|
Monday, February 18, 2008
(i)
Kata Robert Byrne:
Democracy is being allowed to vote for the candidate you dislike least.
Ungkapan itu sangat relevan dalam kes pertentangan politik dua orang poli-TIKUS muda Malaya: KJ vs Chegu Bard. It's up to you, who you decide to dislike least.
(ii)
Dalam akhbar Harakah (turut disiarkan dalam laman webnya sendiri), Chegu Bard terang-terang, tanpa sedikitpun rasa malu atau apologetik, mengaku:
Saya bertekad untuk menentang Khairy bukan kerana mahu mengejar jawatan (jika menang) sebaliknya mahu mengajar menantu Pengerusi BN yang sombong itu agar tidak berbuat sesuka hati ke atas negara yang dikuasai bapa mertuanya.
Jadi motif utama Chegu Bard bertanding adalah kerana sentimen personal (baca: rasa marahnya) terhadap KJ dan dinasti Abdullah? Bukan kerana minat mahu memperjuangkan kepentingan rakyat?
Jadi matlamat teras Chegu Bard mahu bertanding adalah kerana mahu mengajar KJ yang sombong? Bukan kerana ingin menawarkan sumbangan bakti kepada penduduk Rembau?
(iii)
Bagi yang kurang faham dengan motif dan objektif utama Chegu Bard (dari Parti Keadilan Rakyat), mari saya terjemahkan kata-katanya di atas itu dalam bentuk analogi.
Katakan Khairy bercadang mahu mengahwini seorang wanita bernama Siti Rembau. Bila terdengar saja hasrat Khairy tersebut, Chegu Bard pun terus terkocoh-kocoh masuk meminang wanita yang sama.
Kemudian Chegu Bard mengaku (depan satu Malaya), dia sebenarnya bukan cintakan Siti Rembau. Tujuannya meminang sekadar mahu menghalang dia bersuamikan Khairy yang sombong itu. Bagi Chegu Bard, sama ada dia boleh membahagiakan Siti Rembau atau tidak, itu bukan isu. Yang penting dia dapat 'potong jalan' Khairy.
Adilkah tindakan Chegu Bard itu? Meminang anak orang semata-mata sebab nak tunjuk hero. Khairy, walaupun jahat atau sombong (katakanlah begitu!), mungkin dia lebih cintakan Siti Rembau. Jadi, perlukah Chegu Bard nak kacau daun semata-mata sebab mahu berlawan ego?
Perkahwinan adalah ikatan suci antara dua insan yang benar-benar ikhlas mahu saling menyayangi. Perkahwinan bukan boleh dibina atas dasar saja-saja mau bersaing demi sentimen peribadi dan rasa benci melulu.
Saya bukan penyibuk. Korang nak pinang siapa pun, suka hatilah. Tapi kalau mau meminang, niat biarlah ikhlas. Atas dasar rasa cinta tulen. Betul-betul ada kesungguhan mahu membahagiakan wanita yang ingin dikahwini.
Bukan atas sebab-sebab lain. Misalnya, kerana benci atau tak suka pada bakal tunang atau mentua si wanita itu. Jadi, dia pinang wanita yang sama semata-mata mau potong jalan. Huh, motif bodoh totok!
(iv)
Begitulah ceritanya kenapa Chegu Bard, yang mengaku tonggak pemuda harapan Parti keADILan Rakyat ('adil' mesti ditulis huruf besar, ok!), mahu sangat melawan Khairy di Rembau.
Wow, adil sangat-sangatlah tu? Niat saja sudah terpesong 360 darjah. Kalau tindakan, barangkali terus terjungkir-balik seribu darjah.
Demikian jugalah motif dan objektif majoriti calon PKR dalam pilihanraya yang mendatang ini. Mereka bertanding semata-mata kerana 'sentimen dan emosi politik'. Bukan kerana cinta dan kasih tulen terhadap perjuangan membela rakyat.
(v)
Kata Winston Churchill:
I like pigs. Dogs look up to us. Cats look down on us. Pigs treat us as equals.
PKR (allegedly) treats us as equals. Ya, hanya parti mereka saja yang adil. Parti-parti lain, mana ada 'keadilan', kan? Kalau begitu, secara logik deduktif -- adakah bermakna mereka ini sama kelas dengan k-h-i-n-*-*-r?
