|
Monday, October 09, 2006
Kemakmuran Kundasang: mitos atau realiti?
Siapa yang membangun? Siapa yang makmur?
 Mencari realiti di sebalik fatamorgana?
Bercakap tentang industri pelancongan, Kundasang adalah versi Fiji untuk Malaysia. Ia contoh klasik bagaimana sektor ini meminggirkan penduduk asli secara sistematik – menerusi penjajahan sosioekonomi. Sekitar tahun 1970-an dan awal 1980-an, kerajaan Sabah (ketika itu diterajui oleh Datuk Harris Salleh) telah memperkenalkan pelancongan komersil (khususnya, agro- dan eko-pelancongan) sebagai katalis pembangunan Kundasang. Macam-macam projek mula dijana-masuk ke daerah pergunungan ini.
Malangnya, langkah kerajaan yang tidak dirancang dengan baik ini hanya membuka peluang kepada golongan kapitalis mendominasi kitar ekonomi Kundasang. Ya, sudah tentu kerana mereka ada kuasa wang dan teknologi. Akhirnya, penduduk tempatan tersesar dari niche mereka sendiri. Perniagaan di Pekan Kundasang (yang majoriti dimiliki oleh penduduk asal) tumbuh lembab kerana disaingi pelbagai fungsi komersial dan runcit yang muncul bertalu-talu di kawasan pinggir urban pekan tersebut. Siapa dalangnya? Kapitalis luar yang dibawa masuk oleh kerajaan Berjaya!
25 tahun dulu, produk agro Kundasang dikuasai oleh petani-petani tempatan. Sekarang, lebih 80% pengeluaran dibolot oleh kapitalis asing. 25 tahun dulu, mungkin pemilikan tanah oleh penduduk luar tidak pun mencapai 1%. Sekarang, hakmilik asing sudah mencecah 40%. Barangkali lebih daripada itu. Lebih malang lagi, kebanyakan tanah yang terjual itu berada di lokasi-lokasi strategik. Secara kasar, lebihkurang 35% penduduk asli sudah tercampak-keluar dari daerah ini (lalu mencari kehidupan baru di tempat-tempat terpencil seperti Merungin, Kigiuk, Nalapak, etc). Suatu yang sangat mengaibkan bila hilang hak-milik tanah dan terhalau dari kampung asal sendiri.
Salah siapa? Mahu salahkan penduduk tempatan kerana begitu mudah terpedaya? Maklum saja, mereka semua tidak pernah diajar atau belajar tentang putar-belit mod ekonomi kapitalisme. Saya salahkan kerajaan kerana menggalakkan kemasukan lintah-lintah darat ini ke dalam komuniti yang masih fragile. Saya salahkan YB-YB kerana amanah utama seorang pemimpin tentunya melindungi rakyat daripada sebarang bentuk penindasan: sama ada fizikal, sosio-budaya, sosio-ekonomi mahupun politik. Wahai YB, tugas kamu bukan berkempen kepada rakyat supaya berduyun-duyun mengundi penyanyi AF kelahiran Ranau. Kerja kamu juga bukan mengejar artis-artis muda yang gebu untuk dibuat bini kedua!
Saya lahir di Kundasang. Saya pernah melihat alam bening Kundasang 25-30 tahun dulu. Ketika pekannya hanya ada sebaris kedai runcit (10 unit) yang dibina daripada papan tak bercat. Ketika petani-petani tempatan masih menanam sayur dengan teknologi mesra-alam (sebelum datangnya kapitalis rakus yang mengubah mod pertanian kepada bentuk super ekstensif – lalu meningkatkan kejadian tanah runtuh, serta menukar status hawa gunung Kundasang yang segar kepada udara paling beracun di Sabah!).
Ya, saya masih ingat itu. Bertahun-tahun dulu. Ketika Kundasang masih dikelilingi hutan dan belukar hijau – budak-budak kampung meredah merata-rata. Mencari buah markisa liar. Memungut beri-beri hutan yang ranum. Itu semua nostalgia lama yang tidak boleh dikembalikan. Bukan kita mahu hidup dalam hutan, makan ubi kayu tiap-tiap hari. Tidak. Tapi kita tak mahu pembangunan yang hanya menguntungkan orang-orang kaya, dan melupakan kelompok sasaran sebenar. Kadang-kadang kita alpa, setinggi mana pembangunan material – nilainya tidak setara dengan sebuah kehidupan kecil yang bermaruah.
