Rem: brutal, but honest. Blogging PURELY for leisure. So, don't take me seriously.
A nice guy living in Kota Kinabalu. The capital city of Sabah (Malaysia), mainly populated by Pilak and Indon. A professional climatologist. A soft-core socialist (yes, I strongly disapprove capitalism!). A dedicated teacher, and a passionate researcher.
If you're new here, you may need to read this and this.
Pemimpin ada dua jenis. Satu bersifat 'teknokrat', dan satu lagi 'karismatik'. Bergantung kepada situasi, sesebuah negara membutuhi kategori pemimpin yang berbeza-beza. Ya, mengikut kepada fasa mana sesebuah negara itu berada: mundur, membangun atau maju.
(ii)
Pemimpin teknokrat mempunyai daya pengurusan cemerlang. Sangat arif tentang sistem negara dan orde global. Juga memahami bagaimana entiti negara-global saling berhubungan. He is the expert, and he knows exactly what to do. Dia jadi teraju perdana bagi polisi sesebuah negara.
Pemimpin ini boleh membawa negara menuju pembangunan berbentuk fizikal secara konsisten. Kerana ilmunya tentang selok-belok operasi sosio-eko-politik peringkat lokal dan global sangat tinggi. Tetapi, pemimpin jenis ini amat tegas (dan tidak suka kompromi). Kadangkala membelakangkan banyak pihak dan perkara (termasuk suara rakyat sendiri).
(iii)
Pemimpin karismatik tidak mempunyai kemahiran mentadbir. Tapi ada karisma kepemimpinan yang unggul. Suaranya didengari semua. Walaupun kurang pandai mengurus, pemimpin ini boleh meniup inspirasi kepada orang-orang bawahan. Mampu menyatukan rakyat, dan menghalakan fokus mereka kepada matlamat negara.
Kerana pemimpin karismatik sedar dia bukan 'expert', dia lebih mudah berunding dan berkompromi. Pemimpin jenis ini mengangkat kegemilangan negara menerusi kuasa penyatuan fikrah rakyat. Dia menjadi simbol perpaduan, manakala orang-orang di bawahnya bertindak sebagai penggubal dan pelaksana polisi.
(iv)
Kelebihan pemimpin teknokrat terletak pada kemahiran daya pengurusan. Menerusi kuasa pengetahuan, dia boleh mengolah halatuju negara secara pragmatik.
Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah contoh tipikal pemimpin jenis teknokrat. Beliau seorang pentadbir yang cekap dan autoritatif. Ciri penting untuk pemimpin dekad 90-an. Satu fasa di mana pembangunan menjadi agenda utama, dan kemelut global sedang meruncing.
Kekuatan pemimpin jenis karismatik pula terletak pada kuasa inspirasi. Dia mampu menyatukan tenaga rakyat, kemudian memacu kemahiran kolektif mereka dengan rangsangan karisma.
Presiden Sukarno adalah contoh klasik pemimpin jenis karismatik. Beliau seorang negarawan yang pintar menguja semangat rakyat. Sifat pimpinan yang menepati kehendak dekad 60-an. Yang mana kebanyakan negara bekas jajahan baru mencari dan membina identiti. Ketika itu, bahana globalisasi juga belum lagi kritikal.
(v)
Anwar Ibrahim adalah contoh pemimpin ketinggalan zaman. Beliau ingin menjadi Sukarno. Tapi sayang, hanya Sukarno jadi-jadian.
Orang-orang bawahan yang 'sekufu' dengan Anwar rata-ratanya tandus kemahiran dan kapasiti. Justeru, sekalipun beliau berupaya menggembling fokus dan tenaga 'orang-orangnya': ia tidak menjanjikan apa-apa yang bermakna. Gaya Anwarisme, satu personaliti kepemimpinan yang tak relevan dengan lanskap politik Malaysia moden.
Ya, saya sangat setuju dengan kata-kata cendekiawan tersohor Malaysia, Dr. Chandra Muzaffar: bahawa Anwar Ibrahim (jika menjadi PM) bakal mencetuskan 'malapetaka negara' yang sukar ditebat. Mahu tahu lebih lanjut? Sila baca sini.
