|
Thursday, March 13, 2008
Cinta Monyet, Kahwin Koboi
I
Beberapa hari dulu saya dapat kejutan. Kawan saya si Mohamad Pasrule hantar jemputan kahwin. Aik, bila masa dia bercinta? Tak ada angin, tak ada ribut – tetiba gatal nak menikah.
Yang lebih gempar lagi, si Mohamad Pasrule, yang selalu jadi bilal surau di Kg. Rakyat itu, mahu kahwin dua wanita sekaligus. Aik, rakus juga nafsu pak lebai ni! Satu dengan janda berhias, Siti Aldap. Satu lagi, dengan anak dara, Dayang Adilah.
II
Kami semua tertanya-tanya, kenapa nikah mengejut? Tak ada risik-merisik. Tak ada pertunangan. Jauh sekali bercinta-ria. Tiba-tiba nak menikah. Hmm, pelik sungguh?
Tapi sebagai sahabat karib, kami sokong saja. Ini benda mulia. Orang nak bina masjid. Tak kan nak halang atau persoalkan pula, kan? Tak baiklah begitu.
Maka, pada 8 Mac yang lalu – Mohamad Pasrule pun selamatlah bernikah dengan dua wanita idaman Malaya. Majlis persandingan dibuat di balairaya Kg. Rakyat. Wah, besar-besaran gitu.
Siap ada tarian gelek Hindi dengan iringan lagu Makkal Shakti. Hishh, melampau pula pak lebai ni. Nak jadi artis AF ke? Tapi siapalah kami mau menegur. Mohamad Pasrule ini sangat alim dalam hukum-ahkam agama. Kami buka mulut suku inci, dia boleh bidas dengan fatwa berkoyan-koyan.
Baik kami diam.
III
Hari ini saya dapat berita lebih gempar. Sungguh gempar!
Belum cukup seminggu kahwin, tiba-tiba Siti Aldap dah lari. Katanya dah tak sebumbung dengan Mohamad Pasrule. Sebagai kawan yang prihatin, saya cubalah telefon Siti Aldap. Bertanya berita sambil sibuk-sibuk jaga tepi kain diorang. J
Rupanya Siti Aldap merajuk sebab Abang Pasrule dia bersenggama dulu dengan Dayang Adilah pada malam pertama. Siti Aldap benganglah sebab sebagai bini yang lebih tua, patutnya dia mesti diutamakan. Itu kata Siti. Bapa dia, En. Abdul Aldap Snr pun sokong.
Hishh, benda kecik macam ni pun kepoh. Alang-alang gatal mau berpoligami, pandai-pandailah berkompromi. Kalau susah sangat, buat orgy sajalah. Bertiga di atas ranjang. Biar Pasrule menaji depan belakang. Hah, baru semua puas nafsu, kan?
Untuk lebih thrill, ajaklah si mertua penyibuk itu join sekali. Incest pun, apa salahnya? Janji dapat kompromi, kan?
IV
Itulah bahana kalau kahwin ekspress. Belum cukup chemistry, tapi nafsu sudah membuak-buak. Berakad-nikah main ad-hoc saja. Kahwin koboi, kata orang. Kalau iya pun, rundinglah apa-apa yang patut. Harus ada muafakat, sebelum buat keputusan yang besar begini. Barulah masalah tak timbul kemudian hari.
Saya call Mohamad Pasrule pula. Saja nak korek cerita lanjut. Pasrule kata dia dah cuak nak layan Siti Aldap. Mengada-ngada. Kata si Pasrule lagi: "Aku bukan cintakan dia sangat pun. Aku dah nak cerai!" Wah, sedap saja mulut dia cakap. Dah siap nikah dan bersanding, baru terfikir soal cinta. Lepas tu, ada niat pula nak masuk Malaysia Book of Record bagi kategori "Kahwin-cerai paling cepat: tak cukup seminggu!" Haii, dah kejangkitan sindrom Britney Spears ke?
