|
Thursday, May 19, 2005
Panah tikam tuan, hujah makan kawan!
|

|
Bila saya ulas performance DS Anwar Ibrahim dalam program HardTalk BBC, ramai pula yang terjentik. Mostly, kawan-kawan karib sendirilah. Ada yang terkejut (everyone knows that I never really keen in ‘politics’). Ada yang kecil hati. Ada mengamuk-amuk. Aduhai, mengalahkan reaksi peminat fanatik Siti. Cuma, mereka semua ini guna saluran terhormat. Mengemail saya secara peribadi, dan memberi sebab-sebab napa diorang tak puas hati. Dengan bahasa yang baik-baik dan munasabah, bukan bahasa mabuk todi seperti golongan ‘fanatik itu’! |
Dalam entri lepas, saya sudah kupas isu wawancara tersebut secara umum. Kali ini, saya ingin gariskan pula kegagalan-kegagalan spesifik DSAI daripada sudut inti hujahan dan penegasan argumen. Sebelum itu, harap maklum bahawa ini bukan diskusi politik. Saya tidak berminat mahu mengadili moral dan wibawa DSAI sebagai pemimpin. Saya cuma mahu bahaskan sama ada berjaya atau tidak DSAI mempertahankan kesnya semasa berdebat dengan Stephen Sackur dalam HardTalk tempoh hari. Diulangi, this analysis is purely on the ‘performance’ alone – and I’m not in any way trying to judge his overall credibility. Please bear this in mind.
|
Ada kawan saya menghujahkan bahawa masalah persembahan DSAI yang teruk itu hanya kerana limitasi bahasa. Atau paling-paling pun, menurut kawan saya lagi, DSAI hanya ‘gugup' dengan provokasi melampau dari Stephen. I don’t buy these excuses. Surely Anwar knew what he was going into. Kalau dia tak buat research pasal program HardTalk (and how it was conducted), then that was his fault. Siapa suruh. As for the language limitation – ya, memang DSAI punya English lintang pukang sikit. But, I had seen many guests from the Arab/Africa regions in the same programme. English diorang pun lebih daif dari Anwar – but they still managed to argue their cases effectively. Not as bad as Anwar, at least. |

|
Melihat kepada persembahan keseluruhan DSAI – I strongly believe that his problems went deeper than just ‘rasa gugup’ or the so-called language issue. In my opinion (and you don’t have to agree with me) – DSAI problems were primarily attributed to lack of preparation. He didn’t put enough effort on research and investigation of all anticipated issues. He didn’t rehearse how to defend his arguments and present his factual cases. He didn’t outline his own idealism as clear as possible. And most importantly – he was not mentally and physically ‘acclimatised’ for an interview conducted in such a provoking manner.
|

|
VS |

|
|
Mr. Stephen Sackur |
|
DS Anwar Ibrahim |
Let analyse all the problems – based on specific references to some key issues in the interview. The opening question from Stephen was – “do you now want to make up for a lost time?” That was a rather philosophical question, which demanded a highly insightful answer. Of course-lah. Selepas 6 tahun dalam penjara, tiba-tiba DSAI muncul semula dalam arena politik Malaysia atas gagasan reformasi. Surely people wanted to know what was the current state of “his burning political ambition” deeply hidden in the heart. Itulah inti dalaman soalan pembuka itu. Memberi peluang kepada DSAI untuk gariskan idealisme semasanya.
Yang kelakar, DSAI jawab dengan selamba toyo – “I’m spending my time reading, writing, lecturing....” Lepas tu bercerita tentang trip ke sana-sini mempromosikan syiar politik Islam. Saya dah terlompat katak. Jawaban yang terlalu murah untuk soalan umpan berciri intelek. Begitu deskriptif, dan bosannya sampai tahap dewa. Stephen tu pun naik bengang. Come on, this would be the first impression. Everyone expected a ‘burning start’, not a boring one. Stephen had to create a more explicit leading question to bring back Anwar into the right discourse. Clearly irritated, Stephen cepat-cepat potong Anwar dan tanya – “Preparing for what? For government, leadership?” This was an embarrassing start. And, I still couldn’t believe how a person with Anwar’s charisma would get that question soooooo wrong! What was the issue there – lacked of intelligence or a mere linguistic misunderstanding? Neither of these excuses were acceptable, nor tolerable.
