|
Monday, May 22, 2006
Analogi U-Wei: apa khilafnya?
Petikan wawancara di antara akhbar Siasah dan pengarah filem berkarisma Malaysia, U-Wei Hj. Shaari (Sebagaimana yang tersiar di blog Faisal Tehrani. Jangan marah ya FT. Cuplik sikit saja! ). Saya sokong dan setuju dengan semua intipati utama temuramah U-Wei yang saya kagumi itu. Tapi bila dia bagi satu analogi kecil (tentang Malaysia), perut saya senak tiba-tiba!
* * *
SIASAH: Bagaimana pandangan anda tentang kritikan kepada filem baru yang banyak tidak menggunakan bahasa Melayu?
U-Wei: Bagi saya, bahasa apa pun tidak menjadi persoalan. Tetapi kalau datang satu kelompok filem kemudian melenyapkan sinema Melayu, itu bermasalah bagi saya. Tiba-tiba orang datang buat filem tidak menggunakan bahasa Melayu, dan sinema Melayu lenyap. Tidak boleh begini. Tetapi saya rasa sinema Melayu perlu didefinisikan semula. Bagaimanapun, saya fikir orang Melayu sudah terlalu banyak memberi. Kita lihat, di Amerika Syarikat, bila Alaska dan Hawaii masuk Amerika, mereka tidak menukar nama, tetapi bila Sabah dan Sarawak masuk Malaya, kena tukar nama kepada Malaysia. Tetapi ini bukan bermakna saya bersifat perkauman. Menyentuh soal kaum tidak semestinya perkauman. Saya tidak mahu setelah bertahun-tahun saya terlibat dalam sinema Melayu membuat filem, tiba-tiba sinema Melayu lenyap kerana datang sekumpulan filem baru.
* * *
Ya, barangkali memang betul bahawa Alaska dan Hawaii masuk persekutuan Amerika. Tapi Sabah dan Sarawak tidak pernah masuk Malaya. Sabah, Sarawak, Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan Singapura buat rundingan bersama untuk menubuhkan gagasan Malaysia. Ia bukan jemputan atau pelawaan. Ia juga tak ada kena mengena dengan 'masuk' atau 'keluar'. Proses merealisasikan gagasan Malaysia bertitik-tolak daripada satu keputusan secara konsensus. Ini bukan kisah mahu memeluk satu negara lama yang sudah sedia-ada (Malaya), tapi ini cerita tentang mahu membentuk satu negara baru yang belum wujud (Malaysia).
U-Wei tidak perlu defensif dengan kenyataan itu. Komen tersebut tidak ada kena mengena dengan perkauman. Bahkan, kenyataan buta-tuli U-Wei itu langsung tidak menggambarkan sebarang sentimen perkauman. Ia hanya menggambarkan sedalam mana pembacaan U-Wei terhadap aspek tatanegara dan sejarah Malaysia. Hanya itu. Tidak lebih, tidak kurang.
Selain daripada U-Wei, ramai juga penduduk Malaysia yang sebenarnya turut bermasalah memahami susur galur sejarah kenegaraan Malaysia. Barangkali kerana banyak yang tertulis, tidak sama dengan apa yang terjadi. Contohnya?
* Bahawa Bapa Kemerdekaan Malaysia adalah Tunku Abdul Rahman.
Yang saya tau, Tun Fuad Donald Stephen (wakil Sabah) adalah orang yang mempengerusikan jawatankuasa pembentukan gagasan Malaysia. Saya tak kata Tun Fuad harus dinobatkan sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Tidak. My question is: apa lebihnya TAR dibanding dengan Tun Fuad yang telah bertindak sebagai 'pengerusi jawatankuasa' atau pun wakil daripada Sarawak? Saya fikir harus diwujudkan konsep 'bapa-bapa pembentukan Malaysia' yang mengiktiraf ketiga-tiga pemimpin yang menyatukan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bawah satu gagasan.
Tapi kalau dikata, 'Tunku Abdul Rahman itu bapa kemerdekaan Tanah Melayu', yang ini barangkali lebih munasabah.
* Bahawa Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957.
Malaysia tidak pernah merdeka. Kenapa? Sebab Malaysia tidak pernah dijajah. Malaysia adalah satu gagasan pasca-merdeka yang 'dijelmakan' secara bersama oleh empat wilayah autonomi, iaitu: Singapura, Malaya, Sarawak dan Sabah. Kalau pun pembentukan Malaysia itu mahu dianggap sebagai 'kemerdekaan Malaysia'; maka tarikhnya 16 September 1963. Bukan 31 Ogos 1957.
