|
Monday, February 25, 2008
i
Kawan lama saya pernah berkata: pilihanraya adalah pertunjukan sarkas paling meriah di Malaysia. Pada musim ini, para pengundi (dan, sang politikus juga) akan ramai-ramai menjadi badut. Lalu berlumba-lumba membinatangkan diri sendiri.
Seperti kambing hamis
mereka mengembik disimbah air.
Seperti bapa ayam
mereka berkokok tengah malam.
Seperti anjing kurap
mereka menyalak tuan sendiri.
Seperti kucing jinak mereka minta dibelai pungkur.
Seperti monyet bangkatan
mereka malu berkontol besar.
Seperti buaya lapar
mereka kemaruk mengidam bangkai.
Seperti gajah putih mereka hilang gading bertuah.
ii
Betul begitu? Saya tidak tahu. Sepanjang hayat, saya belum pernah membinatangkan diri mengundi di Malaysia. Tahun ini juga saya masih tak dapat lunaskan tanggungjawab itu. Heii, bukan saya tak mau mengundi, ok. Tapi setiap kali musim pilihanraya -- (believe it or not!) saya selalu berada di luar daerah. Kalau bukan di negara asing, mesti ada di tanah Malaya. Habis, mau buat macam mana?
Daripada buang duit beli tiket kapalterbang, kemudian pening-lalat merentas Banjaran Crocker turun-gunung-naik-gunung sejauh 140km; semata-mata mahu mengundi calon yang belum tentu akan menang -- bukankah lebih baik saya gunakan duit itu untuk menonton filem Hindi dermakan duit itu kepada rumah kebajikan anak-anak yatim?
Kalau kamu berada di tempat saya pun, rasanya kamu juga akan buat pilihan yang sama. Kan?
iii
Doa saya khusus untuk pembangkang, sempena pilihanraya 2008:
Dear Uncle Jeff, You might be the #1 Blogger in Malaysia. But believe me, politics is certainly not your natural habitat. Malaysia deserves a better leader. I tell you what Uncle Jeff, jumping into the bandwagon (so quickly-and-excitedly, no less) in every opportunity whenever outsider reporters/politicians having this Malaysia-bashing party -- that's so NOT patriotic. Uncle Jeff, if you think such behaviour is cool, then (with all due respect) your parents obviously had chosen the wrong country to migrate in, some years ago. Well, if only history can be reversed....
Dear Uncle Jeff, By all means, you can criticise/bash/insult Malaysia (and, I'm not even bothered!) -- but please-lah, NOT in the name of all those fuc***g foreigners. What do they know about us? Jeff, just imagine how you and your kids would feel -- if your wife runs to the neighbours complaining how small your co*k is, and that you don't even know how to fu*k? Would you be a proud husband and father, still?
- Wan Azizah kecundang di Permatang Pauh (but I must admit, this is very unlikely to happen)
Buat tatapan Kak Wan, Cukup-cukuplah tu. Abang Nuar dah terseksa dalam penjara bertahun-tahun. Sisa-sisa umur yang ada, alangkah bagus kalau diguna semaksimanya. Berdua-duaan dengan Abang Nuar sambil membuat anak bermain dengan cucu. Some (political) damages are repairable, some others are not. Kebinasaan yang diwarisi oleh dinasti Ibrahim -- masuk dalam kategori kedua. Unfortunately.
Kak Wan, janganlah buang masa cuba mencantumkan gelas yang sudah serpih berderai-derai. Takut nanti, pecahan kaca hanya melukakan jari-jari sendiri.
Kenapa? Ntah. Saya pun tak tau kenapa saya nak sangat dia kalah (ha ha ha ha!). Barangkali sebab saya benci tak suka dia mengidolakan dirinya sendiri setaraf dengan Che Guevera, seorang aktivis hak asasi tersohor. Ptuii!
Sebagai seorang idealis, Chegu Bard ini hanya ibarat budak-kecil-masih-menyusu jika dibanding dengan Che Guevera yang sangat pintar akademik dan seorang pejuang non-partisan tulen. Dari segi perlaksanaan idealisme pula, Chegu Bard yang gila glamour ini hanya ibarat bunga dedap di sisi Che Guevera yang menolak mentah-mentah sebarang sogokan (i.e. sama ada berbentuk materi, mahupun populariti).
Saya memang tak pernah minat pada calon-calon yang kuat perasan. Terlalu idealis. Baru dapat menjilat lantai kuil, dia sudah menyangka dirinya semulia dewa-dewa kayangan. Ptuii, sekali lagi.
iv
Amin. Moga-moga doa peribadi saya ini dimakbulkan Tuhan. Saya pun tak berhajat banyak sangat pada tahun ini. Hanya tiga itu saja. Tak bolehkah?
