|
Thursday, June 14, 2007
|
 Rebung I
|
 Rebung II
|
|
 Rebung III
|
 Rebung IV
|
Pesan Rebung
(Kepada Buluh)
Itu sepucuk rebung yang lentur menongkah di celah perdu buluh yang tegar meninggi.
Sang buluh berkata: "kasihan kau rebung kerdil dan bangkut hanya diulit tanah basah
lihatlah aku yang lampai riang bercanda dengan angin."
Balas si rebung: "ya, engkau buluh tua aku masih rebung muda tapi, jangan kau lupa miangku lebih berbisa!"
Norwich, Norfolk
16 Mac 2005
Siri Rebung, merupakan sebuah lagi koleksi catan karya Ishak Salehudin* yang saya beli baru-baru ini. Seperti juga Siri Pakis, catan ini dilengkapi oleh empat lukisan menggunakan media 'cat minyak'. Cuma bezanya, plot cerita Pakis diolah menerusi permainan pola dan bentuk (iaitu jumlah dan bentuk interaksi tunas pakis). Dalam Rebung pula, Ishak menggunakan kekuatan warna sebagai asas penceritaan. Tidak ada banyak unsur dramatik pada pola objeknya sendiri. Tetapi emosi siri catan ini diangkat menerusi pilihan warna latar yang agak romantis. Ia bermula dengan warna kundang senja (I & II), kemudian perlahan-lahan menjadi ungu kemilau (III & IV). Perubahan yang sungguh melankolik, kan?
Saya menyukai imej rebung dan buluh, kerana ia juga membawa nostalgia peribadi yang signifikan. Rumah kami di Kundasang (tempat saya dilahirkan bertahun dulu, tapi sekarang sudah lama lupus hilang!) dibina secara semi-tradisional. Berdinding papan, beratap zink dan lantainya diperbuat daripada siliw (buluh yang 'dipecah-pecah' supaya ia menjadi leper dan boleh dihampar seperti tikar). Oh ya, lokasinya betul-betul di kaki Gunung Kinabalu (less than ten minutes drive from Mesilou).
Bagi masyarakat Melayu (yang secara tradisi menghuni kawasan landai berhampiran pantai), kelapa dikenali sebagai pokok serbaguna. Lidi boleh dijadikan penyapu dan pencucuk sate, daun boleh membungkus makanan dan atap rumah, mayang dibuat nyiru dan gula, buah menghasilkan minuman dan santan, tempurung pula boleh menjadi capal, dan batangnya dibuat titi serta tiang. Bagi suku KadazanDusun (yang majoriti tinggal di pedalaman dan tanah tinggi), pohon buluh mengambil fungsi yang serupa seperti kelapa. Rebung dijadikan makanan; manakala buluh boleh dibuat pelbagai barang perkakasan domestik, alat muzik dan bahan binaan rumah.
Mogumba (bunyi fonetik: mẽ-gum-ba) adalah satu adat lama KadazanDusun yang dikaitkan dengan proses pencarian buluh. Mengikut amalan tradisi ini, menebang buluh (khususnya untuk dijadikan bahan binaan rumah) haruslah dilakukan ketika wulan rondom (bulan gelap). Ini sebetulnya ada justifikasi saintifik. Ketika wulan tontolu (bulan penuh), tumbuhan boleh menjalankan proses fotosintesis pada waktu malam dengan kadar rendah (dibantu cahaya bulan). Fotosintesis menghasilkan 'makanan' pada batang dan daun; sekaligus menjadikan buluh relatifnya lebih lembut. Justeru, buluh yang ditebang ketika bulan penuh mempunyai kebarangkalian lebih tinggi untuk diserang anai-anai dan bubuk kayu (berbanding yang ditebang tika wulon rondom). Inilah rahsia di sebalik 'darjah durability' buluh dalam seni binaan rumah tradisional suku KadazanDusun (yang setengahnya bertahan sehingga 50 tahun!**).
Nota 1: Ishak Salehudin boleh ditemui di tamu mingguan Jalan Gaya pada setiap hari Ahad (8 – 11am), atau di galeri seni beliau di kawasan Jesselton Port (not far from Amy's Kitchen) pada hari-hari biasa. Sokonglah bakat tempatan, dan belilah barang buatan Malaysia!
