Rem: brutal, but honest. Blogging PURELY for leisure. So, don't take me seriously.
A nice guy living in Kota Kinabalu. The capital city of Sabah (Malaysia), mainly populated by Pilak and Indon. A professional climatologist. A soft-core socialist (yes, I strongly disapprove capitalism!). A dedicated teacher, and a passionate researcher.
If you're new here, you may need to read this and this.
Saya curi idea seorang blogger lain, kerana saya memang suka lagu ini! J
Mana Papa Rock Ramli Sarip sekarang ya? Sayang sekali. Pejuang seni tulen seperti dia telah dibunuh oleh industri muzik kapitalis ciptaan ASTRO, dengan dokongan Makkal Shakti budak-budak hingusan. Itulah jadahnya, kalau semua perkara mahu didemokrasikan. Seperti juga sastera KOMSAS yang (dengar khabarnya) mahu digubal ikut selera demokrasi budak-budak sekolah mentah.
Seriously, kalau kita buka kiriman sms (atau undi popular) -- minta rakyat Malaysia memilih apa yang patut ditanam di Dataran Kuala Muda -- percayalah, 95% akan memilih ia harus dijadikan ladang strawberi. Bukan bendang padi. Ala, budak-budak baru akil baligh yang rajin undi sms ini, bukan fikir panjang. Mereka ingat, mereka boleh selama-lamanya tumbuh membesar dengan hanya mentadarah kek strawberi tiap-tiap hari.
Saya menulis (di blog) bukan kerana nama (ha ha ha!): 'Kita sama, semuanya sama. Apa yang ada, hanyalah kehidupan'. Ya, kehidupan sebenar. Bukan kehidupan dunia internet ya! Ini ucapan amaran istimewa, ditujukan kepada seseorang di University Of Nottingham. J
(ii)
Sambal Malaya
Pak Det
ada secubit belacan
ditenyeh di tapak tangan bau tengik seantero Malaya.
Pak Lah
ada lesung batu
dipegang alu yang satu
ditutuh-tutuh sampai lenguh.
Pak Det & Pak Lah
percayalah
belacan dan lesung batu
tiada gunanya untuk kami
(warga Makkal Shakti)
yang lapar mengidam ulam:
bikinkan kami sambal
kalau kalian berdua
benar-benar pandai.
Itu yang kami mahu ya, sambal!
(iii)
Wulan Rondom
Bulan hijau terbit tinggi
megah di langit Malaya.
Roket merah dari bumi
menikam langit berkali-kali.
Maka bulan terhiris dua
jatuh terapung di laut biru.
Itukah reformasi dunia baharu
ataukah petanda musim gerhana?
PS: Seorang rakan saya, orang kuat parti politik, menghantar sms: 'Ketelusanitu hanya ada pada mereka yang tidak ada kuasa; dan pembohongan itu akan ada pada setiap mereka yang berkuasa'. Saya no comment. Hanya masa yang bakal jadi saksi. Tunggulah!
paloma March 24, 2008 03:02 PM PDT Dr, kalo ada pilihan, lebih baik sy ke Arab daripada Myanmar atau Tibet..kenapa la Dr mau melarikan diri ke negara yg bergolak dan miskin itu..tiada keseimbangan ekosistem ba tu di sana..jom p Arab..
Rem March 21, 2008 02:41 AM PDT Memang dah patut sangat ditinggalkan. Bukan lagi dah usang. Sudah jadi barang purba!
Tapi masalahnya... kat Malaysia sekarang ni.. nak pi duduk mana pun susah. Semuanya rapuh dan goyah. Sekadar menunggu rebah.
Marilah kita semua ramai-ramai berhijrah ke Myanmar atau Nepal... ha ha ha ha!
mustika March 20, 2008 05:48 AM PDT aduhai rem
tinggalkanlah ruang usang yg menjadi alas dudukmu
kerana ruang usang itu
semakin goyang dan goyah
cuma menanti masa menyembam bumi
percayalah......