Posted at 8:37 am by Rem
 |  |  | Name ARMAN September 3, 2009 03:21 PM PDT
ramalan ibarat meluda ke lengit... putiii.... |  |
  |  |  | Malaysian-Malaysia March 13, 2008 12:09 AM PDT
Pada perkiraan awal, khairy jamaluddin kalah dengan undi 100++ kepada Chegubard. Khairy meminta recount, dah lepas tu rupa-rupanya Khairy "menang" dengan majoriti 5000++... Tahniah Khairy... Syabas... Saya bangga kemenangan macam ni... Kemenangan paling ajaib dalam sejarah politik dunia sejak berabad lamanya... saya bangga jadi rakyat Malaysia.. Pegawai SPR ni lain kali kira la betul2.. takkan tak boleh bezakan logo PKR dengan BN kot... 5000 kali tersilap baca, memang patut kena pecat pegawai tak reti tambah tolak matematik ni... |  |
  |  |  | hatecore March 12, 2008 05:43 PM PDT
saya mau tahu lebih banyak lagi tentang DSAI & PKR ni, sila jelaskan lagi kepincangan mereka...
saya agak tercondong pada mereka akhir2 ini...
tolonglah diperbetulkan... |  |
  |  |  | Rem March 11, 2008 04:49 AM PDT
Itulah pasal. Semua ramalanku tumbang seperti pagar sawah dirempuh sekumpulan gajah liar! Cissss....
Lain kali saya akan buat ramalan secara 'reverse'. Kalau saya nak Jeff Ooi kalah, saya akan ramalkan dia menang. Kut-kut boleh menjadi taktik suweh saya ni... ha ha ha! |  |
  |  |  | mustika March 10, 2008 12:59 PM PDT
Rem, ramalanmu salah belaka!
prfftthhh |  |
  |  |  | eliss March 5, 2008 02:09 PM PST
takbir!!!!!!!!!!!!!!!!! |  |
  |  |  | Rem February 29, 2008 04:38 PM PST
Name,
Wah... begitu idealis sekali. Mungkin ada kebenarannya. Tapi kena tengok pula 'satah pandangan' lebih besar. :)
Paloma,
PASOK? He he he..... teringat saya pada mendiang Datuk Mark Koding. Anak dia sekarang jadi orang kuat PASOK. Kalau pasal jati diri dan tegar pendirian, PASOK memang ok-lah. Tapi kita juga perlukan kerajaan yang stabil. Saya tak tau... sejauh mana PASOK boleh janjikan kestabilan itu. Belum teruji. So, the question is: would you dare to gamble?
Tapi PBS memang sangat mengecewakan. Daripada sebuah parti berjiwa rakyat (menumbangkan kerajaan Berjaya yang korup dan tidak patriotik -- yang 'menjual' Labuan dan cuba-cuba juga mahu jual Kundasang!) -- PBS bertukar jadi parti fascist yang tak pandai berkompromi, dan tiada pendirian pula. And seriously, PBS has nobody to blame for its premature fall -- kecuali salahkan diri sendiri. Rakus, tamak, rasis, fanatik, extrem -- itulah yang telah makan diri sendiri. Wah, semnagat nampak.. he he he he!
Kalau saya mengundi di Sabah sekarang, saya mau undi ikut 'pemimpin individu'. Bukan undi parti! BTW, Paloma.. jangan lupa kempen untuk Datuk Karim Bujang tau. Ingatlah jasa-jasa dia pada warga pelajar yang sedang terkial-kial mencari arahtuju kehidupan. :)
Adeq,
Jangan pula diri sendiri asyik-mahsyuk tengok bulan mengambang setiap malam.. sudah la! :)
|  |
  |  |  | aDeq February 29, 2008 03:17 PM PST
Saya pun suka parti bulan mengambang nie ... daripada parti bulan terbelah dua di lautan tu :-P |  |
  |  |  | paloma February 29, 2008 10:15 AM PST
hi Dr..
lama sdh sy tidak membuka ruangan Dr ni..apa kabar Dr?
sy berminat dan tertarik dgn komen yg diberi oleh Name..sy memang setuju tentang beberapa perkara yg beliau perkatakan..kerajaan PAS sememangnya boleh dibanggakan dalam sesetengah perkara.contohnya dalam bab kesetiaan mereka terhadap parti mereka. bukannya macam sesetengah ahli dalam parti BN dan juga PBS..kena bagi duit RM2k pun sudah puas hati macam kena bagi macam sejuta..minta maaf la sy ckp tapi orang Melayu di "M" memang sukakan kedudukan dan mereka ni umpama "makan anak". sanggup menggadaikan maruah demi pangkat dan kedudukan..kalo kita bercerita tentang parti yang ada di Sabah, contohnya PBS..mereka ni semuanya jadi "anjing kecil" orang di seberang sana..bila tidak puas hati dengan BN lari la pula ke PKR..apa bezanya PKR dengan BN?kedua-duanya pun dipimpin oleh bangsa yang sama?sy tidak faham la dengan pendirian orang Dusun atau Kadazan di Sabah..sy rasa mereka ni tidak sayangkan bangsa sendiri..cuba la tengok macam Barrack Obama..dia mati-mati mau mempertahankan hak orang hitam di AS walaupun dia tidak terang-terang mengatakan begitu..
