|
Saturday, September 15, 2007
(i)
Beberapa hari dulu, saya berada di KL selama tiga-hari-empat-malam. Saya sebenarnya menghadiri persidangan di sebuah universiti perguruan di Tanjung Malim. Tapi kerana inilah pertama kali saya ke pekan bersejarah itu, saya ragu-ragu menginap di sana. Lagipun, perjalanan KL-Tanjung Malim hanyalah lebihkurang dua jam ulang-alik. Terima kasih kepada pembangunan sistem pengangkutan negara!
Suatu ketika dulu, penduduk Malaya mengamuk sakan dengan kadar tol yang naik mencanak-canak. Hmm, mungkin mereka yang kurang bersyukur ini perlu datang bermastautin di Sabah selama beberapa bulan, barulah mereka boleh belajar menghayati nikmat kemudahan lebuhraya.
(ii)
Sistem pengangkutan adalah satu infrastruktur mandatori. Tapi mesti ingat, pembinaan lebuhraya hanyalah satu fasiliti pilihan. Kalau tak mau bayar tol, ikutlah jalanraya biasa. Apa yang susah? Kalau kita fikir duit itu lebih penting daripada 'penjimatan masa' dan keselesaan -- sila susuri jalan-jalan lama yang telah dibina sejak zaman 70-an, sambil berkongsi dengan sapi dan kambing.
Jalanraya, itu obligasi kerajaan. Lebuhraya itu pula projek swasta. Yang peliknya, ramai pengguna tergedik-gedik menuntut supaya gomen memberi subsidi tol yang lebih tinggi. Wah, banyak cantik! Kemudahan yang canggih, semua seronok beruk mau pakai. Tapi ongkosnya mau kerajaan (baca: cukai rakyat!) yang tanggung.
Ada jutaan penduduk Sabah dan Sarawak yang tidak pernah merasa nikmat lebuhraya. Kalau dapat rasa pun, mungkin cuma 2-3 kali setahun. Bila sesekali mereka datang melawat Malaya. Persoalannya, kenapa mau guna duit cukai rakyat (yang turut dicarum oleh penduduk Sabah/Sarawak) untuk fasiliti mewah yang hanya dinikmati penduduk di wilayah-wilayah tertentu?
(iii)
Daripada memberi subsidi lebih tinggi (subsidi asas memang dah diberi pun!) kepada pengguna lebuhraya di Malaya, lebih baik duit itu diguna untuk membina jalan-jalan kampung di seluruh pelosok Sabah/Sarawak yang kebanyakannya masih lagi super daif. Sekurang-kurangnya dalam kes begini, duit rakyat itu hanya diguna untuk membangunkan 'basic mandatory facility', bukannya memberi subsidi untuk 'optional luxury facility'.
Setelah 50 tahun Malaya merdeka, dan 44 tahun Malaysia dibentuk -- masih ramai kalangan kita yang sebenarnya buta tentang hak kesamarataan. Ramai yang masih tak faham konsep pembangunan seimbang dan prinsip agihan kekayaan negara secara saksama. Ya, ada orang yang masih mengamuk dan merungut kerana diminta membayar 'tol mahal' untuk kemudahan lebuhraya yang canggih terperi. Hello, bersyukurlah kalian. At least, kalian diberi pilihan: sama ada guna lebuhraya mewah berbayar atau jalanraya biasa yang percuma.
Nun jauh di pedalaman Sabah/Sarawak, ada ribuan penduduk yang terus-terusan merintih kerana masih meredah denai dan jalan sempit-sehala-tak-bertar tiap-tiap hari. What choices these people got? Jalanraya asas pun tiada. Jauh sekali kemudahan lebuhraya!
(iv)
Itupun, orang-orang kota yang kaya-raya dan sudah dimanjakan dengan pelbagai infrastruktur asas ini -- masih terhegeh-hegeh mahukan duit cukai rakyat untuk memberi subsidi tambahan pada bayaran tol lebuhraya mereka. Habis jalan-jalan asas di serata kawasan pedalaman seluruh negara: duit mana mau dikorek untuk membinanya?