"Habis, kenapa kau kahwin dengan dia?" Saya tempelak Pasrule habis-habisan. Dengan lagak-gaya seorang pembela. Macamlah Siti Aldap tu adik saya. Ha ha ha ha!
Dengan suara gagap-gagap sengal, Pasrule si pak lebai tu jawab: "Sebenarnya terpaksa. Aku dah terlanjur dengan dia. Perut dia dah dua bulan kembung..."
Astaga! Saya terus tutup telefon. Klik! Dasar bangsa hipokrit. Tak padan dengan status lebai...
V
Hati saya terbakar. Radang sungguh. Bengang pun ada.
Marah bukan sebab kasihan terkenang anak haram dalam perut Siti Aldap yang bakal jadi ibu tunggal itu. Pedulilah. Sama-sama sundal bolong. Janda miang bertemu lebai gatal. Rasakan korang!
Tapi saya bengang bila terkenang hadiah kahwin yang saya belikan. Bukan calang-calang tau. Sebuah peti ais besar dari jenama tersohor Pang-Kah. Canggih dan mahal siot! Sia-sia saja saya buang duit untuk majlis kahwin ala-ala lawak antarabangsa ini. Ptuii!
Barangkali si Dayang Adilah itu pun akan diceraikan juga. Lebih jijik lagi, ntah-ntah si Dayang itu pun sedang membawa anak haram. Hmm, nikah mengejut kerana terpaksa? Siapa tahu, kan?
VI
Kalau korang, apa nak dibuat dengan kawan barua macam ni?
Bolehkah saya tuntut balik hadiah kahwin yang sangat mahal itu? Lebih baik saya dermakan kepada rumah kebajikan anak-anak yatim. Kan? Kan?
Posted at 9:18 am by Rem
 |  |  | NOOB!!! January 24, 2010 10:44 PM PST
cam setan |  |
  |  |  | Name midi July 17, 2009 01:05 PM PDT
lebai bertopeng manusia tahu hukun hakan . tapi tak reti bahasa reti buat doa .orang macam ramai masuk neraka.dia tahu tapi zalim. |  |
  |  |  | syafiqah izzati January 6, 2009 07:35 PM PST
saya tak setuju .................... |  |
  |  |  | mrsfadzil July 29, 2008 09:30 AM PDT
Saudara Rem...kisah diatas kisah benarkah?atau sebahagian cerpen/novel dalam pembikinan saudara..?
bukan apa saya sgt terkejut dengan jalan ceritanya...ada jugak kes begini dibumi Malaysia ini? |  |
  |  |  | Min April 2, 2008 02:58 PM PDT
Maka, ambil pengajaran la dari kisah tu ye untuk diri sendiri.....terutama bila dah decide nak kahwin nanti, he he he |  |
  |  |  | aminahjazilahabubakar March 21, 2008 11:59 AM PDT
Encik / Dr. Rem,
Hadiah tu, tidak perlulah dituntut balik, bukankah hadiah itu maknanya meraikan, juga mendoakan agar mereka bahagia? Tidak semestinya doa kita akan makbul, terpulanglah kepada Yang Maha Esa, hendak ujikah atau hendak beri balakah, tugas kita menasihat , betul macam yang watak pencerita itu buat. Terpulanglah orang tu nak dengar ke tidak. Kalau tak naka dengar, kita boleh "hukum" ... laporlah kepada pihak berkaitan. Kesalahan dari segi moral memanglah tiada hukuman khas (kecuali beberapa jenis kesalahan). Biarlah "hakim" yang menentukan ...
Memang saya agak lambat beri komen di sini ... tapi nampaknya isu ini mencakupi dan mendapat komen pertentangan pendapat yang dinyatakan secara kurang wajar.
Suka hatilah nak faham entri ini entri berkaitan politik atau apa sekalipun.
Yang pentingnya jagalah adab-adab menulis entri dan mengkomen. Sekalipun dalam konteks demokrasi - suka hati akulah nak cakap apa.
Itu sahaja. Macamlah saya ini sangat beradab pula kan?
