[i]
Ahad, 20 Januari
Di Kota Kinabalu, kunjungannya tak pernah luak. Hampir setiap pagi. Dari celah jendela, ia memanjat perlahan-lahan. Bermula dengan sinar pasca subuh, kemudian pancaran dhuha yang hening, hingga limpahan cahaya garang ketika dzuhur.
You don't experience it everyday in Norwich. No, especially during the winter. It's a luxury rather than a privilege. Here. That's why I'm starting to relearn, not to take it for granted. All of us, should start to.
Selepas berhari-hari, ini kali pertama saya melihat cahaya pagi di Norwich. Ya, cahaya yang sebenar. Yang tidak kelam dengan embun tepu. Oh, alangkah!

Pandangan dari celah jendela
Flat Visitor A01 Norfolk Terrace
Kita sebenarnya selalu rindu pada cahaya. Tapi kita tak pernah sedar tentang kewujudan rindu ini. Hinggalah kita dipisahkan daripada nikmat cahaya. Selama beberapa waktu.
Don't take this, just literally. Think beyond it. Bukan sekadar cahaya matahari, tapi cahaya-cahaya lain dalam hidup. Yang ada pelbagai bentuk.
[ii]
Terapung-apung di angkasa selama lapan hari tanpa tarikan graviti: adakah itu boleh membantutkan merencat IQ seorang manusia?
An enquiring mind is eager to know. Anyone care to explain?
Bukan apa, saya terbaca kata-kata Pelancong Angkasaraya pertama Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar, dalam akhbar Utusan Malaysia (versi internet):
"Sebagai contoh, walaupun Rusia dan Amerika Syarikat merupakan seteru tetapi ketika di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), tidak ada perselisihan di antara angkasawan negara-negara itu malah mereka memiliki persefahaman yang kuat."
Seteru? That's a very strong word, isn't it?
Correct me if I'm wrong. But, the last time I checked, the Cold War has long ended more than 16 years ago. Tak baca buku sejarah ka mamat ni? Ini satu bentuk kemandulan intelek Malaysia. Sangat taksub dengan sains dan teknologi. Hingga ilmu kemanusiaan (sejarah dan susastera misalnya) dianggap hanya picisan.
Saya bukan secara eksklusif bercakap tentang Dr. Sheikh, si angkasawan jadi-jadian itu. Dia hanya satu contoh kosmetik. Tak signfikan pun dari segi statistik. Saya merujuk konteks lebih besar. Dari segi tanggapan umum, dan bagaimana kurikulum pendidikan negara diorientasikan.
Terlalu tebal dengan unsur-unsur mekanik. Miskin dengan sentuhan manusiawi: pembangunan nilai dan estetik, khususnya. Masa di sekolah dulu, saya masih ingat -- pelajar (aliran) sains selalu menganggap pelajar sastera itu kurang cerdik. Saya fikir mentaliti bantut begitu masih subur sampai sekarang!
[iii]
Oh ya, berbicara tentang kurikulum pendidikan: kita ada cerita hangat! Lebih panas daripada skandal seks sang menteri nun jauh di selatan sana.
Saya mahu mereka yang tidak bermoral itu segera mengaku. Kalau boleh, buatlah sidang akhbar besar-besaran. Kemudian, di depan seluruh rakyat Malaysia – buatlah pengakuan berani.
Katakan: "Kamilah orang itu!"
Setelah kalian merogol kesucian kurikulum sastera Malaysia secara beramai-ramai, jangan hanya bertapuk di balik topeng Jawatankuasa Penilai. Itu gaya pengecut. Atau dalam bahasa pop mazhab ahadiat – "hello brader, tak ada telur kerr?"
Berikan nama penuh. Tunjukkan muka. Satu-satu. Supaya sepuluh tahun daripada sekarang (bila anak-anak muda Malaysia mula malas berfikir, tetapi lebih tekun membaca majalah Mangga dan novel-novel seks!), kami boleh meludah muka-muka kalian dengan kahak kuning. Itu pun kalau kalian sempat hidup lama untuk melihat impak pencabulaan intelek yang bakal kalian pelopori. Itu.
Hati saya luluh tersentuh dan terbakar, mendengar rajuk seorang Sasterawan Negara. Gara-gara sang perogol yang ramai-ramai itu!
[iv]
Minggu lepas, saya hilang jam tangan. Handphone saya juga meragam. Pada hari Sabtu, pagi-pagi lagi saya sudah keluar bandar. Ya, item keperluan yang hilang dan sedang meragam ini perlu diganti segera.
Instead of getting a new watch and a better mobile phone, I was (reluctantly?) seduced into doing something very sinful. I ended up buying a leather jacket by Next (Directory).
My sanity is totally convinced that I don't need the jacket. Crazy enough, I don't know what tempted me to buy it. Eventually. Barangkali godaan sales awal tahun yang melambai-lambai? "Oh, I want this because I can afford it": perangkap selera rakus yang begitu.
Ini salah satu punca utama global warming. Manusia gelojoh mahukan materi lebih daripada apa yang perlu. Natijahnya? Dunia terpaksa menjana produksi berkali-ganda (daripada yang patut) untuk memuaskan nafsu konsumeris para pembeli. Bukan mengisi keperluan hakiki.
Saya masih ada peluang 21 hari untuk pulangkan semula. Sebenarnya. Tapi bila sampai rumah dan saya cuba-cuba pakai, saya tiba-tiba jatuh cinta. Bukan lagi sekadar cinta. Sudah naik berahi pun! So, I decided I should keep it. J
Sometimes we make the wrong first move. Then, we (helplessly) get trapped by everything that comes after (for whatever reason). Ibaratnya, seperti tersilap memilih cinta. Akhirnya, terperangkap dengan perkahwinan yang tidak bahagia. Mahu berpatah balik, sudah terlewat untuk menyemai kasih nan baru.
Kamu faham apa yang ingin saya katakan? Maksud saya lebihkurang begini: sebelum terjerat dengan pilihan, berfikir dulu masak-masak. Langkah pertama selalu memulakan rantaian kesan-akibat yang secara halus boleh jadi perangkap!
Kamu faham? Tidak? Tak apa. Saya sendiri pun sebenarnya kabur-kabur.
[v]
Rabu, 23 Januari
[Dua catan minyak yang saya beli baru-baru ini]

'Dedham Church 1998' (Mary Ward) & 'View from Slindon Woods' (Julie Burks)
Hari ini, Norwich mendung. Seperti biasa. Siang yang hening dan cerlang, seperti hari Ahad baru-baru ini, kini hanya tinggal bayangan. Seperti imaginasi dalam lukisan. Bukan lagi satu realiti.
Saya masih (bahkan, semakin!) rindu pada cahaya. Heii, jangan kata saya melodramatik lebih-lebih. Kalau korang ada di sini, korang akan faham apa yang saya rasa.
Mahu cuba?