A real terrible start to promote the state of his current idealism – and the actual debating session didn’t go any better. In fact, worse! Persoalan utama dalam wawancara itu adalah: "Kenapa kepimpinan Anwar masih relevan kepada reformasi Malaysia". Inilah soalan bersifat ‘investigative’ pertama yang dikemukakan oleh Stephen. Anwar dengan ghairahnya memulakan hujahan kes dengan kenyataan (not the exact quote): "Malaysia perlukan reformasi kerana ia penuh dengan budaya korupsi, kroni dan tiada liberalisasi sosio-ekonomi (i.e. kebebasan media, bersuara, etc)". Satu argumen yang berani (harus saya puji), tapi terlalu berat beban pembuktiannya. Mengapa? Kerana capahan isunya luas dan melibatkan kes-kes ‘tricky dan sensitif’ – thus, a high level of persuasiveness was extremely needed. Saya tak pasti kenapa DSAI memilih pendirian asas yang sebegini berat – sedangkan memang dia mempunyai sejarah sebagai pemidato yang hanya mahir/suka mengulas isu-isu idealisme – bukan persoalan empirik. Didn’t he know his own strengths and weaknesses?
Memang seperti yang dijangka, DSAI gagal sama sekali memikul beban pembuktian kepada hujahan kes yang dipilihnya sendiri. Mula-mula dok kata gomen ini kotor, pincang dan macam-macam. Bila Stephen persoalkan peranannya dalam gomen selama 16 tahun, boleh pula DSAI kata – “ohh, actually the corruption came much later!” Tapi, tidak dinyatakan bila ia bermula dan apa petunjuk yang diguna untuk meletak tanda pada era kroupsi yang dikatakan ‘muncul lewat dan terkemudian’. Stephen pula dengan penuh yakin melempar fakta-fakta kes yang melangkau tahun 1980-an hingga 1990-an untuk menunjukkan bahawa ‘kepincangan gomen’ telah bermula lebih awal. Stephen siap gariskan eranya, disertai tanda sukat spesifik dan bukti-bukti empirik. None of the specific examples had been factually challenged by DSAI. How sad was that – a British journalist was able to argue more convincingly about Malaysian political affairs than a Malaysian so-called-high-profile leader?
DSAI patutnya boleh pilih kes yang lebih ringan dan mudah untuk dibuktikan – i.e. sekadar menumpukan kepada aspek reformasi sosio-ekonomi dengan fokus utama kepada kebebasan media, penghapusan ISA dan keseimbangan agihan ekonomi. Ada ratusan fakta kes menarik yang boleh menyokong aspek hujahan begini – iaitu, merangkumi isu pegangan ekuiti rakyat Malaysia (vs multinasional), pola distribusi ekonomi (racially and spatially), budaya `media terpimpin', serta kepincangan-kepincangan sistem kehakiman dan perundangan. Tak payah mabuk ghairah nak bercakap pasal isu kroni dan korupsi yang agak tricky. Kalau daya-sampai tak kuat dan tak tahan kena pressure – memang sakit juga nak letakkan isu-isu begini pada perspektif yang munasabah dan membujuk (khususnya bagi para pemerhati ‘neutral’ macam saya – dan sebilangan besar penduduk Malaysia sendiri).