Itu pendapat saya. Harap boleh fikir-fikirkan. Terpulanglah.
aminahjazilahabubakar |  |
  |  |  | Rem March 16, 2008 07:12 PM PDT
Paloma, dia takut sama kau bah barangkali tu. Terus dia insaf. Tapi ini 'Name' lain. Bukan 'Name' yang itu.
Bila mau balik? Mangkali awal bulan Mei. Masih dalam proses memikir-mikir. But definitely sebelum tadau tagayo tokou dot kaamatan. :) |  |
  |  |  | paloma March 16, 2008 06:03 PM PDT
Dr..sy mimang org yang taat setia ba..akhirnya si Name menyerah kalah jg..tu la..berani dia mengata org..bila Dr mau balik sini? |  |
  |  |  | Rem March 16, 2008 04:18 AM PDT
I don't get what you meant, with that 'one vs three heads'.
As far as I know, BN has three main components and led by 'one head'. BA also has three main components -- and (to my understanding) SHOULD HAVE 'one head'. How can you call yourself a 'barisan' if you have more than one head? Oh ok. I get it. Ini kes ular berkepala tigalah, kan? Ha ha ha!
Why they have so many heads? This is NEW to me. I thought the way BA projected its image before/during the Eelection08 was clearly giving the impression that it was a solid coalition? That should already have an informal consensus (at least!) -- of who the leader is!
Anyway, whatever it is -- every new government will be judged mainly on its ability to create political stability. On the current situation (of the BA), we may say that:
(1) The chemistry is still developing. There's a hope. And this is merely a 'propagada' that will eventually die.
(2) The misunderstanding would be getting uglier. What we see now is just a tip of a bigger iceberg. That has yet to surface.
Now, those are two probable scenarios. It's a case of optimistic vs pessimistic.
We'll see how it really turns into -- the next 12 months. But at the moment -- I'm just happy to be a pessimist. LOL! |  |
  |  |  | Name March 16, 2008 03:26 AM PDT
correct me if i'm wrong.
to me, u r trying to compare the "old gov" that was lead by one head that is bn and the "new gov" that is leading by three heads.
these propaganda will only last for e few weeks or months.
they are new! so everything they do, from the style of walking and the style of ruling will sure b hot news in the media.
hehehehe its too early to call them barua. at first, i was having the same perception as u , but "chemistry" can be build.
so lets sit back and watch the "game". its an interesting one. dun jump to conclusions yet.
they'll take time coz they nid time.
hadiah tu berbaloi! tak yah tuntut balik. |  |
  |  |  | Rem March 15, 2008 06:09 PM PDT
Yahudi,
Perlis or Perak? Dua-dua rumahtangganya porak peranda. Cuma kamu tak faham konteks dan situasi.
Dari segi pengadilan moral, kepincangan rumahtangga Perak lebih signifikan dan meriah untuk digossipkan. Kenapa? Sebab selama berbulan-bulan ahli-ahli penting poligami perkahwinan dalam famili Perak ini telah mencanang serata negara bahawa mereka bakal menjadi pasangan suami-isteri yang paling ideal. Contoh misali kepada pasangan-pasangan lain di seluruh negara.
Isunya bukan sama ada rumahtangga dua pasangan ini bahagia atau tidak. Itu hanyalah perkara susulan. Bukan perkara pokok.
Isu yang sebenar: mulut siapa yang lebih besar, ego siapa yang lebih lancang -- berkhutbah atas nama 'makkal shakti' bahawa mereklah contoh misali yang bakal membawa harapan baru?
Hmmm, harapan BARU? Harapan BARUA bolehlah kut. :) |  |
  |  |  | yahudi March 15, 2008 04:14 PM PDT
Jadi sekranga siapa yang runtuh rumah tangganya?
Perlis or perak?
hehe
|  |
  |  |  | Rem March 14, 2008 06:32 PM PDT
Hana,
Ya.. betul. Sokong 100%. Yang peribadi, biarlah peribadi. Lainlah kalau kita ni artis popular, kan? Ha ha ha ha!
