|
Tuesday, June 14, 2005
Akademi Fantasia: krisis imej dan identiti?
Yes, finally saya dah berjaya dengar SEMUA persembahan Konsert Ke-2. So, saya dah tambah sikit ulasan tentang vokal pada bahagian komen entri ini. If you wanna share my 5-cent assessment, klik saja kat ruangan komen ya.
Reality show is not really my thing. Tengok memang tengok, bila ada kesempatan (Malaysian version belum lagi la). But I don’t entrust this silly reality tv with any hope – kalau dilihat pada konteks pertumbuhan industri muzik dan seni. Kuasa wang adalah teras modus operandi program begini. Pun begitu, saya tak nafikan impak positif program begini kepada aspek mentaliti rakyat Malaysia. Paling tidak, ia menguja budaya blogging dan aktiviti wacana di kalangan orang-orang muda Malaysia. Betul atau tidak cara mereka lahirkan pandangan, itu soal kedua. Lagipun seni adalah subjektif, kan? Siapa yang berani buat pengakuan bahawa pandangan dia paling sahih dan benar? It’s about personal taste and preference. So, everyone is entitled to share a piece of his/her mind. Tak payah taksub sangat nak cari kesahihan siapa salah, siapa betul.
 |
|
Barisan bintang muda akademi seni Malaysia,
atau sekadar maskot fantasi ASTRO? |
Banyak juga blog yang saya layari. Makin ramai yang benar-benar mahu melihat muzik dengan cara yang celik. Bukan lagi sekadar tengok dan dengar gitu-gitu. Ada kesungguhan untuk menilai dan menganalisis. Bagaimana caranya, itu tak penting. Tak semestinya gaya diskusi macam kedai kopi atau gebang-gebang santai dianggap tak ada isi dan manfaat. Pada saya, intipati dan matlamat dalaman itu lebih penting – dari sekadar nak judge cara ia dizahirkan. Selagi kita berfikir dan ada momentum untuk menjana idea – selagi itu daya apresiasi kita sebagai manusia akan terus hidup dan berkembang. Citra beginilah yang saya nampak bila melayari pelbagai blog peribadi (golongan muda Malaysia): seperti dalam blog Sumie (saya bagi anugerah paparan terbaik kerana unsur realis-nya!), SultanMuzaffar, Malique, Javard, Cik Zam, Azhad, dan AhsueZ.
Dah banyak sangat yang ulas pasal persembahan, personaliti dan gelagat harian pelajar dalam akademi. So, saya cuba nak buat nilaian sikit pada imej. Tak ramai yang sentuh. Tapi isu imej ini saya tak lihat dari jangka-pendek. Bukan sekadar nak nilai penampilan pelajar dari segi sesuai dengan lagu atau tak; sesuai dengan karektor atau tak. This is very superficial. Yang lebih penting adalah fokus jangka-panjang. Kita harus sedar, konsep ‘reality show bercorak akademi’ samalah macam Apprentice. Ia mengasah @ mendidik bakat, bukan mencipta superstar atau diva. Sama macam Apprentice – yang dicari adalah ‘apprentice’ (pelatih) yang ada potensi untuk melangkah jauh dalam bidang keusahawanan. Bukannya manager, perunding atau pengarah projek yang sudah sedia-asal cemerlang dan berkaliber. Bila dah tamat program, barulah pelajar/pelatih ini akan terjun ke medan juang sebenar, dan mempraktiskan kualiti yang dituntut.
Dalam konteks Akademi Fantasia ini – selepas graduate, para pelajar harus ‘rebranding’ diri mereka semula untuk berdaya-saing dalam dunia sebenar. Kunci kejayaan bagi lepasan ‘program tv realiti’ (pada hemat saya) adalah seorang yang mampu ‘rebranding’ dirinya dengan approach yang lebih fresh. Pendedahan semasa dalam tv realiti dah melampau sangat. Orang nampak muka kita hampir tiap-tiap hari selama berminggu-minggu. So, bila dah masuk dunia sebenar, tentu diorang mahukan sesuatu yang lain dan lebih segar. Kalau itu-itu juga, muaklah. Sebab itu, semasa dalam akademi – para pelajar harus tonjolkan raw and natural qualities saja. Bukanlah pula sesuatu yang masih mentah sementah-mentahnya. Mentah yang sudah di-polished, tapi yang belum digilap gila-gila. Harus ada imbangan supaya penonjolan tak melampau-lampau sebelum saat ranumnya. Biar simpan ‘ruang untuk pertumbuhan’ pada masa depan. Inilah kunci yang menjadikan Will Young (Pop Idol 2001) dan Lemar (Fame Academy 2002) boleh terus survive dalam industri muzik di alam realiti. Kenapa? Kerana ketika dalam ‘reality show’ – mereka cuma tonjolkan kualiti natural yang terbaik (dengan seadanya). Bila dah tamat program, mereka buat proses rebranding yang signifikan. Bukan takat aspek muzik, bahkan imej dan personaliti. Lagi pun sasaran tv realiti dan industri muzik realiti adalah berbeza. TV realiti mostly untuk remaja-remaja mentah yang tengah gila ledakan pop. Industri muzik adalah untuk penggemar seni yang benar-benar tulen dan matang citarasanya
Konsert Minggu Kedua (bagi paparan visual yang lebih baik untuk setiap pakaian pelajar, sila lawati laman rasmi Akademi Fantasia).
|

"selamba tapi over" |
Fesyen yang agak selamat – jaket kasual dan denim. Simple, but not overly simplistic. Cuma tang topi tu, I’m not so sure. Kalau dah rambut panjang tu, be proud of it. Tak payah nak sembunyi bawah topi. Ala-ala macam pontianak jantan pemalu pula dah. Lagipun, topi koboi ni tak cool. Siapa pakai topi gini? Pakcik-pakcik pesara tentera yang tengah habiskan usia emasnya kat kampung – ternak puyuh dan berkebun bayam-kangkung. This cap is certainly not for a young aspiring pop idol! Kalau topi besbol yang trendy tu, ok la sikit.