Sudah sampai masanya kita semua sama-sama belajar bagaimana untuk mengerti, dan memberi secebis empati (bukan simpati ya!).
PS: Selamat menunaikan ibadat puasa kepada rakan-rakan pembaca yang beragama Islam.
Posted at 5:46 am by Rem
 |  |  | peloncat October 8, 2008 02:47 PM PDT
meman jalan raya di sabah teruk. tapi apa yang wakil rakyat perjuangkan. ORang jadi wakil rakyat untuk kepentingan diri. peduli apa mereka dengan jalan raya, bergerak dari kk-tawau naik kapal terbang. jalan luar bandar, 2,3 hari nak mengundi pergi je tabur janji. confirm orang kampung percaya.
|  |
  |  |  | jum-adawiyah July 31, 2008 12:45 PM PDT
MUSTIKA..mustika..
bukan org Sabah tidur jak tapi masalah orang dalam n pilih kulit.. macam zaman jahiliyah....
ko tenguk kat UMS bangsa pa yang mendominasi pekerja di UMS?? bukan pensyarah tapi Staf..
bangunan persekutuan KK.. golongan mana mendominasi?? sekebanyakan mereka ada kaitan keluarga... Fikir-fikirkan.....
|  |
  |  |  | mustika September 22, 2007 10:42 AM PDT
aku slalu kasihan dgn urang Sabah dan Sarawak. Kehidupan di sana, mcm Malaya tahun 60an. Ketinggalan 40 tahun! Namun apa usaha kerajaan negri? Kalau mahu seribu daya, kalau tidur, itu saja yg kau dapat. |  |
  |  |  | pitt September 21, 2007 02:31 PM PDT
betul jalanraya2 di sabah masih sangat daif.. teruk betul.. di kg asal ketua menteri sekarang pun bukan main teruk lagi.. tapi apa boleh buat kalau sayang kereta tinggalkan saja di rumah naik van2 yang banyak2.. tapi apa guna kenderaan kalau tidak dpat digunakan hemm.. jalan berlubang sana sini.. kalau kebetulan drive malam aramak masuk lubang mesti kena tukar rim or kena buat alament lagi...gitulah adat.. tapi di semenanjung mereka meriah denganjalanraya sampai depan tangga itu pun tak tau bersyukur |  |
  |  |  | Mardhiah September 20, 2007 07:11 AM PDT
Incase ada yang tak faham (Greographer, especially yang pernah SERIUOSLY thingking nak migrate dah terlebih faham dan expert bab ni sebab mesti ada dalam demography, yeah).
This komen is for those who are thingking we orang semenanjung mengada-ngada i.e. insan terluka, jelous type of individual punya persepsi, yang ada kemungkinannya beraksi seperti ini terhadap rebuttel point saya:- "apa pasal kalau tol naik mesti wajib nak inflasi? Orang semenajung punya pasallahkan ngada-ngada nak cepat, tak nak ikut jalan lama yang akan jadi lebih rendah kosnya jika subsidi tol ditarik"
Maka jawabnya:-
Kenaikan tol mengakibatkan kenaikan dalam kos pengankutan yang merupakan salah satu kos yang diambil kira dalam menentukan harga barang per unit. samalah macam petrol. Petrol naik kenapa harga beras naik? sebab beras naik lori ikut highway dari Kedah nak sampai ke KL.
Orang bolehla keluar awal dari biasa dan share jalan dengan sapi dan kambing, tapi ikan, ayam, sayur yang nak dihantar ke pasar tak boleh lewat sampai dari jadual biasa. atau driver lori mistilah minta extra tip kalau ikut jalan kampung, mereka pun ada anak-bini kat rumah yang nak dikejar. Alah orang meniaga dia apa peduli, pass ajelah kat konsumer, lagi pula all this item keluk permintaanya adalah tegar. Letak RM7.00 sekilo pun, laku. Tak faham apa pasal Malaysian suka sangat makan ayam, sampai rasanya ketegaran keluk permintaan ayam dah sikit lebih kurang jah macam rokoklah.
eh apa yang merapik pagi buta ni? Sorilah Adik Ixora akak masih waras dan masih kat umah ni ye adik Ixora bukan kat office. |  |
  |  |  | Mardhiah September 19, 2007 02:40 PM PDT
So sory sebab fail to see isu sebenar ialah subsidi...
