|
Thursday, September 22, 2005
Minggu sudah saya terima kiriman novel Jian (karya penulis sunti, Muhammad Fadli Al-Akiti, terbitan DBP). Dari siapa? (Dengan bangga mengumumkan)… dari penulisnya sendiri, yang kebetulan jadi rakan blogger. Saya suka baca ulasan filem yang dibuat oleh Fadz @ Muhammad Fadli Al-Akiti, kerana gaya pendekatan agak marhain tanpa abaikan aspek-aspek asas kritikan filem yang intelek (sila klik Fadz Tonton Filem).
Balik pada kiriman novel Jian. Yang kelakar tu, siap ada nota apologi lagi: “Rem, maaf kalau tatabahasa tak elok, DBP sunting. Enjoy!” Ini membikin saya termenung kejap. Bukan pasal novel Jian, tapi pada attitude orang kita. Kenapa agaknya kita ‘orang Malaysia’ suka benar bersikap apologetik hanya kerana prasangka andaian? Adakah kerana kita diasuh sejak kecil yang sifat rendah diri itu satu amalan mulia?
Ambil contoh mudah ini. Kalau orang berkunjung ke rumah kita, we always try to create a reason to be unnecessarily apologetic and defensive. Something I had never experienced with my mat salleh friends!
Kalau kita tak sempat nak masak, kita akan cakap: “Maaf ya, kopi dan cengkodok saja.”
Kalau sempat masak pula, kita akan kata: “Maaf ya, nasi kosong dan telur goreng saja.”
Kalau sempat masak lauk yang proper pula, kita masih nak merendah: “Maaf ya, cuma sempat masak satu lauk.”
Bahkan, kalau sempat masak canggih-manggih pun, kita tetap bangga nak jadi tuan-rumah yang daif: “Maaflah, ini saja lauk yang ada. Entah apa pula rasanya.”
Cuba bayangkan pengantin muda (yang dua-duanya sangat apologetik) ketika adegan ranjang malam pertama. Lijah, “Maaf ya bang kalau ruang tamu Lijah sempit sangat”. Yang si Mamat pula cakap (dengan nada defensif yang serupa!), “Tak apa, perabut abang pun kecil jer!” Ni bukan lawak lucah. Yes, some people can be so insecure because of the constant prejudice (dalam pelbagai perkara) they have to face (dalam komuniti Malaysia kita ler!).
Kemudian saya terfikir. Barangkali sifat taksub ini wujud bukan sebab kita suka merendah diri, tapi lebih kerana mentaliti negatif orang-orang sekeliling. Masyarakat kita memang kaya dengan prejudis. Kita suka buat pre-judgement berdasarkan apa yang kita nampak di luar (Ni termasuk sayalah juga, he he he!). Belum apa-apa, kita dah simpan prasangka yang bukan-bukan. Nampak budak pompuan seksi tindik hidung, mesti berdetik dalam hati: “Hishh, bohsia tak sedar diri!” Kalau tengok artis muka lawa: “Ala, harap cantik tapi suara macam itik serati, nak buat apa!” Kalau tengok orang gemuk jogging: “Tu la, dah kembung macam mak badak, baru terhegeh-hegeh nak exercise!”
Kerana orang keliling kita rata-ratanya prejudis, maka kita pun turut jadi prejudis. Macam kudis yang berjangkit-jangkit. Justeru kita tau semua orang rata-ratanya prejudis, maka…. for no apparent reason (other than vague presumption), we naturally grow up being obsessively apologetic and defensive. Kita awal-awal dah suka 'merendah' sebab takut 'direndah-rendahkan' orang lain. Ni dah kira satu circle yang berkitar-kitar ikut teori ‘hukum sebab dan akibat’. Blog saya ni pun defensif teramat. Sebelum ada orang mengata, awal-awal lagi saya sendiri dah kata blog ini hanya tabloid sifatnya (read as 'picisan dan ecer-eceran'). Kononnya, trying too hard to be an unapologetic blogger, but ending up being one!
Bolehkah kita mengubah mentaliti prejudis masyarakat Malaysia? Atau dalam bahasa yang lebih brutal: mampukah kita orang Malaysia hidup bahagia tanpa budaya judgemental, menyukat-nyukat status orang dan kata-mengata? Hmm, I certainly can't. J
Alamak, niat asal nak buat ulasan dan promo sikit novel Jian. Melalut-lalut pula pasal isu prejudis. Sorry, next entry la ya Fadz (I promise!). Oppps, I did it again – being apologetic for something I shouldn’t. Untuk baca promosi karya kreatif Jian dari tuan-tulis novel sendiri, sila klik sini: My first baby - JIAN.
