|
Sunday, February 03, 2008
Setiap tahun
ratusan warga Malaysia
terbang ke tanah Inggeris.
Setiap perantau
merintis kelananya sendiri, membawa pulang nanti mimpi-mimpi berbeza.
Yang serupa
hanyalah tentang salju.
Berkongsi ghairah
menunggu winter datang.
Berkongsi manis rasa ketika salji turun pertama kali.
Bayangkan, salji yang dingin mendekatkan seribu hati.
Tidakkah ironik?
[Ini bukan puisi, hanya catatan]
 Suffolk Walk, University of East Anglia 1 Februari 2008
Post-script:
Saya membaca catatan ini, entri terbaru dalam sebuah blog yang selalu saya lawati (Organised Chaos). Kesian, masih ada yang terus tertunggu-tunggu! J
Tapi yang lebih menarik, nukilan blogger yang sama tentang 'isu hangat pemilihan teks KOMSAS'. Dalam entri berjudul, "Kita adalah apa yang kita baca", Idlan melontarkan cabaran provokasi minda: Tercapaikah matlamat dengan memberi 'subsidi' berterusan?
Subsidi yang dimaksudkan merujuk kepada niat dan hasrat 'Kementerian Pelajaran' mahu menyogok pelajar sekolah dengan teks sastera karya fiksyen berbentuk popular, ringan dan simplistik. Tiada mudaratnya novel-novel pop aliran Ahadiat, Sharifah, et. al. Ia memperkayakan alternatif bacaan untuk rakyat Malaysia, terutama bagi maksud santai sambil berlibur.
Pun, saya berkongsi sentimen (dan kembimbangan) dengan Idlan. Karya-karya sebegini biarlah kekal sebagai bacaan-bacaan ringan secara kasual. Janganlah dijerumuskan ke dalam sistem pendidikan formal sebagai satu subsidi minda!
Posted at 4:03 pm by Rem
 |  |  | Rem February 11, 2008 10:02 PM PST
Gemuk?? Misleading pic la tu.
Sejak datang ke Norwich ini, saya makin susut berat ada la. Masih seksi seperti dulu-dulu... ha ha ha ha ha... |  |
  |  |  | paloma February 11, 2008 09:43 PM PST
Dr mcm gemuk sdh o..ini mesti menu Norwich yg menembamkan Dr..ui..mana sexy lagi..jaga badanlah..nanti kapal terbang tidak muat nanti balik sabah..hahahha..takkan serius.. |  |
  |  |  | teja February 10, 2008 06:32 PM PST
Kepercayaan bahawa minda amat mudah dirasuah adalah apabila kita sentiasa mahu dikekalkan rasa selesa.Secara diplomatik rasa tidak selesa amat sukar untuk disimpan di lipatan hati apabila di alaf minda terbuka masih kurang upaya menerima realiti demokrasi melahirkan kerajaan dan pembangkang lalu semudah itu upaya disua cerbisan tidak bisanya separuh jiwa warga untuk menerima kuasa bukan warisan yang ditradisi hanya untuk sebuah organisasi sahaja kerana punguasa itu sifat meninggikan martabat adalah jujur untuk beramanahm pembangkang yang menjadi kerajaan nantinya juga akan disua dengan rasa yang serupa jika bicara hanya di bibir sahaja bukan pada minda yang mewacana gagas membina ummah dengan agama bukan status miskin dan kaya, palsu genetik tanpa budaya.
Pengalaman musafir menunjukk bukti ramai yang mahu berdiri tanpa identiti sendiri.
Dengan maaf. |  |
  |  |  | Ezza February 9, 2008 07:43 PM PST
*EEeeehhhhh* Sambut En. Rem yang terjatuh dari kerusi. Hikhik. |  |
  |  |  | Rem February 9, 2008 06:12 PM PST
Ezza,
*Bedebuk!* Jatuh dari kerusi...