Ding,
Ayoyoyo... you tak tau ka. Samy has left the country la! :)
Joe,
Ha ha ha ha.... mungkin dia peminat kamu kot. Seorang bangla di bumi Amerika. :)
Mardhiah,
Ooo tak tau pula yang Mohd Pasrule tu dah bercinta dengan Siti Aldap selama 18 tahun. Ohhh, jadi... si Dayang Adilah tu la yang jadi pengacau daun ya? OK. Saya dah faham la sekarang skrip sebenar misteri kawin koboi ni... :)
Paloma,
Ha ha ha ha.... seorang anak murid dengan tangkas berani turun ke gelanggang untuk membela gurunya. LOL! Kalau saya belum kasi gred untuk kursus Ekosistem -- sudah pasti saya akan tambah markah bonus untuk 'nilai-nilai ketaatan kepada guru'. :)
|  |
  |  |  | paloma March 14, 2008 05:59 PM PDT
Name, kamu ni tidak sesuai la belajar tinggi2..konon ambik PHD tapi berfikiran macam budak 5 tahun yg tidak kena bagi gula2 susu..tidak syok la dgr ko mengata org lain mcm tu..patut ko berdoa byk2 supaya anak2 ko tidak akan terjerumus dgn perangai jahat macam bapa mereka..daripada kamu mengata org lain, lebih baik kamu cermin diri sendiri sesuai atau tidak kamu komen peribadi seseorang sebegitu rupa..kesian bini awak dapat lelaki mcm kamu..penyibuk! kamu hairan sy backing Dr. Rem??memangla sy memihak Dr sbb sy rasa sy lagi kenal dia dari kamu..so, jgn la jaga tepi kain org, lebih baik kamu jaga selimut kamu dgn bini awak..mana tau esok lusa koyak..get it!!! |  |
  |  |  | paloma March 14, 2008 05:53 PM PDT
Dr, sy pun terikut sakit hati dengan komen si Name ni..i think something happen to his head..tercium kepala babi mungkin..
Dr jgn peduli dengan komen org seperti itu..tak senonoh betul..dia ni tiada peminat ba.. |  |
  |  |  | Mardhiah March 14, 2008 12:37 PM PDT
Anisah,
Miss Beckey Che Mek Molek kita ni dah jadi lidah penyampai Menteri yang jaga artis-artis kita iaitu Rais Yatimlah pula. Anisah, boleh refer Utusan pada hari ini di muka 2. Saya cakap Menteri Artis, malas nak baca, dia pun ntah-ntah 2x5 macam artis, kuat berangan, tidak berpijak di bumi yang nyata.
Beckey, mu tok "lawat" abe Khalid? kesie abe. Sampa hati Beckey abe dah kalah cari abe baru. HA HA
Adatlah Anisah, kalau you nak tau, Cek Mek Molek memang manja, fragile, mana boleh berpaut pada dahan nan rapuh. :) Sebab itu mereka jadi kesukaan pembesar-pembesar kita. Agak-agak macam perempuan Hong Kong bangsa Kantonislah kut.
Anisah,
Betul ka Kantonis itu mengkhusus dalam industri pergundikan masa zaman Maharaja Cina dulu? You jangan marah ini kawan saya berbangsa Hokien yang cakap macam itu. Dia cakap itu pasal orang Hongkong cantik-cantik dan dia tak cantik, lalu tok nenek dia terpaksa migrate ke Malaya sebagai buruh lombong bijih. Absurd isn't it. But she strongly believe it. ChOOOI touch woodlah! :)
Rem,
Saya baca utusan dan NST. Utusan kata Siti Aldap tu biadap baru nikah dah mengada-ngada nak boikot-boikot. Manakalah dalam NST pula, melaporkan yang Siti Aldap mendakwa, Dayang Adilah yang cucuk dia sehingga Siti Gubra lantas terboikot malam pertama dengan Muhammad Pasrule di Perak.