S.K s'pore March 18, 2008 08:16 PM PDT Salam,
Dr.Rem, kalo mu stay kat sana, ada lah kawan nak bawak jalan-jalan kalo ke sana (macam-macam tempat nak pegi tahun ni... kesudahannya, duduk aje kat pulau ni jugak :p )
Time kaceh, kongsi lagu tu! "Bukan kerana nama" memang slogan rakan-rakan penyair muda kat sini!
Wassalam.
paloma March 18, 2008 02:59 PM PDT hahaha..ya ba kan?topik yg menarik ba tu..sy ni "on" ja..bukan benda asing pun..lain la kalo keluaran dr planet lain..lg pun perisa dan shape yg bermacam2 tu kira ok la..hahahaha..ambik ko Dr!!!!
Rem March 17, 2008 11:50 PM PDT Neutral,
I'm even more pessimistic now. I've given up, all my hopes -- with both coalitions. Nampaknya Malaysia sedang menuju zaman kehancuran. Hopefully that will happen within the next 2 months -- so I can decide (more easily) whether to stay permanently (or not) in UK. LOL!
Tanakwagu,
Ya. Saya sudah baca. KM Sabah memang gila kuasa sikit. Dia memilih barisan kabinat bukan berasaskan senioriti, kepimpinan dan kekuatan kolektif kerajaan negeri. Tapi berasaskan konsep pengukuhan dinasti sendiri. Dia cantas semua pencabarnya! Saya ada tulis pasal itu di sini: http://groups.yahoo.com/group/KEMSAS/message/9233
Paloma,
Alaa.. kamurang semua ni, pura-pura saja ndak suka. Padahal, itu yang ditunggu-tunggu, kan? Ha ha ha ha! Saya rasa pendidikan 'alam dewasa' begitu lebih menarik dari ceramah sivik dan kenegaraan, kan? :)
Intan,
Masih tunggu gambar dari Stanley. Can you please remind him, ok.
Mardhiah,
Blog ini hanya dikhususkan untuk cerita-cerita politik, pop dan alam sekitar. Matapelajaran sejarah tak masuk ya. :)
KA,
Laa.. ingatkan siapa. Rupanya Aidid! Soalan bonus itu sepatutnya sudah terjawab kalau Aidid mengikuti perkembangan terkini dalam blog ini sejak beberapa minggu lalu. :)
Boleh saya booking team fotografi Aidid ka? Saya tengok gambar... bukan main cun melecun lagi!
KA March 17, 2008 09:00 PM PDT btw, saya suka sambal belacan. pembuka selera. :D
Wah lama sungguh tak masuk ke sini. Tapi nampaknya ramai lagi peminat yg terus setia di sini.
Hai Mardiah. Hi Anisah :D
Seperti biasa blog ni tak pernah menghampakan saya.Penuh warna warni dari segi entrynya dan ruangan komen ni esp.
Prediction kamu saya setuju juga dan harapkan internal prob dapat di atasi demi kita semua.Saya mahu itu yang berlaku.
masih ramai orang yang bijak pandai di luar sana boleh membantu sebenarnya dan bukan hanya duduk diam sambil bergelak ketawa dan saling tuduh menuduh dan menunggu untuk menghukum saja.
Bantuan ada banyak caranya. Cth terbaik ialah cara dr ni lah. wahhh bagus juga panggil dr ye. ;)
Tak tau plak saya rem berada di UK skrg.
Satu soalan saya walapun peribadi tapi suka2 nk tanya juga, bila nak kawen. hehehehhe
Sudah-sudahlah buat prediction tu. Saya sincerely hope Rem dapat mengimbas kembali peristiwa selepas kewafatan Saidina Osman. Pada ketika itu, mereka yang duduk adalah lebih baik dari mereka yang berdiri, mereka yang berdiri adalah lebih baik dari mereka yang berjalan.
Ibu kita, Amirul mukminin Siti Aisyah, telah melakukan sesuatu yang sangat dia kesali sehingga setiap kali dia mengenangkan natijah dari berbuatannya (perang Jamal) maka menangislah dia sehingga basah kain tudungnya.
