|
Saturday, February 04, 2006
Ulangtahun Bandaraya Kota Kinabalu: yang Tersongsang dan Telanjang
Dari dulu, kini dan entah sampai bila, mentaliti orang kita tetap begitu. Gemar meniru. Suka ikut-ikutan. Kenapa ya? Mungkin kita rasa proses peniruan itu lambang kemajuan. Mungkin kita percaya perbuatan ciplak boleh meningkatkan martabat diri. Atau barangkali juga, kita terlalu palui mahu menghargai sesuatu yang tulen dan jati. Pick your own reason, please.
Sambutan ulangtahun Bandaraya Kota Kinabalu telah berlangsung dengan penuh upacara pada Selasa lepas (2 Februari 2006). Tempatnya di sekitar ruang keliaran Jalan Gaya – lokasi yang boleh diangkat sebagai 'identiti' bandaraya muda ini. PS: to those who are not familiar with KK, 'Gaya Street' (in its own way) is equivalent to 'Petaling Street' of KL. It's traditionally and historically the most significant (and, happening!) landmark of Kota Kinabalu.
Yang sedihnya, pengisian malam sambutan itu terlalu bobrok. Nuansa seninya tersasar jauh daripada aspirasi rakyat majoriti Sabah (amnya), dan penduduk tempatan KK (khususnya). Kalau majlis itu diibarat macam kambing: maka, ia adalah kambing kurap yang telah rakus mengawan dengan anjing bersiplis. Bayangkan saja apa natijahnya nanti. Segmen pembukaan (the overture) tidak menggambarkan langsung jati budaya komuniti bandaraya ini. Seperti sengaja mahu membawa dakyah songsang. Acara yang menyusul juga, tidak kurang kegilaannya. Jelik pada paparan visual fizikal, bida pada sentuhan seni estetik. Obviously, the organiser (who ever they were!) hadn't done enough research on how to portray the image of Kota Kinabalu. Appropriately. Sekadar ikut nafsu sendiri.
|

|

|
|
Mbok genteng dari Seberang! |
Nostalgia emas tamadun Majapahit! |
Tarian pembukaan (yang diangkat sebagai 'overture' majlis) memang menarik. Dengan menggunakan latar lagu 'Asmaradana' (kombinasi muzik romantik dan dramatik) – tarian etnik kreatif tersebut diolah dengan satu koreografi dinamik, dan dipersembahkan dengan penuh bertenaga. Masalahnya, ia sangat tebal dengan unsur-unsur Indon. Ala-ala tarian istana zaman Majapahit dulu. Kenapa perlu ciplak? Bukankah Sabah sendiri amat kaya dengan puluhan variasi tarian etnik tempatan? Barangkali dek kerana KK semakin tepu dengan pendatang Pilak dan Indon; maka budaya setempat dianggap tidak lagi relevan. Baguslah kalau itu pendekatan yang mahu diketengahkan oleh Tuan Mayor. Tahun depan bolehlah buat overture dengan tarian rampai ala-ala 'Salam Mabuhai' pula, sambil diiringi oleh lagu-lagu tagalog. Tentu golongan Pilak dan Indon KK bertambah suka kerana kehadiran dan kewujudan mereka secara haram di bandaraya ini semakin diterima, diiktiraf dan diagung-agungkan!
Selepas tarian 'overture' yang sangat miskin dengan 'warna tempatan' – datanglah pula segmen 'western dance' yang dipersembahkan dengan sangat buruk oleh sekumpulan penari separuh masak. Saya hairan juga. Atas rasional apa tarian-tarian separuh telanjang begitu boleh dijadikan pengisian perdana bagi majlis sambutan ulang-tahun bandaraya tunggal Sabah ini? Ya, kalau sekadar hiburan atas nama suka-suka: siapa yang tidak mahu dengan persembahan-persembahan berahi kelas murahan seperti itu. Bahkan, pakcik-pakcik tua yang sudah bertahun-tahun tidak pernah merasa ghairah pun, pada malam yang panas itu, barangkali saja tiba-tiba merasa seluarnya sendat. Nah, lumayan aduh! (BTW, should we sue the organiser for using and abusing some under-aged kids as sex object?)