Of course, bagi golongan pro atau anti Anwar – apa isu yang dipilih dan bagaimana ia dihujahkan, tidaklah penting. Kenapa? Kerana bagi golongan fanatik pro – semua yang terbit dari mulut DSAI adalah intan berlian yang mesti ditatang. Bagi golongan fanatik anti pula – segala yang terucap di bibir DSAI hanyalah mimpi dan temberang kosong. So, siapa audien sebenar DSAI? Golongan yang neutral tentunya. Inilah kesilapan strategi DSAI. Tidak mengenali siapa sasarannya. If he wanted to make a difference – he should tackle this ‘undecided a.k.a neutral group’. Kumpulan yang begini perlu dibujuk dengan paparan bukti-bukti empirik yang jelas. Bukan dimabukkan dengan idealisme yang manis-manis. Tak kuasa tau!
|
Tiga senarai utama kegagalan argumen & substantif DSAI dalam HardTalk:
Kegagalan (1): DSAI gagal menjelaskan apakah ‘penanda ciri’ bagi budaya kroni dan amalan rasuah. Dia dok kata orang lain saja rasuah, tapi dia tidak terbabit. Kalau benar dia bersih, apa ‘penanda ciri’ yang membezakan dia dan Dr. Mahathir? Berkali-kali ditanya oleh Stephen – dan seperti biasa, Anwar hanya bersimpang-siur dengan retorik murah. DSAI juga gagal menjelaskan bagaimana usaha pembersihan boleh dijalankan? So, Stephen buat kesimpulan bahawa Anwar memang tidak relevan kepada reformasi Malaysia sebab dia sendiri tidak tahu apa mekanisme pembersihan itu. Ini salah DSAI sendiri. Dia yang gatal nak bawa budaya kronisme – so, sepatutnya DSAI bersedia semantap-mantapnya kerana `tuduhan sebegini' secara fitrahnya memang menuntut pembuktian yang kuat dan jelas. |

|
Kegagalan (2): Bukan saja DSAI gagal menjelaskan aspek `idealisme' bagi isu-isu yang mahu dibawanya (rujuk kegagalan pertama di atas). Yang lebih memalukan lagi, DSAI gagal memberikan bukti-bukti spesifik bagi setiap satunya. OK, kalau hujah dan kes agak samar-samar – masih boleh dimaafkan lagi jika disusuli dengan fakta-fakta empirik yang relevan. Ini tidak, DSAI sekadar mengulang-ulang fakta tentang pegangan saham Dr. M yang 70% itu. Sampai Stephen pun naik bosan. Bukan takat Stephen, saya sendiri naik panas. Nasib baik tak ada kutu. Kalau tak, habis semua kutu tu terpanggang jadi BBQ sebab suhu kepala saya dah naik mencanak-canak. Geram dan boring punya pasal! Sudah-sudahlah dengan fakta kes yang satu itu. Ulaslah seadanya, then move to another cases and examples. Dok ulang-ulang sangat sampai kes tu dah nampak macam ‘escapism’ orang yang desperado. Dari asalnya agak meyakinkan, dah jadi macam temberang kampung. Stephen tu pula yang lebih banyak fakta kes berwibawa yang digali sepanjang 16 tahun DSAI berada dalam kerajaan. Sudahlah fakta kesnya lebih banyak dari DSAI, Stephen juga bagi penjelasan yang lebih kukuh. Lebih penting lagi, tidak pula dibidas oleh DSAI secara spesifik! Apa cerita ni?
Kegagalan (3): DSAI gagal memisahkan dirinya dari `palitan noda lampau' bersabit dengan semua aspek kotor yang disebutnya sendiri. Stephen berjaya tunjukkan korelasi signifikan bahawa `rekod silam' DSAI telah membuktikan dua perkara. Pertama, Anwar juga bersubahat membina kekotoran dalam kerajaan Malaysia. Kedua, Anwar bukan pemimpin terbaik untuk melakukan reformasi kepada Malaysia. Stephen bagi berkoyan-koyan fakta kes spesifik yang menyokong argumen ini. Surprisingly, satu pun tidak diulas atau dibidas oleh DSAI. Hanya disambut dengan kenyataan-kenyataan retorik yang sangat datar dan membosankan. Kalau retorik pintar, teruja jugalah hati dan minda kecil ini. Tapi ini hanya meleweh-leweh macam orang kurang membaca. Salah satu punca symptom “gagap terkiap-kiap” dalam konteks orator adalah – kekurangan fakta berwibawa untuk dihujahkan.