Tapi kalau dikata, 'Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957', yang ini tentunya tepat sekali.
* Bahawa Malaysia pada 2005 sudah mencecah umur kemerdekaan yang ke-48.
Penduduk Malaysia yang maustautin di Sabah dan Sarawak hanya dimerdekakan pada 16 September 1963. Berapa sudah umurnya? Kita semua boleh kira sendiri, hanya dengan berbekalkan pengalaman ilmu hisab yang diajar sewaktu sekolah rendah dulu.
Tapi kalau dikata, 'Tanah Melayu mencecah umur kemerdekaan yang ke-48 pada tahun 2005', yang ini tidak boleh dipertikaikan lagi.
After all these years, kenapa orang masih tidak memperbetulkan konsep bahawa Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) tidak sama dengan Malaysia? Bahawa Sabah dan Sarawak bukan penumpang kelas kedua (atau 'masuk', kata U-Wei) dalam gagasan Malaysia? Semasa di sekolah, kita semua dididik dan diasuh supaya bersifat jujur dan tidak berbohong. Yet, the system also taught (and still teaches) us the biggest lie of our life.
Posted at 10:07 am by Rem
 |  |  | kuku ( . )( . ) August 12, 2009 09:35 AM PDT
wah best an kalau jadi penduduk di malaysia |  |
  |  |  | hassand38 March 5, 2009 02:53 PM PST
saya dah menghamba kan diri berbakti kepada sabah dan serawak selama 25 tahun yang lepas..ketika tu saya terpaksa berkawan dengan monyet, harimau, babi hutan dan lain-lain..sekarang ni sabah dan serawak dah kaya..harimau, monyet dan babi hutan dah pandai dan tinggal di bandar..Ini lah masa nya sabah dan sarawak tarik balik dari menjadi malaysia. keluar dan berdikari lah sendiri..biarkan malaya dengan melayunya...mintalah menteri sabah dan serawak kemuka kan agenda keluar malaya in sacepat munkin....shukur kalau sabah dan sarawak keluar daripada malaya... |  |
  |  |  | RISATRADE S/B April 24, 2008 06:08 PM PDT
SESIAPA NAK BUAT T'SHIRT.SWEATER.JACKET.F1 SHIRT.CAP.BANNER.VEST.MUG MARKING.BEG CUSTOM.KAMI JUGA MENYEDIAKAN:SERVIS PENGANGKUTAN,PENGHANTARAN PINDAH RUMAH,OPIS, BARANG DAN SERVIES LORI CLL: FAIZAL 0174971730/ 0162205852/ 0126444988 |  |
  |  |  | RISATRADE S/B April 24, 2008 06:07 PM PDT
SESIAPA NAK BUAT T'SHIRT.SWEATER.JACKET.F1 SHIRT.CAP.BANNER.VEST.MUG MARKING.BEG CUSTOM.KAMI JUGA MENYEDIAKAN:SERVIS PENGANGKUTAN,PENGHANTARAN PINDAH RUMAH,OPISBARANG DAN SERVIES LORI FAIZAL 0174971730/ 0162205852/ 0126444988 |  |
  |  |  | faizal April 24, 2008 05:57 PM PDT
ok |  |
  |  |  | PERANTAU December 16, 2007 01:30 PM PST
YA...BAGI AKU KALO SYA TK MERANTAU D SINGAPORE,TAK MUNGKIN AKU TAHU HAL2 IT INI,AKU SERONOK DUDUK D SINGAPURA INI..KERJA ADA GAJI BULAN ADA.BILA SINGAPORE MERDEKA AKU PUN TURUT GEMBIRAH MELIHAT BUNGA API.MAJULA SINGAPURA,WALAU AKU NE ORANG SABAH MALAYSIA AKAN TETAP KU HORMATI LAGU NEGARAKU.TAPI APA YG KU LAKUKAN UNTK MALAYSIA,SDGKAN AKU NE HNYA PENGANGUR SJA.AKU TERASA KEHIDUPAN INI SUKAR.MARILA KITA BERSATU SABAH SARAWAK. |  |
  |  |  | Awang December 8, 2007 05:51 PM PST
