|
Tuesday, March 14, 2006
Idola Tanak Dusun Totopot!
|
Selepas datangnya lambakan rancangan tv realiti di Malaysia (i.e. Malaysian Idol, Akademi Fantasia, etc): etnik Dusun tiba-tiba menonjol di persada muzik tanahair. Nama-nama seperti Linda, Felix, Marsha dan Nikki: dalam sekelip mata menjadi sebutan di mana-mana. Bukan saja di Sabah, bahkan seantero Malaysia.
Barangkali ini satu perkembangan yang baik. Paling tidak, ia memupuk integrasi nasional menerusi industri pop. Tidaklah selepas ini orang masih tersasul mengatakan suku Dusun itu dari Sarawak! Or even worse, some may scream: hah, Dusun durian ka? (Yes, ini cerita benar. Pada era Pre-AF: bukan semua penduduk Malaysia tahu suku Dusun itu wujud!).
Sebenarnya, industri muzik Dusun telah berkembang maju seawal tahun 1970-an. Ini adalah industri muzik tertua di Malaysia yang berasaskan etnik kesukuan penduduk asli (perbandingan ini tidak mengambil kira muzik Melayu, Cina dan India yang berasaskan 'kaum mainstrream'). So, kemunculan mendadak penyanyi Dusun bukan satu fenomena yang mengejutkan kerana bidang muzik dan nyanyian adalah sebahagian elemen terpenting dalam resam budaya orang Dusun. Cuma sebelum ini, golongan penyanyi dan pemuzik Dusun hanya terkongkong dalam tempurung etnik mereka sendiri. Anak-anak muda seperti Linda, Felix, Marsha dan Nikki - barangkali boleh dianggap pelopor kepada gerakan artis Dusun dalam arus muzik perdana di Malaysia. Hmmm, barangkali?
Bercakap tentang industri muzik Malaysia dan orang Dusun, ramai orang terlupa memberi kredit kepada Nazrey Johani. Ya, si Nazrey penyanyi utama dan ketua kumpulan Raihan: yang bukan saja merupakan pelopor nasyid kontemporari Malaysia, bahkan menjadi artis berkumpulan paling berjaya di Malaysia. Bukan saja kerana populariti, tetapi lebih penting, pengaruh mereka di peringkat antarabangsa. Album pertama Raihan 'Puji-Pujian' kekal menjadi album jualan tertinggi di Malaysia (Siti pun tak boleh lawan. Mawi apa lagi. Sampai semput pun tak dapat kejar!). Raihan juga telah membuat persembahan di 32 negara seluruh dunia, termasuk United Kingdom (di hadapan Queen Elizabeth).
Call me a sentimentalist, but in my eyes and heart: Nazrey is always the real Dusun idol. Oho boh, idola tanak Dusun dot otopot!

|
|
Autograf dan catatan personal daripada Nazrey (Raihan): "doakan perjuangan ku kio....." |
Majlis Senandung Puisi bersama Nazrey (Raihan) di Dewan Bahasa & Pustaka Kota Kinabalu
Posted at 8:42 am by Rem
 |  |  | Name August 15, 2008 09:12 PM PDT
asalamualaikum. dan salam kepisonongan dangkosodopon..hehe mulong om osihat kou ngawi kio.. yoku bo ti i nazrey tulun do ranau.. sa mau cakap terimakasih ba sama semua orang tempinai yang menyanjung perjuangan dan pencapain saya .kita mesti bersatu dan menjadi bangsa yang membangun berjaya kreatif juga mencintai agama bangsa dan negara kita ..hidup sabah....jangan kologop tau hehe |  |
  |  |  | poyo March 28, 2008 01:51 PM PDT
kopisanangan, kumaa dikoyu ngawi.. |  |
  |  |  | fredo December 15, 2007 08:50 PM PST
waa..cayala u bro,bagus.tingkatkan lagi.sya tak perna tau sblum ne.apapun ku tumpang gembirah melihat ini semua.walau aku orang christian,kita tetap kadazandusun bersatu kan'dan semua suku d sabah,semua penduduk dunia la..kita bersatu menuju ke keharmonian.kotoluadan oi tompinai nazrey |  |
  |  |  | mohamad al-amin August 24, 2007 05:26 PM PDT
assalamualaikom
|  |
  |  |  | crtep August 3, 2007 03:23 PM PDT
smoga abg nazrey terus berjya..tulun dusun osonong!!! |  |
  |  |  | lin March 27, 2007 11:20 AM PDT
say ni minat juga dgn raihan ni, ca abg nazrey ni satu sikul dgn abang ku dulu d ranau, tapi dai kunun tidak rapat,,yang dia ingat c nazrey ni ada gigi palsu jaa,,,abg nazrey jangan marah yeee.....
|  |
  |  |  | 1248 March 19, 2007 04:27 PM PDT
ya seingat sa masa sk menengah dulu, group ni mmg famous sgt wlupun sa ni bakn muslim but lagu-lagunya berunsurkan nasihat yg sgt berguna tp syang sekali skrng group ni dah berpecah2.... |  |
  |  |  | Redzuan @ Robert July 26, 2006 12:24 PM PDT
Saya lagi Hebat..... darjah 6 dah jadi johan baca fatihah di Kg.Rondongong Ranau...tapi malangnya diumumkan 2nd winner ( coz ada unsur2 pilih kasih..pssstt) He he...Salam perkenalan buat semua warga Sabah (Kadus). |  |
  |  |  | Rem March 24, 2006 10:55 AM PST
Faisal, sampai juga ke sini ya. Kalau datang Sabah, jangan lupa contact.
