Rem: brutal, but honest. Blogging PURELY for leisure. So, don't take me seriously.
A nice guy living in Kota Kinabalu. The capital city of Sabah (Malaysia), mainly populated by Pilak and Indon. A professional climatologist. A soft-core socialist (yes, I strongly disapprove capitalism!). A dedicated teacher, and a passionate researcher.
If you're new here, you may need to read this and this.
Sekalian warga pro Barisan Alternatif riang gembira selepas pilihanraya umum ke-12. Masyarakat alternatif ini bergempita seluruh negara dengan sorakan: Kami menang! Kami menang! Kami menang! Kuasa rakyat sudah terbukti!
Ya, memang betul. Kuasa rakyat sudah terbukti. J
Pada yang kurang faham definisi linguistik 'kuasa' dan 'kemenangan': mari saya terjemahkan keputusan pilihanraya umum ke-12 dalam bahasa matematik dan statistik. Sejenis bahasa yang sangat objektif dan tidak mengelirukan.
Barisan NasionalvsBarisan Alternatif
Kerusi Parlimen: 140 vs 82 (margin = +22%)
Kerusi ADUN: 306 vs 196 (margin = +22%)
Kerajaan Federal : 1 vs 0 (margin = +100%) Kerajaan Negeri: 8 vs 5 (margin = +23%)
Overall : 4 - 0 (purata margin = +42%)
Hah, dah nampak semua di mana letak kuasa itu? Sekarang dah jelas siapa sebenarnya yang menang? If I were Pak Lah, I would take some comfort from these numbers. Untuk merawat hati yang sedang sebu! J
Apa-apa pun, tahniah kepada pakatan yang tewas, Barisan Alternatif. Paling kurang, inilah percubaan terbaik mereka dalam usaha merampas kuasa Barisan Nasional sejak tahun 1969. Kredit istimewa harus juga diberi kerana BA berdepan dengan lebih banyak kekangan dan limitasi semasa musim kempen. Tidak seperti BN yang serba mewah, dan serba senang.
Situasi tanpa majoriti 2/3 di parlimen, sebenarnya menguntungkan semua pihak. Dalam konteks kenegaraan, bukan survival politik. Ini memperkuatkan elemen 'check & balance' dalam sistem penggubalan dan operasi dasar Malaysia. Selepas ini juga, semua polisi besar negara (peringkat persekutuan) akan jadi tanggungjawab bersama. Gagal atau berjaya, baik atau buruk -- kerajaan dan pembangkang akan sama-sama memegang akauntabiliti yang hampir setara, kalaupun bukan sama sepenuhnya.
Di peringkat negeri pula, saya ingin melihat kadar penurunan jenayah di Pulau Pinang dan Selangor (terutamanya); serta juga Perak dan Kedah. Kerana menurut hujah manifesto Barisan Alternatif, kadar jenayah negara ini mempunyai korelasi yang sangat kuat dengan pihak pemerintah. Mungkin 2 tahun dari sekarang, Selangor dan Pulau Pinang akan jadi negeri yang paling aman? We'll see.
Ingatlah janji-janji kamu wahai DAP. Kalau kamu yang memerintah, (kononnya) tiada lagi tragedi Nurin dan Sharlinie. Kalau berlaku juga penculikan kanak-kanak di Pulau Pinang selepas ini, kita suruh Jeff Ooi hantar cagarkan anak-anaknya sendiri sebagai tukaran. Ala, biarlah anak dia sendiri yang mati diperkosa. Berbaloi untuk agenda politik dia. Nanti boleh jadi modal kempen DAP tahun 2002!
[ii]
Tun Dr. Mahathir Mohamad, the last (and the only) living true statesman in Malaysia, put things into a perspective. Click here for the full interview. His candid take on ZAM was so hillarious. I almost choked to death for laughing too much!
What do you think led to this defeat?
I think his son-in-law (Khairy Jamaluddin) played a big role.
What is your comment on the young BN candidates losing?
There is this rumour that some of these candidates are Khairy's and that he wants to be prime minister.
Did BN lose because too many people like Samy Vellu had hung on to power too long?