Gagasan Malaysia dibentuk melalui Singapura, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Apabila Singapura keluar daripada Gagasan tersebut mengapa tidak ditukar pula nama Malaysia itu. Sebenarnya pun kemerdekaan negara kita Persekutuan Tanah Melayu bermula 31 Ogos 1957. Malaysia tidak pernah merdeka pun. Malaysia wujud bermula 16 September 1963 hingga tarikh Singapura keluar dari Malaysia. Kini Malaysia tidak wujud pun. Yang sebenar wujud adalah Persekutuan Tabah Melayu. Masalah orang nak panggil Malaysia ke atau lain-lain nama, itu terserahlah. Siapa pula yang pandai-pandai menukar Tanah Melayu kepada Malaya atau Malaysia. Kita tak perlukan orang asing atau barua-barua yang memandai-mandai mengubah nama itu. Ini Tanah Melayu selamanya...faham tak. |  |
  |  |  | kurosaki ichigo July 19, 2007 01:21 PM PDT
tak tau lah suka hati hampa la nak buat apa2 pun aku bukan baca apa ampa tulis
|  |
  |  |  | anak malaysia asli September 13, 2006 11:43 PM PDT
.....sungguh kusesali....kerana kurikulum anak-anak sekolah rendah kini diseru memperingati 16 september sebagai api botday tyt.......aduuuuh.....sakitnya.. |  |
  |  |  | anak malaysia asli September 13, 2006 11:36 PM PDT
.....tapi...tapi....bagaimana harus aku jadi anak Malaysia ...bila....bila .....tarikh pembentukan negaraku yang amat kucintai diraikan hanya sebagai botday tyt......konon-konon......this will be a contributing factor towards our breakdown as a nation in the years to come.......tinguk sajalah perangai anak-anak sabah dan sarawak |  |
  |  |  | Anisah June 1, 2006 03:32 PM PDT
Memori Mardhiah mengenai tindakan ke atas pegawai yang banyak cakap amat kena dengan tajuk artikel ini. Adakah Sabah dan Sarawak dilihat sebagai di "luar" Malaysia? Sehingga pertukaran pegawai kerajaan dilihat oleh ketua jabatan sebagai "hukuman" bagi pegawai bawahannya yang menyakitkan hati, dilihat oleh pegawai bawahan sebagai titik ukur menilai tatakerja mereka (yakni kalau tidak cukup standard maka akan ditukar ke Sabah Sarawak), dan dilihat oleh orang kebanyakan di Semenanjung (Malaya) sebagai satu penghinaan atau penurunan pangkat?
"Apa abang nak sibuk2 lagi 2 tahun nak pencen dok diam2la. Nanti kene tukar sabah, sarawak, macam mana?"
Kenapa tidak cakap, "Apa abang nak sibuk2 lagi... nanti kena tukar johor ke, perlis ke, kelantan ke? atau dari kuala lumpur tukar ke endau rompin ke, gerik ke, chemor ke?" nama-nama tempat tiga yang terakhir itu lagi "ulu" berbanding Sabah Sarawak yang masing-masing mempunyai lapangan terbang antarabangsa dengan kapasiti pendaratan Boeing 747 dan Air-bus A320. Banding dengan lapangan terbang Ipoh yang memerlukan penumpang kapal terbang berjalan di atas tarmak dari kapal terbang ke pintu masuk.
Lima tahun dahulu, seorang pensyarah IPTA di Semenanjung pernah bertanya sebelum membuat keputusan untuk menghadiri mesyuarat di Kota Kinabalu, Sabah. "Airport kat KK tu, ada tak ayam itik di landasan?"
Rakan kerja saya dari Sabah cukup terhiris hati dan menjawab sambil berseloroh, "Bukan setakat ayam itik, babi-babi pun berkeliaran di sana! (Caya lah!)"
|  |
  |  |  | Anisah June 1, 2006 03:19 PM PDT
Mardhiah,
Disebabkan saya takut saya akan menjadi alah bisa tegal biasa, berdiam diri apabila melihat ketidakadilan dan penyelewangan, saya ingin berhijrah sebelum saya berhijrah pulang ke alam kekal. Dunia ini luas, tak terhad kepada Malaysia. Memang mana-mana tempat di dunia akan berlaku penyelewangan, penindasan, ada ketidakadilan. Tapi ada tempat yang lebih aktif menguatkuasakan keadilan, di mana orang yang membongkar penyelewangan tidak akan dipenjara, dan orang yang menindas boleh dikritik tanpa cakap beralas.
