|
Thursday, May 31, 2007
A - Berapa lama cuti?
Saya - Selasa depan baru masuk kerja.
A - Aik, lamanya!
Saya - Memanglah. Saya balik kampung, sambut Kaamatan bah.
A - Hah, sambut Kaamatan? Bukan kamu ini Islam-kah? (Dengan nada sangsi yang sangat menjengkelkan!)
Pertanyaan retorik si A itu sungguh lanji dan jelik. Ia hanya layak dijawab dengan satu terjangan padu, tepat di celah kelangkang. Si A ini berasal dari Semenanjung. Sudah tiga tahun bekerja di Sabah, dengan sebuah agensi swasta yang beribu-pejabat di Kompleks Karamunsing.
Poin saya di sini, bukan mahu tunjukkan hubungan di antara 'sifat pandir' dan 'orang Semenanjung'. Bukan. Dua perkara itu langsung tiada perkaitan. 95% kawan-kawan Semenanjung yang saya kenali, amat peka pada info-budaya masyarakat natif Sabah. Kewujudan manusia macam A ini sangatlah minoriti. Yang begitu dangkal general knowledge, serta miskin sensitiviti.
Kaamatan is a cultural event. Bukan satu perayaan agama. Kebudayaan KadazanDusun tidak ada sebarang korelasi dengan mana-mana kepercayaan (khususnya agama Abrahamiyah). Bear that in mind, ladies and gentlemen. Jangan buat kesilapan bangang totok macam strategi kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sabah dalam pilihanraya 1990. He insulted the Kadus people (big time!) by his 'famous fabricated sentiment' .
Kejahilan dan pembohongan budaya terbesar pernah terjadi di Malaysia, yang akhirnya membawa satu karma paling sial. Look at DSAI now. Where is he? Karier politiknya telah luluh remuk dimakan sumpahan Nunuk Ragang. Daripada seorang politikus hebat berciri ulamak, beliau turun darjat menjadi penari gelek di Ijok. How desperate. And, sad.
Posted at 1:25 am by Rem
 |  |  | arin March 8, 2009 12:05 PM PDT
penduduk di peribumi sabah amat baik hubungan etniknya tidak mengira bangsala.....mari2 dtg sabah....salam keamatan.... |  |
  |  |  | SYUADA February 20, 2009 10:22 PM PST
Bukan kejam. tapi ayat yang paling tepat rasanya kebanyakkan orang semenanjung tidak tahu... |  |
  |  |  | Nugia September 26, 2008 05:07 PM PDT
Dr. say sangat kagum dengan pendirian Dr dalam hal ini...memang ada yang bercanggah dalam adat resam dan agama yang kita anuti kan...tapi kita bukan budak-budak tadika yang main redah ja...hahahahahah.macam mana mau kasi faham durang ni...sa ni pun selalu juga kana tanya kawan2 di sini (melaka) pasal perayaan kita di sabah.hahahahahaha.kadang2 stereotaip pula durang ni... |  |
  |  |  | aDeq January 14, 2008 02:36 PM PST
:-) |  |
  |  |  | Sofwah June 7, 2007 11:33 PM PDT
Salam,
misterius. Sangat misterius...
wassalam. |  |
  |  |  | Rem June 7, 2007 07:02 AM PDT
Sofwah, well... basically yes. But let's not get into that little secret. :) |  |
  |  |  | Sofwah June 6, 2007 01:48 AM PDT
Salam,
"Sofwah, fuhhh.... good to hear that! :) "
Dr.Rem, right at this moment, we're wondering why you said that... You've got something to hide???
lol.
Wassalam. |  |
  |  |  | Rem June 5, 2007 10:47 PM PDT
Sofwah, fuhhh.... good to hear that! :) |  |
  |  |  | Puteri Ezza Fazlina June 5, 2007 05:47 PM PDT
Salam...
T/kasih atas respon Dr. Rem :-) Mohon izin ya daripada tuan blog untuk saya memberikan respon kepada Mardhiah pula ya.
Mardhiah,
T/kasih atas respon anda juga. Ya, saya juga beranggapan bahawa rakan saya itu kejam. Tapi apabila saya fikirkan semula, adalah tidak wajar jika saya melabelkan seseorang yang 'tidak tahu' dengan perkataan 'kejam'. Perkataan yang sesuai mungkin, 'cetek ilmu pengetahuan' atau perkataan 'bengong' itu sesuai juga barangkali (hehe), kerana orang yang berilmu pengetahuan tidak akan berkata begitu, betul kan?
Saya kagum dengan rakan-rakan Dr. Rem (dari Semenanjung yang bertugas di Sabah) yang ada inisiatif untuk belajar memahami. Saya berharap, rakan saya juga begitu - sedar dari kesilapan dan belajar untuk memahami budaya serta adat resam kaum lain.