Hmm, tak taulah. Kena tanya Churchill sendiri.
Yang pasti, resepi politik mereka dangkal lagi mendangkalkan. Hanya tepu dengan rencah RETORIK dan EMOSI. Fuh, nampaknya mentaliti cakap-tak-serupa-bikin ala Anwar Ibrahim masih lagi diternak dengan gigih di Malaysia.
Patut sangat PAS menolak mentah-mentah pakatan 'parti perasan' ini. Memang tak boleh jadi sekutu yang baik. Jadi kutu bolehlah kot.
Posted at 5:30 am by Rem
 |  |  | Mardhiah February 25, 2008 10:32 AM PST
Sorila terkeluar topik, ni pasal KOMSAS lagi ni,
Kan yang saya cerita yang kaunselor yang kata saya sakit gila seks nak peluk Haji Mazlan timb. Pengarah tu, I bagilah dia Opera Angkasa, Keight, dan Dewangga Sakti. Tak silap dah dekat sebulan dah. Ta'di saya tanyalah. Dia kata novel-novel ni dia tak boleh nak bacalah..
You tau Akmal yang Darjah 3 tu pun boleh mengelekek-lekek baca Dewangga Sakti dalam tempoh seminggu, dia Kauselor Daerah even Keight yang tipis RM10.00 tu pun dia tak boleh baca.
Saya bukan nak buka kurap sendiri, tapi it's for you dan rakan-rakan menilai semula standard darjah pemikiran cikgu-cikgu kita. Kalau dah Kaunselor dan Pegawai bahasanya pun bengap lagi buta sastera, apalah lagi yang boleh kita harapkan?
Tapi bila saya pergi Maskara, saya lihat generasi Y tidak ada masalah dengan sastera berat, If read Kasut Rubina Biru oleh Sufian Abas, Jongkang-Jongket Mat Jan, Kudeta -Sindiket Sol-jah, budak-budak ni semua first class (ops sori abang Naga terlupa ada Sol-jah berusia ribuan tahun hehehe)
Jadinya tahap celik-buta sastera Kat Malaysia ni ada dah advance, ada pula yang kebelakang, dan tidak keterlaluan jika saya katakan ada yang memandang keji lagi sinis akan seni dan sastera sehingga, karya-karya besar seperti Di bawah Lembayung Kaabah dikata-kata sebagai merosakkan kerana menggalakan muda-mudi agar asyik-masyuk bercinta.
Jadinya pada pandangan sayalah, kalau saya printkan hujah u dalam blog Nisah tu, buat buang karen ajelahkan. Lagi pun kita tengah sibuk pilihan raya ni. So redha ajelah ye kalau Novel Pop juga nanti yang jadi pilihan KOMSAS.
Tak leh nak wat apa dah, cincin nak bagi pada si kudung, apalah yang boleh dibuat pada cincin tu? |  |
  |  |  | Muhammad Azlan February 23, 2008 02:04 AM PST
Kata-kata Chegu Bard tu, kalau dibaca dua tiga kali, memungkinkan juga kepada penafsiran yang baik. Mengandaikan satu penafsiran dan lantas menyimpulkannya dengan ikatan prejudis, takut-takut, membawa kepada fitnah dan tohmah kosong.
Statement PAS menolak mentah-mentah KeADILan juga adalah satu statement yang tidak tepat, merujuk pada senario politik semasa.
Waallahua'lam. |  |
  |  |  | Rem February 21, 2008 06:24 PM PST
Peace,
Anwar masa tu adalah TPM merangkap KETUA OPERASI kempen pilihanraya BN di Sabah. Dia adalah engineer kepada pelan dan strategi kempen BN. Dia bukan sekadar pelaksana. Dia juga adalah penggubal pelan tindakan.
BTW, rancangan untuk beli 'kerusi' pembangkang dan melupuskan peraturan 'anti-lompat' -- itu adalah desperate measure yang dibuat secara last-minute. pada minit pertama selepas semua keputusan rasmi pilihanraya diumumkan.
Sebelum pilihanraya, Anwar 200% konfiden dan berjanji pada BN bahawa Sabah akan ditawan semula. Bila dah kalah, Anwar terus didatangi 'ilham bodoh' itu. Secara mendadak. It was 100% engineered by Anwar! PM dan kabinet yang lain hanya peserta yang pasif. Sekadar endorsed saja.