Now isu subsidi:-
Kalau dimansuhkan subsidi, tol akan naik, thus menyumbang kepada kenaikan kos pengangkutan. Pendek cerita inflasi. Persoalanya adakah bijak menanggung inflasi hanya kerna mau membiayai jalan yang bagus-bagus di sebelah sana, sedangkan kepadatan penduduk lebih tinggi di sini?
Bak kata orang barang yang dah terlepas ke tangan orang lain janganlah mau direbut-rebutkan, redha ajelah ketentuannya yang dah rezki PLUS. Patut ka tidak, itu perjanjian dulu-dulu. Redha ajelah agar tak sendat dada.
sori ni saya lari sikit dari topik ye,
ada lihat berita bangunan sekolah yang daif di sana dalam TV. Walhal kita orang kat sini tiap-tiap tahun ngecat dinding pejabat. Ni nak pasang sinkilah pula. kenapa sampai jadi macam itu. Diskriminasi? Terhakis rasa empati?
Tapi pemerhatian sayalah, kompetensi. Sama ada memang tak kompeten atau kompetensi yang diragui kerana bias, atau mungkin atas persepsi yang tak tepat wallahuallam.
contoh:-
Kalu bagi duit kat dia pun ujung-ujung tahun ni, sekolah ceruk balik denun, nak masuk pun kena jalan kaki boleh sempat ke dia buat kerja? kang bagi kat dia tak siap, ujung tahun tak dapat bayar, aku juga yang susah kena minta a.p. 58(a). Tak ke nyusahkan aku tu? Ah, bagi kat orang KKlah, lagi pun sedara aku. contoh je...
ii)
Dengo khabo orang KK dah ada butik Bonia dan ice skating ring eh..dan dah ada orkid liar baru nama KM ye.
Kita orang kat sini dapat KM yang gila buat jalan, tak sudah-sudah buat jalan. 45 minit jadi 10 jah. Ok la alhamdullilah tu dari hok yang dulu tu gilakan budak bawah umur.
Baik sangka ajelah mungkin KM you all rasa Sabah akan lebih perkasa dengan kemahiran berais sketing. Orang Melaka dapat cepat sampai jah. Orang Sabah lagi hebat sikit hari pandai main ice skating, cuaca macam kat oversea. |  |
  |  |  | Mardhiah September 19, 2007 07:10 AM PDT
oh...tambahan, isunya bukan masalah pengagihan tapi lebih kepada staff tak kompeten, ketirisan & integriti, (bacalah blog Raja Petra untuk episod drama yang lebih mencengkam perasaan).
Bukan masalah sistem tapi orang dalam sistem tu. Iyala kerja kuli batak kerajaan bole main golflah, pancing ikan laut dalamla, melancong sana sini, "client entertain". Dia tak tau yang semua benda tu bikin perolehan kerajaan overpricing which subsequently will cause overheating. Kita pula yang marhean kena tanggung dalam bentuk inflasi. Nasib baik itu ibu Gabenor Bank Negara pandai kawal.
