Bintang kecil di langit yang tinggi
amat banyak menghias angkasa
aku ingin terbang dan melayang
jauh tinggi di tempatmu berada
Sebuah lagu jingle Melayu yang saya fikir kaya dengan nostalgia. Tentu ramai antara kita yang ada kenangan manis dengan lagu ini. Melodinya ringkas, tetapi kemas. Mudah dan indah. Senikatanya amat biasa-biasa, tapi padat dengan makna. Bukan guna bahasa bombastik merapik-meraban seperti lagu-lagu pop sekarang.
Saya jatuh cinta dengan lagu 'Bintang Kecil' sejak di sekolah rendah. Sampai sekarang, cinta saya masih serupa. Seperti dulu-dulu juga. Bukan semata-mata kerana paras olahan melodinya (yang menawan!). Bukan juga semata-mata kerana ayunan rendisinya (yang membuai-buai!). Tapi lebih kerana tikaman inspirasi lagu ini: yang begitu dalam. Penuh dengan erti dan mimpi.
Saya percaya kita semua ada 'bintang' (proverbially speaking). Seseorang yang kita pandang tinggi: kerana di mata kita, dia adalah seorang bintang. Seseorang yang jadi penanda 'mercu-aras' cita-cita kita sendiri. Ya, seperti melihat bintang kecil di langit tinggi; dan kita (diam-diam) menyimpan impian mahu terbang ke sana.
Bintang kecil pertama dalam hidup saya muncul ketika berumur lima tahun. Masa itu saya tinggal di Kg. Seborong (sekarang sudah dinamai Kg. Cintamata). Betul-betul terletak di kaki Gunung Kinabalu (literally!). Five minutes drive from Mesilau (where the famous 16-hole 'Kundasang' golf course is located). But obviously, years ago Mesilau was still covered by thick and virgin tropical rainforest.
Bintang saya itu adalah jiran kami. Seorang lelaki kampung. Seorang bapa muda. Seorang pekebun sayur. Ya, orang biasa-biasa. Tapi, dia adalah 'bintang' di mata saya. Kenapa? Kerana dia ada lori 'pick-up'. I know, it doesn't sound glamorous or impressive. Lori pick-up? So what? But, years ago?it did! Apa lagi di kampung tempat saya membesar, yang hanya didatangi kenderaan bermotor sekali-sekala (i.e. lori tauke-tauke Cina yang datang memborong sayur-sayur orang kampung). So, it was a great pride to own one for yourself as my star did.
Kami (saya dan beberapa budak sebaya yang lain) biasanya akan berkumpul ramai-ramai tepi jalan tiap kali si bintang ini memandu lori kecilnya keluar dari kampung (untuk hantar sayur ke pekan Kundasang). Kami akan melambai-lambai. Ala-ala macam perarakan kereta diraja pula. And, when our star gave the sweetest smile and waved back to us: we would spend the whole day quarrelling. Yang satu akan cakap, dialah sebenarnya yang kena lambai. Budak-budak lain pun tidak mau akun kalah. Masing-masing perasan yang bintang kami itu melambai dan senyum pada dia. And of course, I (myself!) would dreamingly hope that those attentions were exclusively for me!
Some of you may think: how silly all these kids! J Well, may be we were. Tapi percayalah, rutin itu memberi kesan inspirasi yang sangat bermakna. Barangkali ia berlaku dalam satu proses luar-sedar. Tapi bila difikir-fikir sekarang, I will never underestimate its significance. Bintang kecil pertama saya itu telah memberi satu definisi mudah tentang matlamat hidup dan maksud sebuah kejayaan. Saya membesar dengan 'definisi' pertama ini, yang kemudiannya telah membantu saya menterjemahkan pelbagai pengalaman hidup. Ya, sampai sekarang.