DisebabkanNya, saya mencari keadilan. Cakap omputih, In searching for His love, I search and work for more justice. In serving Him, we serve humanity. In our faithfulness to Him, we have a responsibility to mankind.
During Judgement Day, when God ask what did you do when your neighbour is persecuted, what did do for the poor in your area when they were made poorer by corrupt officials? I went to find out when and to whom Siti Nurhaliza is marrying is not good enough. |  |
  |  |  | mardhiah yusoff June 1, 2006 11:52 AM PDT
Balik lah sini anisa baru tau. Ahli Akedemik Malaysia hebat2. Semua boleh buat. Al maklum orang Malaysia punya daya fikir holistik.
Kalu bab duit, berebut mau belanja. Itu cerita pendidikan menengah, rendah dan pra sekolala. Pendidikan tinggi dah pisah masa Pak Lah naik.
Iyela tu. Haru tahu. Kalau kena ok tu okla, jenis yg tak ok semua AP,PP, SPP nak dipusing dan ditafsir ikut suka dia aje.
The truth is orang kementerian kata, KPMla yg paling banyak kes perlanggaran peraturan kewangan.
Yang bercakap tu Pegawai Tadbir Diplomatik, mereka pun 2x5 tapi tak nampak sebab pandai cover line. "Blanket appoval" apa jadah tu yg diselimut tu? Benteng terakhir pasukan JAN.
Kami pun malas nak layan. "Let's manager managedla" Buat apa nak pening2 kuiri apa dia buat. Kau nak terlentang nak tergolek gasak. Sistem online ni senang, kami semak no akaun, nama betul, klik BAYAR.
Ramai kawan merungut juga apa nak jadi, sampai ke tak duit kita ke peringkat sasaran. Berapa banyak tiris. Saya selalu marah abang tu. "Apa abang nak sibuk2 lagi 2 tahun nak pencen dok diam2la. Nanti kene tukar sabah, sarawak, macam mana?"
Kalau orang besar tak sibuk2 nak pertahankan kerajaan, sapa kita nak banyak cakap.
Kalau dulu jumpa kawan2 lama tukar2 cerita pegawai tu macam ni, pegawai tu macam tu, sekarang dah tak lagi, baik cerita, facial mana best, jenama apa bagus, kain apa in trend. Lately lagu apa best, bila CT nak kawin, novel apa best.. novel Salina Ibrahimle, sapa lagi... bla bla bla. |  |
  |  |  | Anisah May 29, 2006 08:10 PM PDT
Oren, di Malaysia konvokesyen gempaq satu negara. Di UK, ada universiti yang ada konvo ala-ala konvo universiti Malaysia, tapi yang tahunya graduan, jawatankuasa konvo, tukang bagi sijil (biasanya Canselor atau wakilnya). Ahli akademik di sini terlalu sibuk dengan tugas akademik masing-masing untuk ambil tahu pasal konvo atau terlibat dalam jawatankuasa konvo. Di setengah-setengah universiti pula, majlis graduan diadakan bagi setiap jabatan, bukan di peringkat universiti! Maka tiadalah konvo seperti yang kita faham di Malaysia.
Sabar ya Oren, janganlah marah kepada saudara Rem kalau dia tidak tahu pasal konvo, biarpun dia seorang akademik; dan sebab dia seorang akademiklah - dia tidak tahu. |  |
  |  |  | oren May 29, 2006 04:40 PM PDT
laa..memang la kami yang konvo..saya tanya kat kekawan sume tak konpom..bab tu la saya tanya encik..mana tau kot2 ada notis tampai kat ofis..ni kes tak masuk ofis la ni kan... |  |
  |  |  | Rem May 29, 2006 03:40 PM PDT
Tak la cik oren oooii... Kamurang yang konvo, kan? Tak kan tak tau. Kita ni tak konvo pun.... |  |
  |  |  | oren May 29, 2006 02:48 PM PDT
eleh..loyer buruk la plak!!!tak kan tak tau kot???!!:( |  |
  |  |  | Rem May 29, 2006 01:54 PM PDT
Tarikh konvo? Tak tau la pula bila. Ni kena tanya bahagian akademik ni. Kita kat SS tak buat kerja-kerja kerani gitu... he he he he... |  |
  |  |  | oren May 29, 2006 10:27 AM PDT
akum..morning..
bukan malas la..report dah buat ikut ari..so sekarang ni teda keja mo buat..bukan malas la..
encik tarikh yang betul2 utk konvo berapa haribulan??
|  |
  |  |  | Rem May 29, 2006 10:21 AM PDT
Barambang, siou... saya tidak akses internet sejak Jumaat. Hari ini baru buka internet. Ya, kaamatan Ranau sudah limpas. Tapi tamu besar 1 Jun.. mungkin saya pulang kampung juga tu. Bah, berjumpa kita ya...