Overpricing -
Definasi cikgu I yang tak pernah gi sekolah ekonomi, "kat sekolah pandai now Maths Tambah, dah kerja pun 1.5 juta tambah jadi 3 juta"
Pendek kata (yang atas-atas tu saja nak riak dan berangan ala-ala orang intelek cari makan, satu jam RM300.00..tapi dia punya point satu je),
HINDARILAH RASUAH. RASUAH MEMUSNAHKAN. |  |
  |  |  | annfarahin September 18, 2007 01:39 PM PDT
Sambung lagi… tadi terputus…tidakbertanggungjawab ke hulu ke hilir dengan jentera berat keluar masuk hutan melalui jalan yang telah dibuat dengan bagus.. dan akhirnya kini siapa yang menjadi mangsa…? Penduduk di sekitar tempat tersebut yang terpaksa melalui jalan ynag rosak sana sini. Itu pun akibat daripada pihak yang sepatutnya bertanggungjawab memperbaiki jalan tidaj menjalankan tanggungjawab mereka dan ditambah dengan pengguna yang tak bertanggungjawab tu lagi…Semua ini tak pernah yang tinggal hidup mewah di kota merasa betapa teruknya jalan kat hujung dunia tu… tak payah nak mengelak dari dikenakan tol. Jalan kat Bandar bukan main cantik lagi bagai permaidani katakan. Cuba tengok sendiri jalan kat luar Bandar, sanggup kah kamu menjadi pengguna setia jalan tersebut. Eentah – entah ada yang satu kali ja masuk jalan tu ta mau untuk kedua kalinya lagi.. jerak bilang orang kan. Sama juga kan bayar cukai jalan bagi yang ada kereta. Tapi kalau dikira harga tol dengan membaiki kereta yang rosak kerana jalan yang begitu teruk saya rasatberbaki lagi bayaran tol tu… Yang berkereta kat kotaraya wah bukan main gah lagi memandu dengan laju serta kereta berkilat. Cuba bandingkan dengan kereta dari kampung, aduh kesian sekali. Memang tak adil kalau cukai rakyat digunakan utnuk subsidi…..betul kan Dr….Tak adil Tak adil.Jangan nak ambil kesenangan orang yang sepatutnya meiliki kesenangan dan kemudahan itu…….fikirkan |  |
  |  |  | annfarahin September 18, 2007 01:18 PM PDT
Ini la ini kerajaan kekadang tak terfikir tentang pembayar cukai jalan khususnya yang berada di luar bandar. pada hal sama juga membayar cukai jalan sebab sama guna jalan raya. tapi, bayangkan yang kat bandar begitu cantik jalan dibuat sampai boleh jadi alas tidur katakan nak sangkal pasal bayar tol. dia orang tak pernah tahu bah kat hujung kampung yang terhenjut - henjut dengan jalan yang berlubang sana sini tak diperbaiki oleh yang bertanggungjawab membaiki jalan terutama jalan pitas sandakan tu. pernah kali yang kat bandar tu guna jalan yang berlubang lubang besar akibat laluan jentera berat dari sandakan mellaui jalan pintas dari Pitas... sebagai contoh... Jalan dulu memang da berturap tapi oleh kerana ada yang memang pengguna tak |  |
  |  |  | Rem September 18, 2007 01:56 AM PDT
Bisnes tol ini selalu kena 'top up' dengan kerajaan sebab bisnes ini memang selalu rugi.
Kenapa selalu rugi?
Sebab kadar bayaran tol sangat rendah, relatif kepada belanja membina, mengurus dan menyelenggara.
Kenapa kadar bayaran tol sangat rendah?
Sebab para pengguna tak mau bayar kos yang sepatutnya. Kadar bayaran tol Malaysia masih antara yang paling rendah di dunia (dibanding dengan Jepun, etc). Itupun, para pengguna tak mau bayar! :)
Dalam tulisan ini, saya merujuk kemudahan lebuhraya kepada lebuhraya penghubung wilayah (yang dibina untuk mempercepatkan perjalanan); bukan lebuhraya dalam bandar (yang dibina untuk mengelakkan kesesakan).
Saya setuju bahawa kerajaan mesti bayar subsidi untuk pengguna lebuhraya bandar (sebab ia digunakan on 'daily basis' dan biasanya tiada option laluan lain yang munsabah). Tapi saya tidak setuju cukai rakyat diguna untuk subsidi lebuhraya penghubung wilayah (sebab ada alternatif lain untuk pengguna yang tak mau bayar tol!). |  |
  |  |  | mustika September 17, 2007 09:37 PM PDT
kau sekali2 dtg Malaya, kau buleh cakap mcm itu REM!