Orang kata history repeat. Dia ibu kita semua. Saya tak mau dia menangis lagi melihatkan kita yang saling bercakaran ini. Saya percaya pada kekita ini dia sedang menangis.
wah..sudah ada reporter rupanya.. puas intan dok pk td apa la gossip panas tue...
intan March 17, 2008 05:54 PM PDT itu ke gossip? ndak plak intan dengar...itu la tue.. students2 nie suka bergossip...huhuhu..
Paloma March 17, 2008 02:22 PM PDT ala Dr ni sabar la ba..nanti org bilang 'gelojoh'..nda ba..en. xxx ba..dia bg lect tapi balik2 cerita pasal kondom, bikin anak, kesuburan wanita..last2 semua org pulang..act dia relate kan topik ba tu tp ramai yg masi close minded kan..pasal tu kami pindah p makmal..abis tinggal 15 org lg yg berani mendengar contoh2 dia yg menarik itu..dulu dgn Dr hari2 kena lect sivik..skrg kena lect yg lucah2 pula..biasalah..org SSS kan??
Bah.. ompinai, nunu ot pandangan nu dot kabinet baru Sabah? Uiina, banyak kontraversi moti. Apa juga mau jadi sama BN? Sudah kana pukul teruk dalam pilihanraya.. tapi masih minta puji. Ndak pandai sadar bah, kan?
Neutral March 17, 2008 03:17 AM PDT hehehe ur prediction about the election might not be right (even the oppositions were shocked wif the results!). But ur predictions for this new year were right, rite?
even though i dun like some of ur ideas (mostly pesimist n very mean entries about oppositions), but i personally idolised ur thoughts, that makes me eager to read ur entries(political stuff) better than other sites (petra).
keep up the gud work n try to be optimist.
Rem March 16, 2008 07:17 PM PDT Muat ka dalam makmal GIS? Atau bukan semua kumpulan pelajar yang lama ambil kursus dia? Cerita pasal SSS? OK, cepat email. Email! Email! *ha ha ha ha ha*
paloma March 16, 2008 06:33 PM PDT Utk pengetahuan Dr, skrg ni kami berada di Makmal GIS..en.Mus yg bawa kami ke sini..hari ini adalah hari pertama kami dgn dia..so far okay jg..dalam masa 4 jam dia habiskan 3 topik..tapi ada cerita menarik la yg berlaku di SSS hari ini..
Rem March 16, 2008 03:33 AM PDT Neutral: *As u do quiet a gud job in predicting, i wud like to noe ur opinion on the "new government"*
I'm not sure if you genuinely think I'm good in predicting, or just trying to be funny. If you read my previous entries prior to the Election 2008 -- most (if not all!) of my predictions turned out to be exactly the opposite! :(
Anyway, if you insist -- here are my two-cents (not prediction ok!) of the "new governments" (yes -- plural with 's').
As for the old government -- do expect some drastic reforms and changes in the next 6 months. I personally believe that Pak Lah will eventually steps down. Voluntarily. Less than a year from now. But the stability will remain 'telur di hujung tanduk' -- for the next 15 months. At least.
As for the new one -- do expect more 'civil wars' between its component: PAS-DAP-PKR. What we have seen so far is just the tip of a much bigger iceberg.
Kalau tengok sekarang pun, PAS dan DAP sudah tidak sebulu. PKR pula ambil kesempatan. Jadi batu api dalam selimut. The only reason why these three main components of the so-called Barisan Alternatif are trying to stay together -- is because they know they owe it to the Makkal Shakti. Kiranya, pakatan yang ada sekarang hanyalah untuk 'impression' di mata rakyat. Semata-mata. Bukan pakatan ikhlas.
Which one of the coalitions that would able to deal with its internal problems better? I would say the BN. Not because of my personal sentiment. No. But simply for the reason that the circumstances are less difficult for them.
Sebelum pilihanraya -- BA bertindak sebagai 'ofensif'. BN, dalam setiap keadaan, membawa peranan 'defensif'. Dalam semua isu negara (i.e. ketelusan, keadilan, kesepakatan, perpaduan, polisi, ekonomi, etc) -- beban pembuktian BA sangat mudah. Mereka hanya perlu mempersoalkan. Fokus mereka hanya untuk telanjangkan keboborakan BN. They don't have to prove their own worth -- because they can always conveniently come with the esacpism -- "Kami bukan pemerintah. Kami tak ada kuasa!"
