|
Tuesday, July 26, 2005
"Sepit" (....... how far you would go for a true love?)
"Darling... tak boleh sepit!" Salwa berbisik dengan nafas berdebur. Separuh merengek, separuh patah hati. Agak rendah nadanya. Hanya cukup-cukup membuai telinga Ah Beng seorang. Risau juga Salwa kalau didengar orang lain. "Ala ayang ni, kangkanglah luas sikit, baru senang nak sepit." Tingkah Ah Beng, juga separuh berbisik.
Salwa dan Ah Beng sudah setahun berkenal. Sama tempat kerja. Bercinta pula, baru tiga bulan. Hari ini adalah detik istimewa buat pasangan muda ini. Salwa bakal menempuh sebuah pengalaman baru. Ya, buat pertama kali. Mula-mula Salwa cadang nak buat kat rumah saja. Minta Ah Beng datang ke rumah sewanya. Tapi, ketara pula timbulkan syak wasangka di kalangan jiran tetangga. Kawasan perumahan Salwa, kebetulan majoritinya komuniti Melayu. Silap haribulan kena tangkap basah! Mahu ke rumah Ah Beng? Kurang manis pula (rasa malu pun ada). Ah Beng masih tinggal dengan orang tuanya.
"Darling, dah cuba pun. Tak boleh sepit juga. Batang ni asyik tak lekat kat celah!" Salwa mengomel lagi. Dah mula hilang nafsu dan selera. Perit sangat nak buat. Maklumlah pengalaman pertama.
"Buatlah macam ni....." Ah Beng cepat-cepat masukkan benda yang perlu, dan cuba menunjukkan secara praktikal pada Salwa cara yang betul meletak batang di celah kangkang jari.
"Hishhh... darling, jangan masukkan dulu!" Salwa separuh menjerit. Masih dengan suara berdesah, bagai bisikan dalam kelambu. "Kalau dah masuk awal-awal, lembiklah nanti." Salwa makin gerutu. Marah ada, geram pun ada.
"Ayang..." Ah Beng menarik nafas panjang, menahan sabar. "Wantan tu kena masuk sekali dalam kuah mee, baru senang sikit nak sepit. Belajar dulu sepit wantan yang besar pejal, sebelum nak sepit mee yang licin. Faham?" Ah Beng seperti berkhutbah, tapi masih nada seloroh. Bimbang buah hatinya merajuk dan hilang motivasi nak belajar.
Salwa angguk-angguk saja. Malas mahu bertekak panjang. Lagipun, Salwa tak mahu memancing tumpuan orang lain dalam restoren itu. Segan pula Salwa kalau ada yang terperasaan dia tengah terhegeh-hegeh belajar cara makan orang Tionghua. Nak kangkang jari dan menyepit guna chopsticks pun masih terkial-kial!
Norwich, Norfolk
* Tahniah atas kemenangan "Sepet" (arahan Yasmin Ahmad) sebagai Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia yang berlangsung baru-baru ini. Kejayaan "Sepet" bukan saja memberi nafas baru kepada industri filem negara yang selama ini kian lesu dengan filem-filem hambar dan picisan; bahkan, kejayaan "Sepet" juga jadi mangkin aktif kepada integrasi ras dan etnik yang pelbagai di Malaysia. Marilah kita semua saling kenal serta belajar memahami/menghayati budaya bangsa lain – demi memudahkan proses ikatan dan penyatuan.
Posted at 10:40 am by Rem
 |  |  | Bubbles February 21, 2008 04:33 AM PST
Muhahahahahaha! This was really good... excellent fodder for a dirty mind. |  |
  |  |  | Ezza August 30, 2007 01:27 PM PDT
Hahahaha. Ketawa sendiri saya membaca entri ini. Kalau Rem tak habiskan entri ini, saya sudah dapat menduga apakah tanggapan orang yang membacanya. Hikhik.
(Entri ini sudah lama. Tapi baru sekarang berpeluang membacanya). |  |
  |  |  | Name August 6, 2006 08:04 AM PDT
cissss..... tipah tertipuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!! |  |
  |  |  | nash September 7, 2005 10:11 AM PDT
astaga!!!!! ingatkan cerita lucah... |  |
  |  |  | REM August 1, 2005 12:57 PM PDT
Ha ha ha. Ko ni Zack. Apa pula porn Melayu. Kisah nak makan kat restoren pun boleh jadi porn ke? :)
Anyway, saya pun bangga sangat dengan kemenangan Sepet! Akhirnya, industri filem Melayu pandai iktiraf filem-filem yang bijak dan ada cultural values. |  |
  |  |  | Zack August 1, 2005 10:34 AM PDT
REM! Gila kau, nak tergelak aku baca entry kau nih. Aku dah agak pasal chopstick, tapi cara gaya kau ceritakannya, mcm filem porn melayu le, hehehhh...
And tahniah juga kpd K Min kita ! |  |
  |  |  | REM August 1, 2005 09:48 AM PDT
Klavu.. laaa.. memang Indonesia ramai etnik Cina tapi fasih berbahasa Indonesia. Biasa la tu. Memang dasar negara tu.
Kebanyakan pemain badminton Indonesia adalah dari tenik Cina: Heryanti Arbi, Susi Susanti, Eddy Kurniawan, Alan Budi Kusuma, Ardy Wiranata.. (tak larat nak sebut, ramai sangat!) depa ni semua adalah Indonesian Chinese. Tapi kita ingat diorang bukan.. sebab tengok nama dan cara diorang cakap kan. |  |
  |  |  | kLavu QT July 30, 2005 02:31 AM PDT
iya kah fadz?, patut tah muha macam cina tapi cakap macam indon |  |
  |  |  | REM July 29, 2005 09:55 AM PDT
Fadz, ko ni detail sangat pula dah. Soalan cam gini, kena tanya orang antropologi. :) BTW, kita pula dari mana? Dari Sam ke Japheth? Hopefully Japhet. Sedap sikit nama tu.. he he he.
Ko jadi tak ke UK ni? |  |
  |  |  | fadz July 29, 2005 03:28 AM PDT
susah cerita, ramai pembawa Islam di Indonesia pun orang Cina, ras kita pun dari sana..yang aku nak tahu sekarang, orang Cina datang dari anak Nabi Nuh a.s. yang mana, Sam ke Japheth? |  |
  |  |  | Rem July 27, 2005 05:57 PM PDT
Orang selalu buat stereotype, Melayu = Islam. Cina = Bukan Islam. Tak ramai yang tahu, di alam jagat raya ini, jumlah penduduk Cina beragama Islam lebih ramai dari jumlah Melayu beragama Islam (walaupun dicampur jumlah penduduk Melayu kat Afrika dan Sri Lanka). :) |  |
  |  |  | Anisah July 27, 2005 05:30 PM PDT
Buat permulaan, tak yah lah tempah tiket gi Beijing dulu. Lupa nak citer, kat Malaysia sendiri pun ada kira-kira 10 ribu orang. |  |
  |  |  | Anisah July 27, 2005 05:28 PM PDT
Belajarlah dari orang Tionghua yang Muslim. Bilangan mereka ada dalam kira-kira 100 juta di China. Ramaikan? |  |
  |  |  | Sopit July 27, 2005 01:09 AM PDT
Sepit jangan tak sepit...
Apa2 pun belajar budaya orang lain tak salah, tapi agama tetap utuh |  |
|
|