I think that Samy Vellu played a big part in the defeat. When he was in BN, he doesn't allow any of the MIC people to come up to his level. If they come up (to be) deputy or vice-president, he will knock them down and even expel them from the party.
Can you comment on Zam (Zainuddin Maidin)?
He won or lost? Oh, he lost. Well, the way he was campaigning was really funny, telling people to look at his face and how it doesn't change. But I think that a face that doesn't change can be very boring. Sometimes you must laugh, sometimes you must cry. He was telling everybody "Ini muka tak bertukar, tak bertukar". Who is interested in his 'wajah'? If he was Britney Spears, then…
Are you surprised by (ISA detainee) M Manoharan's victory?
This has happened before in 1959 or is it 1964, when PAS used to go from village to village carrying the candidate's shoes and he won.
Do you think that Anwar Ibrahim is still relevant?
I think he is relevant but he is not going to become the prime minister of this country.
Do you think that the opposition success is attributed to Anwar?
I don't think it is so. This is more of something against BN than strong support for the opposition. They (voters) have no choice. If you don't vote BN, who do you vote for? There are only two candidates. So you vote for the opposition or you don't vote at all. Either way, the BN was going to lose a lot of support.
paloma March 12, 2008 09:32 AM PDT Dr, pada pandangan sy, BA mungkin layak diberi peluang utk menunjukkan kepimpinan dan pemerintahan mereka..kita tengok la apa akan jadi negeri2 yg diperintah oleh mereka..adakah macam negeri sabah yg dulunya diperintah oleh PBS..kita tgk pula yg diperintah oleh PAS..kan manifesto PAS ni kalo masuk PAS akan masuk syurga..mgkn lepas ni masjid di negeri2 ni akan menjadi sesak kerana semua org sudah taubat..Amin..
Rem March 12, 2008 04:10 AM PDT Anisah dan Rebecca;
Tak apalah. Masing-masing ada pendapat sendiri. Masing-masing ada keinginan sendiri. Nah, PU12 ini telah melampiskan segala apa yang kita semua mahukan. Lepas ini kita tengoklah ke arah mana negara kita mahu belayar.
Gemilang, Cemerlang dan Terbilang -- atau melayang-layang macam lalang. Ke kiri tidak, ke kanan tidak. Ke atas tidak, ke bawah tidak.
Saya pun lepas ni dah malas nak berdebat dengan kawan-kawan di luar sana. Suka hatilah nak mengata kita ini pencacai dan talibarut kerajaan. Ha ha ha ha...
Yang penting, kita semua membuat pilihan atas pertimbangan politik yang celik (kata Anisah). Pilihan siapa yang lebih rasional? Mana kita tau, kan. Itu adalah tugas ahli-ahli politik (dari semua komponen) untuk membuktikan bahawa kepercayaan yang rakyat beri itu menjadi sia-sia.
Anisah March 12, 2008 12:54 AM PDT Name, sabarlah dulu, tulislah nama samaran dulu. :) susahlah nak panggil name atau nama atau polan atau fulan saja.
Petikan: "Apa maksud celik politik di m'sia? celik dalam perjuangan isu perkauman atau isu malaysia sebagai satu bangsa?" Itu dengarnya buta politiklah. Dan bukan setiap ahli politik samada menang atau kalah bertanding, atau ahli parti politik atau pemerhati politik itu celik politik juga.
Maksud celik politik saya umum. Terima kasih Rem kerana memahami. To be understood at the implicit level is too often difficult.
I'm totally with you there. Now I'm keeping my mouth shut. Ayah selalu kata, mengalah bukan bererti kalah. Cuma malas menegakkan benang yang basah. Pendapat orang mesti saya hormati juga, seperti mana saya mahu pendirian saya dihormati.
Thanks for all the stimulating entries on Malaysian politics!
Rem March 11, 2008 08:55 PM PDT Lyana,
Thanks untuk klip video itu! :) Saya dah agak.. memang kena edit.
