|
Monday, February 11, 2008
(i)
Puisi adalah ekspresi jiwa seorang penyair. Ada ketika ia diilhamkan daripada pengalaman; kadang-kadang ia dijelmakan daripada mimpi. Yang paling nyata, puisi adalah asas komunikasi penyair: di antara naluri diri dan konstruk imaginasi.
Saya pernah mendengar ini dari khutbah informal seorang sasterawan (yang agak mapan). Sebagai tanda hormat, saya angguk-angguk penuh takjub. Kamu mahu tahu apa pandangan jujur saya dengan madah melankolia itu?
Saya fikir itu hanya: bullshit!
Puisi adalah puisi. Ia tak perlukan definisi. Kelahirannya juga tidak menuntut justifikasi. Kata-kata dalam puisi bukan pengantara komunikasi. Kerana puisi tidak perlu di-antara-kan. Ia wujud secara bebas.
Terlalu filosofikal? Ha ha ha ha!
(ii)
Saya memang suka menulis puisi cinta. Ya, kamu ada masalah? Loya? Jijik? Suka hati kamu, saya tidak peduli.
Saya suka tulis puisi cinta bukan sebab saya suka bermimpi tentang cinta. Atau, sebab saya selalu digamit pengalaman cinta lama. Atau, sebab naluri jiwang saya meronta-ronta mahu berkomunikasi dengan dunia luar tentang getar-getar percintaan. Semua bukan.
Jadi apa sebabnya? Tiada. Kalau kamu tetap mendesak mahu tahu, saya akan beri seribu variasi jawapan-jawapan bohong. Mengikut apa yang kamu suka dengar. Supaya kamu diam, tak bertanya-tanya lagi.
(iii)
Ini ada tiga puisi cinta. Saya tulis pada tiga tahun berbeza, di tiga tempat berlainan. Tapi dengan satu jiwa penyair yang sama. Bebas dan merdeka daripada sebarang ikatan mazhab dan teori. J
Terakhir Kali
Buat terakhir kali
aku ingin merayu:
jangan buang rindu itu
kita berdua pernah akrab
kerananya.
Buat terakhir kali
aku ingin merayu:
jangan benci luka ini
kita berdua jadi dewasa
kerananya.
Buat terakhir kali
aku ingin katakan:
rindu itu lebih berharga
luka ini lebih bermakna
dari sebuah cinta lama
yang tidak lagi menyala
pada hati yang sama.
28 Mac 2005
Norwich
Wahyu Cinta (buat yang menanti)
[i] Berikan aku cinta dengan harga percuma sekali ini, aku tak berdaya membelinya lagi.
[ii] Aku melihat cinta tiba-tiba turun berserak seperti rintik hujan dinihari jernih berkaca.
[iii] Terima kasih langit atas wahyu cinta sekudus ini.
3 Disember 2006
Kuching
Cincin Hati (cinta tak pernah tua)
Usah kaupinta lagi
berulang kali
tanda di jari.
Cincin hati
cukup sebagai bukti
cinta telah terpateri.
Cinta tanpa tanda,
itu cinta tak pernah tua.
25 Jun 2007
Kuala Lumpur
Posted at 9:01 am by Rem
 |  |  | chentaboota March 9, 2008 08:55 AM PDT
i love ur puisi...need i say more? |  |
  |  |  | Sofwah February 17, 2008 11:26 AM PST
Salam,
WOW! :O
Dr.Rem nak kasi percuma? Woohoo!
Saya dulukan dengan jutaan terima kasih dari seikhlas hati :)
(FT, kalo kamu ada sini, dengar tu?)