|

|

|
|
Pakaian mengalahkan diva, tapi persembahan bida! |
Seperti kayu sebatang menunggu tumbang! |
Persoalannya, apa siginifikan persembahan tersebut dengan gagasan aspirasi KK pada era millenia ini? Relevankah persembahan sepertiga bogel itu dengan imej, reputasi dan norma budaya Kota Kinabalu? Saya bukan katak bawah tempurung. Saya terbuka kepada semua bentuk seni sama ada tradisional, mahupun kontemporari. Tapi persembahan malam itu gagal mutlak membujuk deria artistik saya untuk memberi restu. Masalah utama saya bukanlah sangat kerana perca-perca kain yang hampir-hampir gagal menutup puting susu yang terbonjol-bonjol itu. Bukan juga kerana koyakan-koyakan kain nipis yang sekejap-sekejap terbang ditiup angin culas bandaraya – hingga terdedah peha-peha bunting beruk. I don't really have problem with all these. I don't judge others on morality basis. Kalau para penari itu mahu bogel totok dan berguling-guling di segenap ceruk Bandaraya Kota Kinabalu pun – why do I care? Sama ada itu perbuatan bermoral atau tidak, siapalah saya untuk mahu mengadilinya? Ya, saya sedar dan insaf bahawa persoalan moral dan etika itu hanya layak dihakimi oleh Dia Yang Maha Esa.
So, what was my problem there? OK, my real issue was the performance itself. Persembahan itu terlalu miskin dengan nilai-nilai estetik. I would like to put it this way – if you dare enough to ignore our own traditional dances and opt for something more provoking – then, why don't you put some solid effort to make it artistically presentable? Alang-alang sudah terkinja-kinja berani naik atas pentas (disaksikan ratusan orang dari dalam dan luar negara!) dengan pakaian separa telanjang begitu: it's your obligation to justify it (by presenting a great performance). Convince the audience that the compromise is worth it. Tanggungjawab inilah yang gagal digalas oleh para wannabes itu!
Pasangan pertama, lelakinya gemuk. Pakai pula baju ketat. Lebihan lemak ketara terbonjol sana-sini. Hishh, memang tak sedar diri. I'm not a "fatist". Saya bukan menghina dia kerana dia gemuk. Being fat is not a sin. I know it. Tapi saya jengkel kerana dia menghukum deria visual saya (seorang penduduk KK yang bersusah-payah datang memeriahkan majlis pada malam tersebut) dengan satu pemandangan yang sungguh jelik dan bida. Apa dosa saya (dan orang-orang lain) yang datang ke Jalan Gaya pada malam semalam hingga kami diseksa dengan imej dan persembahan maha buruk begitu?
Menari pun macam kayu. Jerk sana, jerk sini. Menggeliuk macam giuk kepanasan. Tidak smooth langsung. Tiada nilai 'natural' dan 'elegan' (sesuatu yang amat dituntut oleh tarian-tarian sofistikated Barat). Pasangan yang yang kedua pun dua kali lima. Barangkali pekak badak. Menari macam budak nakal hyper-active, tapi gerakan langsung tidak sedondon dengan alunan muzik. Lari tempo. Bertaburan segala – macam taik kelawar yang berhamburan di lantai gua. Bukan lagi sumbang, tapi super sumbang. Sudahlah begitu, tarian itu pula dipersembahkan oleh satu pasangan saja. Jelik dan membosankan kerana pasangan penari amatur itu gagal menguasai ruang pentas dengan bagus.