Ala Rem, macam le baru sehari dua kenal dengan Dayang Adilah yang dah banyak kali memang anugerah artis air mata terbaik, pura-pura sakitla, seluruh umat Malaya inaya dia. Pada saya Muhammad dan Siti memang ada "chemistry" untuk bahagia bersama cuma mereka belum sedar aje lagi tu.
Cuma Dayang Adilah ni aje kut tekanan perasaan selepas dia clash dengan boyfriend lama dia yang kaya-raya tu kut.
Siti dengan Muhammad tu Rem, dia orang dah bertahun hidup susah, makan bubur nasi jah, kena tekan itu, kena tekan ini, tapi sabar. Lah ni Tuhan nak bagi senang sikit hai hai hai hai...biasalah tu, orang nak diri Masjid, benda baik, mestilah ada ujiannya tak gitu?
Itu pasallah kerabat I memang anti dengan Dayang Adilah ni. Tapi tulah Allah dah takdirkan umur dia panjang nak wat gano? Dah kena karatepun nak mampus tu. Ala, uncle kita dah tua, kalau I yang bagi itulah harus mati, sebab I muda dan slim lagi masa tu. HA HA HA.
Mungkin ada hikmahnya Allah panjangkan umurnya sebagai ujian, iktibar untuk kita semua menjauhi sikap suka bersyak-wasangka dan terus-terus berkomunikasi walau ada sikit-sikit terkehel :) |  |
  |  |  | Joe March 14, 2008 12:26 PM PDT
salam,siapa pulak guna url aku tuh kat komen "mr samy" tuh? sumpah, that wasn't me. salam |  |
  |  |  | Ding March 14, 2008 10:22 AM PDT
Cari Kerja
Kawan saya sedang mencari kerja. Dia PAKAR dibidang membina jalanraya.Selama 30 tahun berkerja dengan kerajaan M'sian. Namanya SAMMY.Sila tolong jika ada jawatan kosong. Sekian terima kasih |  |
  |  |  | Hana March 14, 2008 09:28 AM PDT
Hahahaha! lawaklah entri ni.
Anyway, kisah peribadi hidup kita biar kita saja yang tahu. Orang lain tak perlu sibuk nak tahu. Jaga tepi dan dalam kain sendiri cukup. :) |  |
  |  |  | Rem March 14, 2008 08:18 AM PDT
Mustika,
Pak Lurah dibanteras supaya tak menghancurkan perkampungan rakyat? Dengan cara menjulang lebai hipokrit macam Pasrule? Atau mengangkat janda miang macam Siti Aldap? Atau nak harapkan si Dayang Adilah, yang tak sebulu dengan Siti? Hmm, musykil....
Bumilangit,
Jiran yang dok bergaduh dan berperang tu apa nak kisah. Satu dunia dah tau perangai diorang. Yang orang dok hairan ni, si lebai hipokrit yang selama ini disangka rakyat lelaki lindungan kaabah. Disangka membawa cahaya kepada bumi. Rupa-rupanya dalam diam tak diam, pernah berzina dengan Siti Aldap. Sekarang pula tengah gaduh dengan Dayang Adilah. Hishh... hishh.... tak sangka noh! :)
* * * KOMEN ini KHAS untuk Mr. Name seorang suami, seorang bapa, dan seorang pelajar PhD (ya PhD yang sebenar – bukan Perasaan Hasad Dengki ya!) * * *
Name,
Be careful of what you say here. Ingat University Of Nottingham tu besar sangat? Your ip address is: 128.243.220.42. I can easily trace where you log in and your identity. In fact, I probably have already got it (you want me to spell your name here?). Dunia siber ni bukan ruang vakum yang awak boleh sembunyi senang-senang. Blog saya ni ada CCTV ok!
Cuba awak baca balik komen awak yang pertama sekali di bawah. Matang atau tidak? Orang lain semua bercakap tentang isu dan konteks entri ini. Awak pula cuba nak kaitkan peribadi penulis blog. That is so unnecessary. Macamlah 'diri dan hidup' awak tu dah bagus dan serba-cukup sangat. Ingat, awak tu belum lulus. Kalau kena sumpah gagal -- baru tau.