apapun yang diperkatakan oleh mana-mana parti terutama BN, PAS atau PKR sy tidak sesekali mencemarkan kuku sy untuk mereka..kalo tiada pilihan lebih baik saya undi PASOK..apa kata Dr.. |  |
  |  |  | Name February 27, 2008 12:19 AM PST
Name,
Saya rasa awak ni tersilap tafsir ape yg ingin saya katakan. Soal pembangunan bukan perkara pokok yg ingin saya ketengahkan. Isunya soal keadilan & kesamarataan layanan kerajaan pusat kpd kerajaan PAS Kelantan. Sebab itu saya katakan jika layan yg diberikan adil sudah pasti pembangunan di Kelantan lebih baik. Setelah 18 tahun kerajaan PAS Kelantan tetap bertahan dgn sumber kewangan terhad.. Kelantan tetap terus dimajukan dgn perbelanjaan yg berhemah..tiada korupsi . Kerajaan PAS terpaksa membayar hutang piutang yg ditinggalkn oleh kerajaan BN Kelantan sebelum 1990. Kini Kelantan antara negeri yg mempunyai hutang yg terendah berbanding negeri lain yg mempunyai hutang yg byk dgn kerajaan persekutuan. Ini yg kita mahu..kerajaan yg telus, berhemah, pemimpin yg jujur serta berpendirian dan kesenangan dinikmati semua org bukan golongan tertentu shj. Kita tak mahu individu yg hanya fikir mudah sahaja.. “ asalkan saya hidup senang..hidup tenang.. saya tak kisah hal lain..” sedangkan masih ramai lg org lain yg hidup dlm kesempitan. Kalau di Sabah, negeri tertinggi rakyat dlm kemiskinan..saya rasa amat sedih sekali kerana hasil buminya yg mewah & banyak sepatutnya rakyat hidup senang..bukan terpaksa dalam kepayahan..ini kerana pemimpin yg korup serta individu yg penting diri sendiri. Untuk mencapai negara maju, fikiran kita harus lah kehadapan..bukan fikir logic umpama nk maju undi parti cap Ayam walaupn penuh korupsi… undi parti X kita takkan maju.. betulkah begitu? Sudahkah terbukti? kalau begitu smpai bila2 fikiran kita masih lagi ditakuk lama 50 thn dulu.
Kemudian, awak katakana saham drop masa penamaan calon. Apa kaitan nya? Lemah benar analisis awak. Baru penamaan calon takkan itu jd alasan pasaran saham jatuh. Mungkin awak tak perasan..pasaran saham serantau juga drop pada masa yg sama..jd apa kaitan nya dgn penamaan calon di Malaysia. Takkan politik Malaysia mempengaruhi pasaran saham negara lain, Hong Kong, Jepun, Singapura? Kalau begitu, hebatla Malaysia..dh mcm Amerika pulak taraf kita ni yer..
“ tapi saya sgt takut saya mengundi parti yang akhirnya buat negara saya muflis”.. mana bukti ini akan terjadi jika BA menang? Belum lg memerintah awak sudah buat pelbagai andaian..itulah akibatnya jika fikiran cetek mudah terpengaruh dgn media yg berat sebelah..Jika begitu, Kelantan kini dh muflis ke? Kelantan negeri pertama yg mengadakan skim Takaful kpd rakyatnya yg berumur yg kini ditiru pulak Selangor iaitu skim takaful “Jasamu dikenang”, sbgai bantuan kpd waris apabila berlaku kematian. Jika muflis, sudah pasti ini tidak mampu dilakukan oleh kerajaan Kelantan..
Jadi semua telahan & andaian awak tidak benar melainkan telah terbukti berlaku. Malah bg saya, jika kerajan skrg terus mengamalkn korupsi & nepotisme..negara kita boleh bankrap dan kalau bukan awak, mungkin satu hari anak cucu cicit awak kena berhijrah mencari rezeki di negara lain..itu yg berlaku di Indon, bukan negara itu tidak kaya dgn hasil, tp kekayaan masuk ke poket golongan tertentu sahaja. Awak sendiri mengaku BN byk korupsi tp awak masih setia lg dgnnya..kalau budak kecik pn tahu..jika ditipu dia takkan percaya pd org yg menipunya..takkan la kita masih percaya..lain la klu sanggup ditipu berkali-kali..silakan.
