|
Tuesday, January 08, 2008
(i)
Hari ini, saya tiba-tiba digamit déjà vu. Ingatan yang dulu-dulu, kembali semula. Dalam rupa lama, tapi dengan bentuk baru. Lebih segar daripada apa yang pernah saya bayangkan.
Memang benar. Norwich hanya sebuah bandar kecil. Jauh terpinggir (lagi terpencil!) di pantai timur England. Tapi bagi seorang lelaki Borneo, Norwich adalah sebuah kota nostalgia. Yang begitu besar!
Ia selalu menjana refleksi. Ia menghidupkan realiti, daripada terus menjadi mimpi.
(ii)
Justeru panahan aura Norwich, saya mengalami metamorfisis mendadak. Daripada seekor ulat daun yang liar, tiba-tiba menjadi seekor kalkatu jinak. Yang diam-diam dilamun cinta.
Saya tau, seluruh unggas di rimba raya benar-benar teruja mahu tahu -- bercinta dengan apa siapa?
Biarkan mereka meneka dalam kesamaran. J
Berimaginasilah kamu wahai unggas-unggas rimba!
Aku, kelkatu naif sesat dari rimba diumpan kerlip neon di tengah metropolitan.
Mary Chapman Norwich
Puisi ini saya tulis ketika mengunjungi Norwich pada Ogos 2006.
Cinta (dengan mata)
Hanya dengan mata tak perlu kata-kata mari hadirkan cinta tanpa meminta-minta.
Cinta dalam diam seperti api sekam tak mudah padam.
Bluebell Road Norwich
Puisi ini saya tulis semasa kunjungan ke Norwich pada penghujung November 2006.
Posted at 7:02 pm by Rem
 |  |  | aDeq January 22, 2008 12:11 PM PST
Saya juga termenyesal sebab tak jumpa blog nie awal². Idea² / point² kat sini memang sangat menarik, lain dari yang lain, pelik tapi logik. hari² baca pun tak jemu.
Ermmmm ... entah lah kenapa, tapi saya suka sangat² hik3 ~!
m(^-^)m |  |
  |  |  | bee January 15, 2008 08:03 AM PST
How come I never stumbled upon this blog before?
I like the way you write. |  |
  |  |  | Anisah January 13, 2008 10:55 PM PST
Aiks, membantah perkataan bawang ja? maka, argument diterimalah. hehehe. gantilah bawang dengan kerang (busuk). |  |
  |  |  | ony January 11, 2008 06:12 PM PST
maklumlah bah..beliau2 yang menamakan.Minyak sudah kental. Tapi, sentuhan tu...ha3.
tau sudah..kenapa.Jika mau diubah .sepet nanti matakan kan kan..:))
di SM bah hari2.limpas rumah kau.ada kucing dua ekor tau.
|  |
  |  |  | aDeq January 11, 2008 02:35 PM PST
hik3 ... suka baca karya² Doctor . Kelakar giler :-) |  |
  |  |  | Org KB & Suami January 11, 2008 12:45 PM PST
Salam Maal Hijrah. Plan nak ke KK dalam tahun ni juga, tarikh tak pasti. My hubby memang teruja dgn keindahan di sana, dia prefer KK rather than Kuching !. kami nak gi honeymoon sekali lagi |  |
  |  |  | Rem January 11, 2008 10:08 AM PST
Salam Maal Hijrah kepada semua:
Azhad (lama tidak nampak!), Ira (antologi sedang dalam pembikinan -- secara indie saja), Intan (boleh bah), 442262 (what a strange nick... but TQ anyway), Kony (nama RJTP tu terlampau labuci la bah pula.. he he he), Nana (heiii... apa khabar!), ADeQ (ya, saya nampak hits blog ni meningkat mencanak kerana ada orang masuk ratusan kali sehari.. he he he), Anisah (jiwang dan bawang.. alahai jauhnya menyimpang!) dan ZeeRoo (you remind me of childhood tv favourite... Zorro!).
Norwich masih menunggu salji putih. Malaysia macam mana? Sedang menunggu jerebu kelabu? :) |  |
  |  |  | azhad January 10, 2008 09:48 PM PST
Salam... Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1429 |  |
  |  |  | Ira January 10, 2008 04:52 PM PST
Salam Maal Hijrah, Rem. Semoga hidup bertambah berkat, sejahtera, bermakna dan dilindungi-Nya.
Bila nak bukukan semua puisi yang ada, saya nak memilikinya. Mungkin boleh bubuh sekali puisi lama-lama dulu, zaman saya sekolah menengah tahun 80-an. Kalau DBP terbitkan, mungkin puisi-puisi tahun 80-an tu boleh masuk sekali. Pas tu Ujana Ilmu (Nisah) pun boleh tolong jualkan sama buku awak. Mesti ramai yang nak beli. |  |
  |  |  | intan January 10, 2008 03:26 PM PST
Hi Dr,
Hanya dengan mata..tak perlu kata-kata
Cinta dalam diam...seperti api sekam
tak mudah padam...
hehehe..jiwang la plak...hahahaha :)
mcm nanti ada kenduri je tau...:) bah.. jgn lupa kami di sini..
|  |
  |  |  | 442662 January 10, 2008 01:37 PM PST
Did I ever tell u, I'm hooked with your beautiful poems as well? ;) |  |
  |  |  | kony January 10, 2008 01:29 PM PST
ari anam mangkali kami ke RJTP mu itu kali tonini..kependekan (Rumah Jati bertangga putih).harap nama itu dikekalkan kerana yang menamakan pun bukan calang2 orang..Budayawan negeri dan novelis boi.jadi sejarah tu..:))
C N, tadi ada singgah ke RJTP katanya dalam telefon bah.
Rumah besar sudah tu tonini.bah,menunggu 'mem besar' pulak kakakmu ini aa.. bulih bah jadi mak andam ni...
puisi itu cantik,lagi cantik lagi jika ada penyeri di RJTP.ndak payah kakakmu memasak- mau pencen sudah.ha ha ha. |  |
  |  |  | Azizah January 9, 2008 04:32 PM PST
Hi bro,
wah wah ... lama tak mengunjungi catatan-catatan di sini.dalam hidup ini macam-macam bentuk cinta yang ada, dan yang paling agung tetap cinta kepada-Nya, bukan begitu?
Anyway, "cinta alam dalam diam" .. suatu cinta yang hebat juga tau! .. di situ kita temui kedamaian, yang mungkin pernah hilang suatu waktu dulu ... (jiwang la pulak!!!)
take great care, Bro! |  |
  |  |  | Nana (KL) January 9, 2008 01:54 PM PST
suker dgn puisi mata itu. romantik sangat!
happy new year. |  |
  |  |  | aDeq January 9, 2008 08:09 AM PST
:-) |  |
  |  |  | Anisah January 8, 2008 11:48 PM PST
Macam mana ni? Kalau banyak masa sikit di tangan, jadi jiwang. Kalau kesuntukan masa, jadi bawang? |  |
  |  |  | zeeRoo January 8, 2008 09:52 PM PST
salam perkenalan. saja cuba2 buka blog ni coz title blog ni interasting. tak sangka kandungannya sama menarik. puisi, sajak and isu yg di hidangkan sungguh mantap dengan isu semasa. anyway...cerita dok. tentang norwic sungguh menarik. I hv been to london last year but i dont like it. sibuk. hope, one day boleh ke sana. bila? entahlah. |  |
|
|