|
Thursday, October 22, 2009
|

Terbang Jauh
(i)
Dengan sayap nipis
kelkatu terbang jauh
bebas seperti angin.
Dengan mata tajam
kelkatu melihat dunia
dari saujana sepi.
(ii)
Kembara nan jauh
mengajar kelkatu
dunia hanya penjara:
– cinta itu jenayah
– naluri jadi banduan.
Kelkatu itu sang tawanan rindu!
Norfolk Terrace
Winter 2008
Disclaimer: Ini adalah entri recycle. |
Posted at 6:51 am by Rem
Link This Entry
Wednesday, October 14, 2009
Bila kalah, macam-macam alasan. Itu tidak betul. Ini tidak betul. Itu menipu. Ini menipu. Satu dunia menipu. Yang tidak menipu, hanya mereka dan keluarga mereka.
Bila kalah, menuding jari pada rakyat. Konon rakyat telah ditipu dan tertipu. Tak pandai membuat pilihan. Cadangan saya, beli cermin banyak-banyak. Pandang betul-betul bayang yang terpantul. Tilik diri sendiri dan sila bertanya: kenapa rakyat menolak saya?
Rakyat yang waras tidak suka politikus yang perasan maksum. Yang mulia, hanya dia. Yang suci, hanya bini dia. Yang bersih, hanya anak dia. Yang adil, hanya kerabat taulan dia. Semua dia. Orang lain tiada.
Mencanang seluruh dunia, konon kerajaan Malaysia berlangir 'politik fitnah'. Sedang senjata sendiri pun, hanya fitnah dan gosip. Semata-mata. Asyik-asyik mengata orang lain babi, sedangkan keturunan dia sendiri sudah tujuh generasi berasal dari babi. Don't take this literally. This is an analogy, ok!
When you call yourself 'an alternative', of course people would expect more from you. Kalau semua yang gomen sekarang buat, kamu pun buat juga (dengan lebih teruk!) -- what alternative you're actually offering?
Sang Bulan (juga tahu bermimpi!)
i Di Pulau Pinang bulan terbit tinggi ditongkat tiang pagoda, pungguk nan buta sepi di bumi.
Di Bagan Pinang bulan terbenam jatuh disimbah darah merah, kambing berjanggut terluka lagi.
ii Gerhana bilakah yang lebih gulita: -- tika bulan ditodak roket? -- atau bulan ditikam keris?
Sabandar 12 Oktober 2009
Posted at 5:27 am by Rem
Link This Entry
Tuesday, October 06, 2009
Oh, Jangan Bunuh Mimpi Kami!
Mimpi Kami, belum mati (dedikasi kepada mangsa gempa Padang, dan taufan Luzon)
Pulangkan berani yang tergantung rapuh di dasar langit.
Kembalikan jiwa yang terbenam penuh di kaki laut.
Dari sukma bumi yang luluh seluruh, hembuskan nyawa kepada mimpi-mimpi kami untuk seribu tahun lagi.
Kota Kinabalu Oktober 2009
Posted at 9:57 am by Rem
Link This Entry
Tuesday, September 29, 2009
Climate change vs climate variability?

Gambar memaparkan sebahagian panorama di Kota Kinabalu pada 28 September 2009 (Isnin), selepas berlaku hujan ribut yang deras. Malam sebelumnya. Anomali cuaca begini adalah satu ciri lazim pada musim perantaraan monsun (September-Oktober). Pertukaran tekanan udara secara mendadak di antara hemisfera utara dan selatan, mewujudkan cerun tekanan yang tinggi. Ini mengganggu kestabilan atmosfera, terutama sekali di sepanjang garis khatulistiwa (yang bertindak sebagai titik peralihan tekanan). Gangguan ini kemudian mencetuskan tabiat-tabiat cuaca yang menyimpang daripada kebiasaan.
More often than not, people (including academics) would conveniently blame climate change for such anomalous weather. Why? Because (we might think) it is the trendiest thing to do. Jumping into the global bandwagon at every opportunity is cool, no? Extreme climatic incidents are not necessarily the result of climate change. Climate and weather are just like human. Sometimes they do misbehave. Yes, they can be uncharacteristically erratic. But it doesn’t mean that the climate ‘has changed’. There is a distinctive difference between ‘climate change’ and ‘climate variability’. The former is typically forced by global warming. Whereas the latter is part of the natural fluctuation.
Climate change and climate variability are not the only aspects that commonly confuse people (i.e. including some supposedly ‘learned’ scholars). Many still find it difficult to differentiate ‘climate change’ from ‘global warming’. People would make an excuse: I am not a climatologist, so how would I know? Such excuse is valid if you don’t abuse the terms. However, if you actually do use these ‘terms’ (excessively, no less) in your work: then, you have no other option, but to really understand the issues, and their dimensions.
Yes, we need to get familiar with the fundamental science behind the atmospheric circulation, before we are able put them (i.e. climate change and global warming) into the right context. Climate change and global warming may seem inter-connected. They are, actually, two different things. In certain cases, they are not even mutually inclusive. One is the actual ‘disease’ (the underlying cause), and the other is the ‘symptom’ (the visible effect). Which one is which? That is for you to find out.
Posted at 5:55 am by Rem
Link This Entry
Friday, September 25, 2009
The service provider from HELL
My day was totally ruined by CELCOM, yesterday. I couldn't call out, and people couldn't call in. I missed appointments. I missed meeting friends. I missed open houses. Families left in puzzled. Colleagues got upset. Friends were angry. And the worst, I got blamed for everything. While Nokia is connecting people; CELCOM on the contrary -- is disconnecting them. Shame!

And, believe it or not; no explanation and apology from CELCOM. And, to expect a rebate (like what DiGi did in a similar incident few months ago): no way. It's not going to happen with the shameless CELCOM.
Posted at 10:23 am by Rem
Link This Entry
Tuesday, September 22, 2009
Selepas Hujan
i
Barangkali, kita
telah lama lupa
pada aroma rumput
selepas hujan lebat
– nan manis menusuk?
Sepert kita lupa, pada
zaman kanak-kanak
selepas dunia dewasa
mula menghanyutkan
naïf yang tertinggal.
ii
Mungkinkah
kita tak pernah meminta
hujan datang,
sebagaimana kita tak memilih
menjadi dewasa?
Sayang sungguh
kanak-kanak, seperti juga rumput
tumbuhnya hanya sekali.
Betapa ironi,
kedewasaan yang culas
sama seperti hujan lebat
datangnya selalu berkali-kali.
3 Syawal
Sabandar
Posted at 11:46 am by Rem
Link This Entry
|
|