Name,
Wah berapi-api... sampai lupa nak pakai nama. Ha ha ha ha! Janganlah marah Anisah. Dia bercakap pasal celik politik dalam konteks umum tu. Usah terlebih-lebih pula mau menganalisis.
Tapi saya setuju dengan beberapa poin Name. Saya selalu dimomok-momok oleh kawan-kawan yang rata-ratanya fanatik totok BA (=PAS, PKR + DAP). Diorang kata nama saja ada pelajaran tinggi, tapi tak pandai fikir. Dia kata sebab orang macam sayalah maka kerajaan BN terus angkuh memerintah.
Saya memang mahu kerajaan BN terus memerintah. Tapi bukan sebab saya suka sangat dengan BN (ya, ada banyak unsur korup -- saya tau!). Dan bukan pula saya benci sangat dengan BA (ya, ada juga banyak elemen positif yang mereka perjuang). Tapi saya mahu BN kekal sebab ini adalah parti yang sudah buktikan keupayaan untuk kekalkan 'kestabilan'.
Bukan tak percaya pada BA boleh beri kestabilan yang sama. Tapi kita ini ada telinga. Ada mata. Macam mana kita nak percaya kalau pakatan itu hanya diwujudkan sebulan sebelum ada undian? Itupun, sebelum keputusan pilihanraya keluar -- dah ada macam-macam cerita 'bertarik rambut'. Aikk?
Satu lagi, kalau BA berkuasa: ada jaminan ka bahawa segalanya akan jadi bersih, kudus dan penuh demokrasi? Padahal dalam pemimpin BA itu sendiri -- ada ratusan pemimpin yang terserpih dari BN. Yang suatu masa dulu hidupnya berulit dengan tahi juga, sama seperti pemimpin lain yang ditentangnya sekarang.
Kawan saya dulu kata, kalau anjing diternak dalam masjid selama 10 tahun pun, kalau dibiarkan keluar nanti -- ia tetap akan mencari tahi. Kalaupun ia tak makan, paling kurang ia akan hidu dan kucup tahi itu dengan penuh ghairah dan mesra.
Jadi, bila difaktorkan semua unsur keraguan dan ketidakpastian ini: maka, saya fikir... keputusan pilihanraya ke-12 sangat ideal. Kerajaan yang lama masih memerintah (justeru ada jaminan lebih tinggi untuk kestabilan). Kemudian, BA juga telah dihadiahi 'sejumlah kuasa' yang sangat signifikan. Cukup sebagai platform untuk mereka buktikan keupayaan mereka -- supaya kelak rakyat tidak lagi ragu-ragu.
Percayalah, lima tahun dari sekarang -- semua orang yang pernah menyumpah dan mengutuk saya itu (sebab saya mahu BN meneruskan pemerintahan): kamu semua mungkin akan berterima kasih pada semua golongan muda berfikiran macam saya (yang berusaha untuk menafikan pakatan DAP-PKR-PAS dari jadi tunjang Malaysia).
Mungkin akan ada yang kata: "Oh, kalau kutahu begini kesudahannya: lebih baik saya pangkah BN dulu!"
Saya kata -- MUNGKIN. Belum tentu benar. Tapi kalian di luar sana -- jangan terlalu menyanjung BA dan terlalu memuja-memuji golongan yang mengundi BA. Kemudian menghina dan mencerca pula yang tak memihak BA sebagai orang yang sudah 'dibeli inteleknya'.
Ingatlah, lanskap terkini politik Malaysia baru bermula. Tunggu 2 tahun, sekurang-kurangnya, sebelum membuat sebarang kesimpulan dan keputusan. Apa yang saya nampak sekarang: dua dari parti yang berpakat paksa-rela sebelum pilihanraya sudah mula tunjukkan arahtuju masing-masing yang sangat bertentangan arah. kemudian satu parti lagi itu, seperti terkinja-kinja kesukaan. Dia kata.. kamilah yang akan jadi 'moderator pengikat' (baca: parti yang paling penting!). Justeru, kalau menang sekali lagi -- orang parti kami yang patut jadi PM.