Dr.Rem, maybe, you can share with FT a thing or two about maintaining loyal readers... lol! ;D
(Jangan mare, FT XD)
Wassalam. |  |
  |  |  | amuser.. February 15, 2008 10:31 AM PST
subhanallah cantiknye puisi2 ni. saya nak jadikan bahan exhibition kat blog saya dgn pautan sekali. harap halalkan.. :)
Wslm |  |
  |  |  | kony February 14, 2008 03:18 PM PST
aikk,bila pulak pandai ndak perchaya tonini.kena perchayaa bah.
itu isyarat kelebihan pada tuannya RJ Putih bah.Bukan awek cun jah.sampai yang berkaki ampat pun mahu datang...indak kau (aramai iti boh!):))
-sudah bah beli 'skupp' dia (nd) bilang..ketawa kami pecah (ditalian)- membayangkan kau di sana :)))
bunga kertas jah ka? yang bunga indak boleh disentuh tu, boleh sentuh sudahkah? mau tanya duluan bah! he3.
|  |
  |  |  | Ezza February 14, 2008 03:01 PM PST
Kak Ony,
Masih merajuk ka tu? Hikhik. Nanti Ezza akan sampai juga ke Sabandar. Sekarang ni sibuk yang teramat sangat. Tapi sempat juga mengintai bunga-bunga yang berkembangan. Sebenarnya kudup sudah mekar bah. Tapi diselubungi kabus pagi Sabandar. Jadi kelihatan agak samar. Hikhik.
Kak Ira,
InsyaAllah, seandainya sayap kecil ini mampu meredah 'halangan' hujan lebat, angin yang bertiup kencang dan ombak yang mengganas, pasti Ezza akan sampai juga ke Utara. Kat Sabah sekarang ni musim hujan :-) |  |
  |  |  | Ezza February 14, 2008 02:44 PM PST
Hikhik. Tersenyum-senyum sendiri saya dibuatnya melayan fikiran liar saya ni. Hikhik :-P Biasalah, menjelang pilihan raya ni, virus spekulasi sedang merebak dengan meluas. Haha.
Mudah-mudahan apa yang diimpi akan jadi kenyataan. InsyaAllah.
Tapi kan, orang bilang jangan terlalu sangat berharap bunga akan mekar seperti yang diimpi. Adakalanya, bunga boleh layu sebelum mekar tau. Belum sempat menyebar haruman ke seluruh pelosok dunia, sudah terkulai layu menyembah bumi. (Paliss.. paliss.. saya tidak ingin ia berlaku terhadap bunga-bunga kesayangan saya). Huhu. |  |
  |  |  | Akak February 14, 2008 01:37 PM PST
Dgn perkembangan terbaru Timur-Utara tu, rasanya lepas nih makin banyak ler lagi puisi2 romantis posted by Dr Rem ye. :)
Antologi puisi tu pun boleh siap lagi awal dari jadual gamaknya..hehe.. maklumlah melatonin dan adrenaline aktif...hehehe..
Semoga niat yg baik bukan hanya sekadar mimpi lagi ye... sbb mimpi hanyalah teman kpd org yg tidur.
|  |
  |  |  | nisa February 14, 2008 12:28 PM PST
dr. jgn ja da terlepas br nyesal. Mcm lirik lagu Bunga by Ihsan yg sdg hangat membuai mimpi dayang2 pasca di sini. |  |
  |  |  | Rem February 14, 2008 09:24 AM PST
Ira,
Kirim salam dengan hubby. Betul ka? He he he he. Tunggu dan lihat. :) Ya, SP sekarang membangun mencanak-canak. Dulu keliling sekolah penuh dengan pokok getah. Sekarang ni, daun getah pun tiada.
Sofwah,
Tak payah tempah. Saya bagi percuma. Siap dengan tandatangan eksklusif. :)
Kony,
Lembu dan kucing? Biar betul bah? Kesian. Tuan rumah pun belum sempat rasmikan, lembu dan kucing datang dulu. Suruh di ND bawa itu bunga kertas di LN pigi sana. Mau mati sudah tidak cukup cahaya!
Nisa,
Jadi atau tidak mimpi tu? :) *Biarlah rahsia* [Macam lagu CT!] |  |
  |  |  | nisa February 14, 2008 07:51 AM PST
aik dr. bunga kacuk timur dan utara? jadi betullah mimpi sy tu...sama2 study, tp d *** br jumpa. Tahniah... |  |
  |  |  | kony February 13, 2008 09:58 PM PST
ezza, di RJ sabandar masih kudup lagi kudup bilangnya..ha ha ha
yang buat tergelak.kenapa ya sapi sudah pula pandai duduk di bawah 'kulung' itu.:)) sudahlah miau selalu bertenggek dekat tangga.apa dibuat itu aa?? saya limpas jah mesti di tangga putih.entahkan mencari tuan baru.entahkan menunggu 'chenta' .pinjam sabutan si ezza bah.ha3
oo ya nanti kami bertanam-tanaman dengan ND.hujan lagi sekarang,hujan tahun baru 'kina'
kali kan ?ari ampat ni nd dan si abg .kami ber3 di SM sabandar sambil 'menyalakan api-api di RJ Putih itu'.