6.5/10 |
|

"selamba dan serabai" |
Yang ini pun fesyen yang boleh dianggap selamat. A bit too simplistic may be. Kalau seimbas pandang, macam orang baru balik dari menoreh. But, the whole concept is brilliant. Jaket, t’shirt dan jeans: very cool for first official appearance in the academy. Cuma kalau pakai t’shirt yang light sikit warnanya (putih, cream) – the contrast would be made better. Akan nampak lebih stylish, tapi masih dengan gaya selamba.
6.3 |
|

"minah ranggi separuh jadi" |
Yang ni agak glamorous sikit. Nak kata ‘evening dress’ pun iya, nak kata ‘casual dress’ pun iya. I don’t think it’s a good choice for konsert pertama. Remember, this is a reality show. People expect to see some ‘virgin performers’, not a super diva wannabe. But at least, teknik belahan lintang pada bahagian skirt dan kasut ala-ala boot memberi sikit citra funky pada fesyen itu. So, tak la nampak macam diva sangat. Masih ada unsur remajanya. Acceptable, but not the best choice.
5.5 |
|

"Marlyn Monroe sesat dunia" |
Gosshhh! This one really makes me speechless. Cantik? Yes. Glamour? Yes. Sesuai untuk lagu? I don’t know sebab saya tak tau lagu apa minah ni bawa. Tapi please-lah, bear in mind – this is an academy. Tempat nak asah potensi supaya besok bila dah graduate dari akademi, boleh buat ‘rebranding’ pada imej. Then, muncul sebagai pop star sebenar. Dandanan rambut teramat klasik – tipikal 60s, pakai pula ‘sarung tangan ala-ala wanita Inggeris zaman kolonial’, then cutting untuk baju – very pop yeh-yeh. To me, this image is simply too strong and makes a real bold statement. So, what is left for the next 6-7 weeks? Itupun kalau minah ni belum tersingkir. Dia ni ke si Eliza yang dah terkeluar? Kalau ya, Thank God – nobody is going to be visually tortured again next week. Kalau bukan, jangan pula minah ni muncul minggu depan dengan busana seperti ala-ala ratu primadona dalam panggung opera Itali. Super glamour tahap dewa! Tolong-lah minah oooiii...
4.5 |
|

"absolutely cool!" |
The best image. I can’t default him in any department. Everything is nicely done, and nothing is overly done (or 'under-done'). Simple dan kemas. Dalam bersahaja, tetap terserlah unsur glamour (yang bukan berlebihan). Tak la ketara sangat nampak macam budak kampung serabai (spt. 'pelajar' kat atas nun!). Dalam masa yang sama, konsep penampilan tetap plain. Very easy to be rebranded in the future. Satu lagi, sebab imejnya agak sederhana – maka, masih ada ruang bagi ‘anjakan’ untuk minggu-minggu akan datang. Kalau asyik poyo memanjang pun, orang akan bosan juga, kan.
7.8 |
|

"samseng Hong Kong" |
Hmmm, nampak gaya most pelajar lelaki pilih penampilan yang lebih ringan dan mudah untuk ‘rebranding’. Sesuatu yang tak terlalu ‘over glittering’, hingga boleh cetuskan expectation yang tinggi. Bagus la. Mamat ni pun kira orait. Baju kat dalam ok. Seluar ok. Cuma yang tak ok, jaket panjang paras peha tu. Hello, have you lost your fashion sense? Or you never had one? Jaket ala-ala ‘long-coat’ ini hanya sesuai untuk tiga situasi: (i) kalau melawat Siberia pada waktu winter (or mana-mana negara Hemisfera Utara in that particular season); (ii) kalau muncul dalam filem-filem Hong Kong bertemakan samseng; (iii) kalau sedang buat ujikaji kat makmal kimia atau lab bioteknologi (so, pakai la kot labuh sebagai langkah safety dalam makmal!). If you’re not in one of these circumstances, forget about long-coat, pleaseeeeeeeeeee!
5.8 |
|

"ibu genteng penjual jamu dari Makasar" |
Kebaya ketat yang jelas memberi definisi tubuh semontok-montoknya? OK, fine. Tak dinafikan, elemen seksi itu is tastefully presented. Bukan gedik tak menentu. The dress and ‘dandanan’ are superb. In fact, sangat anggun. But the image just appears to be too ‘wanita dewasa’. Of course saya akui, AF adalah medan untuk mencipta penghibur dewasa yang matang. But, we want to see this so-called ‘kedewasaan’ diuja perlahan-lahan. Bukan bangkit mengejut. Mungkin lagu yang dibawa adalah jenis ‘irama Malaysia’. But come on, banyak lagi busana tradisional dan gaya dandanan Melayu yang boleh memberi imej ‘gadis simple’. Tak payah nak tampil dengan imej seperti wanita separuh baya yang selayaknya hanya jadi jurucakap jamu tradisional kacip fatimah.
5.0 |
|

"primadona setahun jagung" |
Again, sorry girl. A big NO for me. Sama macam dress pelajar perempuan pertama kat atas nun. But this is a bit too much. Totally macam formal evening dress. Cantik memang cantik. But simply too glamorous for a starting night at the academy (remember, this is supposedly an ACADEMY – not a cabaret or your own big solo concert). Pilihan warna pun menambah lagi unsur glamour pada pakaian. Tak tau la lagu apa yang dibawa. Tapi kalau lagu tu jenis balada jiwang pun, banyak lagi cara lain yang lebih simple untuk tonjolkan mood sentimental. Too me, this is just too ‘sparkling’ and ‘glittering’ (not literally, but the overall impact). Macam jagung mentah belum cukup masak, tapi perasan nak jadi gandum ranum. Besar timba dari telaga!