Yang nak sangat jadi PM itu pula akan cakap: akan kutunaikan SEGALA kemahuan dua parti yang saling tak berkenan itu, asalkan saja saya boleh jadi PM. Gaya tipikal seorang opportunis. :)
Ingat Tuan-Puan, 'kestabilan' adalah kuncinya. Kita sedang mencari kualiti itu dalam pakatan-pakatan yang sedang memerintah sekarang. Tak kira BN atau BA.
Lyana March 11, 2008 08:31 PM PDT Dr Ramzah..
Lyana here..tiba2 mcm terpanggil pulak nak leave comment kat sini..since ramai org yg tgk klip video yg konon2nya Tun Mahathir mengaku menzalimi DSAI...actually si polan yg letak video tuh kat youtube dah cut & edit perkataan 'ada org yg tuduh saya pun menyalahgunakan kuasa jugak'...dlm video yg org dok tgk tuh diorg cut 'ada org yg tuduh'..orang boley buat macam2 nowadays..benda yg baek boley disalahertikan & diedit jadik benda yg jahat...
sini lyana letakkan link ke video yg sebenar dr youtube masa Tun Mahathir berucap di Kelab Darul Ehsan..boley dgr dr minit 1.08 and onwards and then boley tgk how si polan yg lg satu memanipulate video itu..
http://www.youtube.com/watch?v=qUH1eaSbbWc
and kat bawah ni pulak adalah video yg telah diedit..sila lihat pada saat ke 0.02 and onwards..sbb tuh diorg letak sarikata dlm video tuh utk menunjukkan yg Tun Mahathir memang mengaku menzalimi DSAI..
http://www.youtube.com/watch?v=aPKrsCqznS0&feature=related
selamat menonton...
Name March 11, 2008 02:45 PM PDT
Apa maksud celik politik di m'sia? celik dalam perjuangan isu perkauman atau isu malaysia sebagai satu bangsa?
Saya gerun memikirkan campuran kerajaan di perak. Dgn statemnet Kit Siang "DAP hanya sokong DAP" apa yg diperjuangkan?
Melayu PP tertindas walaupun ada DEB dan kini DAP menafikan DEB.
Di Parlimen semuanya bagus terutama pembangkang yg ramai dan kuat, tetapi hak rakyat di peringkat negeri2 yg ditawan bagaimana?
Kalau perjuangan politik itu dibuat atas perhitungan telus, politik utk rakyat dan seluruh rakyat OK tetapi kalau atas dasar bangsa dan agama its very sad.
Betul, BN pun memerintah atas dasar bangsa (MIC, MCA, Umno) tetapi saya tidak melihat mana2 yg terabai seteruk melayu PP. Jgn lihat melayu PP melalui mata Pak Lah, i dont think his doin nothing.
Mungkin saya ini pengecut, tetapi jika anda tahu dan mendalami perjalanan DAP di negeri seperti Perak dan PP dan mendengar ceramahnya, anda akan tahu mereka lebih racist dan berani.
Tun M tidak cukup racist dalam hal itu malah ia juga tidak sehebat keris yg dihunus Hisshamudin.
Saya cuma berdoa DAP-PKR-PAS boleh sepakat dan bersatu hati untuk memimpin Perak.
Jika gagal, ia mencerminkan ketidakupayaan BA untuk menerajui malaysia dan tentu sekali undi akan kembali ke BN.
Anisah March 11, 2008 03:04 AM PDT Setuju Neutral dan Rebecca. Alangkah baiknya kalau lebih ramai rakyat Malaysia boleh berfikiran matang dalam politik dan celik politik. :)
Neutral March 10, 2008 06:10 PM PDT anything can happen. the BA had learnt their lesson from 1969 election. if they are not united, they will neva b able to build a government. Now, they had won 5 states. If they stay united and make the ppl happy or serve better than BN, i dun c why they cant rule malaysia in the next few years.
But, like u said, BN always wakes up after getting a hard slap.
One thing, the parliament is going to be one "hot" place now.
with karpal and sons, kit siang n son, tun m's reperesentative mukhriz, anwar's wife n daughter.
besides, now that both opposition n gov have equal rights, things are gonna change. for the worst or for the best, nobody knows.
congrats kit siang! u wanted penang soo much, now ur son is the chief minister.