Pak Lah barangkali terlalu ambitious. Beliau ingin menjadi teknokrat dan karismatik sekaligus. Malangnya, beliau kecundang dalam dua-dua percubaan. Beliau gagal menjadi pentadbir yang autoritatif, dan beliau bukan seorang idealis yang mampu menjana inspirasi. Tapi yang bagus, beliau juga bukan penyadur atau pencuplik.
Pak Lah masih sepuluh kali lebih baik daripada mana-mana pemimpin DAP, yang begitu taksub dengan pembangunan materi dan fizikal. Sekurang-kurangnya Pak Lah berani menyimpang daripada gaya Mahathir dengan cuba mencari fokus pembangunan baru, iaitu aspek rohaniah. Sama ada ia dioperasikan dengan betul atau tidak, itu soal lain.
Sekurang-kurangnya niat dan keinginan itu ada.
(vi)
DAP masih tebal dan fanatik dengan dogma kapitalis. Mereka mahu rakyat percaya totok-totok bahawa semua ukuran kualiti hidup harus bermula dengan duit ekonomi. Which I find rather ironic and scary. DAP is mainly aimed to the Chinese community. DAP sendiri sudah war-warkan serata Malaya, mereka adalah alternatif kepada MCA yang dilabel sebagai kuda tunggangan UMNO.
Jika DAP adalah parti yang cenderung kepada etnik Cina, kenapa isu ekonomi masih jadi agenda utama? Masyarakat Cina secara relatif menguasai kekayaan negara. This is the most financially secured and economically privileged group in Malaysia. Yet, it is still not enough (for them)? Wow, I'm truly amazed. And, that really scares me!
Itukah perubahan baru yang mahu diperkenalkan oleh DAP kepada Malaysia? Supaya kita menjadi negara kiasu material: sama seperti Singapura dan Korea Selatan? Saya fikir Tun M sudah berjaya meletakkan Malaysia pada tempat yang munasabah -- dari aspek fizikal dan kebendaan. What we need now is a new type of development.
Something non-physical. What ever it is. Asalkan bukan tentang duit dalam saku, dan bukan tentang cara-cara bagaimana mengisi perut!
Dr.Rem, nak buat cammane, kamu berdua memang bagai batang pisang dibelah dua, sarat komedi, satira dan innuendo! LOL!
Tapi, warna bahagian masing-masing tetap lain... ;D
Warna warni itu yang mengindahkan dunia, bukan? :)
Wassalam...
Rem March 13, 2008 06:25 AM PDT Oooooooo... ok, ok. Dah tau dah! Yang sedang hangat dengan novel bersiri: gulai batang pisang Parameswara tu ya! :)
Dia sibuk dan gigih sungguh menulis pasal politik sekarang. Saya dok tertunggu-tunggu sambungan siri novel ketupat dia tu. Saya suka bahasa-bahasa klasik yang dikomedikan tau...
S.K s'pore March 13, 2008 01:40 AM PDT Salam,
Elllleh, Dr.Rem, cam tak tau plak blogger yang tajam penanya dengan classic innuendo tuh, hehe... dia kata, tak nak m'sia jadi macam singapura, makmur tapi tak bebas bersuara...
Sape kate...
Sekurang-kurangnya, tak macam sedara mara saya disana yang buat saya terbeliak mata sebab langsung tak mau register, di sini, kami menganggap mengundi itu wajib, dan kami selalu ghairah nak mengundi...
Tak sabar-sabar tunggu hari undi, la la la...
Dan, salah satu kawasan hampir-hampir jatuh ke pembangkang (negara kecik, kan, so, kira macam satu negeri lah gitu...), dengan dua kawasan dipertahankan oleh pembangkang kerana kuasa pengundi...
Saya ada baca sms kat RTM 1 yang juga buat perbandingan... katanya, sekurang-kurangnya rakyat m'sia tak takut nak pilih calon, tak macam s'por... alllo... kami semua suka mengundi, kamu tuh yang tak moh 'gi undi ramai jugak, tau!
Silly, emosional debate, lol... tak macam blogger2 feberet saya, perbandingan sms itu sangat cetek bentuknya... jadi, saya pun cari pasal tahap cetek, huhuhu... jangan mare, blogger semalaysia... saya terlalu banyak sedara mara di sana, apa jua perasaan mereka, saya dapat merasakannya... susah, senang, sakit pening...
