Beberapa hari dulu, saya tertengok segmen audition untuk AF. Ada macam-macam gaya. Aduhai oh aduhai. Kebanyakan yang datang audition itu, sama ada tak pernah mengadap cermin; atau pun baru bangun dari gua purba sesudah tertidur selama seribu tahun. Macam tak sedar dunia! Ada seorang mamat ni, badan bagak macam jentolak. Kemudian pakai pula baju batik ala-ala kelab rukun tetangga, dan seluar goboh melebeh-lebeh. Muka tak payah cakaplah. Macam mangsa gempabumi yang baru diusung keluar dari bangunan runtuh. Serabai satu hal. Muka 'pilu' semacam, satu hal lagi.
Bila dia start nyanyi, rasa cuak saya mencecah aras maksimum. Rasa macam nak ludah saja skrin TV. Kunci suara ok. Tempo ok. Tapi bunyinya langsung tak menguja. Macam suara Ku Yah nyanyi karaoke sempena aidilfitri kat RTM dulu (tak ingat pula tahunnya bila). Apa motif budak bagak ini mengglamourkan diri depan satu Malaysia sambil mempromosikan seluar tok wan dia? Siap melenggang-lenggang kangkung lagi. Tapi kualiti suara, nak mendodoi anak unta pun tak layak.
Saya bukan benci budak itu sebab badannya gemuk gedempol. Bukan pula sebab lenggangnya lembik gelambai. Bukan juga sebab suaranya yang terbarai macam gendang pecah. Tapi saya marah pada ibubapa budak itu yang langsung tak bertanggungjawab. Tak reti mendidik. Tak pandai memberi nasihat. Saya juga kecewa sebab budak naïf ini menyerahkan diri kepada ASTRO untuk dijadikan komoditi komersial yang dilelong murah macam terung lambak di pasar malam. Mana pergi pertimbangan rasional budak ini?
Badan saja besar macam ibu badak, tapi kemaluan kecil macam telur siput babi. Atau barangkali tiada kemaluan langsung? Next time, sebelum datang audition… beli cermin dulu. Ya, cermin yang cukup besar untuk muatkan seluruh badan yang sebagak guni beras itu. Tengok dan tilik diri, layak atau tidak. Kalau saya jadi mak bapak dia, saya dah pasung kaki dan tangan budak tu. Kurung dia dalam bangsal sampai audition AF tamat.
That was one typical example of sad personalities, exploited by the shameless capitalist a.k.a ASTRO. Ada banyak cerita pilu lagi. Ya, ratusan muka-muka suweh yang diperdaya oleh alam fantasi ASTRO. Antaranya, si perempuan jongang yang terhegeh-hegeh mahu bernazam kasih dengan suara semput-semput. Key out. Tempo out. And, the appearance was pathetic beyond description. Budak ini rasanya berangan-angan mahu bertanding jadi calon presiden Persatuan Jongang Se-Malaysia. So, she probably had decided that AF was the best opportunity to expose her 'kejongangan'; thus, promoting herself, and her naked ambition.
Saya pernah menonton fenomena begini dalam rancangan-rancangan tv realiti di UK. Tapi sebesar mata jarum peniti pun saya tak terfikir ia boleh berlaku di Malaysia, yang rakyatnya terkenal dengan sifat malu dan sedar diri. Yang masih berpegang pada lunas-lunas budaya Nusantara. Yang masih utuh percaya bahawa perbuatan "buka pekung di dada" adalah stigma budaya paling sial. Obviously, I was wrong. Dus, pity me!
Yang lebih durjana lagi, si Ajai dan minah getek yang dilantik oleh ASTRO sebagai panel pemilih boleh pula buat-buat larat mendengar bebudak mabuk kasmaran ni memperbodohkan diri sampai khatam satu lagu. Lepas tu, siap diberi galakan: "Tak apa dik. Tahun depan cuba lagi." Excuse me, bukan semua orang boleh jadi penyanyi. Some people are just not blessed with natural singing talent. No matter how hard (or many times) you try, if you don't have 'what it takes', you won't be able to meet the minimum requirement. I'm very sure si Ajai dan minah getek ASTRO itu faham tentang hakikat ini, sebab diorang berdua tu professional vocalists. But why did they lie and (worse!) encourage these hopeless kids to keep on dreaming? Either they truly enjoy these young naive wannabes clowning themselves on the Malaysia's most-watched tv program; or they are simply being professionally dishonest.
Wabak AF bukan lagi satu penyakit yang hanya melanda industri pop negara secara eksklusif. Ia sudah melarat segenap ceruk, sampai ke jantung budaya. Bahana tv realiti ini nampaknya sudah merubah seluruh lanskap mentaliti masyarakat kita. Dengan rakus. Dengan signifikan. Seperti perogol bersiri, yang tekun memperkosa mangsanya satu-satu. Dari satu nich ke satu nich yang lain.