Anon March 10, 2008 04:51 PM PDT Of the 140 BN seats in Parliament, about a third come from Sabah and Sarawak.
Will they get at least 30 percent of the federal cabinet posts?
Not gonna happen!
Rem March 10, 2008 04:41 PM PDT Name,
Exactly! That's my sentiment too. We now have the upper-hand. Para pemimpin Sabah patut bersuara dengan lebih garang. Bukan terus-terusan jadi kuda tunggangan BN. Now, BN needs Sabah more than we need them. :)
I want this happens through BN, because that is exactly what the rakyat themselves want. Sebab itu mereka pilih BN, dan bukan PKR... walaupun sebelum pilihanraya Dr. Jeffery Kitingan yang senteng itu sudah berangan-angan mahu membentuk kerajaan Sabah kerana kononya 33 calon ADUN PKR akan menang. Mimpi siang hari!
Name March 10, 2008 04:29 PM PDT To form the government, either coalition needs only 112 parliamentary seats. The combined Sabah+Sarawak parliamentary seats=56. Opposition now got 82.
82+56=138
Sudah berapa lama kita cakap tentang 20 Perkara. Berapa lama sudah cakap tentang 5% sahaja hasil minyak kita dapat. Ataupun tentang harga barang yang lebih tinggi berbanding Malaya.
Malaysia Borneo sebenarnya sudah ada 'bargaining chip' untuk kita tuntut 20 Perkara dikaji balik, peratus hasil minyak dikaji balik, dan bilangan Menteri kita lebih banyak di peringkat Nasional.
If we are smart, we can be the winners here. BA will do anything to form the next government so they will cave to our demands, we can make a new 20 Perkara as a deal that is better than the stupid old one.
If UMNO pusat ignore our demands, then we can have a new government. If UMNO agrees, we let them survive.
Rem March 10, 2008 04:03 PM PDT Neutral & Rebecca,
Yes, agree with both of you. Pak Lah shouldn't resign. But he needs to reform drastically. Bukan saja polisi negara. Tapi juga beberapa situasi dalam BN itu sendiri.
Mardhiah,
Ya la.. bukan saya nak tengok perubahan tu besok atau minggu depan. Hai, logik-logiklah juga. Yes, 2-3 years from now la. Saya suka juga Nurul Izzah menang. At least teori personaliti politik saya terbukti betul: when the beast vs the beauty, the beauty will prevail! :)
Khadijah,
Yes, I did promise 'that something'. But not if Jeff Ooi wins. I said if the BA wins, which -- lucky me -- they didn't! Saya cuma meramalkan Jeff Ooi kalah. Itu saja. But that prediction didn't come with any promise. :)
Mustika,
Pilihanraya 1999 -- BA tawan Terengganu. 2004 -- Terengganu ditawan semula dengan majoriti 2/3. So looking at this trend, there's no guarantee BA will increase their domain in 2012. In fact, if the past trend is taken as an indicator: BN always comes back stronger when it gets 'harsh message' like this.
Pasal Dr. M mengaku dia menganiayai Anwar: alahai... malas nak ulas. Benda ni remeh sangat. SEBENARNYA, kata-kata Dr. M tu bernada 'kias dan sarkastik'. Sebab tu bila dia cakap gitu, semua audience ketawa. I don't know why some people take it SOOOOOOOOOOOOOOOO LITERALLY! Cuba tonton balik rakaman dalam YouTube itu berulang-ulang...
Satu lagi, saya sebenarnya tak mengadili karektor Anwar hanya kerana peristiwa penggulingan 1998 itu. Walaupun saya setuju dia kena guling (sebagai karma dia mengkhianati suara demokrasi lebih sejuta penduduk Sabah pada tahun 1994): bukan bermakna saya setuju dengan segala tuduhan yang dilempar.