And I don't really care how-or-if Tun M might-or-might-not be involved. Seriously, who cares? I'm just happy that Tun M managed to get rid of that two-faced hypocrete before he ruined the entire nation with his extreme-marchiavellian-always-self-served approach. :)
|  |
  |  |  | Ujang February 21, 2008 01:03 PM PST
KJ bukan anak Rembau. Biar anak Rembau yang jadi wakil rakyat. KJ tidak tahu adat Rembau - kurang adat namanya. Dia mana ada suku. Dia tiga suku. |  |
  |  |  | Peace February 21, 2008 09:11 AM PST
Rem,
I qoute your comment
'Terima kasih Tun M kerana menyelamatkan Sabah dari terus bergelumang kebejatan politik natijah dari tangan kotor Anwar.'
mmm..nk tergelak pulak baca..
masa Anwar jadi menteri, siapa bos dia? takkan dia tak tau ape yg Anwar lakukan..kenapa merestu segala tindakan Anwar..
kesian la..sekali lagi ko kena tipu..
padahal semua benda diatur oleh Tun M...hehee |  |
  |  |  | Mardhiah Bte Mohd Yu February 21, 2008 05:48 AM PST
Oh Name,
Saya sudah lawat frendster tu, sory saya blur apa kaitan friendster tersebut dengan perkara yang kita sedang bincangkan di sini. Saya mungkin too busy mau retype artikel yang saya baca dalam Al Islam tapi ia sikit lebih kurang sama dengan idea adik kawan saya ini. Jika free bolehlah lawat http://akitiano.blogspot.com/2007/07/negara.html
If you're refering to couple dalam friendster to yeah they are cute together. May Allah bless them. ru Happy now? I hope tak de yang tak puas hati ye |  |
  |  |  | Sofwah February 21, 2008 01:35 AM PST
Salam,
Dr.Rem, dahlah tuh.. tak abeh nak menyakat oghang... kalau taknak kasi ketawa-guling-guling, janganlah kasi nama seumpama "Siti Rembau" pada gadis manis yang berebut oghang nak pinang tuh! LOLOL!
Neway, what I meant was, kalau pemimpin makmur dan murah hati, rakyat pun makmur... (materially and spiritually, we'd hope!)... masalahnya, kalau niat dah salah tu, pasti nanti yang makmur hanya dari aspek materi...
(Makanya, sebelum pikir nak kawen, tolong pegi kaunseling hati dulu :p )
Wassalam. |  |
  |  |  | nizam February 20, 2008 10:41 PM PST
Sewaktu berkunjung ke indonesia baru-baru ni, saya terkejut apabila Pak Anwar dapat liputan agak meluas dari banyak akhbar dan TV arus perdana di sana. Interaksi bersama warga jakarta juga menemukan saya sejumlah ungkapan yang mengagumi pemikiran futuristik Tun Mahathir.
Pembangkang menilai Tun sebagai seorang yang zalim tapi orang luar sangat memujinya. Demikian juga Anwar yang sering digambarkan seorang pengkhianat UMNO tapi elit politik indonesia dan mahasiswa disana menilai beliau sebagai ikon demokrasi yang unggul. Chegu Bard dan KJ belum teruji watak kepimpinan namun kita wajar memberi mereka seluas peluang bertarung sebagai anak jantan di gelanggang demokrasi. Kita sebagai pemerhati sepatutnya menyediakan gelanggang yang paling selesa untuk mereka bertarung. Kita harus melihat pertarungan ini lintas wacana kepartian. |  |
  |  |  | Mardhiah February 20, 2008 05:14 PM PST
eh Ramzah ni, tak sudah-sudah nak fitnahkan saya, dulu dengan FT. Kali ini dengan sapalah pula ye? Dengan si dia yang sedang mengkaji Al Ghazali di Oxford tu ka?
Look dearie, ko fikir saya ni perempuan gila kuasa yang sering bermimpi tiap-tiap malam tidunya bermimpikan menjadi pemain utama drama pemusatan kuasa daulalah Islamiyah melalui Monarki Ahlul Bait ka?
Kalau ada masa insyaallah saya kasi email sama ko artikel menarik yang saya baca di Islam baru-baru ini. Itu pendirian saya tentang Islam dan urus tadbir Negara.
