|
Tuesday, August 08, 2006
Tiga Catatan Hujung Minggu
Catatan (i)
Two weeks shy from my 'great escape' to UK (warning: I may never return until I celebrate my 40th birthday! ), my best friend paid a visit – all the way from KL. Empat hari, tiga malam dia di KK. On Saturday, we made a one-day trip to Ranau – yes, my hometown. Mandi air panas di Poring, singgah beli sayur di Kundasang dan menyedut udara gunung di Taman Kinabalu.
On the way back to KK, kami singgah di tanah perkuburan Kg. Paka. Believe it or not, I couldn't find my father's tanah kubur. Tidak tau sudah yang mana satu. Banyak betul kubur-kubur baru, and my family have yet marked his grave with a proper batu nesan. Itu yang keliru. My only visit there was in early December last year – a week after my return from UK. Selama hampir lapan bulan saya mengelak untuk datang ke sana lagi. I find it emotionally overwhelming – and I never like that feeling. I hate being a sentimentalist. I really do.
|

|

|

|
|
On the way to Ranau, singgah di Jambatan Tamparuli yang famous itu! |
Taman Kinabalu, yang hijau dan damai! |
Sedang menunggu kolah air panas penuh di Poring! |
Catatan (ii)
AF4 sudah berakhir. Sekali lagi tradisi dikekalkan. Orang Dusun jadi Naib Juara, selepas Linda (AF2) dan Felix (AF3). Kenapa tiada Orang Dusun dalam AF1? Sebab AF1 hanya dibuka untuk West Malaysians. Tiada audition dibuat di Sabah dan Sarawak. As much as I hate AF, saya tetap bangga kerana AF telah mempopularkan etnik Dusun. Years ago (masa era pre-AF), whenever I introduced myself as 'Orang Dusun' – I would instantly get a weird stare. Mulut orang tu sama ada melongo, atau matanya terkulat-kulat. As if the person wanted to scream: "Taulah ko tinggal dalam dusun. Saya tanya apa bangsa ko, bukan nak tau ko duduk mana!"
Kadang-kadang saya terfikir. Pembentukan Malaysia gagal memberi keadilan kepada Sabah dan Sarawak. Dari segi integrasi sejarah, mahupun perkongsian sosio-budaya. Pertama, Sabah/Sarawak terpaksa merayakan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos sedangkan tarikh itu tidak ada sebarang nilai signifikan kepada Malaysia Timur yang hanya dimerdekakan pada 16 September 1963. Kedua, majoriti orang Sabah/Sarawak kenal Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Tapi saya fikir tidak ramai orang Semenanjung (even the educated ones) yang tahu bahawa Tun Fuad Donald Stephen adalah orang yang mempengerusikan pembentukan gagasan Malaysia.
Rata-rata orang Borneo tahu bahawa di Semenanjung Malaysia ada empat suku utama – Melayu, Orang Asli, Cina dan India. Ya, kita belajar itu dalam silibus tatarakyat dan geografi secara berulang-ulang. Tapi masih banyak Orang Malaya yang keliru antara bangsa Iban, Melanau, Dusun dan Bajau (antara empat etnik tempatan terbesar di Borneo). Ada yang tidak tahu langsung. Ada pula yang masih menyangka Dusun itu di Sarawak, dan Iban itu di Sabah.
Orang Sabah dan Sarawak juga semakin boleh memahami loghat-loghat Melayu eksotik di Semenanjung (e.g. loghat Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, etc). Bahkan, orang di sini rata-rata boleh membezakan yang mana satu telor Utara, yang mana satu slang Pantai Timur. Big thank you to the wide publicity – yang saban masa muncul dalam siaran TV perdana. Tapi berapa ramai Orang Malaya yang faham atau boleh bezakan antara loghat Melayu Sabah dan Sarawak? Lebih lucu lagi, kadang-kadang loghat Sabah dikenen-kenen oleh Orang Malaya sebagai mirip Indonesia. Jauh panggang daripada api! Bahkan, ada juga ramai yang komplen kononnya tak boleh faham dengan gaya pertuturan Velvet (AF4). Come on guys – loghat Terengganu Faizal itu lebih kalut dan rancu daripada loghat Sabah Velvet. Tapi tak pula jadi isu. What's wrong with you people?