Mula-mula, AF telanjangkan nafsu berahi orang-orang kita pada muzik hedonisme dan alam hiburan berkasta paria. Kemudian, AF merentap lucut sisa-sisa kemaluan yang masih melekat dalam diri masyarakat kita. AF bagaikan sebuah medan fantasi yang menghalalkan perbuatan-perbuatan yang tidak munasabah. Realiti ciptaan ASTRO ini dijadikan lesen oleh penduduk Malaysia untuk berkelakuan tak sedar diri: i.e. menayangkan kurap-kusta di badan sendiri sambil memalukan kaum kerabat, penduduk kampung, serta mak bapak (yang selama ini bagi diorang makan-minum).
ASTRO pula bukan main lagi berbesar hati menerima manusia yang berbondong-bondong datang mendermakan kemaluan mereka secara percuma ini. Sebagai kapitalis berstatus jin afrit tanduk lapan, tentulah ASTRO terkinja-kinja suka melihat rezeki yang datang bergolek-golek. Seperti buaya lapar yang disogok dengan bangkai khinzir yang tembun-tembun dagingnya. Siapa tak suka?
Seorang lagi budak ni pula, dok meroyan dengan penuh perasaan: kononnya AF adalah saluran untuk dia menuju ke mercu kejayaan dan bakal membantu keluarga (yang susah?). Apa yang kau merapik meraban ni minah oooiii? Bukan semua orang boleh ponteng STPM macam Mawi, kemudian sekelip mata jadi kaya raya kerana masuk AF. Dunia pop Malaysia bukan luas sangat. Hanya sekangkang semut. Bukan boleh tampung puluhan artis yang muncul tiap-tiap tahun. Artis terus giat membiak, macam cendawan tumbuh atas tahi kerbau lepas hujan. Tapi industri pop Malaysia bukannya tambah besar. Makin sempit ada la. Sebab adanya saingan muzik Indon, pengaruh produk Barat, masalah cetak rompak, etc.
Wahai minah AF yang tak cukup sekolah, insaflah bahawa bukan semua artis boleh kumpul kekayaan berjuta menerusi industri berteraskan populariti ini. Kalau bakat pun hanya separuh nyawa macam taugeh togel tumbuh celah batu, lagilah bertambah susah nak survive dalam industri yang brutal ini. Sekarang pun, industri pop kita sudah mula tepu. Ramai artis yang dah tersasar keluar kerana 'ruang' tak cukup. Ada yang terpaksa jadi pemandu teksi, penjual nasi lemak, pelakon porno, pelacur sambilan atau pengedar dadah separuh masa. Macam-macam kerja lagi. Malangnya, ujaan glamour AF telah membutakan mata masyarakat terhadap hakikat maha azab ini. Belum apa-apa, bebudak yang miang nak jadi popstar berangan ini sudah membayangkan hidup yang indah-indah sebagai artis. Cis, nak bantu keluarga konon!
Itu yang saya kata tadi. AF telah merubah lanskap mentaliti penduduk Malaysia. Terutama anak-anak muda yang tengah bernafsu nak kejar segala macam mimpi. Perubahan lanskap mentaliti yang bagaimana?
-
Hilang pertimbangan logik sampai tak reti-reti nak malu. Lupa pada hakikat, "ukur baju di badan sendiri – sebelum gatal miang nak tayang baju itu di depan khalayak".
-
Tenggelam dalam mimpi yang bukan-bukan. Lupa pada hakikat, "ada seribu satu jalan dan tangga yang lebih afdal untuk menuju kejayaan – bukan hanya AF saja!"
-
Ketagih pada budaya hedonisme dan hiburan totok. Lupa pada hakikat bahawa, "seni itu adalah satu alat untuk mencitrakan budaya dan rasa halus manusiawi; bukan mengisi nafsu komersial semata-mata".
Negara kita dah tentu rugi dengan percambahan lanskap budaya yang bobrok ini. Semua itu jelas melanggar lunas-lunas Rukun Negara yang patut jadi pegangan seluruh rakyat Malaysia. Tapi sang kapitalis haloba (i.e. ASTRO) apa peduli. Kebobrokan-kebobrokan budaya ini dilihat sebagai komoditi paling menguntungkan. Modalnya percuma, tapi untung materialnya berganda-ganda. Ala, anjing lapar kalau dah jumpa taik yang masih suam-suam kuku, tentu air liurnya merembes-rembes jatuh!
Tahniah ASTRO kerana berjaya melacurkan budaya dan susila Malaysia. Teruslah bermaharajarela sementara orang-orang kuat gomen ghairah menyibukkan diri dengan isu-isu kosmetik. Contohnya? Bergendang ria di parlimen memperdebatkan baik buruknya filem cinonit-tak-signifikan 'Lelaki Komunis Terakhir'. Berapalah agaknya jumlah orang yang berminat nak tengok filem amatur tu ya? 10 ribu? 20 ribu? Itupun kalau sampai. I doubt so. Tak faham kenapa 'mereka dan keluarga mereka' harus gubra sebegitu rupa hanya kerana pasal 'lelaki komunis' itu. Macam ayam betina berketak-ketak satu kampung bila sebiji telurnya dicuri musang jahat. Tak berbaloi.
Habis, fantasi-fantasi sogokan ASTRO (yang ditonton oleh jutaan penduduk Malaysia setiap minggu) siapa nak debatkan?