SAW pernah memerintahkan tentera Islam agar tidak terpijak anak anjing dalam pergerakan mereka. Anjing pun makhluk ciptaan Allah. Begitu juga unta, begitu juga manusia! Cuma manusia diberi tanggungjawab khalifah, anjing, unta dan binatang lain tidak. Sebahagian daripada tanggungjawab itu adalah memelihara alam sekitar termasuk binatang kerana di dalamnya ada tanda-tanda kebesaran Allah, sementara tanda kebesaran Allah yang bertulis itu, Qur'an. Dan tanda itulah aya' (kalau orang Melayu, sebut ayat). Minta maaf jika penulisan saya bersifat dogmatik, saya cuma memberi maklum balas andaian yang bersifat serupa. |  |
  |  |  | Rem March 23, 2008 07:01 AM PDT
Ainur,
Ya... dialah dalang dan pemain utama. I can 100% confirm here that it was then -- "one man show". :)
Mun,
Masa Anwar beli wakil rakyat PBS dulu -- itulah kali pertama kejadian seperti itu berlaku di negara demokrasi Malaysia. Ya, memang ada kejadian 'lompat' parti sebelum itu. Tapi setakat lompat parti biasa-biasa. Bukan sampai 'lompat parti beramai-ramai' yang sekaligus boleh mengubah kerajaan.
Siapa kata Tun M tidak marah? Siapa kata Barisan Nasional tidak ungkit soal demokrasi? Majoriti pemimpin tertinggi BN 'tidak bersetuju secara moral' dengan tindakan Anwar. Kalau tak percaya, risiklah apa yang berlaku di Semenanjung Malaysia ketika itu. Hanya Anwar saja pemimpin tertinggi yang ada di Sabah -- dan dia buat SEMUA rancangan itu last minute. Tanpa endorsement dari BN, atau persetujuan Tun M. Alih-alih... kerajaan sudah bertukar!
Anwar balik Malaya -- dan berguling-guling bersumpah atas nama tuhan, kononnya semua wakil rakyat itu "telah lompat secara sukarela" (dan bukan dibeli!). Itulah penipuan Anwar untuk mengaburi mata barisan JK tertinggi BN di Kuala Lumpur. Anwar mau tunjukkan kehebatan dan auranya yang (konon) berjaya menakluk Sabah dengan cara yang bersih. Supaya para pemimpin BN yakin dengan karisma dan ketokohan dia -- supaya senang nak gulingkan Tun M. Sudah kebulur mau jadi PM masa tu.
But Anwar forgot -- karma is the bitchiest thing on earth! Dia aniaya lebih sejuta pengundi Sabah. Lepas tu dia pula dimalukan di depan 22 juta penduduk Malaysia. Revenge couldn't be sweeter! :)
Neutral,
30 mps -- those are the all the mps yang sudah kena approach so far. Ada setengah sudah bagi persetujuan lisan, ada setengah sudah bagi pertimbangan 50-50 dan ada yang sudah menolak. So, even there is no way Anwar can get all 30 mps.
Anyway, kalau Barisan Alternatif dapat kuasai parlimen pun -- I don't think that PAS will make the path easy for Anwar. Kalau tak bertumbuk-bergusti dulu, paling kurang.. bertarik-tarik rambut. :)
But seriously, Anwar really spoilt it for everyone. Both BN and BA. But especially BA lah! Lima tahun bukannya lama. Why can't he wait? Sedangkan bibit-bibit ke arah itu dah nampak. Hmmm... tipikal 'anjing dengan bayang-bayang' punya kes! |  |
  |  |  | Neutral March 22, 2008 11:33 PM PDT
mayb, but if u read kickdefella's blog. he stated there ths "guy" managed to grab 30 mp's.
he is an ungrateful person. he spoilt his own chances of being pm long time ago. he was tun m's favourite until he was asked to be the acting pm for two months. puf! he spoil his own career.
i can't imagine him as our pm. touchwood! |  |
  |  |  | mun March 22, 2008 11:25 PM PDT
Dulu masa Katak2 sabah kena beli. Kamu(pemimpin BN masa tu) buat tak tau saja. Langsung tak ada suara komplen pasal demokrasi. Sekarang rasakan sendiri macam mana rasanya dirogol dari belakang... KOTOH... kamurang juga yang kasi mula... PUAS HATI... keehoooooi.... |  |
  |  |  | ainur mahdiyah March 22, 2008 07:35 PM PDT
takut kempunan bah tu. tu yang ndak sabar tu. ish ish ish. dia rupanya lah dalang yang beli semua wakil rakyat sabah sampai pbs di 'deny' form goverment. i remember those days - i cant never forget that day. the day i saw a great leader crumble kerana politik kotor. and all this while it thought it was Tun M. |  |
  |  |  | Rem March 22, 2008 05:49 PM PDT
jeprohansan,
Bahasa analogi tidak boleh difahami secara literal. Kena lihat pada konteks metaforanya. Memang kadang-kadang ia bersifat 'hiperbola' -- sebab tujuannya adalah sebagai ilustrasi grafik kepada idea dan kata-kata. :)
Neutral,
I don't think that Sabahan MPs will jump into Anwar's fragile boat. Even if some do, it won't be enough for Barisan Alternatif to form a government (with simple majority). Anwar ada tawarkan antara 5 hingga 10 juta RM kepada MP Sabah untuk lompat. Tapi so far, semuanya menolak. Now, where did he get all those monies? Hmmm...