Apa yang berjaya DSAI buktikan dalam wawancara HardTalk BBC itu? Dia berjaya buktikan banyak perkara – tetapi, bukan gagasan dan idealisme yang dia perjuangkan!
Posted at 2:17 am by Rem
 |  |  | Product of MAZ 98? January 5, 2008 12:18 PM PST
di malaysia, memang sukar untuk meluaskan penyebaran pendidikan politik secara non-partisan, kerana pasti ada sahaja golongan yang melabelkan kita "orang puak ini" atau "orang puak itu" dan mensabotaj kredibiliti kita berdasarkan persepsi mereka sendiri, tanpa mengendahkan hujah2 universal yang kita cuba bawa.. but of course, life goes on..
my belief has always been "we need check and balance", tak kiralah sama ada pemimpin itu mahathir ke anwar ke pak lah ke lim kit siang ke abdul hadi ke bush ke blair ke.. but orang kita mudah salahfaham tentang erti "check and balance", malah menggunakan check and balance untuk meneguhkan lagi fahaman fanatik atau idol worshipping mereka..
when u said "anwar sepatutnya try to address golongan neutral", i remember that was exactly what i said to his daughter a long, long time ago when he was still in prison.. but malangnya, i do not think glamourous politicians really get to listen to rakyat biasa. they all have annoying gatekeepers.. both pemerintah dan pembangkang alike..
apa2 pun, "neutral" doesn't sound like a suitable word to describe my non-partisanship, because a person can be non-partisan but at the same time very passionate about political issues.. so perhaps "non-partisan" would be a better word.. just a suggestion.. |  |
  |  |  | WAN KEMBANG July 6, 2006 01:43 PM PDT
Eleh, dulupun kan Munewar Enis yang siapkan speech dia, dia tong kosong, berlakon aje... otak dia kosong. Macam mana korang bebudak UM tak leh nampak semua ni.
Aku budak pompuan sekolah attap pun boleh nampak. Che DET yg pemikir kelas dunia tu pun boleh terpedaya lakonan dia. ish ish ish
Satu kali je yg saya dengar ckp dia, saya kira sangat mengarut. tapi semua angguk2 terkesima sebab the opening tu cerita pasal mimpi raja Mesir yg ditafsirkan oleh Nabi yusof. Nampak sangat dia tak faham surah Yusoff. Menyeleweng.
Dia tu koya...Khayal tahap tinggi. SKIZOFRENIA + SPLIT PERSONALLITY
Yg mengotorkan UMNO itu adalah golongan SHIT menggadaikan agamanya demi wang. Anwarlah kepalanya.
Sasterawan tua buta rabun yg pekat sentimen kemelayuannya yang tak boleh terima KEMAMAKAN CHE DET, tak tau ujung pangkal dengan tinta pena yang berasap-asap angkat dia jadi WIRAWAN.
YES betul sangatlah tu WANNYA SHIT, dah menguncup tempoh kembagnya dah expired. HA HA HA HA HA HA
Patut pasang lagi satu wan yang kembang ha ha ha joking, joking, joking... Jgn mare ye Che Rem. |  |
  |  |  | Name:zeck February 6, 2006 10:41 PM PST
sila hubungi saya:
zeck_geo@yahoo.com |  |
  |  |  | Nisah Haron October 21, 2005 06:48 AM PDT
Yeah, I watched this on Astro by accident actually. I think DSAI failed miserably. I never liked him when he was in office. I pitied him when he was charged and imprisoned. And now, I have no reason to pity him anymore. Watching that programme, buat I malu ngaku dia orang Melayu dari Malaysia. Hah! Orang macam tu, nak memimpin Malaysia? |  |
  |  |  | aidid5 May 20, 2005 12:29 PM PDT
Satu komen yang bernas dan boleh diterima dgn hati yang terbuka.
Yang saya lihat, beliau tidak ada isu sebenarnya dan isu yg dikemukan tidak dikemukakan dgn fact dan bukti. Kalau macam itu sesapa pun boleh menuduh.