Catatan (iii)
Restoren Sri Sempelang adalah rangkaian restoren makanan Melayu tersohor di Sabah (khususnya di Kota Kinabalu). Ia ada cawangan merata-rata. Boleh dikata di segenap ceruk daerah KK. Termasuk juga di dalam kampus UMS sendiri! Kerana populariti dan reputasinya, makanan di restoren ini memang mahal-mahal. Bayangkan, set lunch biasa-biasa (e.g. nasi goring + air) untuk tiga orang, harganya sampai RM24.00. Logik? Saya masih anggap Restoren Sri Sempelang Original (di Sembulan) adalah yang terbaik. Servis dan makanan memang kaw-kaw. Itu cerita dulu-dulu.
|

|

|
|
Sup serpihan ayam ini harganya RM 4.80 |
Air basuhan karot ini harganya RM 2.50 (look at the color!) | Tapi pengalaman saya makan di Sri Sempelang Asia City (berhadapan dengan Centre Point) – memang sangat durjana. The service was suck. Kualiti dan kuantiti makanan (ya, dua-dua sekali!) juga buruk tahap gaban. Tak padan dengan reputasi. Karot susu dia rasa macam air basuhan karot saja. You hardly can taste any juice. Sup ayam dia cuma ada lima hirisan ayam – yang tiap satu senipis kulit pisang.
Next time you guys datang KK, look out for Restoren Sri Keningau. Sebuah lagi rangkaian restoren popular di KK – but with a better service and food. Ya, jauhi Restoren Sempelang yang hina itu!
Posted at 11:44 am by Rem
 |  |  | 1malaysia August 28, 2009 02:11 PM PDT
kenapa org smenanjung d gelar kerapu? ade sapa2 bole tlg jawab tak... sekadar ingin tahu. |  |
  |  |  | NameMawar rnu August 16, 2009 04:00 PM PDT
sya setuju comen cik Anisah tadi;di uk or usa walau pn dah ada PHD ndak di pangil dr hanya DR kesihatan aje yek.frm kg lingkudau baaa.ekekekek.hello guys thanks kio..yes aku tau bangat u feeling bila ke ranau emosional bangat anty pun gitu jugak.terutam sekali bila lalu di kuburan kg paka/lingkudau.sayu hati ku dik.ok guys thanks again. |  |
  |  |  | Izzah May 14, 2009 12:05 AM PDT
Orang yang tak pernah tinggal di Sabah memang menjengkelkan. Aku benci betul bila cakap pasal pedalaman jak, orang terus refer kepada Sabah Sarawak...Apapun Sabah is THE BEST!
Aku suka makan Soto di Sri Sempelang..Sotong Kangkung dan Nasi Ayam di Restoran Sri Keningau :) |  |
  |  |  | Ghio Borneo April 28, 2009 06:17 PM PDT
Ya bro... makan kat rumah saja kita bah... tapi itu spot rim 16" tiada suda saya mau, sekarang saya pakai itu Lorenzo 18" tapi sudah pasang angan2 nak tukar 20" tayar 235/35*20 depan dan 255/35*20 belakang. Masi kurang duit beli itu rim... cadang nak ansuran tapi cekik darah bah suplier tu... |  |
  |  |  | INDAH MAN March 12, 2009 12:48 AM PDT
IIIIiii... penat jgk korang ceta pasal sempelang, susah2 makan d uma ja ba... simpan duit bikin beli sport rim keta 16 inch, ansuran pun ada ba d penampang bekas servay 2.. hahahah.. |  |
  |  |  | Ghio Borneo January 30, 2009 08:31 AM PST
Salam, semua asyik persoal harga dan perbezaan Restoran Sempelang nie.. Yup memang SriSempelang dan Restoran Sempelang Sdn Bhd (sekarang ni mereka guna RSSB) adalah dua identiti berbeza. Well soal harga bagi saya kalau nak makan 'Harga bukan masalah'. RSSB tu pula bukan lah mahal sangat... Cuba makan kedai yg setaraf dengannya macam 'th3 p74ce', Restoran R4hm4t, s3n4r10, m471nd0 dan well beberapa tempat lagi... ini kerana kos penampungan yg tinggi punca dari dasar kerajaan kenakan Cukai Perkhidmatan pada pelangan yg tidak disedari oleh pelangan malah di tampung oleh pengendali. Saya bukan pro mana2 sempelang ni tapi kita