5.0 |
|

"merah sangatlah pak ngah!" |
Dari segi cutting dan pilihan material, rasanya ok. Lain sikit dari imej-imej pelajar lelaki sebelum ini – yang kebanyakannya ala-ala rock. Yang ini jenis smart casual. Tapi masih tak terlebih-lebih. Sederhana la orang bilang. Cuma tang colour tu, I’m not so sure. I don’t think that ‘orange’ is a male colour. Sama juga macam ‘pink’, ‘red’, ‘yellow’, dan warna-warna lain yang saudara-mara dengan ini. This colour is strikingly dominating and to certain extent can easily overshadow your personality. Kadang-kadang boleh juga membunuh unsur masculinity. So, kalau lelaki, I don’t really advice to go for these ‘striking & daring’ colours. Unless kalau kulit kita putih melepak (i.e. orang Dusun atau Cina); then these colours could give a nice contrast to your skin. Tapi kalau dah memang kulit Melayu tipikal – tak payah pasang nafsu nak berwarna-warni ya cik adik.
6.3 |
|

"klon Herman Tino" |
Utterly disastrous, as far as fashion is concerned. Satu-satunya lelaki yang memilih ‘fesyen goboh’. Baju dipilih jenis berlengan panjang (tapi bukan kemeja kasual). Ntah apa punya fesyen. Nampak juga macam ada t’shirt kat dalam, ye ke? Material dan cutting untuk baju luar tu agak ‘posh’. Warna pula jenis cerah. Kalau jenis gelap, ok la sikit. Boleh neutralise sikit kesan kegobohan itu. Yes, he shouldn’t be ashamed for having a very ‘bagak’ physique. Nak buat cam mana. Dah begitu tadkirnya. Tapi kalau ya pun, tak payah la pilih pakaian yang akan membagakkan lagi kebagakan yang telah sedia bagak-bagak itu. Go for something simpler, yang boleh kuncupkan sikit size yang maha kembang itu. Dah la tu, siap pula pakai mafla. Apa kena dengan mamat ni? Dia ingat nak pi tengok football match kat liga Inggeris ka? Atau dia terlupa yang salji tak akan turun di Malaysia? Atau dia ni memang ada angan-angan nak jadi Herman Tino (yang terkenal dengan selempang kain pelikat)? Ntah, kita pun tak faham.
2.5 |
|

"boleh la" |
Fesyen pelajar perempuan pertama yang saya rasa ok sikit. Memang nampak pelik la. Macam baju perempuan mengandung dikacuk dengan perempuan rock kaki lepak. Tapi impaknya agak unik. Nak kata lawa dan glamour, tak juga. Nak kata buruk tahap dewa, tak juga. Tapi yang penting, imej begini mudah untuk rebranding. Lebih penting lagi, imej sederhana ini masih menyimpan ruang untuk ‘evolusi perubahan’ yang lebih menguja pada minggu-minggu berikutnya. Ia juga tak mengundang expectation yang tinggi sangat kerana penampilan ini tidak bersifat diva atau superstar. But she could have done better without that ‘inner white dress’ – yang kembang macam baju-baju essentrik Sarah Jessica Parker (pelakon 'Sex and The City').
6.5 |
|

"not bad" |
Pakaian minah ni pun ok juga. Tak la melampau sangat. Agaknya minah-minah yang pakai kasual ini semuanya nyanyi lagu pop rock (up-tempo song) kut? Dan yang glamour macam primadona tu semuanya nyanyi lagu ballad? Hmm, inilah mentaliti artis Malaysia. Macam la kalau nyanyi lagu balada jenis jiwang kita tak boleh pakai dress yang simple dan ala-ala ‘girl next door’. Boleh apa! By the way, yang minah ni saya masih tak berkenan dengan mafla bercorak (atau selendang ka?) kat leher tu. Kenapa ramai sangat yang gila mafla ni? Supaya senang nak jerut leher sendiri bila kecewa dek tersingkir dari AF?
6.6 |
|

"cun!" |
May be this is the best image (untuk pelajar perempuan). Inilah expectation kita untuk konsert pertama dari sekumpulan pelajar ‘sebuah akademi’ (diulangi, ‘sebuah akademi’). We want to see them in their ‘natural appearance’. Kita mahu lihat bakat dan penampilan mereka yang masih ‘raw’. Yes, tak ada masalah nak glamour pun. Boleh, apa salahnya. Tapi adunkan unsur glamour itu dengan ‘nada penonjolan yang tidak mengada-ngada’. Kemas, ada ‘star value’, tapi tetap selamba. OK apa pakaian minah ni. Dengan topi trendy tu (sesuai untuk pompuan la!), lepas tu ada gimik balutan kat tangan, serta jaket hitam yang dikontras dengan baik oleh baju warna biru. Not the best image – but it certainly wouldn’t irritate anyone. Mungkin orang akan argue, budak ni nyanyi lagu rancak – boleh la pakai gini. Habis, kalau nyanyi lagu pop ballad tak boleh pakai baju gini ka? Jangan saja lagu balada ala-ala tipikal Melayu yang sangat melankolik (i.e Kau Kunci Cintaku, Purnama Merindu, Bila Rindu Kusebut Namamu). Kalau lagu-lagu gini, barangkali kena la ada penampilan purba sikit. Tapi kalau lagu-lagu pop balada yang lebih moden (i.e. Camar Yang Pulang, Dialah Di Hati, Bukan Cinta Biasa, etc) – penampilan ringkas ala-ala ‘girl next door’ pun memang sesuai.
7.0 |
|

"badut rasmi Akademi Fantasia" |
Ini pula fesyen ala-ala badut tak jadi. Solekan macam terover. Sampai karektor dan ekspresi natural pelajar ni dah tersembunyi di bawah lapisan imej artificial yang dicipta ini. Tak tau la apa motif penampilan begini. Nak sesuaikan dengan cerita dalam lagu ke? Ntah la. Tapi baju corak floral dan ‘sapu-tangan’ diikat kat leher – this is simply ridiculous. Tu belum masuk topi ala-ala citarasa purba tu. Biasanya topi ini dipakai oleh golongan British pensioner kat UK. Lelaki-lelaki yang dah tua kerepot. Cuma tak dinafikan, topi pelajar ini lebih stylish sikit la. Macam ada sikit pengaruh gaya topi kelasi kapal. But the whole image doesn’t do anything for me. Very old-fashioned. If you want to look classic, fine - silakan. But make sure it's tastefully put. Ini tak, dari kepala sampai kaki – kalau direnung lama-lama, mamat ni memang sebijik macam Komunis Malaya zaman 50-an yang baru keluar dari hutan dan pura-pura menyamar jadi penari joget di kelab kabaret. Siou kio gaman. Make it simpler and more natural next time. Jangan relakan diri jadi maskot ASTRO!
