
Ketika embun dinihari, sudah gugur satu-satu. Mata masih tak mahu lena. Aku terpanggil untuk datang lagi – ke Kampung Air. Ya, buat kesekian kali.
Seperti dulu-dulu, kutemui dia yang peramah. Sang kupu-kupu malam (maksudku, secara metaforik). Bercerita tentang hijrahnya (ya, dari desa ke kota). Berkisah tentang nostalgia masa lalu. Bercerita tentang kota yang penuh janji. Berkisah tentang pencarian mimpi kudus. Kadang-kadang aku terfikir. Semua manusia, mencari mimpi yang serupa. Tapi, kenapa agaknya. Manusia masih tertidur dan terbangun. Di atas ranjang yang berbeza-beza?
Tiba-tiba azan subuh berkumandang. Dia pun melangkah pergi. Barangkali masih tercari-cari. Gamitan mimpi yang dulu-dulu. Yang terang dengan seribu warna. Kerlipan neon kota terus menyala. Ya, KK tidak pernah tidur. Tidak juga pernah mengerti dan simpati. Bila seorang gadis pingitan seperti dia. Hilang sebuah mimpi suci. Di dada kota yang bergelora.
Saat kereta protonku mahu meluncur keluar. Meninggalkan malam liar di Kampung Air. Seekor kupu-kupu (ya, maksudku serangga itu) jatuh di cermin hadapan. Sayapnya patah. Jatuh berpusar ditolak angin pagi. Kemudian, hilang terbang entah ke mana.
Wahai Datuk Bandar – sebelum ghairah menancap lampu neon di segenap penjuru kota, mohon kiranya kupu-kupu malang itu – diberikan dulu sepasang sayap baru. Itupun, kalau bolehlah (atau, kalau mahu?).
PS: Kampung Air adalah segmen khusus di Bandaraya Kota Kinabalu yang sangat sinonim dengan 'Red-Light Zone'.
Posted at 4:05 am by
Rem
 |  |  |
daeng kambot chik November 20, 2007 04:58 PM PST
kampung bumi tak perna kering,
sebab tue kupu-kupu suka hinggap dan mennular |
 |

 |  |  |
The`Writer January 3, 2006 12:27 AM PST
Segala macam jenis kupu-kupu ada disitu, kupu-kupu jadian pun ada.... |
 |

 |  |  |
Kawan lama, B. B. Bangi December 30, 2005 05:29 PM PST
Itu menjamu mata namanya, he he he. Dah siap correction? Tengok benda2 tak patut nanti susah nak dapat hidayah baiki tesis tau.... |
 |

 |  |  |
Rem December 30, 2005 11:33 AM PST
Kawan Lama, pergi situ pasal research juga la! :) Taburan dan pola pandang-darat budaya (seks!). :) |
 |

 |  |  |
Kawan lama, B. B. Bangi December 30, 2005 09:32 AM PST
Kalau Pak Adi dulu gi situ pasal urusan research, you gi situ buat apa??? |
 |

 |  |  |
Kawan lama, B. B. Bangi December 30, 2005 09:30 AM PST
Kalau Pak Adi dulu gi situ pasal urusan research, you gi situ buat apa??? |
 |

 |  |  |
Rem December 27, 2005 04:08 PM PST
Alb, ya.. memang lebih selamat (dari segi fizikal) berjalan di kawasan 'Red Light Zone' sebab ramai orang. :) Tapi kalau iman tidak kuat, nah.. tidak selamat kita yo! :)
Apparently, Kampung Air is one of KK famous tourist attractions. Kalau tanya sama pelancong asing, rata-rata diorang tau di mana Kg. Air itu.. dan apa yang 'ada' di dalamnya. Barangkali itu sebabnya.. Kampung Air masih dibiarkan menyimpan 'cerita yang sama', walaupun KK sudah lama diangkat jadi 'bandaraya'.
Alb, apa macam? Mau kita pigi minum di Kampung Air one of these days? Sama-sama menyubuk kupu-kupu malam yang liar.. :) |
 |

 |  |  |
Alb December 27, 2005 02:34 PM PST
Aku rasa lebih selamat berjalan di red-light zone berbanding dark-light area.. ta'tau kenapa.. eheks²... |
 |

 |  |  |
Rem December 27, 2005 08:14 AM PST
Dang Ayang, kupu-kupu Kampung Air cuma keluar selepas tengah malam. Kalau 'malam masih muda' - Kampung Air tu cuma macam tempat-tempat biasa di KK. :)
PinkJambu, TQ. Kirim salam kembali kepada Ira. Dia di KL atau di Norwich? Hmmm.. |
 |

 |  |  |
dang ayang December 26, 2005 06:42 PM PST
sepertinya tiada lampu merah di kampung air itu, tak tahu rupanya tempat sang kupu-kupu mewarnai malam |
 |

 |  |  |
pinkJambu December 26, 2005 04:49 PM PST
Rem
saya menyampaikan salam daripada IRA :P |
 |