Inilah dosa-dosa pemerintahan yang dimulakan oleh Berjaya, lalu diteruskan pula oleh PBS dengan kejahilan yang serupa. Sekarang pun, kepincangan ini masih direstui oleh UMNO. Kerajaan yang dangkal dengan sensitiviti nasib pribumi serta terlalu malas (atau bodoh!) untuk mengawal dinamik pertumbuhan – sepatutnya tidak perlu suka-suka mahu perkenalkan katalis pembangunan atas nama 'eksperimentasi'. Antara dua pilihan: pembangunan yang tidak seimbang dan kemunduran yang damai – saya tidak ragu-ragu memilih yang kedua.
Apa guna hidup membangun, kalau ia bukan kehidupan yang kita mahu?
Posted at 11:03 am by Rem
 |  |  | ugou October 7, 2009 09:51 PM PDT
yup..
semua yg telah terjadi x kan boleh di ulang kembali.. |  |
  |  |  | genius boy April 28, 2009 09:05 AM PDT
kundasang mac ok bha |  |
  |  |  | bodybuddyz February 2, 2009 11:46 PM PST
betul tu kirimsalam..
tp masalahnya durang baca ka ruangan ni? |  |
  |  |  | kirimsalam January 23, 2009 08:05 PM PST
bodybuddyz,
Memang betul kita tidak boleh kembalikan lagi kesejukan kundasang dan mendapatkan kembali tanah agar sukar. Namun untuk kita memelihara apa yang tinggal masih ada banyak ruang .
Kuasa yang ada pada Japirin Sahadi sebagai SU Politik, Siriman sebagai DO , Suatin sebagai pegawai MDR, Datuk Mynoor sebagai bekas Wakil Rakyat boleh dibantu oleh kita . Kasinin sebagai CDO
Kita panggil para graduan kundasang Suhilin . Paulina , Japiril , Kalimin, Taidin , Kohadi , Samsuri dan banyak lagi ....
Saya rasa masih ada peluang untuk kita |  |
  |  |  | bobybudyz January 23, 2009 07:53 PM PST
betul tu kirim salam.
idea c remaja kawalayan mmg boleh pakai! |  |
  |  |  | bobybudyz January 23, 2009 07:51 PM PST
satu ja yg boleh sy cakap
KUNDASANG ADALAH BUMI BERTUAH!
mmg sudah banyak tnah org cina dapat.. tp boleh ka lg kita minta drg kembalikan?? tu duit drg beli sama org kg suda pun jadi taik..
sikap menyalahkan perlu dihentikan sbb klu berabis kita cakap pun susa mo kembalikan pd asal..
jd, skg adalah perjuangan org kundasang sendiri! betul, mana org kdsng yg educated tu.. bukan itu ja mana pejuang politik kudasang? siriman basir, suatin mayor, dtk mynoor, atau japirin sahadi.. dorang ni ada power dan pengaruh utk melakukan sstu perubahan di kdsg.. kalu pun udara nyaman tidak dapat dikembalikan kesejukan dan kenyamanan dulu, sekurang2nya pertahankan yg ada skg.. dan yg paling penting hak org tempatan.. kdg2 sedih juga sy sbg anak jati kundasang sbb kekayaan kdsng dibolot org luar, cina, om, pilpin dll.. cuba kamu renung mcman tu bugis2 boleh maju di kdsg? siap hantar juta2 rupiah lagi d kg durang tiap bulan! kan bagus ada tax tertentu yg patut dikenakan kpd dorang ni (tax tu utk kdsg jgan kasi pgang orng yg makan duit)..
anyway, go org2 kundasang.jangan merana di tempat sendiri. |  |
  |  |  | kirimsalam January 23, 2009 07:47 PM PST
saya sangat tertarik dengan beberapa cadangan
1. Pembentukan koperasi.
2. Hapuskan pemimpin rasuah
3. Mengumpulkan para graduan kundasang
4. Penyatuan kundasang
5. YB import
mari kita berkumpul dan mengatur satu masa agar idea kita dapat disatukan. |  |
  |  |  | Maian December 9, 2008 09:05 PM PST
adaptasi my dear watson. |  |
  |  |  | Remaja Kawalayan December 1, 2008 10:47 PM PST
Nasib malang yg menimpa Kundasang disebabkan oleh beberapa faktor.
Tp tompinaie kou ngawi, apa yg penting sekarang bukan melatah dan menunding siapa yg salah, tapi masa utk bertindak.