patut bangga dengan kehadiran cawangan mereka, klu kita tak makan tapi ada juga insan lain yang singgah menghadap rezeki mereka.... well dlm pada itu sebahagian pembelian kita tu menjadi gaji kepada pekerja mereka samada tempatan atau Indon. Saya sebenarnya buat biz kecilan juga tapi nak saya lauhkan klu anak tempatan saja terlalu banyak alasan masa kerja (rasanya semua tahu... nenek matilah, datuk eksidenlah, bapa ICU lah, emak beranak lah, Isteri ikut jantan lain lah dan macam2 lagi) so resolusinya dgn pekerja Indon (atau filifina) yg penting masih ada yg nak kerja kelas rendah ini. So dua perkara kita ulaskan dan harap selesai, i) Dua identiti restoran dgn harga mahal ii) pekerja asing... sama sama kita nilai dan cermin diri kita sebelum makan dan jangan lah kita hina suku lain (ya termasuk bahasa KERAPU) kerana saya percaya sesuatu itu bermula dari kita sendiri... |  |
  |  |  | Name January 28, 2009 02:02 PM PST
mungkin ini orang restoran sri keningau...... |  |
  |  |  | bb December 4, 2008 12:59 PM PST
ya bah..huhu..buruk tul tu kerapu2 mengutuk bahasa kita sabah..sma la jga sma bf saya..dia pn one of the kerapu jga..ska btul mengajuk bahsa saya..nasib dia bf..klu nda..kna tumbuk sdah tu...yg psl rss 2...saya knal owber dia..yg ada sri tu kakak kpd ya sempelng seja..actually..both service pn kurang...coz..d workers..bos sdah kestau bikin bgus2..tp..durg tu mcm taek...mmg palui jgak..coz major workers indon...jd..nda pndai phm bahasa..now..pya sri smplg d smbulan sdah tutup...sebelah kedai..ada prob... |  |
  |  |  | SARUNGX November 13, 2008 09:04 PM PST
walaupun urang semananjung panggil kitA mcm tu tapi dorNG tidak tau bahawa kita ni adalah rakyat yang masih menggekalkan sifat merendah diri,jujur.bukan mcm dorang di sana tu yg telah rosak akibat gaya hidup yg moden. |  |
  |  |  | kiwi chick April 1, 2008 10:31 AM PDT
Hello semua.....
Untuk pengetahuan semua ini comments saya khaskan kepada warga Malaysia, sekirannya berpeluang melawat negeri di bawah bayu, iaitu Sabah. Saya adalah pelanggan setia Restoran Sri Sempelang Sembulan. Perhatian disini saya ingin memberitahu anda semua restoran sempelang tidak ada kaitan dengan restoran Sri Sempelang Sdn Bhd, Sri Sempelang lokasi hanya disembulan tg aru dan tidak ada kaitan dengan management Restoran Sempelang Sdn Bhd. By the way memang Restoran Sempelang mahal2 makann dan tidak berbaloi malah menghidangkan makann sejuk walaupun sudah dipanaskn, berbanding restoran Sri Sempelang lauk pauk yg disediakan amat sedap n lazat sekali.Saya dan husband adalah peminat restoran Sri Sempelang, Kalau Kalian tidak percaya datang lah mkan di restoran SRI SEMPELANG SEMBULAN DAN BUKAN RES SEMPLAG BEZA RESTRAN INI ADALH NAMA (SRI).Jangan kalian semua keliru dengan Restoran Sempelang ada 9 cwgan, tapi Sri Sempelang hanya ada 1 cawagan di Sembulan.....Tidak pecaya perhatikan nama restorn ini. Terima kasih kerana membaca comments saya. Akhir kata Selamat Maju Jaya. |  |
  |  |  | moon January 12, 2007 12:41 PM PST
dulu sy prnh singgah p restoran s.smpelang branch sinsuran.mmg mknan ny mhl2 tp x berbaloi dgn isi yg d hidangkan. rs nyesal pula msuk p ss.bkn apa,time 2 mo try ja mkn d ss.lagi satu lyanan ny sgt buruk.me and my fren dtg awl and pesan awl.alih2 org sblh kami yg bru dtg dan oder mknn dpt mkn dulu.sbr ja bah...bek lagi mkn d tmpt biasa d seri melindo branch wisma merdeka...len kali..tobat mo masuk d ss branch sinsuran...