Prove what u say and be firm.Dan niat kena betul juga. Do it for the sake of country and bukan kepentigan peribadi. Niat yang betul dan murni akan diberkati Allah, insyaAllah. |  |
  |  |  | Rem May 20, 2005 12:13 PM PDT
Setuju dengan jiwa. Kita masih jauh dari 'politik hadari'. Barangkali kita hanya ada 'politik hindari'! :) |  |
  |  |  | jiwarasa May 20, 2005 03:38 AM PDT
Rem,
Politik ni memang pelik. Walaupun saya minat politik dan ada pegangan politik sendiri, saya cuba jauhkan diri dari berbicara mengenai politik kepartaian dalm blog saya.
Orang kita suka stereotyping dan generalising mengikut parti apa yang kita sokong. Pendapat seorang penyokong parti politik jarang dilihat secara objektif, apa lagi jika penyokong parti pembangkang. Menyertai parti pembangkang bagai satu dosa besar dalam negara ini.
Ahhh.. kita masih jauh dari politik yang bersifat hadari..
|  |
  |  |  | Rem May 19, 2005 10:09 PM PDT
Cik Zam, memang betul tu. DSAI memang banyak melencong dalam interview tu. Tapi agaknya, dia pun tak sedar dia melencong. :) Kalau Dr. M, memang kalau bab-bab aspek orator ni - he is always my idol! Saya suka dengan retorik pintarnya. Saya suka dengan ketajaman analisis empiriknya.
Ambalut, bah.. jangan ketawa banyak-banyak. Nanti takut kutu lari!
Reformis, yes.. it was hopelessly bad! Beyond belief. I hadn't seen him for many years, and I certainly didn't expect him to do THAT BAD.
Mr. X, "DONT YOU EVER HAVE ANYTHING NICE TO SAY ABOUT OTHER PEOPLE?"
I do actually, Mr. X. "THANK YOU FOR VISITING MY BLOG AND LEAVING A COMMENT BEHIND. PLEASE COME AGAIN NEXT TIME. HAVE A NICE DAY AND TAKE CARE... " |  |
  |  |  | Mr. X May 19, 2005 01:03 PM PDT
DONT YOU EVER HAVE ANYTHING NICE TO SAY ABOUT OTHER PEOPLE? |  |
  |  |  | Reformis May 19, 2005 11:37 AM PDT
Kesian DSAI yerr. Teruk sangat kerr ari tu? Mungkin baik ler DSAI berhenti. Ikut macam Dr. M. Bersara dari politik sementara orang belum menchi!!!!! |  |
  |  |  | Ony May 19, 2005 06:06 AM PDT
Tonini,bah ..kali ini telingaku 'bingit' oleh ketawa si abang .'geli hati' betul dia 'menghayat' tulisanmu.
????? bah, bah...cukup-cukuplah tu.nanti ada yang 'terpangang'.hhmm |  |
  |  |  | cik zam May 19, 2005 02:51 AM PDT
kopipes..comeent dr entry part 1 :D
dlm talk tu..die nampak relaks sgt.. cam awak ckp awal² tu dia cam menjawab ala kadar (melencong sket)... n bila stephen tanya pasal plan kat m;sia ke camne tah...dia ckp dia kena dicuss ngan team dia kat m'sia. pada saya patutnya dia tak leh la jawab camtu...sbb menunjukkan dia tak well prepare utk plan politik dia... kalo takde plan pun cover la ngan ayat lain... jawapan dia nampak cam byk hesitation ..tu yg lagik kantoi sampai stephen kadang² ptg ckp dia cam tak nak dengar futher explanation...
n mmg namapak ada 2 kali dia cam some sort like tarik nafas tinggi pastu lepas kan..cam ala² letih or give up
as for dr m..saya takde la suka dia.. tp as for the fact dia naikkan m'sia mmg saya tabik... ckp pasal dia..kalo dlm talk dia mmg releks.. pandai jawab ngan cool ngan bidas balik ngan sinis..tu mmg saya puji la.. |  |
|
|