Keep your comment within the context. There's no need to get personal here. Ini blog saya. Ini pendapat peribadi saya. Kalau tak setuju, bahas/kritik/hina/cerca idea saya. Not my personal life. Saya tak menyerang peribadi sesiapa -- KECUALI pemimpin dan selebriti (itu pun peribadi mereka yang berada dalam domain public interest!).
Get it?
Saya boleh terima semua komen pengunjung di sini. Sama ada setuju atau tidak dengan tulisan saya. Korang boleh komen dengan gaya apa sekalipun. Brutal gila babi pun ok. Suka hati. Ini diskusi terbuka. But keep your comments relevant to the entry. Kontekstual, faham? Avoid personal attack. NO, I’m not warning you. I am THREATENING you!
Come on, macamlah dunia siber ni real sangat. Blogging bukan tempat untuk menunjuk hebat pun. Well, unless you don't have any life other than just blogging. Which is not the case for me. Kamu ingat berbaloi kalau semata-mata entri ini saya pula telanjangkan SELURUH PERIBADI kamu? Macamlah saya tak kenal.
I have many Malaysian friends serata UK, ok. So, don't ask for it. Because, you better believe it, I can be VERY VERY nasty! :)
* * * TAMAT * * *
Kepada semua,
Ya… komen saya ini memang emosi gila. Ha ha ha ha ha!
Tapi jangan panik. Saya masih ok dan waras. Tapi saya benci pada manusia yang mengaku kawan, tapi tak tau membezakan dunia realiti dan dunia siber. Mempersoalkan peribadi orang (secara tapuk-tapuk – dasar pengecut!!), sedangkan kita tak pernah peduli pun pada peribadi dia. Yang memang KITA TAU! :)
PS: Saya sudah lama tidak menulis komen yang emosional begini. And this really reminds me that I'm still very much alive, and still as interesting as ever.... he he he he.... |  |
  |  |  | mr. samy March 14, 2008 03:59 AM PDT
ha ha ha ha ha ha ha!! |  |
  |  |  | Name March 14, 2008 01:37 AM PDT
nmpk dr rem sgt hebat dari kacamata org tapi rupanya ko dari perspektif sendiri...x sangka bebelannya mengalahkan mat lembut gitu.. |  |
  |  |  | bumilangit March 14, 2008 01:03 AM PDT
pada malam pertamanya, dia tutup mata rapat2. telinganya disumbat lilin mcm cerita odisi.
bukannya apa, jirannya turut begaduh, malah lagi teruk! tgh lawan sapa patut ceraikan siapa, sampaikan kat dua negeri, sang bakal suami tak dapat masuk rumah.
jirannya yang lain itu berkata, "akhirnya dia menunjukkan belang mereka".
BEDEBUSH! belanga hinggap kat kepala jirannya. |  |
  |  |  | bumilangit March 14, 2008 01:03 AM PDT
pada malam pertamanya, dia tutup mata rapat2. telinganya disumbat lilin mcm cerita odisi.
bukannya apa, jirannya turut begaduh, malah lagi teruk! tgh lawan sapa patut ceraikan siapa, sampaikan kat dua negeri, sang bakal suami tak dapat masuk rumah.
jirannya yang lain itu berkata, "akhirnya dia menunjukkan belang mereka".
BEDEBUSH! belanga hinggap kat kepala jirannya. |  |
  |  |  | mustika March 13, 2008 09:09 PM PDT
mungkin perkahwinan tergempar ini perlu utk menyelamatkan keadaan kerna pak lurah Baru-A Nasi-Onal sekian lama memperkosa kepercayaan perkampungan rakyat dan cuba membunuh pula pasrule, dan memperkosa siti aldap dan dayang adilah......
oleh itu,
pak lurah Baru-A Nasi-Onal perlu dibanteras sebelum menjahanamkan perkampungan Rakyat keseluruhannya |  |
  |  |  | Rem March 13, 2008 07:56 PM PDT
NUH: "Kalau memimpin rumahtangga kecil begitu pun dah kantoi, mcm mana nak pimpin negara?"