restoran seri keningau pn ok juga.. sy pnh masuk.service pn cepat..
|  |
  |  |  | TulunDusun August 13, 2006 04:01 AM PDT
Salam semua. Sorry la baru nak berkongsi 'd'/'c'erita berkenaan dengan sikap org semenanjung berkenaan dengan Sabah. Sukar untuk dipercayai betapa sehingga sekarang di tahun 2006 masih ada orang yang mempunyai mentaliti seperti yang saya alami di suatu ketika dulu masa kecik2 berhingus di tanah semenanjung.Apa la kurang sangat Sabah & Sarawak di mata mereka??Baru2 ini Sabahan dikatakan terkinja2 pula dah apabila sampai ke KL esp bila nampak keretapi hanya disebabkan saya mengkhabarkan berkenaan dengan kedaifan (tapi sesuatu yg saya banggakan) keretapi yang terdapat di Sabah. Perlu diingatkan di sini saya hanya bersikap jujur berkenaan dengan keretapi di Sabah.Silap haribulan nampaknya sebab menjadi bahan memperkecilkan saya? Sabah?? mmm tidak tahu la. Apa2 pun tak kenal maka tak cinta kan?? ;-) anyway tuan empunya blog, have a nice & safe journey to UK. Ingat jgn bawa benda2 yang boleh mencurigakan.. |  |
  |  |  | natch August 12, 2006 12:34 AM PDT
Hehe..
sa stuju ngan rem, memang teruk tahap gaban restoran tu..
terutamanya servis! Ya allah memang teruk sampai sa sama bf fobia utk dtg balik!
|  |
  |  |  | Anisah August 12, 2006 12:02 AM PDT
Rem, di London, setiap hari ada benda-benda menarik. Cuma adakah tarikannya menarik di hati!
Mardhiah, tima kasih kerana cuba nak menjelaskan. Tapi tanpa segan-silu, dan dengan rasa rendah hati, saya kena bagi tau yang penjelasan Mardhiah tidak menarik hati saya. Sebabnya, saya lihat penggunaan istilah, kak, bang, dik, itu saya setuju, tanda hormat. Tapi penggunaan istilah Dr, Tun, Tan Sri, Datuk, dan perkara sewaktu dengannya antara kawan-kawan, biar kawan peribadi atau kawan sekerja, saya rasa itu tidak sama dengan penggunaan kak, bang, dik. Tidak apalah, mungkin pengamatan saya tidak menarik bagi saudari pulak. (Senyum) Cuma, saya perasan Mardhiah selalu eja nama saya sebagai Anisa. Adakah saya eja nama saya salah kerana menambah huruf h, atau keyboard Mardhiah tertanggal huruf h? Saja tertarik nak tau. |  |
  |  |  | Rem August 11, 2006 07:25 PM PDT
Alb, tu la. Tatap censored bah! :) Nanti ramai pula yang gila bayang kalau ditayang-tayang. Ha ha ha!
Faisal, datang la KK lagi. Boleh bawa pi kedai goreng pisang yang lebih dahsyat lemaknya.
Mardhiah, depan mata selalu, nanti lama-lama muak. Ha ha ha ha! |  |
  |  |  | Alb August 11, 2006 11:37 AM PDT
Tuan, gambar direct muka tatap kana 'tapis' punya a'. Biar lah rahasia... muahaha... |  |
  |  |  | MARdhiah August 10, 2006 04:02 PM PDT
Am, mana sama click away dengan depan mata. |  |
  |  |  | faisaltehrani August 10, 2006 12:07 PM PDT
salam,
kedai makan durjana ada di mana-mana, bukan di Sabah sahaja...dan sungguh, pisang goreng paling sedap yang pernah saya jamah ialah di UMS! |  |
  |  |  | Rem August 9, 2006 10:18 PM PDT
Sure. Will keep blogging. Hingga ke titisan darah terakhir. Opppss.. terlebih semangat la pula! :) |  |
  |  |  | AM August 9, 2006 05:46 PM PDT
Not sure abt the story behind yr leaving for UK & staying there the next 20 yrs, but anyway, wish you all the best and a safe journey.