Dan ramai antara kami di sini yang bersengkang mata juga mengikuti RTM1 untuk mengetahui keputusan undi malam itu kerana kami sayangkan kamu di sana...
Wassalam.
Rem March 11, 2008 05:22 AM PDT Paloma,
Dalam kelas pun, tidak juga kamu semua itu berapi kalau berdebat. Mungkin sebab isu alam sekitar. Ndak panas mangkali. :)
Nana,
Undi niat saja pun ok. Tengok saja di Sabah. BN menang besar. 23-1 dan 59-1. He he he he..
Nor,
Tak apalah. Itulah namanya wacana dan perbahasan. Setiap orang ada pandangan tersendiri.
Fils Hafizah,
Wah, menuntut janji. Tak apa, nanti saya tunjuk gambarnya. :) Iyalah... saya ambil pengajaran. Jangan cakap besar, jangan cakap macam tau semua... :)
SK,
Satu lagi blogger tu siapa? :) Bukan buat perbandingan tak baik. Sekadar menyebut saja bah... he he he...
S.K s'pore March 9, 2008 11:48 PM PDT Salam,
dr.rem, wahhh, dua-dua feberet blogger saya sebut pasal Singapor... rasa banggalah plak... walaupun, kedua-duanya tidak membuat perbandingan yang baik, haha...
Tapi, saya setuju perbandingan dr.rem, sebagaimana saya setuju perbandingan blogger lagik satu tuh...
Walaupun, saya harus menekankan bahawa perubahan sedang berlaku dan akan terus berlaku... tetapi, "prevention is better than cure" coz eventhough wounds heal, they leave scars...
Sekurang-kurangnya, di sini ialah sebuah kerajaan yang selalu memandang 10 tahun ke depan, jadi, sempatlah jugak termengadah, betul-betul sesaat *sebelum* terhantuk... jadi benjolnya tak teruk sangat lah, huhuhu...
Totally agree that development needs to be more than the material aspect :)
Wassalam.
Fils Hafizah March 9, 2008 04:43 PM PDT Hi Rem,
Senario:
Sesuatu yang pernah saudara kata mustahil telah terjadi. Ya, BA menggugat banyak kerusi, bahkan menumbangkan negeri2 besar.
Soalan:
Sudahkah saudara 'eat your own pubic hair'?
Moral:
Jangan cakap seperti kita tahu semuanya. Tuhan lebih berkuasa.
Bidang dikaji:
Retorik berbahasa dan impak kepada penutur
Salam!
(Sungguh, saya suka baca blog sdr, kecuali bahagian yang saya tanyakan itu!)
Nor March 8, 2008 11:10 AM PST Salam,
Terima kasih atas penerangan pada isu yang saya utarakan. Seronok membacanya (mula-mula takut jugak, macam kene marah dengan lecturer.. hehehe). Betul jugak kata dr tu, mungkin saya terlalu selesa dengan pandangan sendiri sahaja. Bila saya dah keluarkan ni barulah nampak (walaupun sikit) bahasannya macam mana.
Cuma isu yang dr katakan tidak releven atau menakutkan itu memang menjadi menakutkan kalau dibahas sempit pada aspek ibadah dan aturan agama Islam (tutup aurat dan solat lima waktu berjemaah di masjid).
Yang silapnya saya ialah sepatutnya sejak dari awal saya bangkitkan bahawa isu ini adalah isu bagaimana kepatuhan seorang pemimpin pada agama yang dianutinya.
Benda ni menjadi kritikal kepada pemimpin kerana dia merupakan role model yang akan menjadi ikutan kepada rakyatnya. Ditambah berat bila dia mewarwarkan konsep Islam, tetapi malangnya dia tidak menyeluruh walaupun bermula pada keluarganya sendiri. Oklah, mungkin kene step by step. Kita ambil yang positif lah.
Kita doakanlah, semoga mana-mana pihak yang menang akan memimpin bermula penggal ini akan patuh pada ajaran agamanya keseluruhannya.
Teringin nak tengok pemimpin yang boleh meneladani Rasulullah (S.A.W). (Maaf kalau pada pandangan dr ia tidak releven untuk diaplikasikan di Malaysia negara majmuk ni, mungkin juga dr akan cakap, dia nabi, kita orang biasa.. terpulang..).
