|
Wednesday, October 26, 2005
(Mari belajar adat resam Kadazandusun)

Bunyi fonetik: mod'-tu'-dau
Motudau adalah salah satu amalan tradisi rumpun Kadazandusun. Tidak kira sama ada yang beragama Islam, Kristian mahupun pagan. Tradisi ini sinonim dengan ritual 'berkabung'. Dalam kelaziman komuniti Kadazandusun, bila berlaku kematian, keluarga si mati akan berkabung dengan cara 'tidak tidur' selama tujuh malam.
Istilah motudau itu datang dari katadasar 'tudau' (secara literal bermaksud 'awal siang'). Konsep asas motudau dikaitkan dengan proses 'menjadikan malam sebagai siang'. Atau dalam pengertian yang lebih mudah, 'berjaga malam'.
Apa rasional ritual motudau? Selalunya waktu malam dikaitkan dengan suasana suram-bungkam dan rasa sunyi-sepi. Jadi, motudau diadakan untuk meringankan kesedihan keluarga si mati. Sesi motudau biasanya diisi dengan aktiviti yang bersifat keagamaan (misalnya, bacaan Quran, doa, zikir dan tahlil bagi yang beragama Islam). Tapi, kadangkala ia juga boleh tersasar kepada acara-acara lain yang kurang relevan – bermain terup, video games atau gebang-gebang kosong. Biasalah tu, kan.
Sejak kecil lagi, (sebagai anak Dusun tipikal) saya memang diajar menghormati ritual ini. Bila ada jiran sekampung yang kematian ahli keluarga, saya selalunya disuruh (oleh orang tua) sertai ritual motudau (di rumah keluarga yang berkenaan). Kalau bukan selama tujuh malam pun, paling kurang satu malam. Orang-orang sekampung juga (terutama jiran-jiran terdekat) akan datang bergilir-gilir untuk menjayakan sesi motudau selama tujuh malam.
Adakah ini satu amalan bidaah dan khurafat? Bergantung kepada niat. Jika kita tunaikan amalan ini semata-mata untuk memenuhi objektif asas – iaitu, berkongsi kesedihan dengan keluarga si mati, rasanya tidak salah. Anggap saja ia sebagai sesi ziarah. Bahkan, tradisi ini boleh juga menjadi kunci pengikat kepada interaksi jiran tetangga yang lebih erat dan mesra. Tapi kalau kita anggap motudau sebagai satu tuntutan agama yang wajib ditunaikan, maka, barangkali ini sudah boleh disabitkan dengan amalan khurafat.
Masa ibu dan bapa saudara saya meninggal dulu, memang ada ritual motudau di rumah keluarga kami. Saya sekali pun tidak ikut serta. Tak larat jaga malam beb! Tak mau nanti siang besok, muka poyo macam ibu penyu baru lepas keguguran. I have nothing against motudau – but, I don't want to do it just for the sake of doing it. If we think the ritual is right for us (untuk kurangkan rasa sedih) – then go ahead. Tak salah. But, don't feel obliged to do it (as if it is a must-do-thing) – otherwise it could lead us into bidaah.
Posted at 10:09 pm by Rem
 |  |  | wogok July 14, 2007 11:27 PM PDT
'Motudau" maknanya yang paling tepat adalah tidak tidur hingga pagi. |  |
  |  |  | joe byne April 16, 2007 12:22 PM PDT
Motudou (Modtudow/Momodtudow dalam bahasa Rungus) adalah bertujuan menghiburkan ahli keluarga si mati. Secara asasnya ia dilakukan dgn menceritakan pelbagai cerita (tangonyg bermakna tangon = cerita berbentuk moral, pengajaran, penghiburan dan sokongan motivasi).
Jadi ini memang tradisi yg harus di teruskan dan ia merupakan lambang yg di warisi kita sejak TAMADUN NUNUK RAGANG lagi.. |  |
  |  |  | Rem November 1, 2005 08:32 AM PST
Min,
rdambul@yahoo.co.uk
Salam Lebaran. Semoga Aidilfitri tahun ini lebih membahagiakan. |  |
  |  |  | Min, Bandar Baru Bangi October 31, 2005 12:13 AM PST
Dah lupa apa yr yahoo e-mail. nanti boleh bagi semula tak?. Semoga bergembira di hari raya. maaf zahir dan batin dari saya. Insyaallah, saya beraya di Kuching, tak balik kg sebab saya pun macam you jugak dah tak de parents. Lagipun plan nak balik KB raya Haji nanti. |  |
  |  |  | Rem October 27, 2005 12:52 PM PDT
Min, TQ. Salam Aidilfitri dari sini untuk di sana juga. :)
Kad raya virtual? Tak ada pula. Cuba guna email yahoo. Kalau email rasmi universiti, kadang-kadang ada filter (menyaring email-email spam yang bertubi-tubi datang). Kekadang, email betul pun tersaring... |  |
  |  |  | Min, Bandar Baru Bangi October 27, 2005 04:17 AM PDT
I wish you selamat Hari Raya. Kuatkan iman, hari raya merupakan hari kemenangan besar utk kita, banyakkan doa for your VIVA. Actually I've sent a condolence card to you via yr e-mail tapi tak sampai kut atau dah tak kenal saya lagi dah. Maaf zahir dan batin. |  |
  |  |  | Rem October 26, 2005 04:36 PM PDT
Klavu, pakai baju cam dalam gambar? :) Traditionally, yes. Tapi sekarang mana orang mau pakai baju-baju cam tu. Mahal mau buat. I can't even afford to have one!
Ninisalleh, terima kasih. Min, saya kalau pasal lain, tahan tak tidur. Tapi bab-bab motudau ni.. hmm... akun kalah. :) |  |
  |  |  | Min, Bandar Baru Bangi October 26, 2005 07:28 AM PDT
tahlil la tu. tapi kalau rajin & tahan mata, jgn tido. |  |
  |  |  | ninisalleh October 26, 2005 03:12 AM PDT
Takziah buat cikgu sekeluarga.. |  |
  |  |  | kLavu October 26, 2005 01:43 AM PDT
interesting info, so klo u all berkabung kena pakai baju mcm dlm gambar tu ke? |  |
|
|