Posted at 9:00 am by Rem
 |  |  | fadz March 2, 2007 12:08 PM PST
yes, mint, its me:) |  |
  |  |  | Mardhiah February 5, 2007 05:18 PM PST
Mungkin orang kita teruk kena penangan dasar pecah dan perintah oleh penjajah dulu. Bila terkenan penyakit INFERIORITY COMPLEX ini, susah nak cari ubatnya. Dasar durjana ini sedikit sebanyak melukakan, merosakkan, mencacatkan ego orang-orang Melayu. Kita malu jadi Melayu dan wish dilahirkan sebagai bangsa lain spt Cina ka, Arab ka, Mat salleh ka?
|  |
  |  |  | Mint May 26, 2006 08:16 PM PDT
Fadz..Mohd. Fadli Al Akiti, from unitar..is that you???convo 2005??? |  |
  |  |  | fadz November 7, 2005 07:03 PM PST
maafkan aku, sebab aku melayu..hahahahahah
ok, ada satu pengkajian tentang adab dan beradaban melayu diterbitkan oleh DBP oleh seorang prof (I think it is Tenas Effendi) dari Riau, kupasan beliau tentang 'maaf' dan adab2 melayu yang lain sgt menarik, go check it out ya rem. |  |
  |  |  | Kutut's October 6, 2005 01:23 AM PDT
Bangau tak akan pandang jijik pada bangau yang terbang jauh, sebab bangau yang terbang akan hingap di buntut kerbau jugak. Cuma bangau yang merasa dirinya merak dan jijik hinggap di buntut kerbau itu patut di keji. |  |
  |  |  | Rem October 5, 2005 10:55 AM PDT
Hah, dah lama nak cari puisi Melayu SN Usman Awang ni. Memang cantik bahasa tu, kaya dengan falsafah, dan tinggi dengan susila. Tapi tu la.. kekadang... kita orang Nusantara ni.. dah makin terlupa dengan nilai-nilai cam gitu. Time to reflect.
Terutama kalau bangau-bangau kampung ni tercampak ke negara orang. Mula la naik tocang. Dah perasan jadi merak pula sampai pandang jijik pada bangau-bangau lain. Opppss.. luahan perasan pula. He he he.. |  |
  |  |  | Kutut's October 5, 2005 04:11 AM PDT
Coretan kat bawah nu... di cubit sedikit dari puisi Usman Awang yang berjudul melayu. |  |
  |  |  | Kutut's October 5, 2005 04:01 AM PDT
......Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut .........
Sebagai suatu renungan orang melayu
|  |
  |  |  | Anisah October 4, 2005 01:30 PM PDT
Kutut's, bagus betul rupanya strategi diplomasi Melayu ini. Tapi apa pula terjadi dengan budaya tinggi Melayu sampai kena ada strategi diplomasi untuk menempias fitnah, kutukan, umpatan dan kejian?
Atau adakah dalam setiap bangsa, tak kira Melayu, omputih, orang hitam, orang kuning, waima orang albino, ada orang yang berhemah tinggi, ada orang yang tiada hemah? Barulah hujah maaf untuk diplomasi ini boleh diterima. Kalau nak sangkal dengan hujah, mungkin orang yeng mengeji, yang mengutuk tu jarangnya Melayu, apa diplomasi maaf itu baru berkembang 500 tahun dahulu apabila kerajaan Melayu bertemu dengan pedagang dari Arab dan China? Sudah tentu kerajaan Melayu wujud sebelum Melaka, natijah bahasa Melayu dan budaya Melayu itu berusia lebih daripada 500 tahun? Kerajaan Hindu Srivijaya kan Melayu juga? |  |
  |  |  | Kutut's October 4, 2005 05:57 AM PDT
Maafkan lah, Sekali lagi tersasat kat sini tanpa di undang. Salah satu Pantang Besar orang Melayu adalah di hina ataupun senang cerita di kutuk orang. Olehitu bagi mengelakkan begitu selalunya orang kita ni terlebih dahulu mengambil pendekatan berdamai ataupun lebih dahulu untuk menerangkan perkara sebenarnya. Olehitu secara halusnya, perkataan maaf adalah yang paling sesuai untuk di luahkan bagi menerangkan sesuatu itu bagi mengelakkan kejian, umpatan ataupun fitnah pihak yang kedua. Maka "maaf" itu bukanya menunjukkan org melayu ini 100% bersikap apologetik, ianya lebih kepada sifat diplomasi yang mana mengelakkan sesuatu yang tidak baik berlaku. Lebih kepada strategi awal perdamaian dan untuk mengelakkan persengketaan. |  |
  |  |  | Anisah October 3, 2005 09:18 AM PDT
Walaikumsalam Kutut’s. Minta maaflah, hanya Melayu kaya raya je mampu berperabot kayu jati. Melayu papa kedana, perabot kayu getah pun dah tersenyum lebar. Errrr… barangkali saya maaf saya bermotifkan sesuatu? Memang pun, sebab Melayu moden tidak perlu bersifat apologetik tanpa sebab, terutamanya apabila tiada khilaf berlaku. Perlukah pemilik perabot kayu getah meminta maaf atas kerapuhan perabotnya? Atau atas kepapaannya? Apabila dilawati oleh pemilik perabot kayu jati?
