|
Tuesday, March 11, 2008
Api kalau kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan!
|
Bermain Bara
Dengan culas berahi tiuplah bara di tangan biarkan ia menyala.
Bila api bergetar di atas jagat amarah seteluk laut terbakar sekurun tak padam?
Dari bara menjadi api lalu api membakar diri? |

|
i
Kalau iyapun marahkan nyamuk dalam kelambu, janganlah bakar kelambu. Patut cari jalan bunuh nyamuk dalam kelambu saja. Tak perlu sampai bakar sebab ada banyak nyamuk di luar kelambu yang lebih bahaya!
Sekarang kelambu dah terbakar. Kita akan tengok para pembakar kelambu itu – tahan atau tidak bila digigit nyamuk-nyamuk yang bertebaran merata. Mencanak-canak jumlahnya. Nyamuk baru, dan nyamuk lama. Awas juga pada nyamuk-nyamuk Gen2008. Hasil kacukan nyamuk baru dan nyamuk lama.
ii
Para pembakar kelambu ini terlupa agaknya tentang penghasut mereka. Yang beriya-iya suruh bakar kelambu. Si tukang hasut itu memang jenis yang tahan kena gigit nyamuk. Sejak dia lahir ke dunia, badan dia dah semulajadi berlumur minyak gegat. Gigitan nyamuk, bagi dia, tak membekas apa-apa.
Kita nak tengok sekarang, tahan atau tidak para pembakar kelambu itu bila daging pejalnya sendiri diulit nyamuk. Ala, sehari dua bolehlah buat dunno. Belum terasa gigitan itu. Lagipun, hormon keterujaan kerana berjaya membakar kelambu masih tengah enak menggila. Sampai hilang deria rasa!
Kita tunggu nanti. Tiga minggu. Tiga bulan. Tiga tahun. Sampai kapan bisa bertahan? J
iii
Nasi sudah jadi bubur. Apa boleh buat. Tapi mungkin sesetengah orang memang suka makan bubur. So, everyone to his/her own. Hopefully your kids also will love 'bubur', just as you do. Kalau tak, bersedialah dihamun sebagai mak-bapak mabuk bubur!
Posted at 9:21 pm by Rem
 |  |  | ungu March 13, 2008 11:56 AM PDT
berkobar-kobar ja bila masuk blog ni...walaupun agak sinis tapi bnyk mesej tersembunyi.. |  |
  |  |  | Rem March 13, 2008 07:52 AM PDT
Malayneum,
Macam pakatan KMM dengan Jepun? Mungkin juga begitu ya. Tapi saya rasa pakatan Barisan Rakyat ini lebihkurang macam perkahwinan antara belalang dengan tikus. Genetik tak serasi langsung! :)
Soul.Bro,
Salam perkenalan. Bukan saja kelambu masih sedang dijahit dan lain-lain warna. Rupanya kita juga baru tahu, yang kelambu baru ini adalah kelambu curi! :)
Topom Sakti,
Alamak... kita cerita pasal politik la cik abang ooi. Bukan cerita rumahtangga! Tak baik tau. Meruntuhkan masjid yang baru mahu dibina. He he he he..
Name,
Bermain api tak apa. Yang penting jangan bakar kelambu. :) |  |
  |  |  | Name March 12, 2008 09:06 PM PDT
anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
airmata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang
nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa di antara kita
cinta lenyap di arus zaman
|  |
  |  |  | Topom sakti March 12, 2008 07:17 PM PDT
haku bukan nak hasut hang...kenyataan ini harus hang trima dngn ati trbuka...maseh ramai laie prmpn yg seswai utk lelaki trdesak dngn trpljaq mcm hang...kalu tarak angin pokok tarak goyang beb... |  |
  |  |  | Topom sakti March 12, 2008 07:14 PM PDT
tuan desperateman..aku mai sini nak topom dak sg ptani tu jew..mak aih...gediks nyew komen2 die kt blog hang nih yew...wewekkeke...tuan belog kenai kew dak sg ptani tu sapa sbenaq nyew...rasia dak tuh ade dlm poket haku neh...wakakakkaka...prmpn pisau cukuq...low klas...kuang ajaq plak tuh..toksah caya sngt dak tuh...plakon hrpn alaf bawu...hang jngn maen api no...kang hang plak yg tbakau mcm klambu...cinta uat lelaki yg trdesak mcm hang senang jew di prdaya...sume hang nmpk baek jew...ekeskeskeskes... |  |
  |  |  | soul.bro March 12, 2008 06:41 PM PDT
Salam perkenalan...