Walau bagaimanapun saya tidak galakkan ko memperdebatkan idea itu di Malaysia kerana dikhiutiri ko ini akan disamakan pula dengan Kamalism atau Atartuktism. Gila Kuasa, Gila SEX hahaha. |  |
  |  |  | Mardhiah February 20, 2008 12:39 PM PST
Aik tukar disclamer lagi? Tak kisahlah nak jadi pengemis pun, you're still the best! :)
Name,
Mac ini bulan sibuk untuk sekaralawan Malaysian Aids Councillah. Kalau free mehla join sama...boleh kontek Elita di 03 40451033, emel elita@mac.org.my untuk keterangan lanjut. |  |
  |  |  | Little Comot February 20, 2008 10:53 AM PST
Penyokong-penyokong PKR ungkit kisah lompat partilah pulak. Adakah patut *Ketawa sambil guling-guling* Hikhik. Siapakah dalangnya? Lalala *whistle* |  |
  |  |  | AZMAN February 20, 2008 10:10 AM PST
Orang kuat parti keadilan di kampung saya kaki lompat juga.Dulu ahli PBS, pastu masuk UMNO kejap. Baru-baru ni dah terpacak pula bendera keADILan kat depan rumah dia. Ntahla lepas ni parti apa pula dia nak masuk. Tapi yang jelas, banyak peruntukan untuk orang kampung lesap time dia jadi masih jd orang kerajaan.
Hairan juga macamana keADILan boleh percaya dengan jenis orang yang macam ini. Pasal politik "lompat" kat Sabah, memang orang kampung selalu kena tipu tapi dah takde pilihan. Nak buat macamana. Or dorang memang sanggup ditipu sebab dah itu je cara orang kampung boleh tengok jalan masuk kampung berturap. Bukan tidak percaya pada janji pembangkang tapi belum nampak kesan dari segi fizikal apa yang pembangkang buat di Sabah. Saya percaya walaupun AI bertanding di Sabah dan lawannya memang terkenal dengan sifat lompat dan tipunya, peluang untuk AI menang tidak akan sampai 40%. Kalau pembangkang berkempen untuk menawan hati rakyat Sabah, buatla benda-benda yang berfaedah dulu sebab orang Sabah tak tengok sangat ceramah politik ni. Even PBS dlu mengeluarkan peruntukan untuk menjaga kebajikan rakyat semasa berusaha memenangi PR dlu.----P/S:Dah lama duduk kat Sabah. Faham sangat senario politik kat sini.
|  |
  |  |  | Rem February 20, 2008 09:56 AM PST
Peace,
Orang Sabah sekarang dah ok. :) Sejak Anwar kena guling dan lepas tu dipenjara: belum pernah ada kes lompat parti di Sabah. Alhamdulillah. Terima kasih Tun M kerana menyelamatkan Sabah dari terus bergelumang kebejatan politik natijah dari tangan kotor Anwar.
Cuma saya bimbang, Chegu Bard tu pula yang terlompat sana sini. Kesian nanti orang Rembau. Bodoh-bodoh kena tipu. Maklum saja 'penasihat besar parti' (tempat Chegu Bard bernaung) adalah pengasas agenda lompat melompat. Tak hairan kalau genetik kotor itu diwariskan pada anak-anak buah.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kan? :)
Sofwah,
Guling-guling? Tak manis anak dara terguling-guling. ha ha ha ha! |  |
  |  |  | Peace February 20, 2008 09:15 AM PST
mm..klu mcm tu la Rem, betul la kesian dgn org Sabah ni..pemimpin yg 'melompat-lompat' ni masih lagi terus dipilih.. tak belajar dari sejarah..tak heran la Anwar sanggup tukar undang2 'anti lompat' kpd 'boleh melompat-lompat' sbb dia tau org Sabah mmg senang kena tipu..pemimpin dia tamak..sanggup lompat parti sbb duit.. sbb tu saya kata tak de pendirian..ini sumer politik..matlamat menghalalkan cara..terpulang pd rakyat Sabah la..nk terus ditipu ke? klu mcm tu..UNDILAH BN...dulu kini selama (kena tipu).. hahaha.. |  |
  |  |  | $ofwah February 20, 2008 12:15 AM PST
Salam,
SITI REMBAU???