Nota 2: Biasanya, jangkahayat maksimum bagi buluh yang diguna sebagai bahan binaan rumah ialah sekitar 20-30 tahun sahaja. Secara normalnya begitu.
Posted at 2:34 am by Rem
 |  |  | aDeq January 13, 2008 12:14 PM PST
*cantik* |  |
  |  |  | Mardhiah June 20, 2007 12:09 PM PDT
Kalau ikut prosidur tak boleh penyap macam itu sahaja Kino, Enviromental Impact Assessment (EIA) itu perlu diletak ditempat awam, seperti library, jadi the people boleh baca, bagi pendapat, setuju atau tidak, barulah semangat Gettysburg Speech naik hantu! Kalau dah buat study tak dedah tak ka macam syok sendiri jah? Atau kalau orang nak tohmah kerajaan DEMO KASI macam mana? Bikin saya terfikir jika selama ni main DEMO KASI je kut, itu pasai kalu dok sokongan tuntutan tak lengkap main Treasury Apporvalllah, stimulant packageslah, tah apa-apa tah! Nauzubillah, apa yg saya merapik ni?
Peh, kena godam juga blog ni gamaknya...tuan punya blog, kalu kena godam, sori ye :) |  |
  |  |  | Kinorotuan June 19, 2007 05:35 PM PDT
Barambang, saya rasa pun ada kaitan..lead tu antara sebabnya.. |  |
  |  |  | Rem June 19, 2007 12:32 AM PDT
Baru balik dari berjalan-jalanan! :)
Barambang, ya... 'sumbiling' bah yang betul. Bukan 'sombuling'. Itu nama kawan bapak saya pula! :) |  |
  |  |  | Puteri Ezza June 17, 2007 04:39 PM PDT
Salam Rem.
Oh, kena tempah rupanya. Patutlah ketika berkunjung ke zon niaga beliau, tidak banyak gambar yang ada. Rakan saya si Fifi tu berharap sangat dapat lihat lukisan-lukisan seperti penari yang menarikan tarian tradisional, suasana di tamu atau apa-apa sahajalah yang berkaitan dengan Sabah. Mahu beli buat kenang-kenangan katanya. Tapi tiada. Zon niaga pelukis lain pun macam itu juga. Atau, mungkin kami yang terlambat (sampai di tamu sudah pukul 10, hehe). Alih-alih, kami minta urut refleksologi dengan 'blinds' yang ada di situ. |  |
  |  |  | ony June 17, 2007 03:37 PM PDT
ha ha ha. otopot it oroitannu tonini. 'poring'
sundait om raaito paling rancak masa 'mitatabang' . sambil lagi usik-mengusik.lagi riuh bila ndak dapat jawab. rindunya... itu musim .
oh ya.. tentang poring, taaur, sumbiling dan soko. ini dari penggunaan Kimaragang kaka:
kalau bikin rumah mesti pilih buluh yang namanya 'TAAUR' kerana lebih utuh dan 'apapag' tahan 30-40 tahun.
nah, rumah kami waktu dulu pun dari buluh Taaur.. sejuk betul lapik kena dibadan..nyaman jah bah.
itulah kono di Sabandar mau buat rumah buluh tapi anak2 menentang. sudah dua lori angkut buluh dan atap nipah.terpaksa dilupakan.kesiankan?:(
jika pilih buluh yang namanya 'poring'
buluh jenis ini,lembut dan mudah 'bubukon' .
kalau itu sumbiling buluh jenis kecil dan biasanya di tempat kami bagus buat sompoton dan juga dibuat 'binarabat' tempat menjemur tembakau yang sudah disarat-sarat.kalau indak silap kono..
itu soko ...sadap dimasak lemak dengan siput sungai...:))
barambang,tonini, nurul kano moti
datang sini walai saya. kita masak2,makan2..kobiis noh tie.