Alangkah baiknya kalau setiap org memberi idea bagaimana utk mengatasi malang yg menimpa kundasang ini.
Biasanya idea yg kita dengar untuk menyelesaikan perkara ini adalah seperti bertukar kepimpinan, bertukar kerajaan. Tp adakah bila kita bertukar semua itu, kundasang akan menjadi seperti dahulu??
jika hendak menjadi kundasang yg pernuh dgn hutan dan kenyamanan, adalah sangat sukar utk dilakukan.. Tp untuk membela nasib dan hak-hak org Kundasang adalah sesuatu yg BOLEH DILAKUKAN.
Apa kata kita memberi idea masing2 utk tujuan ini?mana sudah semua itu lulusan2 unibesiti itu?lulusan unibesitur pun banyak juga..
sebagai permulaan, sy bagi idea yg mungkin perlu difikirkan serta dimodify utk perlaksanaan.
1) Wujudkan satu koperasi yg mana menjual barang2 keperluan pertanian utk org tempatan. ada keahlian, siap dpt spesial price lg. (supaya tidak terlalu bergantung dengan kadai cina).
2) KASI JATUH ITU PEMIMPIN-PEMIMPIN YG PANDAI MAKAN DUIT RAKYAT SAJA. BILA KERAJAAN MENGELUARKAN BAJET UNTUK BIKIN KEM SAYUR, URANG2 TERTENTU SAJA YG MAKAN ITU DUIT.DUIT YG SEPATUTNYA DIBERIKAN KEPADA MEREKA YG LEBIH LAYAK. SAY NO!!!!
3).hapuskan PTI yg tiada permit sah dari bumi kundasang!!!!
4)...next... |  |
  |  |  | Sumandak December 1, 2008 02:29 PM PST
So What??
tunggu sia jd presiden wanita yang pertama bah geng haha :D
jgn lupa afundi okay!! |  |
  |  |  | SARUNGX November 13, 2008 03:26 PM PST
sebenarnya saya pernah meluahkan hal ini kepada nenek saya kamu tau, begini dia cakap " tu la sapa suru kamurang pigi KL, nah apa lah kamurang dapat p d sana?..kamurang kasi kaya saja urang KL tu budu.tinguk sikarang tampat kitani ni teda yg mahu tulung pigi kasi bangun,nah apa tidak, kan urang luar suda p ambil...sikarang barula kamurang mo tepikir ini hal..KOTOHhhh.,,pigila kamu d KL sana tu..biar kami sendiri di sini..."
apa lagi sa pun terus diam jak.kalau melawan siap..urang tua lagi tu. |  |
  |  |  | kundasangguys October 28, 2008 12:04 PM PDT
salah satu faktor yg menyebabkan pendudu k kg kundasang semakin meleteh disebabkan mereka terhimpit oleh orang luar..yg dahulunya tanah kami dikuasai oleh nenek moyang kami tetapi sekarang kebanyakannya dikuasai oleh orang luar..dan ini anda fikir secara logistik,ini disebabkan apa..??apa yang anak cicit kita akan dapat pada masa hadapan nanti..mereka ibarat menumpang di tanah orang luar yang dahulunya milik nenek moyang kita..fikirlah bagi yang terasa.. |  |
  |  |  | Bobby September 11, 2008 02:39 PM PDT
Baru 2 minggu lepas saya balik di kundasang, pengalaman yang cukup menyayat hati....
Sebagai org Ranau yang menetap di KL, memang saya begitu teruja setiap kali mau balik kg, especially bila limpas di kundasang nda pernah lupa singgah makan.
Tapi perasaan tu langsung mati, bila tgk keadaan sekarang. Udara yg dulu sejuk, rasa panas semacam pula. Bau2an tu jangan cakap la.... kecewa betul.....
Nda tau la macam mana keadaan 10-20 tahun nanti. Mcm mana saya mau tunjuk pada anak2 saya nanti.... |  |
  |  |  | sds August 19, 2008 12:59 AM PDT
Keluhanmu menyayat hati sebagai seorg anak jati kundasang..saya juga anak jati kundasang...Anyway cant blame them..I think its our ppl shud wake up and together do instant action for the sake of our next generation..Am sad of our educated ppls of kundasang - not united..masing2 gila pangkat and nama...lihat saja siapa yang punya kawasan besar tanam sayur..org cina bukan? sbb org kita juga yg jual tanah pd dorg..resorts? dibolot oleh org cina/luar...what will happen to our next generation? nanti tapak buat rumah kecil pun tak ada....so anak jati kundasang...lets us think! |  |
  |  |  | aDeq January 14, 2008 12:25 PM PST
oic ... :-( |  |
  |  |  | joe byne April 16, 2007 12:13 PM PDT
Sayang sekali daerah itu.. kita yg asli menjadi mangsa pembangunan yg tidak di rancang. Pembangunan yg di buat utk jangka pendek iaitu utk tujuan keuntungan pemimpin yg sedang berkuasa pada masa itu.
