|
Wednesday, December 21, 2005
"Tinggal di atas pokok": realiti vs mentaliti?

Sudah lebih 20 hari berada di tanahair – Sabah, Negeri di bawah Bayu. Banyak juga yang berlaku dalam tempoh sesingkat ini. Kerana letih mental belum pulih sepenuhnya (empat tahun bergelumang dengan dunia empirik!) – saya lampiaskan ghairah-berahi pada dunia santai dengan menghadiri pelbagai acara sastera/seni/budaya di sekitar KK. Macam-macam ada. Selain datang menempel dalam acara-acara anjuran IPS (Ikatan Penulis Sabah) dan BAHASA; saya juga sempat tengok Festival Teater Sabah 2005.
Yang saya nampak, orang kita masih terlalu jahil dalam soal-soal menghormati majlis. Ya, saya puji amat-amat kesantaian orang Sabah bila bersekongkol dengan acara-acara rasmi/formal. Sangat spontan dan kasual sifatnya – seperti ala-ala orang British. Tapi kadangkala, santai mereka melampau-lampau. Dalam majlis-majlis yang saya hadiri itu (kebanyakannya agak formal; atau paling tidak, bersifat semi-formal) – ramai hadirin yang ambil sikap "buat macam rumah sendiri". Yes, literally!
Dalam festival teater (misalnya), ramai pula ibubapa yang membawa anak-anak kecil (di bawah umur 7 tahun). Jadi ada banyak gangguan 'sound effect' yang bukan-bukan. Melalak meraung, berlarian dan terlompat sana-sini. Terasa pula seperti mengunjungi zoo negara – melihat anak-anak beruk terlepas kandang. Kenapa budak-budak kecil harus didera menghadiri program-program dewasa seperti ini? Sampai jauh malam pula. I don't understand what are the problems of these irresponsible parents. They might be (naturally) suffering from some sort of 'Intelligence Insufficiency Syndrome'. Kalau tak mampu upah pengasuh untuk jaga anak-anak kecil, jangan simpan kegatalan yang maha miang untuk menghadiri program-program umum begini. Nanti sia-sia saja dapat dosa kering sebab orang sekeliling menyumpah seranah tidak habis-habis (akibat geram dengan gangguan-gangguan tadi).
Yang paling saya benci, deringan-deringan telefon bimbit. Sungguh pelik, kenapa agaknya manusia kurang tamadun ini beriya-iya mahu menghadiri program sedemikian – tapi tidak pula sanggup memberi fokus dan tumpuan 100%? Ikutkan hati, mau saja saya hempuk-hempuk dengan tumit kasut manusia-manusia gila telefon ini. Tersangat menganggu. Barangkali mereka semua itu, sama ada gigolo atau pun 'high class call girl' – yang telefon bimbitnya harus berfungsi 24 jam. Tidak boleh dimatikan langsung sebab takut kehilangan pelanggan!