*ketawa-guling-guling*
Tapi, kan, kalo Chegu Bard banyak duit dan bermurah hati nak berkongsi dengan bakal isteri, mungkin juga Siti Rembau tak kesah sangatlah, Chegu Bard kawen dia atas niat apa pun... $_$
lol...
|  |
  |  |  | Rem February 19, 2008 06:36 PM PST
Pro-PKR,
Bukan orang Sabah yang bangang. Tapi penasihat kesayangan korang si Datuk Seri Anwar Ibrahim itu yang bangang. Dulu sebelum 1985, ada undang-undang di Sabah bahawa wakil rakyat tak boleh lompat parti bila dah menang. Kalau lompat, pilihanraya baru akan diadakan semula.
Tapi Anwar jadi dalang pilihanraya parti BN di Sabah pada tahun 1985. Kemudian BN kalah pada PBS. Lalu, politikus retorik kesayangan korang itu (baca: Anwar Ibrahim) telah melakukan perbuatan yang paling jijik dalam sejarah politik Asia Tenggara. Apa dia buat? Dia beli 'wakil rakyat' PBS supaya melompat parti BN. Lepas tu dia tukar undang-undang 'anti-lompat' kepada 'boleh lompat-lompat'.
So, terima kasih wahai Anwar Ibrahim kerana memperbodoh-bodohkan seluruh rakyat Sabah. You CERTAINLY deserve all your bad karmas!
Peace,
Sila baca penjelasan di atas. Jangan kesian pada orang Sabah yang bodoh-bodoh kena tipu. Sumpah seranahlah tonggak parti PKR (yang juga merangkap tok guru dan idola Chegu Bard): yang telah menghancurkan kesucian politik Sabah. Sebab itu, PKR tidak akan diterima di Sabah selama-lamanya. Hampir semua calon PKR di sana hilang wang pertaruhan. Jangan kata nak menang, nak mencabar pun tak mampu!
Name,
Laa.. dah jadi medan mempromosikan percintaan pula dah entri ni. Orang bercakap pasal politik, bukan pasal kasih-sayang dua insan yang sedang hangat dilamun rindu. Ha ha ha ha!
aDeq,
Oooo.. sekarang di KL ka! Patutlah gaya bercakap dah macam orang metropolitan. Bukan lagi macam dara pingitan Sarawak. He he he he!
LC,
Nak jadi calon? Tunggulah blog ni popular macam Jeff Ooi dulu, baru masuk bertanding. :)
Salam semua.
|  |
  |  |  | Pro-PKR February 19, 2008 05:15 PM PST
Alaa... mengata Che Bard dan PKR bukan main lagi. Tu... orang-orang Sabah lagi bangang. Kena tipu dengan orang-orang politik. Dah menang, lompat sana sini. Sibuk nak tulis pasal Rembau... tulislah pasal politik Sabah yang busuk tu!!! |  |
  |  |  | Peace February 19, 2008 01:58 PM PST
mm..lantak la ape chegu bard nk kata ape..itu soal dia..yg penting tetap dgn prinsip masing2..
jgn lps menang lompat masuk parti lain..mcm kat sabah..selalu jadi mcm tu..hahahaaha...
kesian org kampung..bodoh2 kena tipu..hehe.. |  |
  |  |  | Name February 19, 2008 01:38 PM PST
WAH! DR. SEMAKIN ADVANCE...BUKAN RAHSIA...OK JUGA OOO. APA KOMEN MARDHIAH?
http://profiles.friendster.com/9133843 |  |
  |  |  | aDeq February 19, 2008 12:18 PM PST
KJ ? duh ... boring. Rasa nya tak tercapai lah Wawasan 2020 ... senior² batch Tun M paling best but semua dah kedut² & dah nak retire ... tak ada pelapis yang sesuai.
Macam perlu terima hakikat yang tak selamanya berada di atas ...
er ... sejak pindah ke Semenanjung nie, depress lak sebab pemikiran nie asyik terarah kepada isu pemerintahan negara Malaysia ku yang tercinta ini ... bahana nak election kut ? kui3 ~!
rasa macam tak tahan tinggal di sini ... dengan panas nye , dengan asap nye ...