saya akan ke Trengganu 18-21 Jun .MTQ Peringkat Kebangsaan. yang suka sangat tempat MTQ itu diadakan seperti pulang ke rumah bah..saya bersekolah 6 tahun di Treangganu. Boleh jumpa keluarga angkat ,melawat sekolahku (Sek Men Ugama Sultan Ismail Dungun Trengganu)dan kawan2.sokmo rindu.he he
uiinnaa...banyak mulut pulak kali ini.tiada tuan rumahkan:))) |  |
  |  |  | moon June 17, 2007 03:18 AM PDT
ada tempat d jogja u belum sampai? tempat itu tak sebaik mana sejak 2003.. kundasang pernah u nampak semakin bersih & 'hijau'?
sekadar cakap2, sebulan yg lalu sempat juga singgah d candi tp hampir pengsan apabila puluhan penjaja jalanan mengejar.. d kundasang mungkin tiada siapa yg peduli anda tp nasib baik ada kinabalu fine resort utk melepaskan lelah semalam 2.
marah pd habitat perosak bukan bermakna membenci pekan & daerah d kaki gunung kinabalu ini..
kinabalu... moga kakimu bertahan menunggu anak2mu dewasa utk mengenal & menyayangimu sebagai ibu kandung yg melahirkan mereka..
dr rem, jangan marah.. singgah d blog anda spt balik kg halaman.. tq |  |
  |  |  | Barambang June 17, 2007 12:21 AM PDT
Maksud saya, Jogja bahagian mana ialah sama ada di Sleman, Bantul, Gunung Kidul, Kulon Progo atau di mana?
Kawasan tanah tinggi, sejuk dan berkabut di Jogja macam Kundasang, cuma di Kaliurang.
Di mana agaknya tempat di Jogja yang serupa dengan Kundasang tu ya?
|  |
  |  |  | moon June 16, 2007 11:32 PM PDT
jogja mana lagi.. |  |
  |  |  | Barambang June 16, 2007 01:52 PM PDT
Kinorotuan:
Rasanya ada hubungan pencemaran Mamut dengan perkembangan/pemikiran budak2 di Ranau. Hehe... mungkin sebab itulah keputusan peperiksaan saya tidak berapa bagus...
Moon:
Bandar Jogja bahagian mana yang serupa dengan Kundasang?
|  |
  |  |  | moon June 16, 2007 11:19 AM PDT
pencemaran sampah lagi teruk. cakap saja pekan sampah d sabah mesti terbayang pekan kundasang. ala2 bandar jogja..
sayang kinabalu.. tosogit! |  |
  |  |  | Kinorotuan June 16, 2007 01:38 AM PDT
Pengkalan TLDM di Teluk Sepanggar tu dah lama diperkatakan..dah siap ka?? dulu dikhabarkan nak letak Kapal Selam??..?? ntah la camana tu..
Tuan Punya blog, ya memang tercemar habis kan daerah Ranau..saya ada kenal seorang penyelidik dr UPM..menyelidik tentang kesan pencemaran tersebut dengan daya pemikiran/perkembangan otak budak2 sekolah di Ranau..tapi tdk tau la apa keputusan kajian beliau..lagipun sdh lama tdk berkomunikasi dengan penyelidik tersebut..terputus hubungan bo gia.. |  |
  |  |  | Barambang June 16, 2007 12:24 AM PDT
Selamat berkerjalapangan-ria. Semoga selamat sepanjang perjalanan pergi dan pulang.
Errr... poring yang 'oporoi' itu, 'sombuling' atau 'sumbiling'? Saja tanya, mungkin sebutan Liwan dan Bundu tidak sama.
|  |
  |  |  | Sofwah June 15, 2007 01:33 PM PDT
Salam,
ada kalanya, nak kena tuntut janji-janji muluk seperti itu...
Wassalam. |  |
  |  |  | Mardhiah June 15, 2007 06:18 AM PDT
Itulah pasal. Maknanya orang Teluk sepanggar sendiripun tak tau lah tu...like i said...gilo demo. Saya baca dalam Utusan, minggu ni ke minggu lepas. TPM melawat Sabah dan anounce mau tempatkan pengkalan Armada di Teluk Sepanggar tulah siap dengan jet tau...tu dia!!!