It's sad when all these 'supposedly cultural' events – are dominated by uncultured people. And, it's even sadder – because nobody seems bothered to reverse the trend. Yang pihak penganjur pun dua kali lima. Tidak serius langsung menangani hal-hal begini. Mula-mula jadi tabiat. Daripada tabiat, lama-lama jadi satu budaya. Ya, realitinya kita bukan lagi tinggal di atas pokok. Tapi, mentaliti masih seperti makhluk yang baru turun dari pokok. Well, once a Sabahan, always a Sabahan – if I may, cynically, put it that way…
* * *
Beberapa catatan:
Bicara Karya (anjuran BAHASA): tersasar dan tidak efektif! Festival Teater Sabah 2005: Sampang Mengayau Festival Teater Sabah 2005: Kerusi Festival Teater Sabah 2005: Benda Sulit & Menanti Puteri Hijau
Posted at 10:25 am by Rem
 |  |  | org sabah October 19, 2009 06:24 AM PDT
bawa anak pi majlis dikata maha miang. kau tidak ada anak sebab maha mandul sbb tu ko tdk faham apa kesulitan diorg terpaksa bawa anak pi majlis formal. ada bomoh d sabah bolh ubat kemandulan. mau ka penulis mandul? |  |
  |  |  | org sabah October 19, 2009 06:21 AM PDT
aku cabar kamu semua cari orang sabah yang masi tinggal atas pokok.. |  |
  |  |  | org sabah October 19, 2009 06:19 AM PDT
sarungx, bkn kau ni selalu dijeling di ofis ka sebab balik2 bunyi fon? jd kau ni kategori minta puji tahap dewa la kan? |  |
  |  |  | org sabah October 19, 2009 06:14 AM PDT
hal yang remeh temeh mcm ni pun dikatakan x bertamadun,.mcm la di semenanjung x terjadi mcm ni..yg sebetulnya, penulis ni lupa diri sebab baru balik dari luar negara dan anggap diri dia sangat bertamadun, ingat la, dari luar negara pun, sedar diri tu pendek, hidung tak mancung,..sedar la diri sikit, bukan mau mengutuk. yang sedihnya, ntah mahluk menggelar diri nya kutut amatlah mahluk yang bodoh tahap dewa. matawang Sabah pun xtau. kompom gagal masa sekolah. belajar sejarah balik ya kutut, buka mata, keluar dari rambut, jgn jd kutu, kutu rayau n segala2 kutu...yang rem ni ngam jadi rim basikal. terlampau ikut budaya penjajah, segala protokol, progorol, dan perogol dia mau ikut. org jepun minum sup angkat mangkuk di mulut, tp diterima d seluruh dunia, sebab diorang ada identiti tersendiri. bukan mau ikut protokol british. bodo apa sampai guna perumpaan mcm masuk zoo, manusia akhir zaman mmg tidak dpt bza kan manusia dgn beruk.cuba anak kamu d kata kan monyet? oh ya, muka kamu mcm monyet juga semua, jadi kamu ni keturunan monyet jg la? ibu kamu monyet ahaks..taksub dgn tamadun kamu sampai charles darwin mengaku diri nya daripada monyet. tamadun ka itu? |  |
  |  |  | SARUNGX November 13, 2008 08:42 PM PST
ala takan tak tau dorang tu kebaruan telepon bai tu...saja mo minta puji kasi dingar2.. |  |
  |  |  | PERANTAU December 16, 2007 01:57 PM PST
YUP...BAGUS BAGUS..AKU SABAHAN,JUGA.AKU NAK KOREK SIKIT TENTANG TAMADUN ITU DAN SIKAP SIKAP ORANG SABAHAN.SEBENARANYA BENAR APA YG DIKATAKAN TADI KLO D TEGUR MESTI MARAH PUNYA.TAPI TAK SEMUA MCM TU,LAGI KLO SEMUA MENERIMA TEGURAN THEN IKUT SJA TELUNJUK ORAN TK BAIK JUGA,MENYUSAKAN..HARUS KREATIF BRO,SAMA SAMA SUSAH SAMA SAMA SENANG,KITA BELAJAR SAMA,JADIKAN TEGURAN ITU MCM AIR TAPI PANTANG JGAN D KONGSI KE ORANG LAIN.TAK USAH LOPOR SINI,LAPOR SANA. . SENTU PASAL KEMAJUAN SAMA SJA,GARA GARA PUN SAMA..TIDAK KELIHATAN KEMAJUAN DAN KEMUNDURAN.THAT SEMUA STUDY.THANKS BRO |  |
  |  |  | Rem December 29, 2005 04:03 PM PST
Kutut itulah pasal. Integrasi nasional ala Malaysia belum tercapai sepenuhnya. Sabahans/Sarawakians know so much about Semenanjung, but people from West Malaysia know so little about Borneo - as if Sabah and Sarawak are not part of Malaysia! Sometimes this thing can be sooooooooooo annoying....