Itulah pasal. Nasib baik tak dibagi peluang memimpin negara. Kalau tak, sekarang ni Malaysia tiap-tiap hari masuk berita BBC dan ABC. Satu alam maya akan tengok kebobrokan dan ketakstabilan negara!
Ando: "Sedangkan lidah lagi tergigit.. ini kan pula suami isteri.. "
Masalahnya ini bukan setakat tergigit lidah. Tapi gigi tu dah hampir nak ratah lidah tu macam ratah daging ayam. Itu baru 5 hari jadi suami isteri. Kalau 5 tahun?
Yoss: "kalu dah bagi maknanya hak mereka...beri peluang mereka buktikan.."
Nak buktikan apa lagi? Dah terbukti bahawa perkahwinan ini hanya sandiwara dan olok-olok. :)
Rebecca: "I read somewhere that Barisan Rakyat coalition is unofficial, meaning not officially registered"
Oh, maksudnya diorang kahwin haramlah, kan? May be it should be renamed as 'Barisan Haram'. :)
Anisah: "BN can be the minority government 29 seats out of 60 if the three parties could not come up with a coalition government"
The three parties, unfortunately, seem to determined enough to form a coalition govrenment: simply for the sake of having government. Regardless of whether it is really functioning or not. Hmmm...
KMU: "then, write another short story, we pass to Pak Lah and KJ"
Good idea. May be we should come with cerita, bapak biawak mendukung anak biawak. :)
Fiza: "Kelakar lah diorang, rakyat dah bg undi tapi itulah, bila dah ada kuasa,baru keluar true color."
Itulah. Manusia ini boleh mengaku dia bersih, sampailah diberi kuasa. Dapat saja kuasa, terus hilang semua. Tengoklah, selama ini Perak cuma ada satu Timbalan Menteri Besar. Sekarang ada dua. Gila ke apa? Tak boleh kompromi punya pasal, sanggup bazirkan duit rakyat. Ingat murah ke gaji Timbalan Menteri Besar kedua yang sepatutnya tak perlu tu?? Sekurang-kurangnya RM150 ribu setahun, ok! Belum sampai seminggu memerintah, dah menyalahguna duit negara sebanyak itu. Ini Barisan Rakyat atau Barisan Pemimpin Gila Kuasa?
Name: "ramai sgt dok bz nak ubah dunia tapi tak pernah pikiaq nak ubah diri sendiri"
Awak tu pun sama. Busy sangat nak ubah orang lain, sampai awak tu tak fikir nak ubah diri sendiri.
Ingatlah, awak tu ada laki dan anak-anak. Daripada awak buang masa baca blog lelaki bujang macam saya (yang memang ada banyak masa lapang!), lebih baik awak fikir pasal rumahtangga awak. Balik pi masak dan cuci kain-baju laki dan anak-anak. Takut pula besok-besok, nasib awak pun sama macam Siti Aldap. Kena cerai oleh laki! :)
|  |
  |  |  | Mardhiah Bte Mohd Yu March 13, 2008 07:43 PM PDT
Anisah apa kata kalau awak explore dari sudut lain pula dengan kata-kuncinya dhimmi vs harbi perhaps? Sebab apa yang saya dapat dari blog JR, bangsa Cina merupakan kaum terbesar di sana.
Apapun mehlah memeriahkan diskusi di http://www.dunia-vovin.com/ entri bertajuk Adapun Melayu itu bangsa paling ntah apatah....well sis if you think all this while anda keseorang ehm ehm laaa.. |  |
  |  |  | Name March 13, 2008 06:17 PM PDT
kalu dah gatal sgt dan gersang tu menikahlah cepat2... jgn semua benda hang nak kawin-ceraikan... ni lah susah kalu byk sgt unfinish bussiness dalam diri..mmg la ni ramai sgt dok bz nak ubah dunia tapi tak pernah pikiaq nak ubah diri sendiri..sedangkan diri sendiri separuh dari agama pun tak capai lg.. |  |
  |  |  | Fiza March 13, 2008 05:54 PM PDT
Tahu apa jadi sekarang? Patutnya Majlis angkat sumpah MB perak jam 4 hari ini tapi tangguh sebab PKR-DAP-PAS tak capai kata sepakat utk kerusi exco negeri pulak.