Kalau sesiapa nak bertandang ke rumah saya, dan saya hidangkan kopi O tanpa gula, kenapa pula saya yang kena minta maaf? Perasaan tak, Melayu selalu sangat bertandang ke rumah tanpa bagi tahu kedatangannya terlebih dahulu. Katanya mesra, rendah diri, ziarah-menziarahi. Kalau asas datangnya atas dasar ziarah-menziarahi, tak perlulah tuan rumah minta maaf kan? Itulah maksudnya terlalu apologetic tanpa sebab. Ada juga Melayu yang senyum lebar, hulur tangan bersalam berpada-pada, mulut manis memohon maaf, bila bertandang ke rumah orang, dari minum petang, terus terjelapuk sampai waktu makan malam, tapi sembahyang Maghrib tak pula berjemaah dengan isi rumah? Tuan rumah yang berhemah pun kenalah jemput si tetamu makan. Dalam keadaan itu, tuan rumah kena minta maaf sebab lauknya cuma telur goreng? Minta maaflah. |  |
  |  |  | Kutut's October 3, 2005 05:49 AM PDT
Kutut's mohon maaf jika datangnya tidak diundang. "Maaf" selalunya adalah pembuka kata bagi pbualan org melayu. Selain dari me mesrakan perbualan ianya juga menunjukkan peribadi melayu yang Indah dan penuh dengan kesopanan. Melayu dengan maafnya penuh dengan keikhlasan, tetapi maaf dari yang bukan selalunya bermotifkan sesuatu. Tapi yang penting nya, org melayu perabotnya selalu dari Kayu Jati, ampuh dan tahan lama. Hehehehe Maaf sekali lagi kutut's hulurkan jika tersalah bahasa. Asalamualikum |  |
  |  |  | asmiaty October 1, 2005 08:07 AM PDT
uwahahaha. disebabkan sia orang sabah, jadi kalu orang datang umah, sia bagi makan cekodok dan akan cakap 'bah...pandai2la kamu urang. sedap indak sedap sendiri mau tahu,..hahaha ..teringat peristiwa silam, ada kawan yang datang umah sampai biru matanya asyik diberi makan cekodok... |  |
  |  |  | chomel September 27, 2005 07:46 PM PDT
salam perkenalan anisah :) |  |
  |  |  | Anisah September 27, 2005 12:36 PM PDT
Fadz,
Jangan pula salah anggap saya ni bongkak dan kurang beradab sampai perkataan maaf tiada dalam kamus pertuturan harian saya. Cuma, saya geram dengan perangai orang kita yang suka meminta maaf tanpa sebab, terutama di situasi yang tiada keterlanjuran berlaku.
Bulan lalu, basikal saya telah menghalang laluan seorang pejalan kaki. Saya nak lalu, diapun nak lalu. Akhirnya, sebab saya perempuan dan dia lelaki, dia bagi saya laluan dahulu. Saya pun cakap, "I'm sorry, but thanks mate."
Dia balas, "That's alright, you don't have nothing to apologise for."
Itulah dikira peradaban. Sebenarnya tidak keterlanjuran berlaku, kerana kami berdua sampai pada laluan itu pada masa yang sama. Namun perkataan maaf itu diucapkan atas dasar kesopanan dan berterima kasih.
Ini pula situasi maaf yang tidak perlu yang menunjukkan mentali tidak yakin.
Tukang masak Melayu di restoren Malaysia di London (TMM): Maaf ya, akak ni tak pernah belajar jadi chef. Akak buat je apa yang terdaya. Kalau sedap, syukurlah.