Rindu Sarawak ... sejuk jer dengan kehijauan ...
m(_._)m
|  |
  |  |  | aDeq February 19, 2008 11:48 AM PST
isk ~! lama tak masok sini :-( banyak yang tertinggal dah :'( |  |
  |  |  | Little Comot February 19, 2008 11:17 AM PST
Tak suke! Tak suke! (Buat macam kuman dalam iklan TV) Hikhik.
Tak mahukah jadi calon pilihan raya? Ada bakat : ) |  |
  |  |  | Rem February 19, 2008 03:56 AM PST
Mardhiah,
Suka dengan pesan pasal pasir dan penjilat itu. Dalam pilihanraya kali ini, agakanya siapa yang patut bawa lebih banyak guni pasir: kerajaan atau pembangkang?
Apa-Apa Saja,
Entahlah. Biarlah rakyat yang melihat, menilik dan menilai.
LC,
Tak suka? He he he. Saya bukan tak suka. Cuma tak serasi dengan taktik diorang. Dari dulu, kini dan sampai mati. :)
Fizah,
Itulah pasal. Pembangkang mempunyai peluang yang baik untuk memecah monopoli 2/3 kerajaan (which is good for the government -- supaya elemen check and balance lebih kuat). Tapi pembangkang ini, kerana mentalitinya tetap macam kuda kepang, maka itulah yang jadi. Rakyat tambah menyampah dengan diorang (terutama PKR dan DAP)!
Hang Jebat (ni jadi-jadian ka, atau memang Hang Jebat betul?),
Ya, memang. Saya setuju sangat. Sudah terang lagi bersuluh. Begitulah tabiat dan karenah pembangkang... dari dulu sampai sekarang! |  |
  |  |  | HANG JEBAT February 18, 2008 06:33 PM PST
SEBAB ITU AKU TAK PERNAH UNDI PEMBANGKANG!!! WALAUPUN AKU JUGA TAK PERNAH SUKA KERAJAAN. PEMBANGKANG INI EMOSI SAJA LEBIH. SUKA CARI KEBURUKAN ORANG. KEBAIKAN DIA SENDIRI TAK NAMPAK PUN! CAKAP PASAL RASUAH, KRONI, DLL. MACAMLAH KETUA-KETUA PEMIMPIN DIORANG TU TAK PERNAH MAKAN RASUAH. LAGI KAKI SAPU DUIT RAKYAT MASA JADI MENTERI DULU! |  |
  |  |  | Fiza February 18, 2008 06:13 PM PST
Sebenarnya kalau hendak ditgk, pembangkang di msia tidaklah sekuat mana.
Kalau PRU 1999, yg jelas dan terang diorang ada isu besar pun tak boleh menang, inikan pula isu suam-suam di hujung kuku tahun ini.
Betul ramai marah pak lah, ramai marah KJ, harga brg naik, harga minyak naik tapi soalnya berapa peratus pengundi yang terasa? Hujung2, tak suka tak suka pun undi juga.. paling tidak buat undi rosak.( Itu belum kira org melayu yg tak mendaftar jadi pengundi dan yg tak nak mengundi)
Pembangkang kena tanya diri sendiri misi, visi dan kemaskan diri sendiri baru boleh masuk gelanggang.
Setakat benci KJ lepas tu nak masuk bertanding, alahai... mak tak kuasa nyah! |  |
  |  |  | Little Comot February 18, 2008 12:01 PM PST
Saya pun tak suka PKR. Hikhik ; )
Tidak balik mengundikah? |  |
  |  |  | apa-apa saja February 18, 2008 08:46 AM PST
kerajaan atau pembangkang sama saja. politiking saja lebih... rakyat letak kat belakang. si badrul tu kenal sangat... kaki gaduh. tak ada keje lain... buat demonstrasi saja. kj tu satu kepala dengan dia. jenis pemuda perosak bangsa... bukannya tiang negara!!!! |  |
  |  |  | Mardhiah February 18, 2008 08:11 AM PST
Itu pasal saya suka kucing, orang kata, kalau kita manjakan anjing, anjing akan kata "kau ini TUHAN aku" tapi kalau kita manjakan kucing, kucing akan kata "akulah TUHAN"
Nabi ada berpesan, jika datang kepada kamu seorang yang memuji-muji tak tentu fasal, maka lemparkanlah pasir kepada penjilat tersebut! :) |  |
|
|