Mustika,
Saya tak fobia dengan Anwar Ibrahim. Saya cuma tak suka dengan personaliti politiknya. Yang super opportunis. We can't afford to have a high-level leader of that character. Itu saja ceritanya. Tak ada cerita lain. :)
Mardhiah,
Itulah pasal. Si 'wali penyelamat dunia' itu memang tak reti bersyukur. Rakyat sudah bagi peluang kepada pakatan dia untuk tunjukkan kredibiliti. Ruang dah diberi. Bersabarlah sikit. Tunggu lima tahun lagi kalau betul-betul mahu jadi PM. Gunakan saluran demokrasi, bukan pintu belakang kegemarannya.
Saya pun hairan, kenapa Anwar ni tak reti nak sabar. Lima tahun tu bukannya lama. Kalau dia betul-betul layak, pasti rakyat akan nobatkan dia pada tempat yang dia mahu. Tapi dia pula kebulur tak menentu. Mungkin dia mengidap sakit kritikal dan akan mati dalam tempoh 3-4 tahun ini. Sebab itu dia tak sabar-sabar nak jadi PM. Siapa tahu. Mungkin...
|  |
  |  |  | Mardhiah Bte Mohd Yu March 22, 2008 11:07 AM PDT
Adeh deh pedehnya cili UK ni. Tulislah Ramzah oii, di mata peminat fanatik dia, tetap gak WALI penyatu umat Melayu. :)
Kenapa dia nak invade Putrajaya ikut pintu belakang? Kenapa dia tidak boleh sabar dan tumpukan tenaga pada penyatuan PKR-PAS-DAP dengan mendaftarkan pakatan tersebut dan mencari titik persamaan antara mereka? Bukankah itu lebih sihat dan berfaedah untuk rakyat kalau kita ada sistem 2 parti yang kuat? Kenapa dia nak bagi bad name for the Barisan Rakyat dengan percubaan membeli wakil dari Sabah dan Sarawak? eh sayangnya Allah dah beri peluang bagus macam ini, dia sengaja nak "blow up the chances"
****
I hope Yang Mulia Raja Nazrin, turun gelanggang cabar Anwar dalam pilihanraya kecil nanti. Sebijik macam cerita Luncai yang S. Othman Kelantan tulis tu. I know ianya bagai mimpi yang tidak akan jadi nyata. Tapi apa salahnya sekali-sekali berangan.
|  |
  |  |  | mustika March 22, 2008 10:47 AM PDT
sebenarnya, mengapa en.rem begitu fobia dgn saudara anwar? mungkin ada cerita lain ka..... |  |
  |  |  | Neutral March 22, 2008 04:19 AM PDT
It is indeed funny! While hanging out wif my chinese friend on 20th, she received a mandarin written message said that tell any of ur friends staying in sabah n sarawak to stock up food at ur houses. there will be a "rusuhan" as Anwar has convinced 29 ministers of sabah n sarawak to enter PKR.
she panicked but it was interesting piece of news to me. Pak lah din comment much but still have confident in his cabinet, not jumping parties to PKR or any other BA. But there is always a possibility for him to do that. He was in sabah for a quite long time. he might have some kind of trick. But it is still impossible for him to earn 30 seats. he need 30 more seats to deny the BN simple majority, whilst BN only nid 8 seats to form a 2/3 gov.
i hope those sabahan n sarawakian minister would not jump party. Pak Lah have given them lots of seats in the Parliament. If they still jump, i dunno wat make them do.
i got a question, do u believe in ur sabahan n sarawakian ministers? will they jump parties?? |  |
  |  |  | jeprohansan March 22, 2008 03:23 AM PDT
memang bagus, tapi mengaitkan anjing dengan masjid solah-olah penghinaan trhadap ISLAM... |  |
  |  |  | Rem March 21, 2008 11:39 PM PDT
Jangan bermain dengan nama tuhan pada tempat yang tidak kena. Itu taktik yang jijik lagi menjijikkan.
Kamu sebenarnya tidak baca artikel ini. Kamu cuma baca tajuk, kemudian terus buat kesimpulan sendiri. Sebab itu kamu membangkitkan pertanyaan yang tidak relevan.
Entri ini hanya merujuk kepada karektor dan personaliti politik Anwar. Yang ada kepentingan dengan negara dan rakyat.
Entri ini tidak menyentuh langsung tentang "sebarang hal" yang pernah dimahkamahkan. Itu adalah masalah peribadi. Bukan masalah negara yang perlu dicampuri oleh rakyat seperti saya. :) |  |
  |  |  | Nubaily Munzir March 21, 2008 11:27 PM PDT
bismillahirrahmanirrahim
DSAI telahpun dibebaskan
dibebaskan kerana didapat tidak bersalah
tidak bersalah dalam tuduhan yang mana?
lu pikir la sendiri.. |  |
|
|