|
Friday, October 20, 2006
Suara-Suara Yang Terluka...
When the wait is too much too long -- patience is no longer an option. In fact, it is no longer a desired wisdom. YAB Musa Aman and YB Abd Rahim Ismail should know this better than anyone else -- if only these two key persons are willing to spare a little moment to reflect.
Setelah hampir lapan tahun menunggu janji yang tidak pernah dilunaskan, dan sesudah bertahun-tahun dipinggirkan oleh karenah birokrasi -- Kesatuan Sekerja KPD (Koperasi Pembangunan Desa) mengambil langkah pragmatik pada 18 Oktober 2006.
Di hadapan bangunan Wisma Pertanian yang terseragam gah, dan di bawah simbahan mentari Rabu yang terik -- sekumpulan lebihkurang 50 ahli kesatuan ini mengadakan piket secara aman. Diketuai oleh presidennya, Tuan Hj. Joibi Dambul, mereka menyampaikan suara kecewa menerusi mesej-mesej yang ditulis di atas poster. Antara isu yang dibangkitkan:
* Tunggakan kenaikan gaji dan bayaran bonus yang tertangguh sejak tahun 1998.
* Hal ehwal kebajikan pekerja, misalnya staf yang masih berstatus 'gaji hari' walaupun telah berkhidmat selama 15-25 tahun dan perihal kemudahan logistik bagi para kakitangan yang bertugas di kawasan pedalaman (terutamanya).
Bagi sebuah negeri yang status kemisikinan luar bandarnya masih kritikal, isu yang dibangkitkan ini adalah satu tragedi malang dalam sejarah kerajaan. Bahkan, ini adalah pukulan paling berbisa kepada semua jabatan, kementerian dan pihak-pihak yang terbabit.
KPD (Koperasi Pembangunan Desa) merupakan sebuah agensi berkanun kerajaan yang diberi tanggungjawab khusus untuk membantu masyarakat pribumi desa. Dengan menjadikan orang-orang kampung (yang selalu terpinggir oleh rakusnya mod ekonomi kapitalisme) sebagai sasaran utama -- selama bertahun-tahun KPD memberi khidmat dedikasi untuk mengubah pola sosio-ekonomi komuniti desa yang fragile ini.
Shame -- yes, it's really a shame that the Sabah government seems to pay a little respect to these hardworking people. Ketika ribuan pendatang haram di negeri ini boleh tersenyum megah menghirup kemakmuran Sabah -- masih ada sekumpulan pribumi Sabah (yang komited terhadap tugas memajukan negeri) terus dikhianati dan dianaktirikan.
Wahai rakyat Sabah, jika kalian masih ingat rasa manis-lemak susu Desa Cattle -- hargai nostalgia itu dengan menyokong tuntutan Kesatuan Sekerja KPD. If you're a blogger -- please blog on this issue. If you're a journalist -- please write. Do your bit in whatever manner possible. Yes, these 'unlucky' people don't owe us. But there's no harm helping our fellow Sabahans to get a little share from the big cake. I strongly believe in social justice.
Click on the videography below, for some 'visual stimulation' (or alternatively, click here):
PS: Ini adalah panduan menonton video format internet. Oleh sebab halaju internet versi Malaysia selalu lembab macam siput tak cukup lendir, anda kena bersabar banyak-banyak. Klik kepada video -- dan visual akan keluar tersekat-sekat. Biarkan siaran video itu habis dulu dalam keadaan tersekat-sekat. Bila telah tamat pusingan pertama (yang lembab itu) -- klik punat play sekali lagi untuk mengulanginya. Kali ini ia akan terpancar dengan lebih lancar kerana proses 'downloading' telah selesai.