Simple explanation: they didn't have enough 'grace' and 'skills' to carry the dances (but these wannabes thought they did!). Sama ada tak cukup latihan, tak tekun berlatih atau dah memang bebal semulajadi. Why didn't they go for the safe option? Buatlah tarian kita sendiri. Ada puluhan item untuk dipilih – tarian Kipas Cina, Sumazau, Bangrha India, Daling-Daling, Mogunatip, Mongiluk, etc. Semua tarian etnik ini pun boleh juga dikreatifkan dengan koreografi kontemporari – kalau kemaruk sangat mahukan sesuatu yang dinamik dan 'moden'. Mau buat tarian Barat boleh. But make sure it is appropriately done. Jangan jadi macam malam itu. Tarian-tarian komuniti elit di Barat yang sepatutnya ditampilkan dengan penuh sofistikated dan elegan – telah bertukar menjadi tarian-tarian lucah kelas murahan. Tidak ubah seperti persembahan strip-dance di kabaret-kabaret porno tepi jalan!
Aduhai, apa mau jadi orang kita?
Baca tulisan saya di sini (tersiar dalam laman KEMSAS) bersabit isu yang serupa– but with a more brutal approach!
Posted at 11:37 am by Rem
 |  |  | tanakwagudusun April 20, 2009 09:48 PM PDT
to irene, bukan pasal dedah badan sini sana tapi pasal etnik dan budaya tu dimana untuk event macam ni. tarian langsung "out" overall kan persembahannya sangat memuakkan kerna tidak ada nilai budaya orang sabah. yang diagung2kan adalah budaya orang lain. ko reti ke mendefinisikan budaya orang sabah. dun talk about sabah mundur kalau ko sendiri belum mendalami ap nilai kebudayaan orang sabah. bukan tak mau tengok dari sudut positif tapi apakah message yang mau disampaikan melalui event ni. kalau untuk tujuan pesta tarian,boleh diterima tapi kalau untuk ulangtahun, why not empesiazkan nilai dan budaya orang sabahan, baru orang luar pun boleh nampak what is sabah even kawasan bandaraya. so u think bout that...k |  |
  |  |  | irene32 January 24, 2009 02:35 PM PST
Kadang2 bukan dari tarian yang separuh bogel tu menjadi penyebab keruntuhan iman seseorang. Itu tiada kaitan.. melainkan dari hari seseorang manusia itu.. kalau dah nipis imannya memang nampak macam menjatuhkan iman tapi kalu seseorang itu punya iman yang kuat tidak akan tarian itu jadi penyebab runtuhnya iman. Cuba kamu tengok dari sudut bakat seseorang itu.. bukan senang nak menari macm tu. Cubalah buka mata sikit.. patutlah sabah ni mundur macam otak orang dan penduduknya jugak.. dedah sini dah heboh satu malaysia. kalau dah banyak songeh tu.. p lah kat kl yang dedah sini sana.. bukan nak agungkan negara barat tetapi kelas tarian macam ni dah menjadi satu aktiviti sosial kemasyarakatan.. mereka sibuk menari taklah banyak yamg menagih dan berjudi serta gejala yang lain..
Jangan kerana nila susu sebelanga jadi merasa masam.. tengoklah dari sudut positif.. |  |
  |  |  | irene32 January 24, 2009 02:32 PM PST
Kadang2 bukan dari tarian yang separuh bogel tu menjadi penyebab keruntuhan iman seseorang. Itu tiada kaitan.. melainkan dari hari seseorang manusia itu.. kalau dah nipis imannya memang nampak macam menjatuhkan iman tapi kalu seseorang itu punya iman yang kuat tidak akan tarian itu jadi penyebab runtuhnya iman. Cuba kamu tengok dari sudut bakat seseorang itu.. bukan senang nak menari macm tu. Cubalah buka mata sikit.. patutlah sabah ni mundur macam otak orang dan penduduknya jugak.. dedah sini dah heboh satu malaysia. kalau dah banyak songeh tu.. p lah kat kl yang dedah sini sana.. bukan nak agungkan negara barat tetapi kelas tarian macam ni dah menjadi satu aktiviti sosial kemasyarakatan.. mereka sibuk menari taklah banyak yamg menagih dan berjudi serta gejala yang lain..