4.7 |
Posted at 11:20 pm by Rem
 | Posted by Name @ 11/30/2007 10:57 AM PST |  | | komen2 panas dia ni boleh masuk MELODI kt TV3.. biar abg nas terjah dia ni mintak jawab pasal komen2 bise dia nie.. macam lah diri tu bagus sangat nak menilai orang dengan bahase yang kasar... budi bahase budaya kita.. cantikkan lah sikit bahase tu ye... |  |
  | Posted by roy @ 10/22/2007 08:32 AM PDT |  | | bdak2 ni mcm sial4! cube diorng msk malaysia idol tngok mesti kn halau punye!haha3 |  |
  | Posted by amjad @ 09/22/2006 12:14 PM PDT |  | A'kum...
MEREKA ALLAH SWT TELAH MENARIK RASA MALU DLM DIRI MEREKA,IKON MEREKA ARTIS BARAT...ARTIS BARAT ALLAH TELAH MENARIK RASA MALU SBB ITU MEREKA BIASA BERCIUM DIKLAYAK RAMAI,PAKAI BEKINI DIKLAYAK RAMAI,BUAT VCD BLUE UTK DITONTON ORG RAMAI..SBB MEREKA DAH TAKDE MALU...JADI UMAT ISLAM MENIRU SIKAP TAKDE MALU MEREKA....www.al-ahkam.net |  |
  | Posted by hahaha @ 05/05/2006 11:42 AM PDT |  | x cantik la....
warna kurang menarik n x ceria pun |  |
   | Posted by nadia @ 12/09/2005 05:40 AM PST |  | | oklah tak baik kutuk2 |  |
  | Posted by REM @ 06/20/2005 12:07 PM PDT |  | | Fadz, just in case ko masuk sini. Saya nak response pada blog ko, tapi gegatal pula tak reti-reti nak masuk. Napa ya? I mean, tak boleh nak post. |  |
  | Posted by REM @ 06/20/2005 10:35 AM PDT |  | E-kin, bukan main puji. Rasa kembang kuncup dada ini! Ha ha ha ha. Tapi sorry ya, lepas ni nak bersara dah. Tak larat nak mengutuk lagi.
Fadz, alaa.. ko ni apa-apa le pasal fesyen. Saya ni pun serabai juga. Kalau tengok, memang rupa macam budak baru balik bersawah. 24 jam. Tapi come on la.. kita bukan selebriti. Bukan kita cari makan dengan fame. So, tak payah la nak melawa-lawa pula, kan. :) |  |
  | Posted by fadz @ 06/20/2005 03:32 AM PDT |  | | bila masa lak hang ni pandai fesyen? isy isy, macam2 la hang ni. nanti kalau aku gi norwich, jgn lak hang jadi fashion polis sebab aku dah mmg tersedia serabai yg amat, muahahahhaks |  |
  | Posted by e-keen @ 06/20/2005 02:58 AM PDT |  | | wa..wah...wah...hebatnya anda encik rem kerana bisa melontarkan komen2 dan kritikan yg bernas dan jitu....luas pengalaman dan tinggi pengetahuan anda tentang seni vokal dan muzik rupanya...kagum...kagum saya dibuatnya..bukan sikit rasa kagum saya tapi dah sampai ke tahap dewa..hi..hi..hi...dari mana anda menuntut ni? banyak malahan boleh dikatakan semualah saya setuju dgn komen2 anda tu...cuma yg saya kurang terima adalah penilaian terhadap pemilihan lagu dan pakaian budak-budak AF tu....en rem tak bolehlah menyalahkan mereka kalau mereka pakai pakaian badut sekalipun sebab bukan mereka yg nak pakai mcm tu...ini kenalah komen pihak ASTRO yg bertanggungjawab terhadap imej mereka ni...pemilihan lagu tu sama...diorang ni takde kuasa atau hak langsung nak sesuka hati pilih dan nyayi lagu apa yg diorang suka..inilah bezanya AF dgn program realiti tv yg lain..en rem masih tak tau ke?..apapun yg lain-lain tu saya setuju giler dgn pandangan en rem..nanti boleh kita sama-sama mencadangkan anda dijemput sebagai pengkritik AF memandangkan kritikan anda lebih relevan dan dapat membantu bebudak tu membaiki kelemahan serta meningkatkan prestasi performance diaorang...pengkritik2 sebelum ni pun (khasnya lelaki)banyak yg merapu-rapu..komen ntah apa-apa diorang lak yg lebih-lebih merenyam bila tang pelajar wanita...ntah la...kalau macam ni sampai bilapun industri muzik malaysia takkan maju....oklah en rem...teruskan penulisan anda yg banyak manfaat kepada semua pihak ni...saya akan sentiasa mengikuti perkembangannya walau apa jua isu yg anda kemukakan..adios... |  |
  | Posted by REM @ 06/19/2005 04:02 PM PDT |  | HJ, yes Roslan got a point there. Memang buruk gaya leret-leret ni. Musically, benda tu memang salah pun. Tapi saya rasa - benda seni cam ni, tak boleh ikut teori sangat. Kena ikut rasa. Kalau 'salah' pun, tapi impaknya sedap dan ada 'umpph' - why not, kan?
Kalau artis lain saya tak suka leret-leret ni. Hanya Anuar dan Siti je yang buat ok. And kebetulan pula.. diorang ni dua-dua pernah menang vokal dalam AIM. So it's obvious that we're (you and me) not alone dalam bab-bab suka si Anuar ni.