|  |
  |  |  | kutut December 28, 2005 03:21 PM PST
Sesungguhnya... diatas pokok atau di bawah nda jadi hal, tetapi pikiran tu seakan ambok jua. Sedih juga bila dengar cerita ada lagi rakyat malaysia yang tak tinggal atas atau pun bawah pokok tarap, yang nda tahu tarap tu apa, boleh bertanya kan lagi soalan tahap ambok " Kat Sabah dan Sarawak pakai Matawang apa yer?""" Ambok banar jua ehhh |  |
  |  |  | Rem December 25, 2005 04:18 AM PST
Zam, kerja tertangguh masih terus tertangguh. Balik Malaysia ni, terus lupa diri la. Meriah sangat! :)
Nanti jumpa kat sana Spring nanti. Ada nombor telefon baru la. Will email you later. |  |
  |  |  | Hizamri Yasin December 25, 2005 02:28 AM PST
Rem, ni kerja kau ye balik dari Norwich. Jangan lupa kerja yang tertangguh tu. Saya di sini menunggu anda mengunjungi semula.
Anyway, siapa biasa pergi menonton teater semasa saya di KL dulu. Di tiket yang dibeli lagi sudah dipaparkan kod etika berteater seperti berbaju kemas, datang atleast 10 minutes sebelum mula, off hp dan tidak membawa kanak-kanak dsbnya. Nampaknya Rem kena komplain pada penganjur. |  |
  |  |  | Alb December 23, 2005 08:44 PM PST
begitu lah urang Sabah ni... unik dan kadang² menyusahkan, eheks²... camana pun dalam hal-hal yg lain... semuanya, averagely OK... |  |
  |  |  | Yasmin December 23, 2005 02:01 AM PST
Rem, Pian,
Pelajar di sini yang membawa handphone ke dalam dewan exam, samaada on atau off, atau dikira sebagai menipu, dan kertas itu tidak akan diambil kira. Maksudnya gagallah untuk kursus itu. Macam mana penjaga periksa boleh tahu ada handphone? Sebab mereka akan dibekalkan dengan alat pengesan! Macam mana pula saya tahu? Ala... dah beberapa kali jadi ketua pemeriksa. :) |  |
  |  |  | kLavu December 22, 2005 09:01 PM PST
:D:D:D |  |
  |  |  | Rem December 21, 2005 08:26 PM PST
Pian, student pun memang azab juga. Bukan saja bawa dan 'on' hp dalam kelas. Kekadang dalam exam pun ada juga yang gatal on-kan hp. But yes, on the point yang 'Sabahan ni friendly' memang betul. Sebab tu kalau di semenanjung, orang Sabah memang senang dapat kawan!
Kawan Lama, agree with you. Bab-bab cam gini, memang orang Sarawak lebih bertamadun sikit. :)
Haris, itulah pasal. Dalam aspek-aspek ketamadunan dan protokol - we still lag far behind most people. Tapi orang Sabah sensitif pula. Pantang ditegur, memang cepat mengamuk. Tambah-tambah kalau 'orang luar' yang tegur. Hmmm, susah juga... |  |
  |  |  | Haris December 21, 2005 03:58 PM PST
Yesss.. im totally agree with you rem..bukan sebab nak pandang rendah pada orang sabah, tapi sadly sikap kita sendiri yang kadang kala menyebabkan kita dipandang rendah oleh orang lain.
Tu belum masuk bab makan-makan,.. mana -mana majlis yg ada jamuan makan, for sure there will be no protocol. |  |
  |  |  | Kawan lama, B. B. Bangi December 21, 2005 02:17 PM PST
That's why bila saya berada di Kuching nampak perbezaan yg sangat besar antara sarawakian & Sabahan terutama dari segi protokol majlis. Cara berfikir org2 kat sini pun lain, that's why Sarawak lebih maju. Jangan amik hati ye..... |  |
  |  |  | soffian December 21, 2005 10:58 AM PST
kalo en nak tgk show yg mmg audiencenya menghormati org lain, patutnya en pi inkuiri awam aritu.sume tel bimbit terutamanya berkamera tidak dibenarkan di bawa masuk ke dlm. ala en, bdk2 u pun xfhm2, kalo msk kelas pun dorg on hp lgkan oorg awam.kan?mb hp dorg jenis lamalah, xde 'gegar-gegar' tu, so kenalah buka tonenya agar sedap didengar.hehehe.... tp, sabahan friendly lah en. not like here. |  |
|
|