Jangan kerana nila susu sebelanga jadi merasa masam.. tengoklah dari sudut positif.. |  |
  |  |  | SARUNGX November 13, 2008 04:02 PM PST
HELLLO DBKK TU EGO TIDAK MO DINGAR PENDAPAT URANG SENDIRI.GAYA BUKAN MAIN TEMBIRANG LAGI MENGALAHKAN POLIS KUNU BA..ASTAGAA..padahal balik kampung makan BOSOU juga. |  |
  |  |  | gansau January 6, 2008 02:13 AM PST
paling saya tidak lupa sampai skrang,hal d kk..time tu aku dugut oleh pilak untk membeli jam tanganya,tamba lagi aku d paksa untk berbuat demikian supaya dia dapat duit,lagi dia menumbuk saya..orang sabah pun ramai yg tengo sya time tu,tpi diaorang semua tk peduli saya..aku pucat ketakutan.hanya jesus sja yang tahu perasaanku ketika itu.ku tengo orang tu iras iras orang indonesia.ba pilak la katakan mesti kerja dia tu merompak,menyamun dan mencuri.tida pa la...smoga dia diampuni oleh tuhanya.yang penting skrang ku mesti berhati hati,klo orang yang sama juga suda syok menyamun sama saya.ku trpaksa kasih apa yang dia mau secara lembut dan percuma.lepas tu ku pinta mreka pulang,plse la... |  |
  |  |  | mylancer.blogspot.com March 6, 2006 09:45 PM PST
Sayang bandar KK,tapi keadaannya begitu lah dpd dulu.Orang2 kita pun kurang wawasan enda dapat meneraju dgn betul. |  |
  |  |  | Rem February 15, 2006 05:09 PM PST
Oooo student UTM rupanya. :) Bah, selamat belajar kio! Si Roy tu insaf sudah bah dia. Indak lagi mansau-ansau macam dulu.. |  |
  |  |  | puyut February 15, 2006 04:05 PM PST
gaman, di jb sudah sa ni. nda lama di ranau, 2 minggu jak. tu pun pi buat tesis, haha! teda kesempatan jumpa si roy. macam teda di ranau jak tu budak...biasanya, nampak juga dia lepak2 di kedai, ehe... |  |
  |  |  | Rem February 14, 2006 08:14 AM PST
Ahsuez, biasa la tu! Bergelek sampai nampak macam ayam golek. Terliur-liur pakcik-pakcik tua melihat daging-daging muda yang gebu dan menyelerakan itu.. :)
Puyut, tu la.. nasib baik kau bah. :) Maish di Ranau ka? Sudah jumpa si Roy? |  |
  |  |  | puyut February 13, 2006 05:41 PM PST
duina, begini ka durang buat hari bandaraya? pity you all for being there...really. tingu gambar pun sa sudah sakit mata, adeh! |  |
  |  |  | ahsuez February 13, 2006 02:21 PM PST
wah. siti bergelek di London, yang lain juga teringin bergelek di sini!
*saya dah menonton gelekan siti tu. 10 minit menonton, not only me, my mother pun dah suruh tukar channel! |  |
  |  |  | Rem February 7, 2006 06:41 PM PST
Rungus, nah.. mujur juga iman kau tidak terbarai di sana! :) Memang teruk bah, kan?
Pian, sudah dapat tengok gambar yang seksi dan seksa itu? Jangan pula lepas ni bulu mata berguguran... |  |
  |  |  | soffian February 6, 2006 10:38 PM PST
dapat sudah saya tgk gbrnya arini. byk kali saya refresh kelmarin, x dpt juga. apanya streamyx lah ni? la, yg sendat2 tu mcm penari kanak2 ajl semalam aje en. abg dia kot tu? hehe.. |  |
  |  |  | Rungus Boy February 6, 2006 12:52 PM PST
Gaman,
I was there as well dan 'inda henti-henti' vomitting menonton persembahan yang serba serabut dan memualkan.