Pasal AF tu, nanti kita cerita. :)
Oren, kalau bosan teda kerja.. buat la laporan praktikum cepat-cepat. Jangan malas-malas..
dryanixx, TK. Saya menulis seadanya. Dan saya fikir, blog ini musti diterima seadanya. :) |  |
  |  |  | dryanixx May 27, 2006 06:43 PM PDT
saya suka blog yang macam nie, sesetengah penulis bila telah tulis buku, mula syok sendiri sampai tak nak kena jentik, lalu menuduh orang lain bangang dan bukan ahli akademik, tanpa sedar siapa sebenarnya yang mengkritiknya.
Yang saya suka tentang blog ini, idea anda jelas, maksudnya anda menerangkan satu persatu idea dan maksud anda, saya suka diskusi ilmiah sebegini, walaupun ikhlasnya tak semestinya saya mengangguk dengan setiap ayat anda. Tidak hanya seperti orang yang menulis tapi tidak menerangkan, bila telah ditafsir pelbagai rasa, dituduh2 pula orang itu buta sastera... Terima kasih kerana tidak merendahkan martabat orang lain atas alasan sastera.
Saya akan berdiam diri dan terus mengikut blog saudara, selagi saudara juga tidak terpesong.
Teruskan keikhlasan anda |  |
  |  |  | Barambang May 26, 2006 11:49 PM PDT
Rem:
Saya balik Ranau esok, lepas habis sukan anak saya di tadika dia. Kaamatan bukan sudah limpas ka? Tapi 1 Jun tamu besar kan?
P/S :
Maaf mencelah, salah satu bakal peserta AF4 adalah anak politician Sabah... bila ditanya siapa yang memberikan galakan, lebih kurang begini jawapannya: "...ayah saya suruh saya masuk AF kerana katanya dia yakin di sinilah saya boleh melangkah jauh lagi ke hadapan"... saya tidak tau apa reaksi saya selepas itu... |  |
  |  |  | oren May 26, 2006 06:54 PM PDT
haha..bukan sembilan je deria yang saya ada tau...x dak entry baru ke..bosan kat ofis ni..nak balik ujan turun mencurah-curah siap dengan petir guruh..takut plak nak kuar... |  |
  |  |  | Rem May 26, 2006 06:40 PM PDT
Wah... Oren, ada deria ke-sembilan ka? :) |  |
  |  |  | oren May 26, 2006 05:29 PM PDT
bukan gila bayang laa..slh frasa tu..ntah laa..saya pun tak tau bila saya gemar baca puisi ni..tapi kan makin saya baca makin saya tau la encik ni org yang macam mana..kwang3..:-) |  |
  |  |  | Rem May 26, 2006 05:20 PM PDT
Wah... wah.. Mardhiah, garangnya! :)
Oren, bila pula jadi gila bayang dengan puisi ni? Opppss!
Faisal, biasa la tu. Sebenarnya tulisan-tulisan yang pedas menggigit di blog itu... akan membuat ramai orang untuk lebih mahu membaca karya-karya kreatif tulisan Faisal akan datang. Ada sorang kawan saya ni... sejak isu Gubra yang hangat itu... sudah kerasukan pula mau membaca novel Faisal Tehrani. |  |
  |  |  | mardhiah yusoff May 26, 2006 05:12 PM PDT
ops sory, correction Pengsyarikatan Malaysia alah yg iklan kat RTM tu, Pensyarikatan Malaysia....bla, Malaysia sebagai syarikat gergasi milik kita semua. Tak lama lepas tu iklan Amanah Saham Nasional, yg pakcik rongak kata "pakcik dah labur dah" masih tak ingat lagi?
Minta kat RTM le main balik iklan2 itu.
Don't blame our mak ayah kerana membenarkan dasar ini tanpa fikir dulu pro n consnya. |  |
  |  |  | mardhiah yusoff May 26, 2006 03:55 PM PDT
Kenapa? Aii dok mengutuk mengata kapitalis bage nak rak, masih tanya lagi?