Alaa.. muzik ni personal taste, kan. Masing-masing ada selera dan citarasa sendiri. Apa-apa pun, I still respect Adnan punya opinion - sebab memang ada some truth in it. Leret-leret ni old-fashioned (bagi pengecualian kat Siti dan Anuar jer! H ehe he he). Kalau dangdut atau hindustan punya lagu.. ok la kut kalau nak meleret tahap dewa pun. :) |  |
  | Posted by Harum Jasmin @ 06/19/2005 08:35 AM PDT |  | "Tak payah nak penuhkan sangat julat notes yang ada. Dua orang ke penyanyi kat Malaysia yang sedap walaupun dok ‘tarik’ dan ‘drag’ bunyi kat hujung melodi – Anuar Zain dan Siti. Yang lelain tu tak payahlah nak ngikut pula. "
since u r talkg @anuar, Roslan Aziz buat comment lebih kurang camni.. Anuar Zain, his vocal n his technique deliverg his song tu buat lagu jadi hancus.. hampee.. ntah.. aku pun tak tahu.. tp nina memang suka ngan anuar ni.. tak nampak pun sumbangnya... hanya jauhari mengenal menikam..
|  |
  | Posted by REM @ 06/19/2005 02:25 AM PDT |  | BTW Cik Zam dan semua guest kat blog saya ni, AKHIRNYA saya berjaya dengar semua lagu persembahan Konsert ke-2. Saya kena bagi la kredit kepada sumbernya: http://klubbkidd.blogdrive.com/ (personal blog) ATAU http://www.gengkita.net/ (community blog).
Tapi cuma boleh dengar vokal saja. Clear gilak deknon oooii. Pandai bebudak tu buat ‘radio AF’ online. Let me give my personal assessment. Sekadar membincangkan vokal saja la. Nak komen 'stage presence' dan 'showmanship' (dua lagi aspek penting dalam menilai persembahan live) memang tak boleh la. Yes, ada link untuk video klip. Ada juga tengok si Komunis Malaya nyanyi. Tapi tak larat nak download semua. Besar sangat filenya. So, dengar suara pun ok la.
First of all, vocal performance si Amylea dan Felix memang tak payah cakap la. If you're reasonable and really do understand what good vocal is – you will instantly know that these two singers are the most accomplished ones. They have everything. Voice control almost perfect. Teknik phrasing dan natural sound - very ‘listen-able’ and pleasant. And of course, they hit and execute low/high keys without struggling. Not a tiny bit. They are very comfortable with their own voices.
Amylea mengingatkan saya pada Julidza Adlizan dan Rohayu (Selendang Rindu). Dua penyanyi Malaysia yang saya anggap punyai teknik rendition dan kawalan vokal paling best dan stylish. Amylea seperti kacukan dua penyanyi itu. Without any doubt – she is waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaay ahead from all the other girls. Marsha might be her closet rival (but not close enough yet!).
Marsha punya kelebihan? She got the BEST TONE among all the girls. Definitely classy and smoothly beautiful. In fact, untuk lagu ‘Bersamamu’ itu – I would prefer her rendition than Syafinaz. Opppss, melampau la pula, kan? Marsha’s problem? Lack of power. She can hit the low/high pitch equally effective and pleasant (as far as ‘tone’ is concerned – much better than Amylea). But she couldn’t hold the consistency of her executions. Towards the end, dah rasa macam pancit pula. Is she a serious contender for AF crown? DEFINITELY! Beware Amylea, because I think Marsha is naturally a better singer (vocally) – but she is far less developed than Amylea. So, dia memang masih ada ruang anjakan yang lebih luas dibanding dengan Amylea. Kalau Marsha mampu ‘kekal’ dalam AF for another few weeks – watch out. She has lots more to offer.
Felix, di kalangan lelaki pula, definitely in his own zone. Vocally, he is invincible. He got the best TONE. Naturally pleasant. He got the best vocal control. He hits/executes high/low notes perfectly comfortable and equally stylish (as opposed to Fuad yang struggle nak bagi style untuk note tinggi). And, the most intimidating (to other male contenders) about this guy is his highly consistent voice. Mood dan ‘nada’ suara dia mengalir dengan licin sepanjang lagu. I would be VERY VERY SURPRISED if Felix couldn’t make it the Top 3. The only thing saya tak berapa berkenan dengan Felix adalah lengok/tarikan ‘aaaa’, ‘uuuuu’ – pada setiap hujung setiap baris melodi. I would prefer kalau dia just ‘cut’ it sharply. Tak payah nak penuhkan sangat julat notes yang ada. Dua orang ke penyanyi kat Malaysia yang sedap walaupun dok ‘tarik’ dan ‘drag’ bunyi kat hujung melodi – Anuar Zain dan Siti. Yang lelain tu tak payahlah nak ngikut pula.
Who’s Felix closest rival dalam kem lelaki? As far as vocal is concerned, tak ada. Fuad is good; and second only to Felix when it comes to voice control. But he lacks of that ‘pleasant tone’ (natural quality). Suara Fuad bersih dengan nafas apungan yang tebal. Teknik phrasing pun cantik. But he is still incomparable to Felix – and I genuinely believe, no matter how significant Fuad will improve in the next 5-6 weeks (kalau dia tak kena buang awal-awal la) – he will never manage to catch up with Felix. Dari segi natural quality – these two are simply in different leagues. Felix tahap dewa-dewa. Fuad ni hanyalah anak dewa. Too bad, Fuad is well developed (vocally) – but he just doesn’t have the natural qualities Felix and Mawi got.