Saya memang buta Geografi, tapi rasa macam kartun, takut macam ada satu kes tu, SMS atau kini SBP Muar dan Jambatan Muar vs Syarikat Penambang. Kalau ikut pelan asal Bandar Maharani, SMS Muar tepi Muara Sungai, tempat Masjid Baru yang ada sekarang..dan nak ke Bandar Maharani naik penambang, sort of like ferilah yang guna tali gitu. Last-last buat lagi satu jambatan ikut pelan asal juga. Tak ke membazir namanya tu. Sebab jambatan itu juga, orang katalah..saya tak tau. Terus tak ada tiram lagi dah. Tiram kat Muar tak de le Mutiara, boleh makan aje.
Ada kena mengena ka jambatan dengan tiram? Saya bukan mau menimbulkan sesitiviti kaum, tapi faham-fahamlahkan. Itu pasal Sains Muar tak dimahsyurkan dengan nama Sultan lagi agaknya(ketulah? karma?). Bagi Sultan kat Muar, takut Kluang pula marah, sebab dia lebih dulu dari Muar. Dalam satu negeri mana boleh ada dua Sultan! Saje je merapik...jgn diambil serius komen ini. |  |
  |  |  | Rem June 15, 2007 03:41 AM PDT
Dang Amai, ya.. di kaki gunung. Nanti bila saya sudah bikin rumah baru di tanah yang (sekarang) kosong itu.. bolehlah datang bertamu. (Sedang menyimpan angan-angan!)
Ony: "kokodok kopo kitapi kopoh
agagayo kono aiso noh tapi nuh ka."
Bah, ma'aiku roito kio? Poring, kon? :)
Mardhiah, TLDM? Hmmm... tak dengar pula ceritanya. Tak signifikan la tu. Ha ha ha!
Kinorotuan, sudah masuk blog itu. Ya, selain dari masalah itu.. lombong Mamut sebenarnya turut mendatangkan masalah keracunan merkuri dan plumbum (yang diguna loji pemprosesan di Mamut -- kemudian masuk ke anak sungai yang mengalir sekitar Ranau). Dulu.... kawasan Lohan (ya, dekat dengan Kinorotuan tu!) adalah tempat yang terjejas.
Dalam Dusun Liwan, buluh juga boleh dirujuk sebagai 'poring' (buluh jenis besar) dan 'sombuling' (yang ini jenis buluh yang lebih kecil -- biasa dibuat sompoton). Rebung sama macam Kimaragang -- sako [sa-ko vs so-ko]. Lebih kuranglah, kan.
Sofwah, jangan jeles. Mari datang KK.. biar saya hadiahkan lukisan gunung Kinabalu yang diabstrakkan. Ha ha ha!
Nota bawah: Saya akan berkerjalapangan di Tawau-Kunak-Semporna mulai esok sampai 18hb. Selamat bergelendangan di blog ini tanpa dipantau oleh tuan rumah... :) |  |
  |  |  | Sofwah June 15, 2007 12:31 AM PDT
Salam,
Ada kalanya, nak kene keluar juga dari bawah batu, sekadar untuk menyatakan:
"Jelesss, sejeles-jelesnyaaa... "
Ada kalanya.
Wassalam. |  |
  |  |  | Kinorotuan June 14, 2007 09:32 PM PDT
Cantik..saya suka warna hijau itu..tapi saya ni tidak seni orangnya..maka tidak banyak la komen yang mampu saya beri..cuma hendak kongsi rumah bambu nenek saya..masih berdiri teguh walaupun sdh lama..kekadang tersenyum sendiri mengingati masa kecil2 dulu menyubuk orang di siliw rumah itu hehehe..lucu..macam2 boleh nampak tau!! sebab buluh itu kan seperti yang digambarkan oleh pemilik blog dipecah2kan.. :-)
boleh ke laman blog ini mungkin? http://www.arifabdull.com/?p=173#more-173 bukan saya punya ya..cuma sekadar berkongsi maklumat yang ada benarnya..lagipun ramai orang Ranau mengunjungi blog ini kan ;-) |  |
  |  |  | Mardhiah June 14, 2007 08:54 PM PDT
Nice...But I'm expecting something like the more the marrier gitu. Astaga...ada yang kene lutup juga dengan Ishak ni kang...