Posted at 4:21 pm by Rem
 |  |  | LUAHAN SAHAJA June 27, 2009 03:25 PM PDT
KITA SATU MALAYSIA, YAPI KALAU KAMU TENGOK DI KAWASAN PEDALAMAN, HANYA GURU SAHAJA YANG MENDAPAT ELAUN PEDALAMAN, ELEKTRIK 24 JAM, SEDANGKAN JABATAN LAIN YANG BERADA DI LOKASI YANG SAMA, JANGANKAN ELAUN PEDALAMAN, ELEKTRIKPUN WAKTU MALAM SAHAJA. |  |
  |  |  | $$$$ March 27, 2009 02:14 PM PDT
aku nak crk kwin kontrak laaaaa... |  |
  |  |  | SOSONDOTON March 5, 2009 03:36 PM PST
KEPADA RAZILIN...KERJA RAJIN2 TAU? SAYA TAHU TU KALAU KO BEBARIS TEPI JALAN MCM VEDEO DI ATAS TAHUN 2009 NI...ITU TANDA KO TIDAK RAJIN KERJA...HEHE...GURAU JA BAH
|  |
  |  |  | SOSONDOTON March 5, 2009 03:34 PM PST
KEPADA RAZILIN...KERJA BAIK2 DAN RAJIN2.JIMAT2 JUGA...TAKKAN TERUS BUJANG KAN....APA KHABAR KO?
AKU BAH NI SEPUPU KO YG BRUTAL. |  |
  |  |  | SOSONDOTON March 5, 2009 03:32 PM PST
HARAP-HARAP SEMUA OK SUDAH.CIAN JUGA OO ITU BAPA2.ANAK DORANG PUN MAHU SEKOLAH JUGA. MUKA 20 SEN PUN TAK...BTL2 CIAN. |  |
  |  |  | arifah June 9, 2008 12:26 PM PDT
Salam.
Maaf, mungkin agak terlewat untuk memberi komen tentang isu KPD. Namun, saya agak terpanggil untuk memberi sedikit info @ makluman mungkin [samada kita tahu atau tidak] Undang-undang perburuhan Malaysia [yang mengasingkan antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan sektor swasta] sebenarnya sangat tidak membantu meningkatkan kualiti Hubungan Industri di Malaysia. Lantaran senario ini, pekerja di Malaysia terutama yang bekerja di bawah Kerajaan Negeri terpaksa berserah pada 'nasib' berdasarkan tampuk pemerintahan negeri masing-masing. Senario ini wujud kerana 'kegagahan' Sabah Labour Ordinance tidak sedikitpun membantu pekerja ini kerana mereka tidak termasuk dalam 'definisi' pekerja di bawah akta yang sama. Tidak seperti di kebanyakan negara luar yang maju [bukankah Malaysia dikatakan maju? seperti yang dicanang-canangkan oleh pemimpin rakus itu?] Sebab itu, sebarang tuntutan sukar untuk diajukan kepada pihak yang sepatutnya (perundangan yang saya maksudkan) kerana pekerja2 ini bergantung kepada syarat/terma atau kontrak pekerjaan yang telah dipersetujui sejak zaman British lagi [yang sudah tidak relevan dengan senario ekonomi semasa]. Sudahnya, peminpin sekarang [yang rakus dan tidak bermoral yang kebanyakannya memegang tampuk pemerintahan organisasi di bawah naungan kerajaan negeri Sabah iti] semakin kaya dan budaya Kapitalis semakin subur di bumi Sabah ini. |  |
  |  |  | joili bin marubin August 2, 2007 07:45 PM PDT
askm..
ni nak cerita sikit..pasal bangsa kita kat kota marudu,pitas,kudat dan kota belud..
pembangunan masih di tahap slowly bah
macamana nak buat..mentaliti bangsa kita..masih zaman perang dulu-dulu
www.mindaxpert.com
tq |  |
  |  |  | permata kinabalu November 6, 2006 02:23 PM PST
terima kasih atas usaha Rem. sekurang-kurangnya ada juga yang ambil tahu masalah KPD. sayapun tak tahu kenapa bila diorang buat bising baru ada tindakan. pura-pura tidak taukah atau betul-betul x $. manusia-manusia.. |  |
  |  |  | Rem October 27, 2006 01:33 PM PDT
Stella, boleh tulis di suratkhabar bah. :) Atau... kalau bidang kamu kemanusiaan... boleh buat tesis dalam bidang 'social justice' (merangkumi semua bidang sains sosial). I offer you free extra supervision.. :) |  |
  |  |  | MARdhiah October 26, 2006 09:56 AM PDT
alah macam kami diperkhidmatan awam juga, SSB, tukar SSM, wah yg lebih untung tu le kelompok depa la, bila mereka ubah, lebih banyaklah peluang utk naik pangkat. Sebab apa, kalau sibutuh2 besar ini tak naik, haru...back stabing, berbomoh2 ini biasa, oopps alamak.