OK, tersebut nama Mawi – how about Mawi? Are all the hypes really justified? Is he a real deal? Surprise, surprise, surprise! Tanpa sebarang niat nak membodek kengkawan blogger saya yang kebetulan mostly peminat kuat Mawi – I can now officially announce that – YES, Mawi-mania is not a hype. It’s a justified reality. M.Nasir had certainly got it wrong bila dia kata Mawi yang patut keluar. Mawi punya talent is certainly well under-rated. Biarpun dengan silap lirik dan couldn’t hold the flow of the melody – I would still rank him no. 3 (di belakang Felix, and only got beaten by Fuad with a very slim margin). And, this is scary! Kenapa? Sebab dari segi teknik, Mawi adalah yang paling ‘tak perfect’ hari itu. And, yet – he still can stand out dengan purely depending kepada natural quality of his voice.
Let’s get real. Dalam tujuh pelajar lelaki yang buat persembahan – only Felix and Mawi yang berjaya execute low and high notes dengan EQUALLY pleasant and with reasonable power. Problem with Mawi – he wasn’t technically developed. Penyanyi-penyanyi lain either gagal pada low notes, or struggle gila pada high notes. Or hancur berderai pada dua-dua julat (e.g. Yazer). Pada saya, kalau tak mampu nak hold consistency suara pada satu julat suara yang munasabah – then, that’s the end of the world.
Memandangkan diorang semua ni ada guru vokal dalam Akademi (iaitu Siti Hajar yang konon hebat, tapi kalau buat album gerenti tak laku!), it’s REALLY REALLY sad bila hanya dua pelajar lelaki (Felix, Mawi) yang mampu hit/execute all the appropriate notes. Perempuan pula, hanya Amylea dan Idayu. Tapi, suara Idayu tak ada apa-apa yang istimewa. Near-perfect rendition, but nothing special. My theory is – Siti Hajar ni mengajar bebudak secara dogmatic sangat kut. Dia nak bebudak tu semua gunakan teknik kawalan vokal yang skima ikut kecenderungan dia sendiri (yang memang gemar bermain dengan stail dan nada suara palsu). So, bebudak bengap AF yang tak cukup bakat ni kelam kabut. Confused nak buat cam mana. Ikut instinct sendiri, atau ikut kata guru. Tu ramai kecundang bila mai tang voice control. Ramai sangat yang tak smooth. Ala-ala nyanyi sekadar nyanyi.
The worthy contenders untuk lelaki? Tanpa sebarang perjudis atau terpengaruh dengan pola undian yang ‘terherot’ bagai nak gila – I would say that it’s between Felix and Mawi. Fuad in a distance third (although, based on last week punya persembahan I rank him higher than Mawi – and that’s because he was technically more perfect). But realistically, the only person yang boleh kalahkan Felix is Mawi, because he has all the natural ingredients. As far as vocal natural quality is concerned, these two are both gifted in very different ways. Felix – suaranya nipis, licin dan tajam (sesuai untuk lagu-lagu R&B dan pop soul – walaupun lagu pilihannya setakat ini semuanya lebih kepada lagu pop bodoh! Come on Felix, cubalah nyanyi lagu-lagu Anuar Zain ke, Rem ke atau Shahrizan ke!). Mawi – suaranya bersih, merdu dan catu (kacukan ‘Zamani’ + Jamal Abdilah). Suara Mawi sesuai sangat dengan lagu-lagu Melayu jenis pop konvesional. Yang ada unsur jiwang dan lalak sikit-sikit.
Mawi punya choice of song (or rather – dipilihkan oleh Cikgu Akademi?) “Dari Kekasih Untuk Kekasih” – that’s perfect. In fact, saya rasa lagu tu yang selamatkan dia. Walaupun lupa lirik dan macam gabra tak menentu (tak feel betul-betul aliran muzik) – his huge well-composed voice is still overwhelmingly dominating. If Mawi improves dari segi teknik rendition dan kawalan vokal (which is relatively easy to do) – Felix will better watch up his back. Mawi can strongly compete with Felix in every department – as far as vocal is concerned. Tapi kalau ‘stage presence’ dan ‘showmanship’ tak tau la siapa lebih bagus. Saya memang menyampah gila (tahap super dewa!) dengan penampilan dan imej Felix minggu lepas. Lagu best. Vocal best. Tapi kenapa nak jadi Komunis Malaya merangkap penari joget di Kelab Kabaret? The image is bizzarely tasteless!
Cam mana dengan bebudak lain? Buang masa nak ulas. Semuanya hambar macam nasi basi. Setakat nak anginkan telinga je la. The only singers that vocally worth to mentioned are (and yes, in that order!):
Amylea
Felix
Fuad
Mawi
Marsha
Idayu is NOT BAD at all – but not my cup of tea. Suara yang tak ada karektor cam tu, sorry la. Kalau perfect 100% pun saya tak akan dengar. Apatah lagi kalau kurang perfect. Sorry girl. Yes, I’m biased!
Apart from those six students; yang lelain tu either DISTINCTIVELY AVERAGE or performance diorang memang dalam kategori hancur binasa. Yang hancur berderai dan tak boleh dimaafkan langsung adalah:
Eliza – siapa kat dia ni suara power? Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhh pleaseeeeeeeee la! Suara datar dan flat nak mampus. Tone quality – almost zero! Pas tu, bukan main nak bagi kasi style pada vokal konon. Terhegeh-hegeh nak bagi rendition yang berwarna-warni. Sorry girl, go and sue Siti Hajar. Your technique is simply ridiculous. Voice control out. Ntah berapa puluh kali dia dok ubah ‘mood’ dan ‘feel’ suara. Jumping merata-rata, sampai saya pun confused, budak ni tengah nyanyi ke atau tengah membebel buat promosi iklan sabun FAB! Natural quality tang voice pula? Tak ada karektor langsung. Nothing special. Not even separa-special.
Ekin – yang ini pun memang saya tak kuasa betul. Phrasing dah la out. Habis sukukata lirik tu dikerat-kerat. Gaya potongan nada pun teramatlah skima. Macam orang tengah bersajak meleweh-leweh. Bukan macam nyanyi. Dan yang paling tak tahan – suara dengung dan sengau. Bukan lagi dua-tiga harkat. Sampai 10 harkat! Lama-lama dengar, terasa pula macam sumbang. Fine, saya tak kata teknik nyanyi sengau ni tak sedap, atau tak boleh. Tapi kalau dah very crude sengau – langsung tak diberi kawalan yang bijak – memang buruknya boleh sampai tahap dewa!