Rakyat tempatan harus bersatu dalam hal ini utk mendapatkan keadilan kepada rakyat kita..
Jangan bumi kita memberontak..kerana sesungguhnya debu-debu yg terbang di negeri sabah ini adalah nenek moyang kita dahulu yg telah bersatu kembali dgn alam.. jadi jangan sampai alam memberontak kepada kita sendiri..
Joe Byne : www.jvainking.braveblog.com |  |
  |  |  | lin March 28, 2007 11:05 AM PDT
dulu kundasang betul2 syok bah..waktu kami kecil2...sejuk betul d sana,,,tapi sekarang macam tidak berapa sejuk sudah,,,banyak gia tu om pi menanam di sana,suka-suak saja sembur racun.....sekarang di kundasang tidak semeriah dulu lagi....sedih jugalah sebab semakin berubah di sana....aduiii..sayang betul kundasang. |  |
  |  |  | 1248 March 16, 2007 10:55 AM PDT
kundasang? satu nama yg sgt sa teruja seketika dulu bila ada org menyebutnya. tp sekarang ni, mcm tda apa2 makna lg namun ia masih myimpan kenangan yg manis bg diri sya. kundasang sebuah tempat yg begitu cantik ( bg sa yg sukakan pemandangan alam sekitar yg menghijau) tp sayang skrang ni ia tlh berubah.....kecantikannya dimamah oleh org2 yg tdak bt'jawab. semakin hari, kundasang semakin hilang serinya... |  |
  |  |  | JUN November 19, 2006 12:00 AM PST
2 pihak pun salah sebenarnya.. |  |
  |  |  | MARdhiah October 13, 2006 03:47 PM PDT
Memanglah dia tak tau, kalau dia tau mesti dia tak mau ikut mkn angin di sana. Dlm kepala otak org kew yg figures besarlah yg bagus, itu pasal dia kata Kundasang is the best hahahhaha lawak aje lah , my kwn tak le sebodoh itu.
Bukan nak ckp byklah kan, kadang2 itu kita adjust2 report, Takkanlah reveal semua kurap2 dan daki2 tu, faham2lahkan. Window2 dressinglah sikit... Letih nak jwblah, kalau telanjang bulat!!!
|  |
  |  |  | Rem October 13, 2006 10:01 AM PDT
Wife dia kata gitu sebab dia duduk kat Perlis. Mana dia tau. :) Lagipun, kalau tengok kat 'surface' memanglah semuanya ok. Kat dalam tu yang banyak kudis... |  |
  |  |  | MARdhiah October 13, 2006 08:53 AM PDT
Raya ni jom ziarah DOE Perlis...wife diale yg kata api??? apa hah Kundasang OK....infact terbaik di dunia...mana satu mau percaya hah?
Tapi Jun lepas, kwn yg pergi mesyuarat kat sana wonder kenapa tak sesejuk Genting? Rasa macam kat Jasin jah!!! |  |
  |  |  | Rem October 12, 2006 08:51 AM PDT
TulunDusun, itulah pasal bah. Dari melancong, jadi 'melencong'. :)
Mardhiah, DOE Sabah ka? Atau DOE KL? Kalau Sabah.. hmmm... tak payah la. Tido saja tu. :) |  |
  |  |  | MARdhiah October 11, 2006 03:37 PM PDT
Che Rem saya poskan entri yg ini kat "abg" kawan saya tau....eish eish apa pulak Kundasang problem, kwn kata situle tempat paling suci. Bawak2 le melayari laman doe, nak mudah call je En Aminudin, Perlis. Awat pengarah doe Sabah tido ka?
Btw faisal, goda suku sakat raja Perak, sebab pasai depalah terjadinya Perjanjian Pangkor yg bagi laluan pada 3G. Pujuk, rayu, goda mereka utk cuci dosa nenek moyang mereka. |  |
  |  |  | TulunDusun October 11, 2006 02:41 PM PDT
Gaman,
Lupa yg suatu ketika dulu, pekan kecil itu sangat harmoni & nyaman. Sekarang bau 'chemical' saja yg terhidu.