Saya: (dalam hati) apa yang nak dipohon maafkan? Masakannya memang sedap, tuan kedai pun tiada komplen pasal kualiti masakannya. (disuarakan) Tidaklah akak, sedap tu.
TMM tu tak payahlah minta maaf pasal masakannya. Kalau dah cakap macam tu, tak heran kalau tuan punya kedai tak bayar gaji tinggi, sebab dia awal-awal dah mengaku dia kurang berkelayakan. Sedangkan kemahiran memasak ini bukan bergantung kepada samada dah pergi sekolah memasak, dah bersijil atau tidak. Ia adalah satu kemahiran yang barangkali lebih baik daripada seorang chef bersijil. |  |
  |  |  | Rem September 27, 2005 10:39 AM PDT
Fadz, ada beza antara 'sorry' dalam konteks nuansa beradab, dan dalam konteks defensif. Yes, Mat Salleh pun (terutama British, not American!) sangat kerap cakap sorry. Tapi sorry diorang dalam konteks praktikal. Misalnya, kalau nak lalu depan orang - diorang akan cakap "sorry" - apologetik pada perbutan limpas itu. Kalau di supermarket, cashier terjatuh slip masa nak bagi kat kita - dia akan spontan cakap sorry. Tapi diorang tak akan cakap sorry kalau hidangkan kopi kosong - sebab kalau diorang cakap sorry, seolah-olah pula yang 'tetamu kita' datang dengan expectation yang tinggi - nak minum lebih lebih kopi kosong. Cam gitu la.
Kadang-kadang kita tak dapat nak beza sebab budaya kita (orang Malaysia) dah campur aduk semua itu. Yes, ada masanya ia memberi konotasi adab yang tinggi. Tapi dalam banyak keadaan, ia diguna sampai memberi impak kita tak yakin pada diri, atau kita takut sangat ditanggap dengan prejudis.
Anyway, sebenarnya catatan apologi ko tu (dalam buku Jian) masih masuk dalam konteks nuansa beradab. Bukannya defensif sangat pun. :) Tapi saja-saja la saya ambil sebagai mukaddimah untuk nak bahaskan isu ini. |  |
  |  |  | fadz September 27, 2005 04:06 AM PDT
maaf itu satu nuansa yg beradab dalam budaya tinggi kita, tapi perlulah kena pada akalnya. Contoh yang aku bagi tu terlalu (si asia yang terlanjur), dan tidak tahu berkias. Aku tinggal di oxford dulu pun, org di sini sangat biasa menggunakan perkataan "sorry". Waktu aku di pesanteren-pesanteren di indonesia juga, mereka lembut sahaja menggunakan, "maaf pak", juga ulama-ulama yg bertandang dgn abg aku. Mungkin ya, hanya org2 yg berkultur tinggi saja yg tahu kualiti dan nilai di sebalik penggunaannya, juga menggunakannya penuh pada tempat, waktu dan rasionalisasinya. |  |
  |  |  | Rem September 26, 2005 07:03 PM PDT
Anisah, jangan lupa antar 'copy' surat (you know what I mean). Si Chomel kita bercik-puan pula ka? Ala-ala macam nak pi temuduga kat jabatan kerajaan pula. :) |  |
  |  |  | Anisah September 26, 2005 06:23 PM PDT
Chomel,
Panggil saja Anisah, tak payah bercik berpuan, kang tercirit perit saya. Tak payah juga bermiss atau bermadam. Kang berabis mak andam. :)
Salam perkenalan,
Anisah |  |
  |  |  | Anisah September 26, 2005 06:20 PM PDT
Nak pindah rumah? Saya tak taulah cam mana nak pindah perabotnya. Baca sebagai perabot teks dan komen ya. Saudara blogger saturang Jordan Macvay baru saja pindah rumah, tapi adalah saturang baik hati tolong dia pindah secara percuma. Ko tanyalah dia dalam dua minggu lagi, dia tu sibuk pindah rumah (rumah betul) dia kang ni. Lagipun dia tu berkelulusan selok belok menda komputer ni. http://www.intellectualadventures.com/macvaysia/ |  |
  |  |  | Rem September 24, 2005 04:52 PM PDT
Sorry kengkawan (uh, being apologetic?). Dua hari tak masuk blog sendiri. Biasalah. Mabuk pesta summer!
Anisah, teringin juga nak pindah rumah. Dah bosan dengan blogdrive. Tapi cam mana nak import entri-entri lama pi masuk rumah baru ya?