Yazeer – ni seorang lagi mamat senegeriku. Bukan main ambitious nak nyanyi lagu Sejati. Hello cik adik – Awie pun kalau boleh, dia tak nak nyanyi lagu ni secara live. Yang ko pula gatal teramat nak sukarela nyanyi apahal? Either the song is too difficult or this guy simply can’t sing. Langsung tak boleh nak hit key rendah dan tinggi. Bukan takat kurang efektif. Nak hit ‘secara biasa-biasa pun’ terkangkang kiap. Lebih buruk lagi, suara julat pertengahan pun tak mampu nak kawal dengan baik. Execution pun sama juga. Pitch tinggi dan pitch rendah – dua-dua si mamat ni belasah dengan teramat buruknya. Tahniah Yazeer – you had just BRUTALLY KILLED one of Wing’s greatest songs – “Sejati”. One of my favourite ni. Oh pleaseeeeeeeeeeeeeee.. don’t allow this guy to kill another beautiful Malay songs. Apa kata suruh dia nyanyi lagu ciptaan sendiri? So, suka hati mak bapak dia nak buat apa.
Kalau saya nak bagi nasihat kapada four top contenders dalam Akademi, this is my advice:
Amylea – patut mengkhusus kepada lagu-lagu funky pop rock. Lagu-lagu macam dalam album pertama Amy Mastura (i.e. Meniti Hari). Lagu-lagu macam ni amat sesuai dengan julat suara dan teknik phrasing Amylea yang unik.
Felix – sila menjurus kepada lagu-lagu R&B. Suara dia sangat sesuai untuk pop (dan mungkin juga soul?) R&B. Jangan bawa lagu-lagu pop bodoh kerana ia tak mengangkat kekuatan sebenar suaranya. Cuba nyanyi lagu-lagu ‘Anuar Zain’, Rem (yang dulu-dulu) atau Sharizan. Kalau minat nyanyi lagu Inggeris – cuba lagu-lagu Will Young (i.e. Leave Right Now).
Mawi – kekal dengan lagu-lagu pop Melayu yang ada imbangan julat rendah dan tinggi yang baik. Melodious songs really suit him. Lagu-lagu Nash, Aris Ariwatan, Hattan dan barangkali setengah lagu ballad Slam (Zamani). Don’t go for lagu Jamal pleaseeeeeee.. kerana ia boleh mengheret suaranya kepada stereotype ‘dengung nasyid’ atau bunyi dangdut!
Marsha – cuba lari dari nyanyi lagu-lagu Ning dan Syafinaz. Cuba pula lagu-lagu Indonesia yang cantik melodinya, tetapi mempunyai gerakan-gerakan yang dramatik. Contoh? Menghitung Hari. Tidak pun, cubalah lagu-lagu Shiela Majid – Ratu, Kumohon. Come on Marsha – suara you bukan hanya sesuai untuk lagu-lagu soul R&B yang tipikal (i.e. Syafinaz & Ning)!
Fuad – lantaklah nak nyanyi apa. You’re definitely much better than most of the guys/gals in the academy (except for those four students above). But, I don’t really think that Fuad is a serious contender for AF crown. But would be nice to see him in the grand final. |  |
  | Posted by cik zam @ 06/18/2005 11:38 AM PDT |  | | well said rem :)...smalam bace magazine.."less is more" ..so betul la ape awak ckp ;D |  |
  | Posted by Rem @ 06/17/2005 08:38 PM PDT |  | He he he! Saya pun memang tak berkenan dengan Maryln Monroe tu. Yes, pelik dan over. Hilang la citra funky AF. Tak larat nak layan minah jenis 'wannabe' cam ni.
Satu lagi saya tak boleh terima, si Komunis Malaya teruna Dusun sejati tu. Saya memang anti betul kalau orang pakai 'baju corak ala-ala floral' dan tuck-in kat seluar!!! Goshh, what is that? Saya lebih rela makan bubur gandum kosong 77 hari berturut-turut dari disuruh pakai kemeja floral dan masuk kat seluar. Nak pi meeting PIBG ke?
But this is only my personal preference la. Lain padang, lain belalang, kan. Saya ni bila mai tang fesyen, saya ni penganut kuat fahaman 'naturalisme'. Simplicity is my main obession. Sebab tu saya memang menyampah tahap dewa kalau tengok orang pakai aksesori yang ntah apa-apa - e.g. topi, mafla, jurai, skarf leher etc.
If you really can't help yourself, dan begitu gatal sesangat nak imej yang bit glittering, sparkling, glamour, etc - then, make sure it's tastefully put, and be sure you're in the Grand Final! My opinion la. |  |
  | Posted by cik zam @ 06/17/2005 06:26 PM PDT |  | | dah nampak dah n bole trima justification awak..n kalo awak nak tau....fashion yg mmg totally saya tak leh trima bile sekali pandang tu la baju marylyn monroe..seriously mmg tak kene....saya bukan anti kulit...u can wear pink but not shocking pink unless u r fair...putehhh betull..then only nampak tak pelik ;p |  |
  | Posted by REM @ 06/17/2005 11:29 AM PDT |  | Alamak, tak nampak gambar ke? Mungkin sebab connection la tu. Tapi blog saya ni memang gila babrok sikit. Kekadang setengah grafik liat betul nak kuar. Maklum la banyak pakai 'remote linking'. :)
Ahsuez, appreciate your opinions. Tu sebab saya bagi response specific. Anyway, it's all about personal preference, kan. Of course your points are as valid as mine, or anyone else. It just happens that we look at things differently. Biasa la tu, kan. :) |  |
  | Posted by cik zam @ 06/17/2005 10:04 AM PDT |  | allllaaaaaaaaaaaaaaaa..tak nampak la gegamba tu sume...komen dah best..tp tak tau sape yg dikomen..