kami bukan minta lebuhraya bertol itu! mereka (baca kroni) yg bikin mcm2 lebuhraya utk dpt komisen berbillion! skrg kami nak bergerak ke mana2, pasti kena tol. bisnes bikin tol ini, bisnes yg tak ada rugi REM! kalau rugi, kerajaan akan top up keuntungan yg kurang itu. harap maklum. |  |
  |  |  | Org KB & Suami September 17, 2007 10:27 AM PDT
Lama tak singgah di laman ni....harap sihat. Just to wish you "Selamat menunaikan ibadah Puasa". Salam ramadhan |  |
  |  |  | ZAM September 16, 2007 11:11 PM PDT
Masalahnya bukan bersyukur atau tak kawan..masalahnya sekarang adalah sebahagian drp perjanjian konsesi itu tak didedah kan kpd umum..lalu siapa yg untung?? mereka dan keluarga mereka.. |  |
  |  |  | Mardhiah September 15, 2007 11:30 AM PDT
Secara asasnya cukai pendapat yang dikutip ini turun semula ke negeri-negeri dalam 2 cara, melalui agensi dan jabatan kerajaan pusat dan grant kepada kerajaan negeri (yg ini tak ulas sebab saya orang federal).
Kalau disebut jalan raya maka, jabatan, agensi yang bertanggungjawab ialah JKR. Saya tak tau kat Sabah macam mana, tapi di Jasin ini kami ada Jurutera Daerah yang dipertanggungjawabkan menjaga harta awam termasuklah jalan-jalan.
Malaysia mengguna sistem yang di panggil Modified Budgeting System (MBS) mengguna pakai konsep bottom-up. Dari Daerah, ke Negeri seterusnya ke Putrajaya.
Tak boleh bagi sama-rata. Sebab mungkin keperluan Negeri A tak sama dengan Negeri B. Awal tahun peruntukan diturunkan adalah seperti kertas kerja yang telah disediakan. Cuba tinguk buku budget, di bawah siri 20000 dan 30000 berapakah yang di agihkan pada JKR. Check pula berapa JKR Sabah bid untuk 2 siri tersebut, dan berapa yang turun (saya rasa buat masa ini masih waran Am lagi, awal tahun nanti baru turun ke Jab dan Agensi Negeri) bandingkan dengan negeri lain, jika ada nampak semacam jah, ia adalah kerana JKR Sabah yang tak mintak.
Bandingkan juga siri 10000, (gaji kakitangan) kalau semacam juga itu payah sikit sebab kena tanya Jabatan Perkhidmatan awamla, apa pasai Sabah kurang staff. Mungkin pasai kurang staff menyebabkab tak sempat, atau buat budget ala semberono aje.
Walau bagaimanapun seperti yang saya cakap tadi kita mengamalkan MBS, bermakna kalau tak cukup dan ada keperluan (siri 20000 dan 30000 aje ye). Jurutera Daerah masih boleh memohon peruntukan tambahan melalui format-format yang sudah sedia dilampirkan dalam pekeliling.
Bukan kena buat paper work apa pun cuma nilai dan lengkapkan Format saja. Itu pun susah sangat ka? Kalau kat pejabat saya nilah kan tak pernah pula kami kena minta YB endorse the format. Kami-kami yang dalam pejabat tu jah.
Kesimpulannya:-
Yang memerlukan kena minta. Kalau tak minta manalah orang kat JKR Pusat dan Treasury nak tau. Beritahu mereka dengan Pekeliling, format, yang semua dah ada dalam internet. Aha ada sorang Akauntan JANM orang Sabah may be he can help you. Dia kalau bercakap no 1. Pi kacau dia. Rosli bin Rostam. 03 88821639 roslie@anm.gov.my, saya tak pasti budak nakal ni masih berada kat HQ. Seriouly, he very friendly, smart and knowladgeble. Budget n figure dalam kepala otak dia.
For more info:-
Penyelengaraan dan Asset sekolah, KPM ada budget dia sendiri. Mereka tak usik 20000 & 30000 JKR tau!
20000 & 30000 ni masih general lagi untuk detail 28000 itu penyelengaraan. Yang 30000 tu Assetlah untuk detail penjenisan dan kod ada pekelilingnya. Kat buku budget pun kalu tak silap ada tulis, 11000 apa, 12000 apa. Belek-beleklah buku budget eh..kalau yang baru tak sampai lagi, last year punya tu rasa julat variencenya sikit lebih kurang jah. |  |
|
|