Why don't you send this entry to Daily Express punya ruangan pembaca? Biar 'diurang' rasa sikit. |  |
  |  |  | Rem February 6, 2006 10:02 AM PST
Pian, boleh tengok bah gambar tu. REFRESH browser berkali-kali, sampai gambar tu kuar. Internet Malaysia memang lembab tahap ciput kan. So, kekadang gambar tak dapat upload pada akses kali pertama. Try to refresh your browser. |  |
  |  |  | soffian February 5, 2006 11:43 AM PST
la en, gbrnnya ndakj dpt tgklah, mcmn ya? hehe... xpelah en, lain kali en rakam then masukkan video klip tu dlm blog ni, jd kami xdelah tlepas menyaksikan kebobrokan persembahan tu. |  |
  |  |  | Rem February 4, 2006 10:13 PM PST
Alb, were you there that nite? Bida kan! :)
Pian and Anisah, kamurang patut ada sana malam tu. Baru sesak nafas! Honestly, I don't have problem with the 'sexiness'. Siapa tidak suka? :) But the dances were very the very ugly - and that was the fatal mistake. Kebobrokan itu menjadikan tarian itu sangat lucah dan melucahkan..
Kalau para penari tu memang sangat professional and carried all the 'steps' smoothly and elegantly - may be it would have been more appropriate and convincing... |  |
  |  |  | Anisah February 4, 2006 08:49 PM PST
Satu lagi budaya kita yang mencacatkan pembangunan, mengamuk bila dikritik, mengawan (oops, mengembang) bila dipuji. Kritikan dielak, pujian diminta. |  |
  |  |  | soffian February 4, 2006 08:48 PM PST
hmm.. menarikla komen ni en, membuatkan ingatan saya terbuai kembali ke sabah yg dah hampir setahun saya tinggalkan. rasa rindu pd tanah bawah bayu tu acapkali memberontak utk mbawa saya terbang kembali ke sana. hehe.. mb ni yg dinamakan 'north borneo syndrome'.yelah, org2nya yg peramah, living cost yg sederhana, sumandak yg manis, mknn & budaya yg pelbagai etc.. tp ni llah namanya malaysia en, bkn saje terjadi di sabah saya rasa, malahan 'barah persundalan budaya' ini dah merebak ke seluruh pelusuk negara samada bandar atau kg2, so tak heranlah kalo bdry kk pun tkena tempiasnya. pd pdpt saya uran g kita ni lebih bangga jika dapat mempersembahkan budaya luar sbb lebih glamour & standard international berbanding budaya sendiri yg tampak murah, kuno etc.. ironinya, 'dasar pandang ke timur' kita sudah berkecamuk menjadi dasar pandang ke semua arah mata angin. kalo diorang penari2 budaya sabah menari mcmtu, saya tak heranlah en, mb diorang tiada pengkhususan dlm bidang tu, yelah menari sekadar utk mencari rezeki. tp bebdk 'sps' pun dah 2 x 5 gak en, selalu dah dlm psembahan2 dorg menggunakan budaya luar, cthnya pada malam anugerah hep thn 2004 di magellan, siorg bt psembahan ala2 tarian 'kabaret', bkn student en, lecturer lg tu. so, salah saper? saya rasa penari2 tu x salahlah, tp kareografer dia yg perlu disalahkan sbb dianya yg buta seni, almaklumlah kalo cikgu kencing berdiri anak murid kencing berlarilah kan? hehehe.... |  |
  |  |  | Alb February 4, 2006 04:52 PM PST
'BUDAYA MENUNJUKKAN BANGSA'
Budaya Local?
Budaya Pilak dan Indon?
Budaya Orang KK?
Budaya Orang Sabah?
Budaya Orang Malaysia?
or... Budaya kambing kurap (first time dengar ni) yang telah rakus mengawan dengan anjing bersiplis.
Semoga 'post-mortem' yang akan dibuat oleh DBKK dalam hal ini akan meng-IMPROVE Hari Bandaraya next year... Learn From mistake... Make Mistake is good bcoz we learn from it. BUT, do the same mistake repeatedly definitely STUPID, Bongok... whatever... |  |
|
|