nanti try bukak kat rumah lak..kut nampak siapakah model yg diperkatakan..ahakss... |  |
  | Posted by AhsueZ @ 06/17/2005 06:39 AM PDT |  | | Hehehe.. terima kasih sebab menjawab semua persoalan saya. Mawi.. Hmm.. saya pun dah mula memerhatikan beliau dengan lebih tajam lagi. Macam ada yang tak kena.. |  |
  | Posted by REM @ 06/16/2005 11:51 PM PDT |  | Leeds, kalau TV realiti UK, lebih cun masuk forum board diorang. Lagi ada thrill. Brutal sikit. Itu yang best teramat. :)
http://theinternetforum.co.uk/xfactor/index.php
Breaking news: Rowetta has just signed a record deal, finally! Good for her..... |  |
  | Posted by leeds @ 06/16/2005 06:29 PM PDT |  | | rem, xfactor nak datang dah ni. jgn lupa buat review k. nak gak tau pandangan ko pada tv realiti uk. tengok bb? bencinya tengok budak turki tu... diva nak mampuih!!!! |  |
  | Posted by REM @ 06/16/2005 05:01 PM PDT |  | Ahsuez wrote: “Wow. Orang tak menonton pon boleh bagi komen ke? Ni kira hairan bin ajaib!”
Sebenarnya tak ada yang ajaib. Penampilan boleh disukat menerusi paparan visual statik (gambar). And, I based my evaluation on this. Actually kritikan untuk penampilan dalam event-event besar macam Oscar, Grammy, etc – are all based on still images (photographs). Siapa larat nak pi tengok satu-satu semua selebriti yang ratusan bagai nak rak, kan? :)
Ahsuez wrote: “Rem, 1 question. Without any prejudice, pernah tengok ke AF ni? Season 1 @ 2? Tau ke konsepnya macam mana?”
Honestly, tak pernah tengok. Tapi konsep reality TV semuanya sama. Format saja berbeza. Apa konsepnya? Mengasah bakat dan menggilap natural qualities. Bukan mencipta primadona, diva atau superstar yang ranum secara premature.
Ahsuez wrote: “Budak-budak tu rasanya pakai je apa yang disuruh pakai.”
Ni la masalahnya. Akademi adalah tempat untuk kita belajar memikul tanggungjawab pada pilihan sendiri. Bukan jadi Pak Turut. Actually this is the core argument of my comment – that you totally missed to point out. Without any prejudice, I believe that you didn’t even read 50% of it. But I don’t blame you. Entry ni pun memang panjang melebeh-lebeh. Buang masa je nak baca semua, kan.
Ahsuez wrote: ”Baju-baju semua bagi saya sesuai dengan konsep lagu, kecuali Marsha. Lagipun diaorg tu kan baru, belasah je apa yang ada.”
Sebab diorang belasah saja la, maka, saya terpanggil pula nak ‘belasah’ diorang. He he he he! And, cakap pasal sesuai atau tak - it's a personal taste, kan. I may disagree with you, but of course I do respect your opinion. Kalau ada yang kata sesuai, no problem. :)
Ahsuez wrote: ”Lagipun, tak de labuci2 dan manik2 yang keterlaluan, kan? Hahaha.. For instance, kebaya oleh Ekin tu, sesuai dengan lagu tradisional nya. Still, better dari manik2 dan labuci2 yang keterlaluan, kan?”
YES, I have to agree 100% with you on this. Tak ada le macam minah diva sorang tu, kan. Nama je banyak duit, tapi masih dok pakai labuci sini, labuci sana. Ha ha ha ha!
Ahsuez wrote: ”Baju Amylea pula, sesuai dengan lagu perempuan keberet yang dibawanya. Her performance was my favorite that night. She did a good job as a new comer.”
I don’t know about her performance. Good if it was superb. Nampak pun memang ada stail. But talking about fashion, as a ‘new comer’ and an ‘academy student’ – her dress was just too little, too overly-glamourous. Tambah pula baru konsert kedua. Don't you think so? :)
Ahsuez wrote: ”Alah.. dalam kelas2 diaorg pon tak de menekan sangat pasal fesyen. Siapalah diaorg nak demand pakaian itu dan ini, kan?”
Again, you missed the core argument of my post. I said that in most cases – these students OVER-DOING it, not UNDER-DOING it. So, dalam demand tak demand, actually diorang tu ‘terlebih demand’ juga. :)
Ahsuez wrote: ”Pada awal kemunculan tak salah untuk berpakaian yang kena dengan konsep lagu. Tak adil kalau nak salahkan diaorg. Salahkan keadaan? Penganjur? Penaja?”
Sesuai dengan konsep lagu, ok. Bagus la. Tapi kesesuaian itu tak boleh dipaksa sampai jadi terlalu implisit. Kalau lagu tu ada unsur humour pun, tak semestinya nak tampil dengan pakaian ala-ala badut. Simplicity is the safest option.
Ahsuez wrote: ”Kalau pakai wardrobe yang bersesuaian, bagi yang baru, akan bertambah nampak lagi perwatakan dan lagu yang hendak dibawa, kan?”
Tak semestinya. Depends on how you define 'kesesuaian'. Kalau bebudak baru ni, mengada-ngada nak terlalu ‘matching-kan’ lagu dan baju sampai setengah tu ‘overdoing’ it – expectation orang akan tinggi melangit. Pas tu kalau ‘penyanyi baru ni’ tak mampu nak tunaikan – penyanyi baru ni juga yang akan malu kena belasah! Again, sebagai PELAJAR AKADEMI, simplicity is the best option.
Ahsuez wrote: ”Kalau nak dibanding dengan yang lain-lain (other countries) unfair rasanya. Tah, tak tau la kenapa.”
It’s very FAIR, RELEVANT, APPROPRIATE and WISE to compare with other countries (esp. yang dah matang industri muziknya). Kenapa? Kerana muzik adalah universal sifatnya. Rentasan budaya adalah kaedah pembelajaran terbaik. Bukan tiru 100% (saya pun tak kata begitu). Tapi kena tonjolkan perbanding |
| |