Kalau nk pembangkang kuat..kena la sokongan kepada pembangkan lebih..bukan hanya mengikut membuta tuli sahaja ape yg dikatakan kerajaan tanpa menyelidik kebenarannya. Jika benar ada KJ & Pak Lah dlm PAS /PKR/DAP yg melalukan korupsi.silakan.. kemukan bukti..laporkan. Saya percaya korupsi ini dilakukan jika seseorang itu ada kuasa & kedudukan. Tanpanya..ape yg boleh seseorang itu lakukan.. betul tak..Akhir sekali, ape yg kita mahu adalah pemimpin kerajaan yg adil, amanah, telus dan berintegriti, yg mana saya perhatikan belum ada pada kerajan kita sekarang. Tidak kisah parti mn yg ada ciri2 itu, itulah parti yg patut kita sokong..Jika satu hari nnti pemimpin korup BN yg ada kini dapat dijatuhkan..dan diperintah oleh pemimpin mempunyai ciri2 diatas..apa salahnya kita sokong.. saya percaya itu yg kita mahukan..selagi ia tidak wujud dalam kerajaan, selagi itu perjuangan itu harus diteruskan..
BERANI BERUBAH..!
|  |
  |  |  | aDeq February 26, 2008 04:11 PM PST
Saya rasa, Wan Azizah akan menang, dengan majoriti yang agak boleh la tahan...
Saya rasa?laaa... hik3 ~! |  |
  |  |  | intan February 26, 2008 03:33 PM PST
politik..politik..politik..
apa yg kt perlu adalah pembangunan dan bagaimana pembangunan boleh dinikmati secara sama rata oleh semua lapisan masyarakat bukan sahaja di Sabah, Srawak dan Malaya..tetapi Malaysia..
kita memilih pemimpin yg boleh membawa pembangunan bukan sahaja dr segi modernity tetapi dari semua aspek. KJ ke Pak Lah ke ..mereka sama-sama cuba untuk membangunkan negara. negara mana? pastilah Malaysia.
di negara mana yg tidak ada korup? parti mana yg tidak ada korup? come on la.. buka mata dan minda...
i hate politicians but i love politics.
Ezzah..inilah kehidupan..sy suka org tulis nama penuh sya..hahahaha.. |  |
  |  |  | Name February 26, 2008 02:10 PM PST
Peace,
saya minta maaf ya, saya bukan nak kempen. Tapi sebagai rakyat msia, saya berhak utk bersuara.
1) Awak komen pasal, pembangunan dan saluran kewangan yg adil. Ok, fine, tapi dalam dunia mana awak tinggal ni? Adakah awak tidak tahu mainan politik? Awak tahu cara raih undi? "Jadi, kalau rasa tak ketinggalan dan membangun, kenapa undi parti X", get it?
2) Bila awak cakap negeri yg umno perintah, statistik lagi banyak, awak refer pada data mana ya? Jgn cakap serkap jarang.
Awak tahu tak, berapa byk indeks saham drop masa penamaan calon? Saya tidak tahu awak dan org msia yg lain, tapi saya sgt takut saya mengundi parti yang akhirnya buat negara saya muflis, saya tak boleh hidup di sini lagi dan akhirnya berhijrah ke negara org macam mat bangla dan indon yg banyak di msia sekarang.
Kalau pembangkang msia kuat, saya tidak kisah untuk mengundi. tapi hingga sekarang, maaflah..
Memang saya tahu BN ada banyak kes korup dan mungkin ramai tidak suka pada KJ dan Pak Lah, tapi awak fikir tiadakah 'KJ" dan "Pak Lah" dalam Pas? Dalam Dap? atau dalam PKR? THINK |  |
  |  |  | neutral February 26, 2008 02:07 PM PST
in that case, i agree wif u.
peace, u have said wat i wanna say to
rebecca.
|  |
  |  |  | Anisah February 26, 2008 01:46 PM PST
Rem,
Itu la saya tidak buat aduan. Kerana apalah gunanya. Saya tidak dibenarkan menulis kawasan Parlimen dan DUN saya oleh pegawai tersebut, biarpun saya menunjukkan cetakan carian SPR yang terang-terang menunjukkan kawasan pendaftaran saya.
Pengalaman itu membuatkan saya tidak mahu mengundi pos lagi. Ahli Parlimen mana yang saya pilih kalau adapun kertas undi pos untuk saya. |  |
  |  |  | aDeq February 26, 2008 01:40 PM PST
ha ha ha ~! |  |
  |  |  | Peace February 26, 2008 10:10 AM PST
Rebecca..
oo..mu mek klate ke? penyokong kuat Annuar Musa rupanya..