Pada masa ini, BN berada dalam situasi yang sukar. Its obligation was extremely heavy: to defend and to prove their worths. And in doing so, they had to face a VERY HIGH EXPECTATION from the people. Sebab mereka adalah kerajaan.
Itu adalah situasi pre-pilihanraya. Now, the roles are reversed. Post-election, BA is in the defensive side. BN is no longer the one being hunted by the Makkal Shakti. Ya, memang betul -- BN dan BA masih lagi kedua-duanya jadi kerajaan. Tapi pada pandangan umum rakyat Malaysia -- kerajaan BN sudah pun dihukum oleh 'Makkal Shakti' di atas dosa-dosa kepimpinan mereka. So, at the moment -- these rakyat have no longer put HIGH EXPECTATION on them.
Harapan dan expectation yang tinggi sekarang ini diletak kepada kerajaan BA. Everything they do will be observed, evaluated and judged by the Makkal Shakti -- the one that gives BA the power it's enjoying now.
Setakat ini BA (dan para penyokongnya) membuka gaya pimpinan yang saya fikir agak bodoh. Kalaupun bukan gila. Pada setiap kelemahan mereka yang dikritik oleh rakyat, they will come with this lame excuse:
"Ala, kerajaan BN pun buat begitu. Bahkan lebih teruk!"
Contohnya dalam kes insiden politik perkauman yang berlaku di Perak. Cara defensif BA ialah dengan mengungkit balik kepimpinan BN -- misalnya merujuk kepada kes Perlis atau krisis kepimpinan Pak Lah sekarang.
For 2-3 months, the Makkal Shakti will probably buy these kind of shitty excuses. Tapi kalau BA terus-terusan dengan gaya begini, rakyat akan fed-up.
Kenapa?
Sebab rakyat memilih BA atas mandat alternatif. Dengan harapan BA akan membawa harapan baru. Kepimpinan bentuk baru. Yang lebih baik. That's the expectation. Rakyat akan muak kalau asyik-asyik nak ungkit perbandingan dengan BN. Kenapa perlu buat bandingan begitu? Tak logik. Bukan alternatiflah namanya kalau parti kita pun sama dengan yang lama.
Pertama, BN sudah pun dihukum dengan kebobrokan mereka. BA belum lagi dihukum. So, mereka harus ambil tanggungjawab penuh atas kebobrokan mereka sendiri tanpa berselindung dengan kebobrokan parti lama yang sudah dihukum.
Kedua, semasa kempen dulu -- Makkal Shakti telah disuap dan dikenyangkan dengan pelbagai harapan: pembaharuan, ketelusan, kebersihan, dan segala-gala. So of course-lah rakyat sekarang ini menaruh expectation yang lebih tinggi. You feed them with HOPES and DREAMS. So, sekarang ini semua rakyat sangat teruja dan ghairah menunggu janji-janji itu. They want substances (because now this BA has the means!), not some cheap rethorics.
That is my dua-sen. :)
Neutral March 15, 2008 06:54 PM PDT i'm curious and i had bin asking ppl (ppl who likes politics like me) to predict. As u do quiet a gud job in predicting, i wud like to noe ur opinion on the "new government". u have bin posting a few entries on this "new government".
i 1 2 noe ur view on this new gov.
Rem March 15, 2008 06:21 PM PDT Mik,
Aikk... blog ni memang sudah lama ada CCTV. Untuk mengawal kehadiran lipas-lipas dan tikus-tikus asing. :)
"Give a man power, then we'll see the true colours". Spot on! You're absolutely right.
Mik March 15, 2008 12:10 PM PDT Hi Rem,
"If you want to know a man, give him power". Tidak kiralah dalam hal politik, ofis atau jadi ajk titik bengek mak nenek, manusia kadang2 boleh terlupa makna kuasa vs tanggungjawab.
p/s: Takut aku bila baca blog ini ada CCTV. Haha. Lepas ni, ada yg terpaksa pakai topeng ultraman 3 bila masuk sini.