Cumanya, ta’jubnya saya bagaimana negara arab yang keras orangnya boleh dilenturkan dalam masa 23 tahun sahaja. Boleh pulak lepas tu menjajah kuasa besar Rom dan Parsi. Bilalah pada zaman ini kita boleh menjajah dari aspek budaya dan pemikiran pula. Bosan rasanya asyik kita yang dijajah . Maaf, macam keluar topik pulak. Wassalam..
Nana (KL) March 7, 2008 11:43 PM PST
salam abg rem. selamat mengundi... walopon jauh kat uk. hihihik...
ba atau bn? ba atau bn? hmm.... susah nak fikir lerr..
paloma March 7, 2008 03:51 PM PST Dr, dalam kelas sy tiada peluang utk berdebat begini ba..dulu dalam kelas Dr paling2 pun pasal alam sekitar ja..
ala Dr..kita ni kalo belajar byk2 bahasa pun kalo kita tidak dapat bercakap hari2 sama juga dengan kita tidak belajar..siapa la yg sy bole ckp bhs arab di sini?wpun sy tidak tau byk tapi sy percaya kalo dpt dipraktikkan mgkn ada kemajuan jg..betul kan?
Rem March 7, 2008 11:46 AM PST Mardhiah,
Itulah pasal, kan. Setelah menghabiskan duit cukai rakyat sebanyak suku juta untuk belajar klimatologi sinoptik, tetiba pula nak tukar bidang kerjaya jadi ahli politik. Tak adil untuk rakyat dan negara, kan? He he he he..
Satu juta dah cukup untuk saya Mardhiah oooi. Saya ni bukan tamak haloba macam sesetengah orang. Bukan ada niat nak beli saham mana-mana pun sampai perlukan 13 juta ka, atau satu billion. BTW, yang kamu bising sangat pasal juta-juta ni, kamu nak bagi saya duit ka? :)
Nor: "Ke, bagi kamu benda tu bukan basic, macam susah sangat ek, atau boleh diremehkan?"
Memang ia bukan benda senang. Sebab itu ramai yang tutup aurat tapi masih nampak auratnya. Pakai tudung jenis manja-manja. Pakai T'shirt, pakai jeans. Lima batu lagi dah nampak buah semangka memboyot. Begitu juga halnya dengan sembahyang lima waktu berjemaah di surau/masjid. Mungkin dalam jutaan rakyat Malaysia, hanya sebilangan kecil (termasuk Nor sekeluarga -- dari mak bapak, adik, kakak dan abang) yang mampu bertudung labuh jenis jubah dan boleh solat lima waktu secara jemaah.
Tapi saya TAK KATA (dan TAK ANGGAP) isu begini remeh atau kecil. Memang ia penting. Bahkan sangat penting. Tapi saya secara peribadi tidak mahu menggunakan ukuran basic ini SECARA TERBUKA DAN EKSPLISIT sebagai judgement maha penting untuk perkara-perkara yang lebih besar, misalnya kepimpinan politik/negara. And you can disagree with me on this, and I don't want to argue. It's my personal choice.
Bagi saya (secara personal), memberi penekanan yang berlebihan (misalnya: mengangkatnya 'basic' ini sebagai contoh asasi yang pertama setiap kali mahu berhujah tentang isu kepimpinan) -- memberi mesej yang 'tidak sihat' kepada masyarakat berbilang bangsa dan agama di Malaysia. Bahkan ia juga boleh mengelirukan kalangan orang Islam sendiri pun.
Kenapa baru sekarang timbul? Dulu pemimpin-pemimpin kita tutup aurat ke bini-bini diorang? Tak jadi isu pula. Dulu masa Anwar giat memperjuangkan manifesto Islam Madani (sebelum kena pecat) -- dia biarkan bininya jalan merata sorang-sorang (tak ditemani suami!) kemudian bersalaman pula dengan lelaki-lelaki bukan muhrim yang ratusan jumlahnya? Tak pernah jadi isu pun. Atau perkara-perkara ini bukan basic? Tak penting? Perkara remeh, ek? Atau isu 'basic' itu hanya relevan kalau kena pada pemimpin yang kita tak suka? Tidakkah ini semua mengelirukan? Ini adalah contoh dan bentuk kesangsian yang boleh timbul bila kita tersilap memilih isu untuk dijadikan basic argument.