Bahkan, saya tak pernah mengaitkan Anwar Ibrahim dengan sebarang 'tuduhan' tersebut -- selama saya menulis artikel anti-Anwar dalam blog ini. Pada saya, itu adalah 'masalah personal': antara dia dan Dr. M. Itu bukan masalah negara. Leave it where it should be. Benar atau tidak dia melakukannya -- kita letak kebenaran itu antara dia dan Tuhan. Kita manusia daif tak payah masuk campur. Sebagai seorang Islam, saya berpegang pada prinsip bahawa 'tuduhan seperibadi' begitu memerlukan tiga saksi. Yang bukan fasik!
Penolakan saya pada Anwar hanya berdasarkan kepada karektor dan permainan politiknya. Sikap hipokritnya yang menjaja keburukan Malaysia serata dunia; serta perbuatan terkutuknya merogol dan meliwat demokrasi negeri Sabah pada tahun 1994. Kita tahu, pada tahun 1990 -- Tun Ghafar juga gagal membantu BN menawan balik Sabah. Tapi dia tak ada pula terdesak sampai nak menafikan hak orang Sabah untuk memilih kerajaannya sendiri secara demokratik.
mustika March 10, 2008 01:24 PM PDT Rem....betul BA menang!
Menang di 5 negeri. 2012 mungkin 11 negeri dlm tgn BA (kecuali Sabah dan Sarawak).
dan Anwar akan jadi PM!
mustika March 10, 2008 01:02 PM PDT Dr.M mengaku telah membuat tuduhan/tangkapan/pendakwaan palsu terhadap Anwar.
apa komen Dr.reM?
Khadijah March 10, 2008 12:41 PM PDT Let DAP/PKR/PAS joined under Barisan Rakyat under 1 party. Then, we'll see what are the improvements and changes which can be made to the 5 states.
btw, did U promised to do something if Jeff Ooi wins??
Mardhiah March 10, 2008 11:03 AM PDT Tapi Rem, bukankah terlalu awal untuk membuat ramalan, at least tunggulah 2, 3 tahun lagi.
Saya kata begitu berdasarkan berita Akhbar Perdana pada pagi ini. Pak Lah enggan letak jawatan, dan DAP pula telah memberikan laluan kepada PAS di Parak.
Pada pendapat saya jika DAP dapat membuktikan ketulusan hati mereka berkerjasama dengan PAS, sebagaimana SPR membuktikan yang perjalanan Demokrasi di Malaysia still "alive and kicking" saya kira the opposition is here to stay. Saya tidak nampak kenapa DSAI tak boleh jadi Perdana Menteri Malaysia.
Orang macam Chegu Bard dan Nurul Izzah lebih mudah dibentuk into Che Guevera (dan well kita nak tengok Izzah jadi macam siapa? Saha Rezza?) dari membentuk Rosmah Mansur dan Jeanne Abdullah yang memang sudah karat nafsu dan mentalitinya mau bersarapan di Paris, makan tengah hari di London dan minum petang di New York, sehingga harga nut & bolt yang di beli oleh Kementerian Pertahanan jadi berlipat kali ganda hingga buta mata pemeriksa kira-kira dibuatnya! :)
I do agree that Tun M has no right to suggest Pak Lah to step down. And I believe Pak Lah shouldn't resign. That's what taking responsibility means - reform!
Kita bukan politik barat, bukan politik Jepun. Sikit-sikit letak jawatan, and let others clean the messes!
Neutral March 10, 2008 04:59 AM PDT he is saying all these becoz he no more is the pm.
he banned the media from reporting wats rite.
he retained his seat for like more than 20 years.
he is the 1 who ask pak lah and razaleigh hamzah from semangat 46 to join umno.
he is the one who play racial issue during election.
now that he is no more in power n pak lah does not hear his advice, he is forcing pak lah to step down.
well, y shuld he?
i give pak lah some respect. based on the polling result, i guess the "undi hantu" case did not occur. on that point, he is far better than mahathir.
everyone had their ups and downs. now he's down, he'l sure have to work his way up again. he should b given a chance.
i was wondering n curious, all this while kedah, penang, selangor n perak are being rule by bn. wat will happen if dap, pkr n pas rule?
wat about the projects the gov had in store for these countries?