Che Rem saya tau la kengkawan2 tu... sensed...nak bagi tau ke tak eh..emellah
Tapi yg paling sedih PDRM dan PGA???entah apatah, ceh kene tipu idup2. Wah eksyen gaji naik RM500.00, siap beli kete lagi.
The sad thing is, mereka tak tau kenaikan elaun2 ini tidak menyumbang pada pencen. Bayangkan bila dia dah berangan sokmo yang take home pay without potongan itulah nanti dibahagi 2 sebagai pencennya. But the truth is kena tolak lagi segala tok nenek elaun depa yang lebih setengah ribu juola. Pada you all alah setakat RM4, 5 ratus itu immeterial, tapi pada kami , RM10.00 pun banyak tu. Fatamorgana??? opps bombastiklah pula.
|  |
  |  |  | Stella October 26, 2006 12:11 AM PDT
any option available for student(like me) utk beri bantuan...klu adala! |  |
  |  |  | Anakwagu October 23, 2006 10:01 AM PDT
Hidup KPD! Hidup pogun tokou tii! Sia sukung.... |  |
  |  |  | Rem October 23, 2006 05:25 AM PDT
FT, memang unik. One of the reason kenapa KPD ni sangat bermasalah, sebab top management dia is always politically appointed. Ratusan pekerja 'bawahan' KPD try very hard to serve the poor Sabahan people di serata desa seluruh negeri. But the top ones are too busy plotting all sort of political agendas. Same case goes to YS -- yang sejak dua menjak ini telah bertukar daripada Yayasan paling 'kaya dan stabil' di Malaysia... kepada sebuah yayasan yang paling ciput dan problematic. Mungkin juga Sabah perlukan satu iklim politik baru untuk mengubah sistem yang ada. A totally new one, how about that? Hmmm...
Budiey, salam. Tak ada cerita pasal bulan madu Siti ka? :)
ixora, TK.
Ambalut, itulah pasal. Di mana-mana ketidakadilan berleluasa. Ooppss... macam ceramah politiklah pula. Ha ha ha ha!
|  |
  |  |  | ony October 22, 2006 11:03 AM PDT
sungguh menyedihkan.Nasib begini,jadi! iya, manis lemak susu Desa.Segar ku ingat sampai bila-bila pun.Aduhai..hati. |  |
  |  |  | ixora October 22, 2006 06:44 AM PDT
salam takziah..dah genap setahun pemergian ayahanda en.ramz...
semoga di tempatkan bersama orang2 yang beriman...
AL-FATIHAH...amin... |  |
  |  |  | Budiey October 21, 2006 06:07 PM PDT
Selamat menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma buat Rem serta pembaca blognya yang budiman.
Semoga kedatangan Syawal menyucikan hati dan menimbulkan cahaya keinsafan untuk kita semua
~Budiey
|  |
  |  |  | faisaltehrani October 21, 2006 03:00 PM PDT
salam,
sabah mempunyai sejarah politik yang unik seperti kelantan. saya menanti kejutan politik dari sana. ini adalah entri yang sangat menarik, real blogging! |  |
  |  |  | Rem October 21, 2006 10:39 AM PDT
Salam Raya.
Hana, datanglah rumah nanti. :)
Ixora, memang susah sikit nak tengok video kalau ndak pakai streamyx. Tau sajalah... internet Malaysia ni masih terkemut-kemut. Macam kuda patah kaki dilanggar lori. |  |
  |  |  | ixora October 21, 2006 10:34 AM PDT
eee...tak bleh tgk pun video...dah buat..tp tak dapat...dah mula rindukan sabah;-)...rayer katne? kalo rayer kat tanah melayu, meh datang umah... |  |
  |  |  | Hana October 20, 2006 07:19 PM PDT
Salam Aidilfri, Rem. Raya safely. Maaf Zahir dan Batin :) |  |
|
|