Bila bercakap saja tentang soal kerohanian -- tak kan terus masuk bab aurat dan sembahyang lima waktu jemaah sebagai isu basic yang paling perdana. Itu sesuai untuk audiens yang semuanya Islam.
Tapi harus ingat, dalam konteks politik negara, audiens kita bukan orang Islam saja. Termasuk juga pelbagai agama lain. Saya percaya Nik Aziz sendiri pun -- bila bercakap tentang konsep kepimpinan melalui teladan -- dia tak akan terus redah masuk 'aurat' sebagai poin yang PALING BASIC. Kenapa? Satu, cara itu kurang berhikmah dan boleh disalahmengerti dalam pelbagai keadaan. Kedua, kerana dia mahu semua orang tahu bahawa konteks 'kepimpinan teladan' itu relevan kepada semua orang/pemimpin -- bukan hanya orang/pemimpin yang beragama Islam.
So, kamu faham ke apa poin saya kat sini? Bukan menidakkan kepentingan perkara-perkara itu. Cuma saya kata, kalau kita menggunakan perkara-perkara itu sebagai 'asas untuk bermula' -- it wouldn't go well with everyone. Kita harus mempertimbangkan situasi dan audiens yang lebih rencam dan universal sifatnya -- sebelum memilih di mana harus bermula.
Kadang-kadang kita terlalu taksub dengan kepercayaan sendiri sampai kita terlupa bahawa 'kepercayaan' itu sebenarnya boleh menakutkan ramai orang. Dan lebih malang lagi, indoktrinasi kepercayaan peribadi kita itu pula (yang sengaja kita sebar serata internet -- untuk dibaca oleh ratusan/ribuan orang lain).... secara tak langsung menjejaskan imej parti/kumpulan yang kita sokong.
Barangkali pandangan-pandangan begini yang disuarakan merata-rata (dan secara eksplisit disebarkan atas kapasiti penyokong parti alternatif) -- yang jadi punca kenapa BN terus berkuasa di negara ini. Bila rakyat majoriti (khususnya floating voters) membaca pandangan yang begitu, serta-merta mereka menyangka bahawa itulah yang digagaskan oleh pemimpin-pemimpin parti non-BN. Kemudian, memalingkan hati-hati mereka. Siapa tahu?
Lepas tu kita salahkan pengundi hantu bila kalah. Sebenarnya kita yang jadi hantu. Menakutkan para pengundi dengan saranan-saranan yang ekstrim! :)
Fakta tentang keputusan pilihanraya dan pengundi hantu:
Lebih daripada 80% kawasan parlimen/ADUN yang dimenangi oleh BN melibatkan 'kelebihan majoriti undi' lebih daripada 1500.
Seriously, (katakan memang ada pengundi hantu pun!) kamu percaya bahawa SPR boleh masukkan pengundi hantu seramai itu dalam SETIAP kawasan parlimen dan ADUN yang ditandingi? Give me a break!!
Kesimpulan: sila analisis sendiri punca kekalahan utama. Selagi barisan alternatif suka berselindung dengan alasan 'pengundi hantu' -- selagi itu mereka tak akan sedar punca kelemahan utama strategi kempen mereka. Macam pemain badminton kita la. Setiap kali kalah, asyik salahkan pengadilan yang tak saksama. Kalau gitu, sampai mati pun... tak akan maju. Yang salah semua orang lain. Sistem salah. Itu salah. Ini salah. Yang dia sendiri serba sempurna, tak ada apa yang perlu diperbaiki. :)
Nor March 7, 2008 07:45 AM PST Salam,
komen pasal Pak Lah:
Bukanlah nak sempitkan tentang tutup aurat je, tapi kalau benda yang basic tu pun dia tak boleh nak patuh pada keluarga dia, macam mana dengan benda besar yang lain? Ke, bagi kamu benda tu bukan basic, macam susah sangat ek, atau boleh diremehkan? Apa-apa lah kamu Rem. Malas saya nak buat assumption.