Sofwah,
Mamat romantik US -- wah, cinta berputik di luar benua. :)
Wira,
Masuk suratkhabar? Of all the reasons to be in the headline... alahai... |  |
  |  |  | Ezza February 8, 2008 06:39 PM PST
Lama sudah nda nampak muka En. Rem. Sebelum terbang ke Norwich juga nda sempat ketemu. Namun, ternyata wajahmu semakin tampan. Hehehe. Lalala... :-P |  |
  |  |  | Sofwah February 8, 2008 10:49 AM PST
Salam,
Dr.Rem, ada sorang mamat yang paling romantis di dunia, yang ingin saya temui di Pine Belt, Mississippi...
(manalah tau dia boleh pujuk hati yang gundah gulana nih, hehe...)
Wassalam...
(PS: I honestly don't say things like this on other's blogs, lol... tapi puisi-puisi indah Dr.Rem membuka hati... Nak sokong Pn.Nisah... kumpulkanlah puisi-puisi Dr.Rem tu!) |  |
  |  |  | Wira February 8, 2008 04:44 AM PST
Tu lah tu, Dr Rem..
Cerita tu siap keluar dalam paper utama di Malaysia dengan gambar family tu sekali.. muka frust je.. ntah tahun bila saya dah lupa.. |  |
  |  |  | Rem February 7, 2008 04:19 PM PST
Wira,
Cerita benar ka? Biar betul! :)
Sofwah,
Kenapa US? Bukan UK ke, China ke, Jepun ke? Kadang-kadang orang terlupa, di Asia pun ada salji! :)
Intan,
Minta gambar pertandingan bola persahabatan 6 Feb yang lepas. Tanya si Pojie. Mesti dia ada ambik gambar.
Nana,
Takat salji, tak payahlah nak dikirim dari UK. Buka peti ais, dalam tu ada banyak! :) |  |
  |  |  | Sofwah February 7, 2008 10:34 AM PST
Salam,
WAAAHHHH, bestnyerrr...
Kalau jadi, hujung tahun ni, saya akan turun A.S... insyaAllah, dapatlah merasa...
(Rakan-rakan saya di sana cuti ke luar negara sebab tak tahan salji, saya pulak nak ke sana... lol...)
Dr.Rem, berkobar-kobar tentang isu KOMSAS ni ye... sangat setuju dengan Dr.Rem... sebagai pendidik yang mengkaji pembangunan psikologi insan, saya sensitif dengan frasa "subsidi minda" tu... ARGH. Minda anak-anak kita tak perlu subsidi... Minda manusia sangat hebat dan mempunyai potensi perkembangan yang sangat luas, mampu menggerakkan gunung-ganang! Minda harus diberi cabaran untuk menzahirkan potensi maksima dan optima, bukan, ditahan-tahan umpama belalang yang disimpan dalam balang... setelah beberapa lama, belalang hanya melompat setinggi mulut balang, walau dibenarkan keluar dari balang...
Hmmm, boleh buat puisi tentang "Belalang dalam Balang"
Wassalam... |  |
  |  |  | Wira February 7, 2008 04:35 AM PST
Teringat berita suatu masa dulu tentang satu family dari Malaysia yang tak dibenarkan entry ke UK dan dihantar pulang ke Malaysia immediately after they were interrogated in Heathrow Airport..
Dikatakan bhw alasan yang family tu bagi kepada pegawai2 imigresen tentang nape diorang ke UK: "To feel snow".
Dikatakan bhw pegawai2 imigresen tu pulak memberi komen berikut tentang alasan family tu: "Doesn't make sense".
I was wondering masa tu.. Kalaulah benar apa yang dikatakan.. adakah komen "Doesn't make sense" tu disebabkan pegawai2 imigresen tu tak faham bahawa orang2 tropika mmg teringin sangat merasakan snow (yang mungkin dianggap hanyalah ais yg memedihkan dan menyusahkan bg sesetengah orang UK).. atau adakah komen "Doesn't make sense" tu disebabkan keadaan weather UK yang sememangnya tak menentu, so it doesn't make sense to go & find snow in the UK? :)
Tak kiralah apapun cerita yg sebenarnya, tetap kesianlah kpd family tu.. Cuma sempat jejak kaki di Heathrow je.. |  |
  |  |  | intan February 6, 2008 12:00 PM PST
yea..'segala apa' yg ada di Sabah :)
jgn lupa ole2 intan yea :)hehehehe |  |
  |  |  | Nana (KL) February 5, 2008 07:42 PM PST
...nak..nak..nakkkkkkkkk!