I presume u will keep up with this blog, well, I HOPE you will anyway. It matters not where you are physically because you are just a click away on the NET, hehe.
GOOD LUCK & BEST WISHES, Rem. |  |
  |  |  | MARDHIAH August 9, 2006 01:34 PM PDT
Bukan gianla Anisa, dah adat orang MELAYU macam itu, protokol...di Malaysiakan, orang aslinya kat pendalamanpun protokolnya lagi kompleks dari orang USA, tau Org UK saya takla.
Masa sekolah dulu ramai kawan2 cina pening apa pasal org yg sama tapi ganti namanya berbeza2
Contoh:-
Bila saya mengumpat Ramza bersama Faisal, saya akan kata Abg Ramza, (itu kiraan saya, tapi ikut yg diberitau kat bawah tu, kena kata adik Rem) kalau mengumpat dia dengan kak Aidid & Kak Ony saya kata Rem aje...nampak tak? Kalau Dengan Tun M, mestilah Encik, atau lepas ini Dr... |  |
  |  |  | Orang Semenanjung August 9, 2006 11:06 AM PDT
Larang tu tak payah la, tapi kalau ada yang tersasul panggil Encik, jangan lak you tarik muka 44 or hantar memo personal pada orang tu. |  |
  |  |  | Nisah Haron August 9, 2006 09:26 AM PDT
Salam Rem,
Setelah melawat KK (& Tenom) saya lihat banyak keistimewaan di Sabah. Saya juga dapati program-program televisyen yang berbentuk integrasi kaum sudah semakin berkurangan. Info dari Sabah & Sarawak tidak banyak seperti dulu. Saya masih ingat beberapa program khas dari Sabah dan Sarawak yang ditayangkan di RTM. Melalui program-program tersebut, sedari kecil saya tahu menyanyikan lagu Jambatan Tamparuli, mengenali tarian sumazau dan boleh membezakan suku kaum Iban dan Kadazan. Semasa di KK juga saya lihat suasana integrasi antara SM dan SS masih kurang mesra, kecuali bersama kawan-kawan yang sudah saling berkenalan. |  |
  |  |  | Rem August 9, 2006 09:22 AM PDT
Wah, Anisah.. mementang baru lulus, semangat sokmo. BTW, I'll be landing in London on the 19th August (Saturday). Ambil bas direct pi Norwich. Unless ada bebenda menarik di London. Ada ker? |  |
  |  |  | Anisah August 8, 2006 11:25 PM PDT
Saya ada satu soalan. Kenapa orang Malaysia yang berjaya mendapatkan PhD dari universiti di UK, gian sangat dipanggil dengan gelaran doktor sedapatnya gelaran tersebut? Sedangkan sepanjang bertahun-tahun buat PhD, hampir tiada pensyarah di UK yang hampir 99% mempunyai PhD menggunakan gelaran itu di kalangan rakan kerja DAN PELAJAR PhD? Sehingga Ketua Jabatan di UK pun tidak dipanggil doktor. Kenapa hari pertama lulus PhD, pelajar Malaysia ini nak dipanggil doktor? Adakah budaya saling menghormati kita telah terpesong sehingga segelintirnya menukarkannya kepada budaya menunjuk dan budaya gian diiktiraf? Adakah segelintir kita ada inferiority complex? Saudara-saudari ada jawapan? Saya pun kengkadang kebingungan memikirkannya. |  |
  |  |  | ony August 8, 2006 07:42 PM PDT
kik kik kik (macam2 crta)
pengalaman bertahun di semananjung.banyaklah, air mata tumpah sedih dan ketawa.sedih bila ada kawe tu..; mu, makang ba..(khinz..), guano?? sodapp dok??! bila dia tahu aku dusun dan 'mualaf'.meleleh bah air mata. (cengengkan)'keluarga aku, kristian SDA,indak makan itu barang.'jawablah gitukan.mulutnya nganga besar2.lepas tu, aku pusing jalan tinggalkan dia...