Justifikasi saya...Revolusi Peranchis menyaksikan era kegemilang pengkhususan. Tapi over the years, pengkhususan ini bikin lagi banyak masalah. Apa pun Renaissance juga yang terbaik. Nak produce them is out of the questionla..kita stick dengan pengkhususan tapi kita bersama-sama menyumbang idea.
Kalau bukan bidang kau, diam ajelah..kita minta pendapat yang ahli.
Rem
Yg pengkalan TLDM tu tak dengar apapun alih dah keluar paper? apa cerita? Mohon pandangan EIA dari Geographer. Kat UK arkitek cukup takut dengan Enviromental report ni. People tak setuju, projek tak jalan. Nak tempatkan submarine tu!!! Biar benar tak hok tak hek...alih-alih ehhheee gilo demo... |  |
  |  |  | ony June 14, 2007 08:42 PM PDT
Boros momogun dusun kimaragang;
buluh itu 'taaur'
rebung itu 'soko'.
sendait 'buluh'
kokodok kopo kitapi kopoh
agagayo kono aiso noh tapi nuh ka.
|  |
  |  |  | maria June 14, 2007 05:56 PM PDT
patutla...ditempah khas rupanya. cantik, betul2 cantik. saya pn suka realisme + abstrak...dan saya suka ilustrasi rebung + buluh dari kecik lagi. kalau benda tu ampai2, memang saya curi :). gantung di ofis ka? jangan la bagi saya tengok...jeles! lainla kalau bole minta dia buatkan satu set lagi... |  |
  |  |  | dang amai June 14, 2007 11:15 AM PDT
rumah lama rem dikaki gunung??? bertuahnya.. pertamakali sampai dikaki gunung hati sd terpikat suasananya yg nyaman, terlintas dikpala kalau lah aku dpt buat rumah disana... aduss |  |
  |  |  | Rem June 14, 2007 11:13 AM PDT
Maria, wah.. teruja ka dengan lukisan ini? :) Siri Rebung ini sebenarnya satu permintaan personal. Saya suruh pelukis gunakan tema rebung. Kiranya, lukisan yang ini memang ditempah khas. Ishak ada banyak lagi lukisan bersiri -- periuk kera, orkid dan ayam (dalam proses). Tapi catan-catan itu dilukis dengan gaya yang agak 'realisme'. Saya kurang minat begitu. Kalau pure abstrak pun saya tidak suka. Saya gemar pada gaya kacukan antara realisme dan abstrak.
Mun, siri 'sobul paka'? Wah.. menarik juga tu, kan? Seriously... I may propose the idea to Ishak. Paka tempat saya melastik burung bubut masa kecil-kecil dulu!
Ezza, memang Ishak tidak ada banyak variasi dan koleksi. Kadang-kadang kena tempah. Atau kalau main nasib.. kita rajin datang... boleh jumpa lukisan yang bagus. Satu orang lagi yang selalu buka pameran di Jalan gaya ialah Toney Gondolos. Lukisan dia pun bagus-bagus. I would say that he is technically much better than Ishak. Cuma daya kreativiti dia agak konvesional. Saya suka pada karya-karya yang provokatif dan eksperimentatif. Kalau 'biasa-biasa' saja (walaupun cantik) -- tiada selera sangat. Kawan saya baru beli lukisan siri karya Gondolos. Tajuk dia 'Siri Tanduk' (imej kerbau kampung). Menarik juga. |  |
  |  |  | Ezza June 14, 2007 10:52 AM PDT
Memang cantik *Memandang dengan mulut terlopong* Saya dan Fifi (bekas pengacara Bersamamu TV3) ada ke zon niaga Ishak Salehudin di Jalan Gaya tu. Tapi tidak banyak pula lukisan yang ada. |  |
  |  |  | mun June 14, 2007 10:18 AM PDT
maria, siri pakis suda, rebung pun suda. Kita tunggu siri lingkong ka, wakau, sobul paka ka. he...he... |  |
  |  |  | maria June 14, 2007 08:50 AM PDT
Subhanallah...cantik, betul2 cantik. Bro rem, lukisan yang sama ada jual lagi? Selalunya kalau hand made ni, itulah satu2nya. Kalau orang lain sudah beli...kena pilih yang lain pulak la. |  |
|
|