Sinikal n manis skali, bung rem. Sangat2 saya hargai kerana membuka mata saya seperti rawatan yg watak Alex terima dlm Clockwork Orange.
Syukran Lillah, "kelambu besar" saya masih utuh, tak tergoyang langsung. (Solawat!) Cuma "kelambu kecil yg terbakar" tempohari kebetulan juga sudah reput & berlubang-lubang sampai hal dlm kelambu pun bisa diintai dari luar.
"Ayah" suruh saya duduk kat luar "bilik" sementara dia tengah pasang "kelambu kecil" yg baru.
Dari luar bilik, saya dengar ayah mengeluh coz setiap sudut kelambu kecil baru tu tak berjahit lagi rupanya. Warna setiap sudut juga berbeza.
Ish, ish, ish... Kalau mcm tu, bukan shj "kami" sukar nyenyak mlm nanti. Nyamuk-nyamuk luar dan dlm pun pasti pening menengokkan kelambu kecil baru itu...
Sekian, terima kasihan. |  |
  |  |  | Malayneum March 12, 2008 06:20 PM PDT
Saya teringat pakatan KMM bersama Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua dulu untuk membebaskan Tanah Melayu dari jajahan British. Malangnya Tanah Melayu pula jatuh ke tangan Jepun. Bolehkah kisah ini dikaitkan dengan apa yg berlaku skrg? |  |
  |  |  | Rem March 12, 2008 05:08 PM PDT
Saya rasa mungkin ada yang tersilap tafsir metafora 'api' dalam entri. Bukan! Saya tak merujuk kepada konteks 'politik perkauman'. Sebagai seorang yang datang dari etnik minoriti dan mempunyai ahli keluarga berbilang agama -- saya menolak sebarang perjuangan berasaskan 'fascist'. Iaitu hanya berjuang atas kepentingan dan ketuanan sesuatu kaum. Semata-mata.
Saya sebenarnya merujuk kepada konteks kestabilan politik Malaysia. Kita tak boleh bermain-main dengan kestabilan ini -- kerana ia adalah kunci kepada kemakmuran negara. Dari semua aspek -- kebendaan mahupun rohaniah. Kestabilan ini menentukan jatuh-bangun negara kita. Jadi, kenapa mahu 'mencuba-cuba'?
Change is fine. I have nothing against change or people who want to change. Ya, reformasi itu bagus. Tapi mentaliti "to change for the sake of changing" -- itu yang bahaya. Habis, selepas ini negara kita mahu ke mana? Jadi macam pasukan Chelsea (liga perdana Inggeris)? Setiap kali mahukan reformasi -- gunakan kaedah 'pakai buang'. Begitu?
Come on, reformation itself can perfectly takes place from within. Kalau kita tak suka bini sekarang; bercerai bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian. Ada banyak cara lain lagi. Jumpa kaunselor. Cuba runding. Sama-sama cuba perbaiki sikap/kelemahan masing-masing yang kurang serasi. Kenapa tak cuba kaedah reformasi ini dulu -- sebelum ghairah mahu bercerai dan mencari bini muda yang lebih cun (tapi belum tentu boleh membahagiakan)?
It's the MENTALITY that I have problem with. Not the change. Not the reformation.
Kenapa kita perlu percaya kepada pakatan yang hanya berpakat selama sebulan sekali dalam setiap tempoh lima tahun? Bagaimana kita boleh mempercayai bahawa inilah kelompok yang dapat menjamin kestabilan politik (bagi negara berbilang etnik, budaya dan agama ini) -- sedang beberapa hari sebelum dan selepas pilihanraya -- sudah banyak unsur bertarik-tarik rambut sesama sendiri?
Well, may be it's just the nature of any normal humanbeings that they like to learn their lesson through the HARD WAY. Fine, if that's what you want -- then suit yourself. I rest my case. :)
|  |
  |  |  | acai March 12, 2008 03:10 PM PDT
sy paling suka komen2 awk dalam blog ni..baru jumpe ari ni..apa yg awk tulis mmg byk benarnya..dan enty yg ni mmg sangat sinis skali kepada sesiapa yg terasa..:) |  |
  |  |  | ando March 12, 2008 01:55 PM PDT
People are afraid of change but in changing there is hope. |  |
  |  |  | Fiza March 12, 2008 01:45 PM PDT
Cik Ram,
Saya sgt FRUST!! Tahap gaban!