uuiinaa ambalut tonini,bajalanlah bah kau.berhijrahlah..tapi kau ingati 'nunuk ragang nabalu' sentiasa melambai boi.kada moti olingai...
itulah pasal...aku bilang 'masak,masak' saja di rumah.masak sendiri lagi sadap bah. ada uhummnya. puas hati. |  |
  |  |  | KawanJugaBah August 8, 2006 06:28 PM PDT
Berkenaan dengan kekeliruan org semenanjung ttg budaya dan kehidupan kita org sabah: Saya nak tambah juga, orang semenanjung juga tidak tahu yang ramai pendatang dan suku sakat pendatang di sabah adalah keturunan pendatang.
Bahkan orang semenanjung berkata, mereka tu orang melayu sabah... sedihnya saya... |  |
  |  |  | Fiza August 8, 2006 06:06 PM PDT
Biasalah tu cik ram kalau integrasi setakat dalam paper, maka wujudlah pandangan double standard baik di kalangan org semenanjung atau org sabah/s'wak sendiri.
Emm.. 'kawan saya' sudah jadi boss tau? saya takut la nak lawak2 bodo lagi macam dulu... heheheheheheh |  |
  |  |  | haris August 8, 2006 05:51 PM PDT
salam rem, saya cukup setuju dengan pandangan rem pasal kekeliruan org semenanjung ttg budaya dan kehidupan kita org sabah.
Saya sudah tinggal di semnjung for about 7 years and dah kawin pun ngan org sini, but i still bole rasakan impression org sini dgn kita-kita org sabah ni, kadang2 agak menjengkelkan.
Yg menyedihkan masih ramai mggunakn istilah malysia ni adalh semnnjung, and sabah ni adalah satu negara lain sama mcm indonesia.
Even my wife also bmbang nak dtng sabah, mcm2 ditnyanya, Sabah ada bank ka?ada tabung haji ka? ada bas ka?
But this kind of mentality bukan takat wife saya jak, kebanyakn member2 pun ada lagi kejahilan ttg suasana di Sabah.
ini mungkin dipengaruhi dari rancngn2 TV dari Sabah biasanya akn fokus hutan, org utan, gunung ganang, sungai-sungai, penduduk pedalaman dll, so maybe dari situlah idea ttg keadaan di sabah diperolehi.
|  |
  |  |  | MARdhiah August 8, 2006 05:50 PM PDT
OS, apa pulak dr... dr, panggil abang ajele..bolekan, bole ye che rem ye.
Tak le dr ni perasan lagi 20 tahun nak 40, dari 10 tahun tak sampai seminit naik 20..macamla saya tak tau kire :) |  |
  |  |  | Rem August 8, 2006 03:44 PM PDT
Orang Semenanjung, wah.. wah.. sampai gitu sekali. Saya ok saja. Sesama kawan-kawan, tak payah la formal-formal.
Still waiting for the official certification. But basically, it should be alright. Tapi dah ada orang yang dok panggil title kat sini. Huh, habis tak kan nak larang, kan? Ha ha ha ha ha... |  |
  |  |  | Orang Semenanjung August 8, 2006 03:30 PM PDT
Dah boleh panggil DR ke sekarang?. One of my friend's husband dapat DR last year after 7 years in UK, siap warning kena panggil "DR" kat dia, yang heran yang kasi warning tu isterinya...... |  |
  |  |  | MARdhiah August 8, 2006 03:02 PM PDT
Masyaallah perasan celebriti peh...peningnya kepala gue..nak pengsanla. Saya nak kiralah, kalau lagi 4, 5 tahun, tak yah balikla.
|  |
  |  |  | Rem August 8, 2006 02:00 PM PDT
Mardhiah, laa... yang kepoh sangat pasal umur ni apasal? Terasa pula macam selebriti. Siap tepon sampai ke Sabah nak tanya pasal umur. Galmournya mengalahkan Siti, huh.. huh!
Ada la 20 tahun lagi sebelum masuk 40 tahun.. :) |  |
  |  |  | MARdhiah August 8, 2006 12:53 PM PDT
Tahun berapa tu umurnya 40?
|  |
|
|