Well..saya xleh nk ulas pasal masalah di kampong awak..
bg saya kita kena lihat keseluruhan..kerajaan persekutuan mmg tidak berlaku adil pd kerajaan PAS kelantan..peruntukan utk kerajaan kelantan sering tersekat & lambat diberi..kebanyakan duit masuk ke poket pimpinan UMNO..tidak terus kpd kerajaan negeri yg sepatutnya tadbir..semua org tahu hal ini..so tidak heran la jika Annuar Musa yg hulur bantuan kerana duit dia yg pegang..(kes dia seleweng duit PPRT)..
sbb itu pembangunan tidak dpt berjalan sperti negeri2 diperintah UMNO..saya yakin jika kerajaan kelantan pimpinan PAS diberi layanan adil & sama rata..kelantan pasti lebih maju dari skrg..rakyat dapat pekerjaan..jenayah mencuri/pecah rumah berkurang..(kita tgk sebab ape berlaku jenayah tu..coz xde kerja..duit tak de..)
tp itu semua susah menjadi kenyataan kerana UMNO takut jika PAS berjaya, maka layanan kurang adil & sekatan dibuat...perkara yg sama jugak berlaku masa PBS menang di Sabah..kerana tidak puas hati..berbagai cara dibuat utk menang termasuk membeli calon yg menang supaya lompat parti..jadi la pemimpin yg 'melompat-lompat' bak kata Rem.. Oleh kerana strategi serupa xleh diguna utk kerajaan PAS kelantan (klu dh boleh mesti Kelantan dh diperintah UMNO/BN dimana PAS menang dgn majoriti tipis, ada hanya 2 undi shj)..maka sekatan peruntukan kewangan dibuat..
Bg saya..tak kisah la siapa yg perintah..layanan adil perlu diberi kerana kerajaan tersebut dipilih oleh rakyat..kena hormat la..
Btw..negeri2 yg diperintah UMNO/BN semuanya lebih selamat ke? rasanya jenayah lagi byk..
mm..bg saya pilihan terbaik kita nk selamat di dunia dan akhirat (for muslim la yer)..bukan dunia semata-mata..dan sy x nmpak perkara itu dijalankan oleh pemerintah di negara ni.. |  |
  |  |  | Mik February 26, 2008 03:31 AM PST
Pernah mengundi. Heran bila kakitangan SPR tulis no. siri slip undi dekat list nama. Undiku bukan rahsia jadinya...
[i]-Kerajaan adalah parti yang menang selepas pilihanraya-[/i] |  |
  |  |  | Rem February 26, 2008 02:32 AM PST
Kawan Lama,
Undi pos masih boleh ka? I thought it's only for tentera? Anyway, I would never do undi pos (even if I'm allowed to). Ia adalah salah satu punca berlakunya penyelewangan undi di Malaysia. So, I'm totally against 'undi pos'. And, I don't want to be part of the thing that I never believe in.
Rakyat,
May be you're right. He has no shame -- so doing thing like that is just shamelessly natural for him. LOL!
Neutral,
You dah salah faham la. Bukan saya kata pembangkang/jeff ooi tak boleh buat 'perhimpunan kempen illegal'. Boleh. Tak jadi masalah. Yang saya tak boleh terima -- bilamana pembangkang (macam Anwar dan Jeff Ooi terutama sekali): begitu ghairah menyokong apa jua usaha jurnalis/pemimpin asing untuk memburuk-burukkan Malaysia di persada antarabangsa. Saya tak nampak kenapa benda itu perlu. Pilihanraya nasional dan politik Malaysia adalah isu domestik. So, biarlah hal-hal 'dalam kain Malaysia': kita saja yang bertengkar dan berlawan-lawan. Tak payah sampai nak buka pekung sendiri dan tunjukkan 'barang dalam kain' kepada seluruh dunia.
Rebecca,
Woww... very perceptive. Poin yang bagus untuk difikir. Tapi saya tak berani nak ulas sebab saya bukan orang Kelantan dan tak pernah duduk di Kelantan. :)
Kony,
Tangga-tangganya sudah ada. Cuma nak tunggu tukang saja... suruh pasangkan secara rasmi. Ha ha ha ha!
Anisah,
Iya ka? Ada pengalaman cam gitu? He he he! Nasib baik saya tak pernah ada niat dan keinginan mahu bersusah-payah mengundi pos. Lagipun, how sure we are -- that our undi will be delivered safely to where it should be? Hmmm....
|  |
  |  |  | Anisah February 25, 2008 11:23 PM PST
Ezza, saya boleh confirm, kalau dok luar negeri dan bukan pelajar sepenuh masa atau pegawai kedutaan Malaysia, tidak dapat undi pos. Sah. Saya pernah mengalaminya. Lagi haru, saya menjadi mangsa pegawai kedutaan yang tidak cekap sehingga seorang pelajar dianggap sebagai orang yang bekerja. Padahal segala borang-memborong telah diisi dengan lengkap. |  |
  |  |  | kony February 25, 2008 10:37 PM PST
doa
hanya berdoa- pemilik RJ permai sabandar cepat 'bertangga-tangga'.
he he he.