Mengada2 betul, kura2 dalam perahu, pura2 tak tahu!
Kita mengalami perubahan dasar. Dasar pengswataan Malaysia. Kalu amat betul2 masa Dato' Najib explain pasal petrol naik itu hari, bola tangkap, yg tersirat ialah memang nak serahkan sahaja pada the invisible hand.
Saya mengangis ajela sebab terkenang "The wrath of grapes"
|  |
  |  |  | faisaltehrani May 26, 2006 03:27 PM PDT
salam,
encik ram...setelah masuk dunia blog, saya ingin mengesahkan kenyataan seorang blogger yang saya kenal: ramai orang yang mengomel dalam ruangan komentar sebenarnya bangang.
(tak berkaitan dengan komen-komen di atas ya.) |  |
  |  |  | oren May 26, 2006 02:11 PM PDT
akum..
encik..tulis puisi la plak..sy tgu puisi baru ni..puisi yg sendu nye sama dgn puisi encik 'Buat Terakhir kali' or 'Cinta Yang Pergi'..best la plak baca..
saya baru je xplore blog encik ni..so sume puisi saya dah baca..tapi ada yang saya tak faham apa yang tersirat..maklumlah saya bukan orang sastera..tak terjangkau apa maksud encik di sebaliknya..
sori aek..keluar dari isu entry encik..
wasalam... |  |
  |  |  | Rem May 26, 2006 01:39 PM PDT
JR, itu sebenarnya satu soalan yang bagus. :) Tapi honestly, susah mau dijawab sebab ia isu hipotetikal. We will never know for sure what would have happened, simply because benda itu memang tidak jadi pun. Mau diulangjadi pun sudah tidak boleh, kan? :)
Selain dari Sabah dan Sarawak, sebenarnya Brunei juga adalah salah satu potensi sekutu untuk sama-sama membentuk Malaysia. Tapi lepas buat pertimbangan, pemerintah Brunei ambil keputusan untuk tidak menyertai gagasan Malaysia.
Sebab itu, Brunei tidak dimerdekakan pada tahun 1963. Brunei terpaksa tunggu hampir 20 tahun kemudian (awal 1980-an) sebelum mereka merdeka atas 'kaki sendiri', tanpa menggunakan lesen gagasan Malaysia.
Saya tidak tahu sama ada keputusan Brunei itu bagus atau tidak. What would have happened if Brunei decided to join the formation of Malaysia? Hanya tuhan yang tau.
Tapi sekadar untuk perbandingan. Pada masa ini dan ketika saat ini:
Brunei adalah negara terkaya di rantau Asia Tenggara dan dunia (sebab Brunei tak perlu berkongsi hasil minyak dengan sesiapa).
Brunei juga mempunyai nisbah guru-pelajar dan doktor-pesakit yang jauh lebih baik jika dibanding dengan negeri termaju di Malaysia.
Sabah pula adalah antara tiga negeri paling mundur/miskin/daif di Malaysia (Ironically, dari segi komoditi sumber alam, Sabah sebenarnya adalah negeri 'termewah' di Malaysia - dengan hasil minyak berkualiti dan balak-balak tropika yang berharga!).
Sabah juga masih mempunyai nisbah guru-pelajar dan doktor-pesakit YANG PALING RENDAH di Malaysia.
Hmmmm, kenapa ya?
Having said all those, I'm still proud to be a Malaysian. Saya berbesar hati menjadi sebahagian entiti kepada negara-bangsa Malaysia.
|  |
  |  |  | jiwarasa May 26, 2006 01:07 PM PDT
Nak buat macam mana. Orang kita memang tak suka subjek sejarah. Yang tau sejarah pulak suka putarbelitkan sejarah. Sehingga orang yang tak pernah berjuang diangkat menjadi wira...
Rem,
Saya nak tanya soalan bodoh sikit. Andai kata, Sabah & Sarawak tidak bersama membentuk Malaysia di tahun 1963 tetapi berdiri sendiri, adakah ianya akan menjadi sebuah negara yang berlainan dari sekarang? |  |
  |  |  | GING IJAU May 26, 2006 11:15 AM PDT
eleh encik..buat2 tanya plak!!k..la...pape pun if nak kawin jemput2 la kami aek... |  |
  |  |  | mardhiah yusoff May 26, 2006 10:35 AM PDT
oit! bare ur mind n soullah not body okey!