Susah juga kalau YB pun diIMPORT kan..(selain dr yg disebut di atas) dan lebih susah kalau nawaitu 'melencong' bila sdh bergelar YB..
~rindu pada Kundasang yg 'lama'..mau rasa pakai sweater or jumper pergi saja Kundasang..those were the days..tapi sekarang pergi 'lagas2' pun ok saja.. |  |
  |  |  | Rem October 11, 2006 11:40 AM PDT
Royce, memang cantik bukit tu. Sayangnya, itu hanya lukisan mural di dinding sebuah kedai runcit di Kundasang. Itu pemandangan yang dilukis menggambarkan suasana 1980-an. Sekarang bukit-bukit itu tidak lagi hijau dan bening. Tapi sudah jadi kuning (hakisan tanah) atau bertopak-topak putih (plastik yang diguna oleh golongan petani-petani kapitalis KAYA untuk melindungi tanaman-tanaman diorang). :) |  |
  |  |  | MARdhiah October 11, 2006 09:02 AM PDT
Faisal apa susah2 tukar2 banyak belanja nak kempen2. Dah banyak sgt duit nak beli undi?, kalau dah banyak sgt, lebih baiklah bikin filem lawan cite GUBRA.
Godalah anak2 raja pompuan ke lelaki, hasut depa supaya gunakan yang ada nama di Raja2 kat belakang tu, rampas aje macam kat Siam hahahaha.
|  |
  |  |  | royce October 10, 2006 09:09 PM PDT
cantiknya bukit tu.. |  |
  |  |  | ony October 10, 2006 06:11 PM PDT
alamak?! iyaka..mataku lihat tengahnya bah..:))itu yang menyilau .lupa warna lain.Ada bawa buahnya ndak?
oh ya,bagaimana projek kita Orak Orik .sambung Jumaat malam ni.okka??
Tonini, kari tu ,sedap ! bukan daging lembu/kerbau/kambing atau daging rusa.Manuk bah!...:)) |  |
  |  |  | Rem October 10, 2006 03:56 PM PDT
Faisal, tukar kerajaan? Ya.. ya.. mari, mari! :) Bila antologi cerpen yang baru itu ada di UjanaIlmu -- jangan lupa buat pengumuman. Teruja sangat nih!
Mardhiah, laaa.... nak menghalau pula dah! :)
Ambalut, markisa tu bukan ungu la. Itu warna indigo. Ha ha ha ha! |  |
  |  |  | faisal tehrani October 10, 2006 01:13 PM PDT
salam
1. Marilah tukar kerajaan.
(Undi jasni matlani! hehehe)
2. Kari inggeris telah dicuba, adik saya baru balik dari KK dan dia beli daging rusa...aduh sedapnya!
3. taradunisasi hahahaha!
|  |
  |  |  | ony October 10, 2006 12:14 PM PDT
sori tentang tahunnya ya 2006 bukan 2007..salah 'KEtik':))) |  |
  |  |  | ony October 10, 2006 12:08 PM PDT
ha7.apa niii mardhiah.tak fahamlah!
..........
Tonini, ini selarik puisi tentang Markisa...
'Markisa ungu '
Markisa hutan
bunganya, ungu
sepi sendiri
membalut
luka,luka
abadi!
salam
OlO
10/10/2007/Selasa
|  |
  |  |  | MARdhiah October 9, 2006 02:20 PM PDT
Biarlah kak ony org dah tak suka, buat apa nak ditahan2, biarlah dia pergi, kita doakan semoga dia bahagia, moga bertemu di abadi sana yg kembojanya mengerna bunga warna warni. |  |
  |  |  | ony October 9, 2006 12:09 PM PDT
'memilih kemunduran yang mendamaikan'
'biarpun saya disula dengan buluh runcing sepanjang 10 meter kerana pilihan itu'!-Rem
..inilah 'kalimah' , amat saya rindukan sewaktu-waktu menatap 'kemodenan pembangunan liar tanpa kawalan'.
..pembangunan apa, kiranya segala yang asli itu hancur!
... Sewaktu hadir 'Dialog Budaya' berlangsung 25-27 Ogos lalu, bertempat di Kem Bina Negara Kundasang.Isu ini, hangat disentuh!
...siapa membela? Jika para belianya pun berkejaran memilih, berada jauh di tempat yang lain! aduhai...sayang KunDASANG!
salam
OLO |  |
|
|