|  |
  |  |  | Sofwah February 13, 2008 09:55 PM PST
Salam,
Waaaahhhh, cerita cinta tak pernah tua ni semakin hangat! :)
Saya sangat cerewet membaca puisi... lebih-lebih lagi puisi cinta, ia harus berkualiti bukan setakat jiwang-jiwang ... saya pra-tempah (pre-order) sepuluh buah buku puisi Dr.Rem sekarang juga! lol!
Wassalam.
~pembaca setia~ |  |
  |  |  | Ira February 13, 2008 09:26 PM PST
Rem,
Hubby saya kirim salam, dengan pertanyaan, eh betul ke Ramzah nak kawen dengan orang Kedah? Kalau betul, jangan kata tolong kipaskan pengantin, nak guna rumah saya kat SP ni jadi tempat bertanggak pun boleh!
Tapikan, SP dah banyak hotel tau... mungkin berbeza dengan zaman awak sekolah sains kat sini dulu. Chewah... saya ni promote Kedah pulak, padahal saya pun cuma tumpang berteduh kat tempat orang. |  |
  |  |  | Rem February 13, 2008 08:51 PM PST
Ira,
Cerita pasal pembukuan, alahai.. dah banyak kali tertangguh. Tapi insya-Allah, it will be this year! :)
Nanti saya bawa rombongan ke utara, Ira bolehlah jadi pembawa bunga manggar. Tidak pun, tukang kipas pengantin. Ha ha ha..
Ezza,
Wah, sejak bila pula begitu pandai membuat spekulasi? Bunga di Sabndar pun masih kudup menanti mekar. Inikan pula bunga di Utara. :)
Nana,
Sekarang ni bukan Monsun Timur Laut ka masih? Mana ada jerebu. Ntah-ntah ada orang lupa cuci tingkap.. sampaikan langit pun nampak selalu mendung! LOL |  |
  |  |  | Nana (KL) February 13, 2008 07:52 PM PST
puisi lamer kerr? patut ler. macam dah pernah baca jer.
kl kata nak jerebu, bila yer? skr pun langit kat poyo memanjang. hitam kelabu semua ada...
apa pdgan pakar klimatologi? hihihik...
|  |
  |  |  | Ira February 13, 2008 07:35 PM PST
Ezza,
"Bunga-bungaan kacuk Timur dan Utara"?
Eh, akak kat Utara sekarang ni... kalau Rombongan Rem datang nanti, bolehlah Ezza ikut sekali, pas tu boleh la kita jumpa kat Utara ni, kan.. kan.. kan..
Kan Rem kan... (hehehe... dah lama aku tak mengusik Rem!) |  |
  |  |  | Ezza February 13, 2008 04:30 PM PST
Salam En. Rem :-)
En. Rem, kelihatan seperti bunga-bunga chenta di rumah bertangga batu sedang mekar ya? Harumannya merentasi lautan sehingga ke bumi London. Terhidu juga saya serpihan haruman tu. Hikhik. Al-maklumlah, bunga-bungaan kacuk Timur dan Utara eh? Hikhik.
Apapun, saya tumpang gembira melihat bunga-bungaan yang berkembang mekar. Semoga haruman ini akan kekal begini ya.