Mardhiah Bte Mohd Yu March 6, 2008 08:36 PM PST Rem, sejuta tu murah sangat tu Rem... Satu billon barulah padan kut dengan gelaran the only sipnotic climatologist in Malaysia. hahahha
Mardhiah Bte Mohd Yu March 6, 2008 08:29 PM PST Anisah apa cakap macam tu, kan ini tempat kita sembang-sembang, tukar-tukar fikiran. Kalau Anisah tak tulis, sampai bila kami tak tau apa kebaikan DAP dan kami akan sentiasa dibayangi ketakutan yang kalau DAP menang kita akan jadi macam Singapura.
Name,
Rem mana buleh masuk politik dalam masa terdekat ni. Awak tak baca paper arus perdana ka? Sapa-sapa boleh jadi PM. Tapi tell me berapa orang di Malaysia atau di Nusantara ini yang ada ilmu dan kepakaran dalam bidang klimatologi. Negara kita pula tu dah opt for pertanian. Kalau tak ada kepakaran dan teknologi dalam bidang ni, boleh jejaskan KDNK kita tau.
Rem March 6, 2008 08:22 PM PST Name: "nampaknya mr rem dari sekolah sampai u.. dah digelar dr masih macam dulu...pantang kena provoke!!!! patut la awek blah..."
Ha ha ha! Saya suka ayat ini. Sampai awek pun masuk. Macam ada nada kecewa saja. Kita dulu pernah bercinta ka? :)
Kenapa pula ada cerita "pantang kena provoke". Laaa.. ini kan blog personal saya. Kalau orang bertanya, atau orang bagi pandangan, atau orang nak berdebat -- tak kan salah kalau saya jawab dan respond? Itulah fungsinya orang menulis di blog. Supaya ada interaksi. Ada pertembungan pandangan yang pelbagai. Kalau sekadar satu tulis pandangan saya, lepas tu saya menunggul macam kayu mati -- tak ada percambahan wacana -- lebih baik saya tulis untuk suratkhabar dan majalah. Atau lebih baik saya tutup ruangan komen ini, kan? :)
Name:"pak lah PM yg sewajarnya menjadi role model pada rakyat.. dan pak lah pengasas islam hadhari.. apa yg role model patut modelkan pada rakyat?"
OK fine, Pak Lah nak jadi role model pada rakyat, bagus la. Saya tak pernah kata itu bukan tanggungjawab Pak Lah. Saya juga tak tulis Pak Lah tu serba sempurna. Cuma saya kata -- kenapa nak sempitkan pada soal aurat saja? Tengoklah pada perkara yang lebih universal. Kamu tau tak Islam Hadhari tu apa? (Ya, saya tak menyokong pun Islam Hadhari). Tapi ramai yang nak bahaskan IH tapi tak faham apa gagasannya. IH tak sama dengan gagasan 'Daulah Islamiyah' yang diperjuangkan oleh PAS. IH adalah pemindahan nilai-nilai Islam dalam semua aspek kehidupan. Nilai-nilai Islam -- bukan persoalan syariah, aqidah atau feqah Islam.
Sebab itu apabila IH diperkenalkan di peringkat universiti, perwakilan yang datang untuk mencanainya datang dari pelbagai bangsa, agama dan budaya. Kami tak bincangpun aspek-aspek feqah dan aqidah. Cuma bersabit dengan nilai moral dan etika sejagat -- yang sesuai untuk semua penganut agama.
OK, jangan salah anggap. Saya tak kata saya sokong Islam Hadhari. Tak. Tapi untuk kamu mempertikaikan konsep Islam Hadhari -- kamu kenalah faham apa intipati dan saranannya. Kalau kamu setakat cakap pasal tutup aurat, sembahyang lima waktu -- itu secara langsung menunjukkan kamu tak faham gagasan IH. Kamu sempitkan persoalan rohaniah yang dibawa oleh Pak Lah kepada hanya aspek dosa-pahala mengikut kacamata Islam.
Name: "i cabar u apa yg u cakap kat alam maya bukan sekadar cakap kosong, sekurang2nya 5 tahun lagi u KM sabah dgn remismenya tersendiri.."
Wah, cabaran yang sungguh menguja. Kalau setiap kali ada orang bercakap tentang politik dan membahaskannya (sekalipun hanya dalam blog peribadi) -- kamu mencabar mereka untuk masuk politik, bertanding jadi KM atau PM -- rasanya untuk pilihanraya akan datang 50% penduduk Malaysia akan jadi calon. :)
Saya tak berminat mahu menjadi ahli politik. Saya cuma berminat untuk jadi celik politik. Tapi kalau kamu mahu menaja saya RM1 juta untuk bertanding... ya.. saya mau.. saya mau... ha ha ha ha!