Baguslah tu nak nak subuh ni, bangkit ajak kawan2 lain, asyik nak tido je, pi bersihkan masjid che rem yang dah tercemar. Samak aje jika syak DNA anjing pun ada sama, tak payah analisa kat makmal, buang masa.
|  |
  |  |  | Rem May 26, 2006 09:50 AM PDT
Oren, wah... spekulasi liar. Kahwin? Siapa yang mau kahwin? :)
Mardhiah, sampai begitu detail punya penjelasan. Tak apa la.. biar saya lucut jubah dan nekad (bukan naked) untuk turun padang..
Barambang, jangan mudah terpedaya khabar angin. Saira ot Tadau Kaamatan hilo id Ranau? Macam mau pulang.. tapi... hmm.. |  |
  |  |  | Barambang May 25, 2006 04:48 PM PDT
Betul ka oren?? |  |
  |  |  | mardhiah yusoff May 25, 2006 09:12 AM PDT
www.staff.ncl.ac.uk/daniel.nettle
emel:- daniel.nettle@ncl.ac.uk
Baca bole jgn percaya sgt. Theodor Meynert seorang ahli anatomi otak terkenal, mula2 kata perempuan je histeria, pastu dah tua2 dia lak mengaku dia sendiripun pernah histeria.
Frued yg sibuk studi hal id n superego lagi teruk mengaku yg dia berahikan ibunya dan cemburukan ayahnya.
Berapa ramai scholar kita yg sanggup turun padang dan melucutkan jubah, sampai naked?
Meynert & Freud disanjungi sebab jujur & berkata benar walau kebenaran itu mengaibkan diri mereka. wa wa wa dah banjir menangis |  |
  |  |  | oren May 24, 2006 06:03 PM PDT
akum..
kalau tak silap saya bulan ni kan encik kawin??..ahuks..so bila la tarikh tu??..tadi saya terbaca kat blog geo ada bebudak tu cakap..lagi pun teringat spekulasi kat sekolah ari tu..haha..jangan plak lupa jemput kami...wajib tau!!
encik yang pasai tadi tu saya minta maaf aek..bukan nak menuduh..pas je baca tu yang saya fikir so....??..saya tau sentimen tu tak wujud..tapi encik bukan macam tu..:) |  |
  |  |  | Barambang May 24, 2006 04:19 PM PDT
Pada tahun 1998, sekumpulan mahasiswa fakulti sains sosial dari semenanjung mengadakan lawatan sambil belajar ke Sabah. Salah satu destinasi yang dituju adalah Taman Negara Kinabalu. Semasa dalam perjalanan ke tempat tersebut, kedengaran dialog seperti berikut:
Mahasiswa A : Tempat ni tak jauh beza dengan Malaysia ye..
Mahasiswa B : Ha aa laa.. |  |
  |  |  | Rem May 24, 2006 03:12 PM PDT
Jurang? Hishh... si Oren ni. Apa pula jurang. Saya cuma nak betulkan fakta. Tak ada kena mengena dengan sentimen Borneo atau sentimen Semenanjung. |  |
  |  |  | oren May 24, 2006 01:08 PM PDT
akum..
nampaknye masih ada jurang antara semenanjung dengan sabah dan sarawak dalam hati encik..napa aek..?? |  |
  |  |  | Rem May 24, 2006 12:15 PM PDT
Tu la pasal. Malas membaca. Atau barangkali silap menilik? :)
Tak payahlah nak pos-poskan pula. Membazir stem. Dan menambah kerja kakitangan pos Malaysia yang memang malas-malas itu. :)
Di mana link Dr. Daniel itu? |  |
  |  |  | mardhiah yusoff May 24, 2006 11:26 AM PDT
Tinggi mana pun pendidikan formal, kalau tak membaca, jadi macam itulah.
Masalah ini sangat serius di Melaka ini. Graduan2 berhenti membaca selepas keluar U. Lain pula dengan Negeri Sembilan. Mana saya campakkan statistik tu ye.
Lagi satu orang seni ini sangat sukar kita nak berkawan dengan mereka. Entahla kadang2 saya tertanya2 apalah dosa saya sehingga Wish dia Happy Mother's day pun tak jawab.
It has something to dgn semulajadinya begitu. Lawatlah laman Dr Daniel Nattle. Untuk keterangan lanjut. or you nak saya poskan ke UMS. |  |
|
|