Doa saya sentiasa mengiringi En. Rem. Hikhik. *wink*
Nota Sisipan: Oh, ya! Parlimen Malaysia sudah dibubarkan. Dewan Undangan Negeri Sabah pula mungkin dibubarkan esok. Sebagai menghangatkan lagi bahang pilihan raya, saya telah menyediakan Peti Undi Pra Pilihan Raya di blog saya. Kalau tak keberatan, datanglah mengundi. Just for fun *wink* |  |
  |  |  | Ira February 13, 2008 01:49 PM PST
Salam Rem,
Saya memang dari dulu-dulu lagi sukakan puisi-puisi awak. Cepat-cepat la bukukan ya... |  |
  |  |  | Rem February 13, 2008 07:45 AM PST
Idlan,
Ya, betul. Nak panggil ilham ni.. alahai.. susahnya. :)
FT,
Macam kenal? Mungkin memang kenal pun kot. :)
Akak,
Puisi jiwang-jiwang ni memang bagus untuk dilayan. Terasa macam jiwa melayang-layang. Semuanya indah. He he he! |  |
  |  |  | Akak February 13, 2008 01:56 AM PST
Bakat menulis puisi Dr Rem tu mmg gifted, takyah perasaan dan pengalaman pun boleh mencipta kata2 romantis meruntun perasaan org yg berperasaan dan berpengalaman. Hebat tu.
Sesekali melayan puisi cinta nih akan terusik jugak hati manusiawi kita kan..kan..
Puisi2 tu kalau dihudsonkan sure jadik tak best... :)
|  |
  |  |  | faisal tehrani February 13, 2008 12:38 AM PST
salam
cam kenal je penyair mapan tu hehehe
wassalam
|  |
  |  |  | idlan February 12, 2008 05:38 PM PST
Bukan sahaja berkarya perlukan ilham di waktu-waktu yang random; kadang-kadang nak tulis paper pun terjaga jam 3 pagi baru ada idea! Hehehe |  |
  |  |  | Rem February 11, 2008 09:53 PM PST
Mardhiah,
Wah.. semangat! :) Ya, saya setuju. Menulis puisi kadang-kadang tidak bebas sepenuhnya. Kadang-kadang ada ikatan dengan rasa peribadi. Tapi falsafah saya: ikatan itu bukan ciri utama penulisan puisi. Adakala (dalam kes saya, BANYAK KALA!) ilham datang begitu-begitu saja. Tanpa sebarang sebab. Sama ada yang dicetuskan oleh mimpi, mahupun pengalaman. :)
Hana,
TK kerana menyukai luahan puisi cinta saya. Ha ha ha ha! *wink, wink*
Nana,
Laa... memanglah puisi lama. Kan tarikhnya tu dah bertahun-tahun dulu. Recycling is good. Save the err... environment! :)
Plaoma,
Bidang itu adalah kepakaran Pn. Ubong. Dia masih cuti belajar. Kalau terpaksa juga, minta UPRL ambil pensyarah import dari UM (Syed namanya). Atau.. tunggulah saya balik semester depan. Ambil kursus EIA. Yes, that's my paper. I know.. you guys/gals love me. Ha ha ha!
Aikk, ada orang yang interested? Sejak bila jadi broker penjual cinta? :) |  |
  |  |  | paloma February 11, 2008 09:40 PM PST
Hi Dr, apa kabar? Dr, sy ada pertanyaan dan kemusykilan.Siapa lect dari SSS yang boleh ajar Kependudukan dan Petempatan?sbb sem kami kira mau habiskan subject kami tapi tiada yg mau ajar kami itu subject.kalo x next sem kami ada ini paper lg.the only paper..anyway, sy ada seseorang utk Dr..org tu interested sgt dgn Dr.. |  |
  |  |  | Nana_KL February 11, 2008 04:38 PM PST
eh, puisi lama kan? hehehehe
suka dengan cicin hati. romantik sangat.... |  |
  |  |  | Hana February 11, 2008 03:56 PM PST
The poems - they are beautiful, indeed. i love them with all of my heart. :) |  |
  |  |  | Mardhiah February 11, 2008 10:13 AM PST
Definasi cinta kita mungkin berbeda. Pertanyaan saya, ketika saudara (saudara itu panggilan untuk penyairkan hahahaha. Kamu mau tau apa pandangan jujur saya mengenai panggilan itu? Bullshit!!! hahaha, adoi sakit perut aku) mengarang atau didatangi ilham sedemikian, apa sebenarnya cinta yang didamba dalam hati. Be honest ok! :)
Tak jawab kat sini pun tak pe sendiri-sendiri diam-diam sudahlah, jangan meminta-minta, kita bukan penulis picisan peminta sedekah kan kan kan. |  |
|
|