Chomel, wowww.. terkasima membaca 'teori' Chomel pasal budaya apologetic orang Malaysia ni. Yes, it really makes sense. Ni boleh jadi pakar psikologi personaliti! :)
Anyway, setuju gak dengan Jiwa. Sikap rendah diri (sama ada defensif atau apologetik) tidak semestinya negatif. Bahkan, dalam Islam kita digalak tawajuh, kan. Jangan saja tak kena tempat.
But actually kan.. saya guna trick 'apologetic' ini dengan jayanya terhadap supervisor saya kat sini. Dalam meeting, I always make it a point that I have all these problems and what I've done.. far from perfect. So, supervisor saya pun.. sympatehtic sikit. Tak ada la dia akan suruh saya buat benda-benda baru yang saya tak suka. He he he!
Klavu, lama tak limpas sini ya. Rindu pula rasanya dengan cik Klavu. :) Cakap pasal ramadhan.. alamak.. ni dah masuk kali ke-4 posa kat sini. Rasa nak nangis pula. Mana nak cari cendol??? :( |  |
  |  |  | pinKLavu September 24, 2005 07:52 AM PDT
'maaf, batah sudah inda limpas di blog ani' hehehe sengaja minta maaf walaupun tak kena tempat, saja nak tunjuk aku juga melayu.
macam ada perubahan saja blog ani rasanya... mungkin dekat bulan ramadan banyak yang semangat menukar tabir dan perabot baru ;) |  |
  |  |  | jiwa September 24, 2005 02:32 AM PDT
rem,
itu tawadduk namanya, sifat yg memang dituntut agama..dan itulah uniknya orang melayu..penuh dengan kiasan dan bunga bahasa.
tak salah merendah diri, kalau kena pada tempatnya.
tak salah juga meninggi diri, jika ianya boleh menunjukkan kekuatan dan kehebatan kita yg sebenar. |  |
  |  |  | chomel September 23, 2005 10:02 PM PDT
ehehe could not help but tergelak baca comment ms (or is it madam?) anisah.
anway rem, me as a malaysian, not very apologetic for being apologetic (gaa?). it is somehow reminding me of myself as not perfect. but lucky me, i don't know how have i gained this trait in my personality, even i do care about others' opinion on me, i care more about what MY opinion on me is. somehow, that quality, which, i tried to root based on quran n sunnah as best as i could, make me dare to be me, uniquely me, and treasure the differences that all of us have against each other.
rasanya, most malaysian, terlalu ingin be the 'in' crowd, lagi2 be the top of the crowd, they are afraid of being different, so they keep on being apologetic and defensive in order to be accepted by the crowd. in other words, we don't trust in our uniqueness, to dare being an individu.
ergh, cam melalut lak, but this is one of the toughts yg ever came crossed to my mind. |  |
  |  |  | Anisah September 23, 2005 11:47 AM PDT
Blogspot memang gitu. Buka je satu akaun blogspot, tak payah bayar pun. Lagipun, saya dapati blogspot lebih baik dari blogdrive, sebab blogspot bagi free hosting gambar. Satu menda yang jarang dibagi oleh blog server secara percuma. |  |
  |  |  | Rem September 23, 2005 01:28 AM PDT
Anisah,
Ha ha ha! My viva is still 46 days away, tapi saya dah plan macam-macam bentuk jawaban defensif dan apologetik. Typical Malaysian mentality!
One of the reasons kenapa 'kadar gagal atau sangkut' pelajar Malaysia (research degree) kat UK adalah kerana mentaliti gitu la. Supervisor saya sendiri cakap. Dia musykil napa orang Asia ni senang betul nak akui kelemahan/kekurangan. Tak berani nak 'tunjuk riak' dan yakin pada apa yang dia buat. Ada satu kes ni (calon Asia, tapi bukan Malaysia) sampai kena buat major correction sebab masa viva tu dia sendiri 'telanjangkan' kelemahan research dia. Examiner tu baru 'cuit' sikit, dia pula defensif lebih-lebih. Hmmm.. cam gitu ler.
Cerita lain, apa pasal blog Asmiaty tu tak boleh nak komen. Setting dia hanya allow blospot account holder saja untuk tulis komen. Hmm.. pelik gak.. |  |
  |  |  | Anisah September 23, 2005 12:04 AM PDT
Saya terfikir, kalau calon PhD Malaysia, bawa mentalinya masuk viva, dia kenalah cakap gini dengan pemeriksa, "Maaf ya, saya di sini untuk mempertahankan tesis saya yang tidak seberapa ni." Yakinnya.
Ini pula calon lain, "Saya percaya tesis saya begini kerana..." |  |
|
|