(kasi Ammiiin bah.:))
|  |
  |  |  | Rebecca Ilham February 25, 2008 09:57 PM PST
Hi Dr Rem, hope you're in good health. Please allow me to say something to Peace regarding Kelantan.
Peace,
are you even a Kelantanese who lives in Kelantan or are you want of those selfish Kelantanese who lives elsewhere (and prosper due to what BN has done) but travel back during every general election to vote for PAS and leave the consequences to others?
In my hometown, we have had both BN and PAS's politicians winning the DUN and Parliament seats. But changes never happened. The only person who the villagers go to for help despite whoever the wakil rakyat is/was would still be our beloved Annuar Musa, who is a local kampung boy. Even when he wasn't the reigning wakil rakyat. But being a true wakil rakyat who dedicate himself to help his constituents (even if they democratically do not want him in the first place), the guy has never refused to help, let alone to revenge.
Like my aunt said, it's been 18 years, and she's tired of PAS reigning the state. And if Kelantan is a true Islamic state as they've benn boasting about, how come crimes (burglaring, etc) in the kampongs haven't been solved? Instead, the rate has been increasing in a really disturbing manner. That's what the kampong people want - to be safe in their houses, and their properties not tramped on.
If PAS could not assure that, then maybe it's time for change.
I would be a first time voter if I'm in Malaysia. And I would vote. I have to make myself heard. And I don't hate politics, politicians maybe. But politics is just so integrated with my life to be ignored.
Thanks for the floor, Dr Rem! |  |
  |  |  | Neutral February 25, 2008 06:53 PM PST
i ve bin trying to comment on ur blog, but Allah bless u, my internet connection alawys ve prob. anyway, i hope ths time it'll b ok.
penang has done so many changes, by putting karpal singh (strong man of glugor) n koh tsu koon (strong man of bukit bendera) to bagan.
i may not know anything about jeff ooi, but i strongly disagree wif wat u say. i gv u an example. u r a businessman. u ve a gud product n u know u can attract ppl to buy it. but nobody wants to gv u a place to sell ur product. u r furious, so u sure sell it 'secara haram" rite? n to compare ur products wif other products, u will show the gud quality of ur product and the bad quality of the other products rite?
this is wat they r doing (besides anuar)! everytime they ask permission to have a ceramah awam, they will agree, n disagree at the last minute. wat to do? ceramah has to go on. the public has to noe wat happen. so, CERAMAH HARAM (ur idol so call named it).
wake up, my dear! while TUN M, is in his seat, he may not have his son going for election or dreaming of taking PM post. but CORRUPTION is high during his period. the perception index was low because he never reveal them. once he step down, and pak lah step up, everything has to be revealed as they r not his cronies.
who is mahathir to tell pak lah u can only stay for one penggal?? he himself stay for more than one penggal. anyway, now he is an ordinary man, who does not have any political power against pak lah, unless he will open up a new party or join in ay party (my prediction).
Wan azizah is unlikely to loose.
her daughter would also win i guess.
ths chegu bard, i dunno. but he is an emotional guy because at least, he wants his party to win. at least his seat. one more example, u enter an art competition. knowing u ve better skills than ur opponent. but everytime u lost, to the same opponent. well, u did win, as in u have better ranking. but u neva win 1st prize. wont u b emotional? u'll try again, yes! but as u continue to loose, wont u b emotional??
come on, we r human! we have emotions! we r not robots. thats wat the opposition are doing. stress, emotional,n all that u say.
they ve evrything to rule the country, but they neva get to rule the country. at least DAP got to rule the country for one day (which they wasted it). Pas got to rule kelantan ONLY (ths time pas might get terengganu and perlis).
my predictions, shahidan will loose in perlis( ths is my doa, too long d).
lee kah choon, chief minister of penang.
Chegu abrd loose( very obivious, unless this new "undi" system is gud),
pas wins in kelantan, terengganu, perlis
keadilan will win at least 3 seats in the Parlimen.
i agree wif u, wat anuar did is not right. but wat Tun M did to him either is not right. No, wat Tun M, did to MALAYSIA is not right.
i luv politics, i hate politicians. |  |
  |  |  | rakyat February 25, 2008 06:49 PM PST
"if your wife comes to the neighbours complaining how small your co*k is, and that you never managed to give her an orgasm? Would you be a proud husband and father, still?"
I bet Jeff would still be very proud because he is so shameless. Muka tebal macam itu binatantg. LOL! LOL!
|  |
  |  |  | Kawan Lama February 25, 2008 05:38 PM PST
Alaaa... ko ni kan Rem.