Name March 6, 2008 08:21 PM PST pak lah PM yg sewajarnya menjadi role model pada rakyat.. dan pak lah pengasas islam hadhari.. apa yg role model patut modelkan pada rakyat??? i bukan bercakap ttg pak lah yg kerja kat pasar malam... rem, i cabar u apa yg u cakap kat alam maya bukan sekadar cakap kosong, sekurang2nya 5 tahun lagi u KM sabah dgn remismenya tersendiri..
nampaknya mr rem dari sekolah sampai u.. dah digelar dr masih macam dulu...pantang kena provoke!!!! patut la awek blah...
putrajaya
Rem March 6, 2008 04:35 PM PST Ding,
Ha ha ha ha. Tak baik mengutuk PM tau. Nanti KJ marah..... :)
Anisah,
Take it just as my personal feeling. Dalam senario politik Malaysia sekarang, sebenarnya susah mau cari parti atau individu yang boleh diharap. Semuanya ada high and low points masing-masing. And yes... I can sense where your disagreement comes from. Because I pick (only) on certain 'specific issues' and make a judgment of something much-much bigger. I know that's unfair -- because it doesn't really justify the bigger picture. Tapi susahlah mau tulis everything in one entry. There're more substances I would like to include, but well....
Paloma,
Sabar bah. Jangan terlampau bersemangat. Kalau dalam kelas begini punya ghairah mau berdebat, ndak apa juga! :)
Wah, ndak tau pula kamu ni ada belajar Bahasa Arab. Kelas gitu. :)
paloma March 6, 2008 01:59 PM PST name, sy mau tanya..macam mana awak tau yg pa lah tak sembahyang lima waktu? apa yg dibanggakan sgt ttg nik aziz?? orang seperti dia yg kamu bangga2 kan tidak sepatutnya menggelar orang sebagai 'orang utan'.. takkan dia dok berdoa 5 waktu utk memikirkan gelaran utk org lain..
sy ni bukan muslim pun sy tau jg..sy siap ambik bahasa arab sampai level 4 lagi tau..sy tau jg apa itu islam..
tak kisah la org bertudung ka tidak..ko ingat org yg tutup aurat tu semuanya baik2 ka..malahan org yg tidur di masjid dan kelihatan warak pun blm tentu hatinya bersih..jgn la menilai org dari luaran..kalo setakat pandangan mata kasar,jgn berani menilai org.. mcm pak la..dia x perlu show off atau nak bagi tau satu malaysia yg dia ke masjid..dia ke surau pun sudah memadai..nik aziz mau sgt bagi tau org yg dia tu ulamak la apalah tapi dia sebenarnya mengajar org terutama pengikut dia supaya membenci org lain..nik aziz kononnya hari2 pergi jemaat..tp kamu tau ka hatinya btl2 berjemaat atau x??sy hairan la..sama2 org Islam, sama2 org Melayu..sama2 budaya apa yg kamu mau sebenarnya..sy bkn bersikap perkauman..jgn salah faham..mcm mana mau maju..satu bangsa pun masing2 ada niat utk menjatuhkan bangsa sendiri..tidak faham saya..
Anisah March 6, 2008 01:53 PM PST I don't agree with certain things in this entry. No, it's not just about your points on DAP. But, you have valid points. OK, ni bukan rumah saya, tak nak la saya berceramah lebih daripada seperenggan di sini pasal pandangan saya. Biarlah itu dimuatkan di rumah saya pula. :) (Bila saya ada masa menulisnya!) Tapi saya sangat setuju dengan jawapan kepada Name. Itulah penyakit sesetengah politikus dan orang awam di Malaysia, berjuang dalam lingkungan kefahaman sendiri untuk orang dalam lingkungan perhubungan sendiri. Kemudian tercenggang pula jika ada rakyat Malaysia lain yang terjelapuk dengan idea mereka. Saya harap kita semua sama-sama sedar, Malaysia ini milik semuorang, dan yang paling saksama adalah kesejahteraan untuk semua tanpa meminggirkan sesetengah dalam proses tersebut. Itulah islam (nota, i huruf kecil sini)bagi orang Islam, dan itulah nilai-nilai universal bagi semua penganut agama lain (dan yang enggan beragama)!