bukan aper, nak minta bau salji. bawak balik kat mesia... bole kerr? :) |  |
  |  |  | Rem February 5, 2008 05:41 PM PST
Intan,
Rindukan Sabah dan 'segala apa' yang ada di dalamnya. :)
AhsueZ,
Alahai... iya ker? Ciss.. wrong timing la. Kalau tak, boleh saya pi belanja makan seafood. Ahak.. ahak...
Gambar tu yang paling kiri sekali? Ha ha ha. Obviously AhsueZ oooii. Tak kan saya dah buat pembedahan tukar jantina pulak! :) |  |
  |  |  | ahsuez February 5, 2008 11:18 AM PST
bro,
gambar itu. yang kiri sekali kah?
bulan 4, ahsuez dan samurai mahu ke KK. orang KK pula ada di perantauan. :) |  |
  |  |  | intan February 5, 2008 10:47 AM PST
Salam Dr,
adat perantau... kenapa? rindukan sabah ka? hehehehe...:)
|  |
  |  |  | Mardhiah February 4, 2008 08:44 AM PST
Kalau awak baca link yang saya berikan, KOMSAS di "down grade"kan, for the sake of our cikgu. Kononnya KOMSAS yang ada sekarang ini terlalu berat untuk mereka ajar, budak tak minat. Gitu-gitulah. Orang kata tak pandai menari salahkan lantai yang tak rata?
Saya bukan nak defensive, tapi sebagai menyampaikan apa yang saya perhatikan di sini. Cikgu kita terlalu dibebankan dengan tugas yang tak berkaitan dengan tugas hakiki.
Iyala masa kita sekolah, mana ada sangat koko koko ni. Benda basic pun nak lepaskan kat cikgu. Ambil air sembahyang dan mengaji alif ba ta pun, nak serah kat pihak sekolah.
Ni hah memang dah lama depa berangan nak buat sekolah satu sessilah pula. Ai anak dia hilang, apa pula cikgu yang terhukum! eish!
Pandangan saya tentang KOMSAS agak extream. Hapuskan saja! Biar mak bapa cari guru sastera untuk anak mereka kalau mereka mau pembangunan intelek anaknya seimbang. Pemerintah melalui KPM sudah terlalu banyak beri subsidi untuk pembangunan Modal Insan. No wonder yang kita ada sekarang ni semua muka subsidi! |  |
  |  |  | kony February 3, 2008 06:39 PM PST
jiwang karat kau di sana aa..(ha3) tapikan,masih menunggu raspodi kiriman untuk sahabat kinabalu 2.
wah, itu benar-benar menakjubkan! suka dengan aliran kata yang (basah!)he he he..
cabaran untuk pemikir bah.
|  |
  |  |  | Rem February 3, 2008 06:12 PM PST
2.5 weeks? Wah, panjangnya cuti! I wish I could have a long break... dan bercanda-ria di Romania atau Turki. Unfortunately, my supervisor is just a bit too demanding. :(
Hana,
Ya... akhirnya. Sejuk dan rajuk bersatu dalam warna salji. He he he he he... |  |
  |  |  | Hana February 3, 2008 01:35 PM PST
akhirnya, eh? :) |  |
  |  |  | Anisah February 3, 2008 08:56 AM PST
So, it has finally snowed there? Can't see the picture!
I'm on 2.5 weeks holiday. I'll be updating my blog more regularly now, whenever I'm in Starbucks. The price of the coffee is the access rate. At 'home' in the middle of an oil palm plantation, the connection is at crawling speed. At the moment, there is no speed at all, the telephone's dead for the past week! My next article is on the double-standards of Malaysians' approach to capital punishment. Wah! Ambitious (konon!), but I'm really disgusted by the somewhat (almost) hypocritical stands Malaysians take when it comes to that. Incidentally the English debaters did a show-case debate on that recently. |  |
|
|