Teater dalam Dusun? Menarik itu. Datanglah lagi buat pementasan di KK. DBP Sabah tu mau saja tu. Banyak duit diorang untuk sponsor! :) |  |
  |  |  | Faisal Tehrani March 23, 2006 07:21 PM PST
Cik Rem,
Dulu saya pernah tulis sebuah monodrama dengan Ated berjudul Monsopiad dan lain-lain Cerita. Siap dipentaskan dalam bahasa kadazan-dusun lagi di Singapura...
saja saja nak kongsi hal ini.
|  |
  |  |  | puyut March 20, 2006 05:48 AM PST
Iya bah gaman...betul kata2 ko tuh. urang kita (merujuk kepada tulun do Dusun), la ni, mengagung-agungkan artis realiti tv jak; cakap diorang mengharumkan nama Sabah la, watever crap la...hoh! padahal, secara peribadi sa nda nampak pun sumbangan durang dalam mengharumkan nama Sabah (mengharumkan nama Sabah dengan gossip2 murahan ada la).
|  |
  |  |  | Ony March 18, 2006 02:39 PM PST
MALAM SENANDUNG PUISI BERSAMA NAZREY RAIHAN
-Lirik Nasyid, bait-bait puisi yang puitis dan indah digemakan lagu Nasyid.
-Bersetuju dengan pendapat sedia ada. Kumpulan Raihan merupakan 'MUTIARA YANG BERCAHAYA'. 32 buah negara yang dijelajahi, tanda bukti 'kecemerlangan' RAIHAN.SALUT BAH!
- Rasa bertuah petang &malam itu,kerana dapat bersembang dengan Nazri dan sempat mendengar 'nostalgia' Raymond,Nazri,Rem..he he he!
Salam
Kak Ony |  |
  |  |  | Rem March 17, 2006 03:17 PM PST
Saya ada juga gebang dengan Nazrey. Lama betul. Cakap Dusun lagi. Dan, katanya.. Raihan akan buat tour ke Egypt dan Tanah Arab dalam bulan Mei. Takat ni diorang dah menjelajah 32 negara...
Kalau mau kira, Raihan is actually the most successful Malaysian singers/group - internationally! |  |
  |  |  | Anisah March 16, 2006 05:38 PM PST
Yes Soffian, Raihan is very popular in the UK. As far as I know, French online sites are also selling their albums. |  |
  |  |  | soffian March 16, 2006 03:38 PM PST
raihan ni kira sebuah kumpulan nasyid yg mengutamakan semangat integrasi nasional kerana anggota kumpulannya terdiri dr pelbagai tempat kelahiran, contohnya dari sabah & johor.
walaupun semakin banyak kump2 nasyid baru tumbuh & mati, raihan sebagai penyanyi nasyid komersial pertama negara tatap mantain.populariti diorg kat malaysia agak menurun, tetapi dgr2 citer diorg ni amat popular kat luar negara, dari indonesia, s'pore hinggalah ke uk. betulke? hehe...
***saya pun nsempat bergambar dgn kump raihan ni masa saya tingkatan 2 dulu, ms tu ahli kump nya yg meninggal beberapa tahun lepas pun masih ada. |  |
  |  |  | Anisah March 16, 2006 01:03 AM PST
Does he teach his children the language? It would be real pity if he doesn't. I hope he does. |  |
  |  |  | Rem March 15, 2006 10:06 PM PST
Opppss! Bukan Senandung puisi. tapi senandung malam kalau tak silap. Dia nyanyi lagu. 10 buah. Itu saja. Tiada berpuisi pun. First time tengok dia nyanyi live dari jarak dekat. Sempat chat dan ambil gambar lagi. Itu yang teruja sesangat tu.. :)
And, surprisingly... Bahasa Dusun si Nazrey masih lagi 'tersangat dusunic'. Slang Ranau lagi tu! |  |
  |  |  | Anisah March 14, 2006 09:13 PM PST
Maaf, Majlis Senandung Puisi. |  |
  |  |  | Anisah March 14, 2006 09:13 PM PST
Majlis Senandung Pusis? Apa puisi yang dibaca oleh Nazrey dalam majlis tersebut? Bagi taulah. |  |
|
|