Kepada anda semua, jika ada kelapangan, anda dialu-alukan untuk berkunjung ke blog saya dan memberikan sebarang respon terhadap entri-entri saya.
Salam hormat. |  |
  |  |  | Sofwah June 5, 2007 12:21 AM PDT
Salam,
Dr.Rem, no, we don't know you personally (unfortunately...or fortunately...? lol)
I bloghopped some weeks ago and landed here... The weird thing is that we were commenting about your comments in FT's blog and we commented about the blog entries here, without realising we have been commenting on the same "Rem"...
One of those weird coincidences in life... Weird but interesting...
Wassalam. |  |
  |  |  | Mardhiah June 4, 2007 09:20 AM PDT
Puteri, kejamnya kawan awak tu! Setau saya kes murtad (esp bagi perempuan) adalah kerana lelaki. Ada satu kes, lelaki semenanjung askar ka cikgu, saya dah lupa. Posting di sana, lepas itu berkahwin dengan perempuan tempatan.
Mungkin tak dapat restu, bila mai semula ke semenanjung...they all macam biasa pakat pindah sama-sama. Saya pun dah tak ingat sangat ceritanya. Tapi penghabisannya agak tragik kerana isteri tadi ditinggalkan dilapangan terbang dan diselamatkan oleh orang kristian. Maka faham-faham sajalah kan. Katanya kat Sarawaklah ramai berpaling tadah dalam kes-kes macam itulah. Dah nikah dah ada anak satu, bila dpt balik semenajung, ditinggal pula kawan tu terkonting-konting macam tu...badan-badan kebajikan kristianlah yang bagi bantuan. Ntah ye tah tidak saya tak tau sebab dengar cerita ini pun dalam sessi ceramah "brainwash" tapi rasanya boleh saja semak silang dengan badan-badan rasmi kerajaan yang jaga pasal ini.
Mereka murtad bukan kerana meraikan Kaamatan atau Hari Gawai. Bengongnya kawan awak tu!
Eh tuan rumah, sori keluar tajuklah pula. |  |
  |  |  | Rem June 4, 2007 01:46 AM PDT
Epitz, ya memang betul. Kalau di Semenanjung, masih ramai yang 'buta' tentang latar budaya Borneo. As Hana put it: "Rata-rata kawan semenanjung saya tak peka langsung tentang Sabah dan Sarawak". May be I'm just lucky.. kengkawan saya semuanya (at least) ada inisiatif mau belajar memahami (kawan Semenanjung yang kerja di Sabah, maksud saya).
Nisah, itu pun satu lagi ciri 'ketidakacuhan' orang kita pada soal budaya dan agama. Kekadang agama Islam disinonimkan dengan budaya Melayu. So, kalau ada benda yang lari 'dari budaya Melayu' -- terus dikata tidak islamik.
Sofwah, your anak buah? Err.... he/she reads this blog -- or he/she knows me, personally? :)
Faisal, cakap pasal wahabi ni.. memang. Taksub sangat. Masa di UK pun, masa khutbah dia terang-terang ingatkan baca doa (lepas solat) -- itu bidaah. Melampau la pula. Ekstrim.
Muntz, yang saya tau... majoriti Kadus muslim masih sambut Kaamatan. Juga sambut Hari Raya. To be honest, saya tak pernah dengar ada orang Kadus muslim (or any Kadus for that matter) yang tak mau sambut Kaamatan. :)
Puteri, mungkin. Saya tak pasti dengan nama-nama itu. Biasanya.. kami di kampung ada 'nama-nama panggilan kampung'. Ramai kaum kerabat saya yang saya cuma kenal 'nama kampung' -- bukan nama betul.
Oren, bila mau datang KK? |  |
  |  |  | oren June 3, 2007 10:00 PM PDT
rindu la plak nak rai pesta kaamatan kat sabah...saya tak pernah tak sambut kaamatan time kat sana..paling best if dapat tgok tarian magunatip..saya yang teruja..hahaha..
Kotobian Tadau Kaamatan |  |
  |  |  | Puteri Ezza Fazlina June 3, 2007 05:50 PM PDT
Oh, ya... sebelum terlupa, saya ingin bertanya sedikit. Dengan cerita Rem ada pertalian keluarga dengan Amir's family (Faridah, Ramli, Abdul Fattah, Saleha dll), betul ke? |  |
  |  |  | Puteri Ezza Fazlina June 3, 2007 05:46 PM PDT
Hal yang sama pernah terjadi kepada diri saya. Memang ramai yang masih tidak tahu betapa penduduk di negeri Sabah ini sangat menghargai budaya dan adat resam, tanpa mengira agama.
Sehingga ada teman yang berkata:
1 - "Eh, betul ke nenek you berketurunan Dusun?".
2 - "Keturunan you macam bukan Islam aje. Bila sambut Kaamatan, mesti ada bab* la, montoku la.. Then makan benda yang ntah apa-apa. Sebab tu kot ramai yang murtad kat sana (Sabah)."