Kelakar lah diorang, rakyat dah bg undi tapi itulah, bila dah ada kuasa,baru keluar true color.
Silap hari bulan PKR + PAS join BN abislah pakatan Barisan Rakyat.. hahahahaha..
Tak sabar nak tgk pertunjukan badut2 ni seterusnya! |  |
  |  |  | KMU March 13, 2008 04:36 PM PDT
Nice piece of creative writing.
then, write another short story, we pass to Pak Lah and KJ, maybe they'll understand why TDM ask them to resign. |  |
  |  |  | Anisah March 13, 2008 03:53 PM PDT
Rebecca,
In Perak, BN can be the minority government 29 seats out of 60 if the three parties could not come up with a coalition government (collectively 31 out of 60 seats). If the coaltion government breaks up or loses a vote of no confidence in the assembly, a snap election will be called. This applies to all 100 per cent democratically elected assemblies / parliament. That's all I know. Kalau salah tolong betulkan. |  |
  |  |  | Rebecca Ilham March 13, 2008 03:16 PM PDT
Dr Rem,
you got me at Fragment III. Haha!
Hey, I read somewhere that since the Barisan Rakyat coalition is unofficial, meaning not officially registered, BN should be the one governing Perak
But well, I'm not an expert on legal issues.
Great analogy, and keep up the good work! |  |
  |  |  | yoss March 13, 2008 01:01 PM PDT
tak payah la dr.rem nak samakan pilihnraya dgn pernikahan..dr.rem pun kegersangan jugak..kalu takde pengalaman sukar nak ketemu kebenaran..setahu saya pasrule kekal dengan bini pertamanya dan 18tahun...tak pernah pula berlaku penceraian...cuma orang lain je yang terhegeh2 nakkan bini dia walaupun kira dah tua....kalu nak disalahkan salhkan orang yang bagi hadiah PANG-KAH silap pada orgnya..kalu dah bagi maknanya hak mereka...beri peluang mereka buktikan.. |  |
  |  |  | ando March 13, 2008 12:37 PM PDT
Sedangkan lidah lagi tergigit.. ini kan pula suami isteri.. itulah hakikat kehidupan bersama.. suami isteri selama duk hidup bersama pasti ada time bertengkar atau tak sependapat... ada kan? Mesti ada punya..kalau tak banyak, sikit pun mesti ada..
Biasanya, selepas laki bini bergaduh dan bertengkar, mereka pasti mahu berdamai semula.. kalau boleh, mereka nak pergaduhan itulah yang terakhir, tapi kekadang kebiasaannya, apa yang berlaku adalah sebaliknya... esok lusa balah pulak. Hmm? nak buat macammana...? yang penting ialah, usaha kita untuk menjaga keharmonian keluarga.
Antara faktor yang menyebabkan suami isteri bergaduh dari semasa ke semasa ialah kerana mereka tidak menggunakan teknik yang betul untuk berdamai.
Saudara Rem... Bila nak kahwin? |  |
  |  |  | NUH March 13, 2008 12:17 PM PDT
Mohd Pasrule tu memang tahap bodoh gaban!
Takat Dayang Aldap pun nak terleleh air liur. Dayang Adilah pun muka lebih korang.
Kalau kahwin banyak sandiwara gitulah jadinya. Yg lebih susah hati sebenarnya bukan mereka tapi kita, kita ni haa.. terutama mereka yg beli hadiah bergolak bergadai utk mereka
Kalau memimpin rumahtangga kecil begitu pun dah kantoi, mcm mana nak pimpin negara?
|  |
|
|