Kalau ada luar daerah... pakailah undi pos. Bulih bah gaman! Hehehehe.. |  |
  |  |  | Rem February 25, 2008 05:30 PM PST
Intan & Ezza,
I hate politic, and neither do I love politicians. Politik dan politikus: dua-duanya kotor macam tikus. But I respect a real statesman (negarawan) -- macam Tun M.
Peace,
Kalau nak tau apa beza politikus dan negarawan -- cuba fikirkan apa beza Anwar dan Mahathir. Anwar tu adalah contoh tipikal politikus: desperado, fanatik, opportunist, etc.
Anwar, bila dah tak suka kerajaan Malaysia -- dia menjaja serata dunia keburukan negara. Kalau ada mana-mana pemimpin/wartawan asing mengutuk Malaysia -- dia cepat-cepat bersekongkol.
Ingat lagi tak bagaimana Anwar laki-bini-anak-beranak tour sampai ke Indonesia, Filipina, UK dan US -- untuk menjual 'cerita dalam kain' negara Malaysia. WTF! Indon dan Pilak tu lebih mundur (dan JAUH LEBIH TERUK rekod hak asasi dan demokrasinya) -- kenapa nak sekongkol dengan diorang? Tak malu ka menjual maruah negara? Taktik yang sama sekarang ini diamalkan oleh Jeff Ooi, penduduk Malaysia tak kenang budi tu. Kalau boleh, dia himpun semua kenyataan asing tentang keburukan Malaysia dalam blog dia tu.
Kalau iyapun tak suka kerajaan Malaysia, apa salahnya buat kritikan secara domestik. Rakyat pun dah bijak sekarang. Kalau betul kritikan awak, rakyat akan dengar. Tak kan diorang ni fikir rakyat Malaysia bangang totok sampai terpaksa bersekongkol dengan 'orang asing' untuk nak jaja kempen? Seriously, saya tak pernah respect manusia politik cam gini!
Tengok pula Mahathir. Dia tak suka gomen sekarang. Dia ada telanjangkan banyak keburukan Malaysia. Tapi dia TAK PERNAH menjaja cerita kat luar negara atau terhegeh-hegeh nak bersekongkol dengan 'orang asing'. Dia kritik dan mengutuk kerajaan hanya secara domestik: antara dia dan rakyat Malaysia. Seumur hidup Mahathir, dia tak pernah bersekongkol dengan orang luar!
That's the spirit of real STATESMAN!
Peace,
Satu lagi... PAS adalah PAS. PAS tak sama dengan PKR. Tak sama dengan DAP. Jadi, tak payah nak samakan PAS dengan mana-mana parti pembangkang lain di Malaysia.
aDeQ,
Saya tak ada masalah sangat dengan bulan mengambang ketika malam berwarna hijau. Tapi kalau bulan pecah dua di tengah lautan biru -- yang ini memang jenis haru-biru. Atau kalau roket bulan yang selalu berangan-angan tinggi nak ke angkasa (tapi sayang.. tak ada minyak pun nak terbang... asyik tersadai saja!) -- yang ini pun ada masalah mental dan emosi!
Mardhiah,
Awak ni kan... keluar tajuk la pula. Kita cakap pasal politik, awak pula cakap pasal pejabat awak... laa.... apa nih? :) |  |
  |  |  | Peace February 25, 2008 03:25 PM PST
100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
17 tahun bukan waktu yang pendek
17 tahun juga bukan waktu yang panjang
Tetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta
Bukti kewibawaan Islam agama memerintah
Mentadbir dan membangun negara
17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah, tuan-tuan
Di zaman manusia sanggup apa saja untuk hidup senang
Menipu mencuri merasuah membunuh memurtad sekalipun
Zaman materialisme hiburan gila-gila di kemuncak ini
Di Kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni
Di Kelantan tiada judi untuk mempersia-sia ikhtiar manusia
Di Kelantan tiada nite-club untuk menghina wanita
Di Kelantan kadar jenayah paling rendah
Di Kelantan aktiviti ekonominya di tangan Islam
100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Kerja lima hari seminggu di Kelantanlah bermula
Cuti bersalin 60 hari di Kelantanlah bermula
Insurans kematian untuk seluruh rakyat warga emas juga
Di Kelantan bermulanya –Takaful Kifalah
100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kota Bharu pasar basah paling besar dan cantik
3000 wanita berniaga semuanya santun menutup aurat
Dinamakan nama isteri Rasulullah, Siti Khadijah
Di Kelantan ekonomi riba tidak diiktiraf
Biar kita rugi, kata Tok Guru, asalkan tidak dimarah Tuhan
Tetapi mereka tak rugi, kerana mengumpul wang dan harta
Nak senang sementara di dunia bukan tujuan.