Keinginan untuk mencuri 'perhatian' seorang bintang (idola pujaan anak-anak kecil Kg. Seborong!): membikin saya lebih berani dan berdaya-saing. Ia mendorong saya membina mimpi sendiri, dan belajar mencipta jalan bagaimana mahu mencapainya. Saya jadikan 'si bintang' itu sebagai tanda aras sebuah cita-cita kecil. Kami (budak-budak kampung yang nakal!) selalu juga dipanggil beramai-ramai naik ke lori pick-up dia. Ada satu kali, kerana terlalu competitive, saya bergayut pada tepi pintu driver. Kaki pada sanggah tempat naik (kalau lori atau kereta jenis 4WD yang dulu-dulu, memang 'sanggah' tu selalu ada), sambil berpegang pada pedal cermin sisi.
Sungguh bangga rasanya. Budak-budak lain semua berasak-asak di belakang lori. Ada bau sayur lagi! Saya pula bergayut sorang-sorang di luar. Betul-betul di sebelah pemandu i.e. sang bintang yang jadi idola semua. Si bintang kami itu marah juga. But me, being so competitive and stubborn, buat-buat tidak peduli. Eventually, he gave in. He reluctantly allowed me to stick there.
At one junction, he made a sharp turn. Walaupun lori itu dipandu sangat perlahan, the change in momentum was strong enough to 'dis-balance' me. Apa lagi, saya jatuh bergolek-golek di atas jalan. And, I paid huge price for that. Sampai sekarang parut luka di kepala saya masih ada. But that was a small matter actually. The more painful one was being excluded from the joy-ride. Forever. I believe that he got 'lectured' by my mother (because of that accident); and from then on, he literally ignored me. I was no longer part of the group!
The accident happened when I was six. A year later, I moved to Pekan Kundasang to stay with my aunt. Saya ada nampak dia dan lori kecil itu, once or twice after that. But after relocating to Pekan Ranau when I was eleven, I had never seen him again. And, for many years: I had him hiding somewhere in my limited memory. Lagipun, di pekan Kundasang dan Ranau ada banyak orang memandu kereta yang lebih cantik dan canggih, kan? So, saya mula nampak 'bintang-bintang' yang baru. J
Years pass by, and the old nostalgia remains untouched. Semalam sahabat karib saya, Ony, tiba-tiba nyanyikan lagu 'Bintang Kecil'. Saya tengok langit sambil urut kepala. Oppps, parut di kepala saya masih ada. It suddenly reminds me of those days. Not the pain, but him and his little pick-up. His sweet smiles. His inspiring waves. And, his attentions that my friends and I used to fight for.
I don't mean to be rude, but I'm not sure if he is still alive. I hope he is. And, if he is.. I wonder what car he is driving now. May be something much better than my problematic Gen-2. Or, may be he is still loyal with the same old pick-up. Anyway, all those are irrelevant now. It doesn't matter what car he drives sebab sekarang saya sudah dewasa dan faham bahawa nilai hidup bukan sekadar pada kulit dan fizikal. Yes, the true meaning of life is not merely about material. I would relearn to admire him for being a person he was, and not just for having a fancy pick-up...
May be I should come down to Kg. Cintamata (i.e. Kg. Seborong) sometimes and revisit the nostalgia. If I happen to meet my long-lost 'star' ?then, I will pay him the tribute he deserves. Saya akan cakap: "Terima kasih kerana menjadi bintang pertamaku semasa kecil". Tapi mesti dia terkejut badak. Surely he can't relate to it. Tidak pasal-pasal pula kang dia cakap: "Apa pula masalah mental cucu si Dumaring ini?" Hmmm, siapa yang akan malu nanti kalau bukan diriku dan keluargaku jua?
I guess, some things are best kept unspoken because they're just too precious. You can never afford to put everything into words; and trying to express certain thing forcefully may only cheapen its value. Kalian semua juga tentu ada simpanan-simpanan rahsia yang begini. Biarlah bintang kecil saya (dan kalian punya juga) hanya jadi milik nostalgia peribadi. Barangkali bagus begitu, kan?
Just leave it where it was. But treasure the impact it brings to your life.