Ding March 6, 2008 09:16 AM PST salute Tun M..beliau masih lagi berbisa..
to pak la..keep up the hard sleeping..
Rem March 6, 2008 05:23 AM PST Name: "rohaniah???? kalu bini2, anak menantu pun tak buleh nak didik (aurat pun tak gheti nak tutup)"
Sejak bila pula rohaniah hanya terhad kepada isu 'tutup aurat' saja? Kamu nak cakap bahawa pembangunan rohaniah ini hanya khusus untuk orang Islam? Orang bukan Islam tak payah dibangunkan secara rohaniah? Pandangan super bangkut.
Mungkin kamu tak pernah sekolah. Tapi itu bukan alasan yang cukup baik untuk tak reti nak bezakan antara 'aspek rohaniah' dan 'nilai-nilai keislaman'.
Name: "masjid mana yg pak Lah jemaah setiap hari... at least nik aziz yg tak bina mesjid maintain jemaah 5 waktu tau"
Again, why 'rohaniah' is exclusively-and-only associated with Islamic values? Sebab 'rohaniah' itu disadur dari bahasa Arab maka kamu dengan bengapnya menganggap ia hanya untuk orang Islam? Saya bercakap konteks rohaniah yang lebih universal. Yang relevan untuk Malaysia secara keseluruhan -- sebuah negara berbilang bangsa, budaya dan agama.
Dan kenapa pula nama Nik Aziz tiba-tiba diheret masuk ke sini? Ada saya sebut nama dia dalam entri ini? Atau kamu rasa bahawa nama itu mesti dizikirkan di mana-mana, kerana ia akan membantu kamu melupuskan dosa-dosa?
Name: "... hang cepat2 habih belajar pastu balik malaysia election 5 tahun lagi..."
And what makes you think that I'm still in college? Bukan semua rakyat Malaysia yang berada di UK masih belajar. Ada yang sudah kerja, ada yang melancong. Tapi mungkin kamu tidak tau pasal ini sebab dah lama sangat tinggal dalam gua batu.
* * * *
Kalangkang,
Politik duit memang ada di mana-mana. Biasalah tu.
Neutral,
Anwar, IMHO, will never be a factor again. Dalam dunia politik Malaysia.
Name March 6, 2008 04:15 AM PST rohaniah???? kalu bini2, anak menantu pun tak buleh nak didik (aurat pun tak gheti nak tutup)camna nak bimbing rakyat... pemimpin rohaniah??? cuba tanya dalam banyak2 masjid canggih2 nih, masjid mana yg pak Lah jemaah setiap hari... at least nik aziz yg tak bina mesjid maintain jemaah 5 waktu tau... hang cepat2 habih belajar pastu balik malaysia election 5 tahun lagi jadi calon barulah buleh tengok karismatik ka, teknokrat ka atau hampeehhh!!! lebih hampeeh dari anwarisme.. jangan dok komen kok alam maya saja...
Neutral March 6, 2008 03:09 AM PST true to ur words,tun m is a person who thinks big and brings malaysia based on his ideas. thats why we r in this state. physically we are ok, but actually we r not. he is the bapa pembangunan, so all he do is build, build n build more buildings, high buildings.
he dun care much bout the corruption level, and any other rohaniah stuff.
come abdullah, he cant continue build buildings. so he do rohaniah stuff. he might b quiet, but he he is the kind diam2 ubi berisi. theres something up his sleeve.
anwar is a person who wants to prove to tun m n malaysia he could lead pp, and could lead better then any leader.
but y u and the media is focussing on anwar? i mean, there are many other opposition, strong opposition out there, y talk about anwar?
recently there's a forum that had bin published in star paper(malaysia) on the topic "wat wud happen if anwar became in pm?".
y bother do this forum?
i'm juz curious. to me anwar is not a big threat compared to lim kit siang n nik aziz.
kalangkang March 5, 2008 10:02 PM PST Politik malaysia adalah politik duit...tu yg menyebabkan kepimpinan negara masih berada dlm keadaan yg...entah..susah batul nak ckp..