Tujuan ialah mengumpul pahala untuk bahagia abadi di syurga
Bagi mereka akhirat adalah nyata
100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kelantan tuan-tuan, menteri besarnya seorang Tok Guru
Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
Tiap-tiap pagi sebeleum ke pejabat
18 tahun masih tinggal di rumah kampung berkembar masjid
Tak ada pagar tak ada pengawal tak ada orang gaji pun
Siapa-siapa boleh masuk dan berjumpa
Dia seorang yang warak dan zuhud
Gaji tiap bulan dipotong 45 peratus untuk parti dan kerajaan
Sejak dulu, elaun rumah tak pernah ambil, elaun keraian tak pernah ambil
Elaun buka puasa tak pernah ambil, elaun hari raya pun tak pernah ambil
Dan tangannya sentiasa ringan memberi sedekah
Itulah Menteri Besar Kelantan
Baru-baru ini BPR datang ke pejabatnya
Bukan kerana dia rasuah, tetapi kerana dia
Tak buat report ada orang cuba beri dia rasuah
100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Waktu mula-mula dulu mereka kata tiga bulan saja
Kerajaan PAS akan bangkrap tak ada duit nak perintah negeri
Kemudian tambah sedikit 6 bulan, kemudian jadi setahun
Sekarang 18 tahun dan ekonomi Kelantan semakin segar
Walau diskriminasi kerajaan pusat bermacam helah
Ditakut-takutkan dan dihalang pelaburan
Namun 17 tahun tanpa riba tanpa rasuah tanpa maksiat
Ekonomi Kelantan meningkat mengatasi lima negeri lain
Dulu nombor dua termiskin sekarang nombor enam di Malaysia
Dan di Kelantan tuan-tuan, tak ada tol,
nampak maupun tidak harga barangan dan makanan pun kekal murah
dan harga nikah pun masih murah
100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Belajarlah daripada Kelantan tuan-tuan
Belajarlah daripada Tok Guru
Belajarlah berfikir sebagai insan merdeka
Bebaskan minda, bebaskan minda! |  |
  |  |  | aDeq February 25, 2008 02:28 PM PST
Di kawasan Kajang nie penuh dengan bulan mengambang di siang hari ...
Pun tidak pernah pangkah kertas undi hehe ...
m(+.+)m
|  |
  |  |  | Peace February 25, 2008 12:33 PM PST
Salam...
Semoga sumer doa tu tidak dimabulkan..
Ini negara demokrasi..sesiapa sahaja boleh jd pemimpin..hatta Pak Lah yg selalu bohong pon boleh..
so apa salahnyer Kak Wan menang..ada org boleh tegur kerajaan..
Saya berdoa agar BA menang byk kerusi pd PRU 12 ni...walaupn x dpt memerintah..
Smg KJ akan kalah..kita tidak mahu Pak Lah 'memilik keluargakan' pemerintahan negara kita.. bkn kita tak tau, KJ bercita-cita nk jd PM bila dia umur 40 thn. Masa Tun M jd PM dulu pn anak dia tak pernah bertanding dlm pilihanraya..contohi la Tun M...
kalau Pak Lah kalah pn lg baik..dari dapat pemimpin yg kuat tido..
lg pn Tun M kata sepatutnya Pak Lah ni jd PM satu penggal shj.. Baik la ganti dgn Najib..lebih layak dari Pak Lah..
Moga2 doa dan harapan saya dimakbulkan Tuhan.. |  |
  |  |  | Ezza February 25, 2008 11:33 AM PST
Salam En. Rem,
Haaa, ndak pernah mengundi? Adakah daku bermimpi? Hikhik. Saya pula excited mau mengundi ni. Bukankah warga Malaysia di luar negara akan menerima borang undi pos? Ndak perlu buang duit beli tiket & pening-pening lalat turun naik banjaran crocker bah. Hikhik. (Kalau balik pun ok juga bah. Menyelam sambil minum air. Sambil mengundi, sambil jumpa ehem ehem. Haha. *wink*)
Kalau Intan Soliha hate politician but love politics, saya pula love kedua-duanya. Hikhik.
Wah, Kak Mar promote blog saya. Terima kasih kasih banyak ye Kak Mar : ) |  |
  |  |  | Mardhiah February 25, 2008 09:48 AM PST
Rem,
ni b*&! K~!*Z!% nerd smoker, hitam manis report duty kat unit saya on the 24th ni apa kes? Dah buta ka tak reti baca GO? ke kes desprado?
Kepada yang tak faham silalah berkunjung ke blog Puteri Ezzah, yah sama-sama kita sokong Puteri kita, kearah kempen yang lebih berbudi bahasa dan berakal. |  |
  |  |  | intan February 25, 2008 09:34 AM PST
Dr,
i have nothing to say... nasib baik intan tidak tergolong dalam golongan badut2 yg cuba membinatangkan diri... hahahaha..
actually..i hate politician but i love politics...mcm mana tue? hahahaha... |  |
|
|