Tp inilah demokrasi and its very much alive in our country.
|  |
  |  |  | Ding March 12, 2008 01:32 PM PDT
Selain nyamuk2..ada juga kutu tilam yang ambik kesempatan masa orang TIDUR nyenyak.. |  |
  |  |  | Mardhiah March 12, 2008 09:49 AM PDT
Bagi orang yang biasa senang, mewah mungkinlah tak tahan, tapi who knows mereka as brutel and as kuat as orang Tambunan pada tahun 80'an dulu yang setia bersama Hugoun Siou. i.e. walau sekuat manapun kita, jangan underestimate pihak lawan. Prudent, conservativelah sikit.
Saya melihatnya begini:-
UMNO, BN relevant pada alaf terdahulu kerana mereka dinamik, dari centralise govorment, mereka berubah kepada dasar pengswastaan. Tapi alaf ini menuntut sesuatu yang lain.
Saya pun tak tau tulis tapi saya tau awak lebih dari faham. Ok saya cuba. Macam inilah, wajarkah kita bagi jawatan menteri Kesihatan pada kaum Cina bila MCA dan Gerakan menunjukkan prestasi yang sangat buruk pada PRU12?
Bagaimana BN sebuah parti yang berteraskan etnik ini yang berbahagi kerusi kabinet, sekian, sekian sekian, pada bangsa sekian, sekian, sekian mengubah polisi mereka. Mugkin berdasarkan undi popular?
Ok lagi satu, mari kita berimaginasi, apakata pada PRU yang lepas TPM dan PM menang sipi-sipi. Wajarkah dia terus menerajui BN? Jadi adakah peraturan yang mengatakan PM dan TPM mesti datang dari Parti yang paling banyak dapat kerusi patut dikekalkan? Kuantiti vs Qualiti. Pada saya biar sikit asal berkualiti, dari banyak tapi macam hampas, macam buih, macam lalang, tidak ada pendirian, senang dibeli, macam katak lompat sana, lompat sini.
Kita sudahpun melihat masalahnya di Perak. Perkembangan terbaru ini (berita TV semalam), seolah DAP macam tak redha dengan ketentuan Negeri Perak yang menetapkan Menteri Besar mesti berbangsa Melayu. C'onlah Rem simple logik budak sekolah tadikalahkan. Kalau kita pun boleh angin satu badan dibuatnya, apapasal kita dah memang banyak, kita tak boleh jadi No 1? Bila saya tengok paper hari Isnin tu, saya sendiri bercakap dalam hati, "apa Lim Guan Eng sudah hilang akal ka?"
*****
Saya tak yakin yang BN boleh berdinamik pada kali ini. You ingat Melayu yang taksub dengan keTUANAN Melayu ada duduk diam saja ka? Mereka akan bermati-matian mencari dan menekan calon yang mereka rasa ada potensi mengancam ketuanan Melayu ini dari terus hidup.
Maka berdasarkan prinsip prudent, conservative yang saya pegang, saya buat kesimpulan PRU12 adalah lubang kubur untuk BN. |  |
  |  |  | rakyat March 12, 2008 05:33 AM PDT
rem, thank you so much. i feel very much the same. |  |
  |  |  | Rem March 12, 2008 04:02 AM PDT
Anisah,
Heii, I take my readers' comments -- seriously tau. He he he!
Rebecca,
Alaa.. biarkan! Anak-anak tengah ghairah nak bermain api, biarlah. Nanti besok-besok jari sendiri dah terbakar, dia akan insaf juga tu. Cuma.. jangan satu badan terbakar sudahlah, kan. :)
|  |
  |  |  | Anisah March 12, 2008 12:57 AM PDT
An improvement in writing style :) Hmmm, I'm not a literary critic, who am I to say? hehehe. but you got the idea :) thanks. |  |
  |  |  | Rebecca Ilham March 12, 2008 12:34 AM PDT
Dear Dr Rem,
the same idiom crossed my mind as the election results were concluded! |  |
|
|