Haha... lihatlah betapa kejamnya ayat rakan saya. Beliau yang berwajah ayu itu merupakan bekas wartawan di sebuah syarikat media gergasi. Pendapat kami sering tidak sealiran. Sering bertelagah, apatah lagi dalam perkara-perkara yang melibatkan budaya dan adat resam. Sekarang ini beliau menyepi tanpa perkhabaran. Terkena sumpahan Nunuk Ragang juga kot macam DSAI. |  |
  |  |  | muntz June 2, 2007 10:01 AM PDT
Kaamatan hanya disambut oleh bangsa Kadazan dan Dusun di Sabah, yg populasi mereka mgkin 30% daripada penduduk Sabah yg berjumlah lebih kurang 3 juta. Kalau dihitung2, penduduk Dayak di Sarawak lebih ramai daripada Kadazandusun di Sabah. Lagipun, bangsa Dusun pun ada yg Muslim dan tidak menyambut pesta Kaamatan lagi. Mereka prefer sambut Hari Raya. Tetapi di Sarawak, mostly org Dayak masih beragama Kristian atau pagan, jadi mau tidak, mereka tetap kena sambut Gawai. |  |
  |  |  | mustika June 1, 2007 08:18 PM PDT
pastinya, yg melibatkan apa2 berkaitan roh dan semangat tidak diterimapakai dlm ajaran Islam di nusantara |  |
  |  |  | Hana June 1, 2007 03:58 PM PDT
terbalik kita. rata-rata kawan semenanjung saya tak peka langsung tentang Sabah dan Sarawak. sampaikan suku kaum utama di Sabah dan Sarawak pun ndak tau. |  |
  |  |  | faisal tehrani June 1, 2007 08:43 AM PDT
Salam kaamatan!!!
memang kasihan orang yang tak dapat beza adat budaya dengan agama, wahabi macam nilah, tak reti nak beza sebab mereka tolak falsafah.
adapun dsai itu, memang kasihan...saya memang kasihan dengan dia...
Wassalam. |  |
  |  |  | ixora June 1, 2007 02:17 AM PDT
salam kaamatan... |  |
  |  |  | Orang KB & Suami May 31, 2007 02:45 PM PDT
selamat Menyambut Tadau Keamaatan. Walaupun dah hampir 2 thn meninggalkan Sabah tetapi perayaan ni tetap dalam ingatan & kenangan saya. Kalau masa I di Kuching hari tu sambung cuti sampai Gawai..... |  |
  |  |  | Sofwah May 31, 2007 12:01 PM PDT
Salam,
Kak Nisah :o
Wow. Someone's gotta do a major "cultural awareness" programme...
It's only chopsticks :|
If you have relatives in Singapore and visit them, you'll find that even they use chopsticks when they eat! I've tried but it takes too much time for a habituated lady to learn new tricks as compared to the younger generation :p So, the fork's always for me, lah...
It's only chopsticks :|
Dr.Rem, my anakbuah says, "you ROCK".
Wassalam. |  |
  |  |  | Nisah Haron May 31, 2007 08:20 AM PDT
Juga bukan sesuatu yang menghairankan apabila ada sesetengah orang Melayu yang mengaku Islam berasa pelik jika ada orang Cina Islam yang makan menggunakan penyepit. Mereka akan berasa amat tidak 'Islamik'nya Cina Islam itu tadi. Begitu juga yang menyambut Tahun Baharu Cina, sedangkan ini perayaan budaya dan bukannya upacara agama.
Masih ramai yang dangkal dalam hal-hal membezakan ritual agama dan sambutan kebudayaan. Sedangkal itu juga akidah mereka, takut benar 'dipesongkan' jika mereka menyambut perayaan kebudayaan sedemikian. Sedangkan kepelbagaian etnik dan sambutan budaya ini merupakan keunikan dan kekuatan rakyat Malaysia amnya.
Entah apa yang terjadi kepada program intergrasi budaya Semenanjung dan M'sia Timur yang sedikit masa dahulu sibuk dipromosi. Kini senyap sunyi. Saya percaya integrasi itu masih belum 100% berjaya. |  |
  |  |  | Epitz May 31, 2007 03:15 AM PDT
Believe me Dr Rem, di Semenanjung tempat saya ni memang banyak ignorant fools, kalau bercakap pasal kadazandusun mereka akan identikkannya dengan kristian. Seolah2 100% org kd beragama kristian.
(no offence to the christian Kd, very2 sorry jgn tersinggung)
Sebenarnya sejak orang semenanjung diklasifikasikan sebagai melayu melalui ic, mereka lupa asal- usul mereka sebagai suku banjar, bugis, champa, aceh, minang, mandailing dan sebagainya. Also, they have no interest of learning about their ancestry.
Thats why, bila bercerita pasal adat dan budaya suku kaum ni mereka rasa sedikit janggal nak mendengarnya. |  |
|
|